CFCS. communtiy family and case study. dulu rasa macam tak penting CFCS ni. tapi inilah masa untuk bergaul dengan masyarakat. melihat taraf hidup dan masalah masyarakat di kampung-kampung,.
inilah akok. sedappp...
harihari terakhir
hari ini adalah hari 2nd last saya di kampung Salor. kampung yang paling famous dengan AKOK di kelantan. kira akok yang paling sedap boleh dapati di sini. kampung yang mana kami dikehendaki membuat kaji selidik berkenaan tahap kesihatan dan masalah penyakit di kampung ini.
alhamdulillah, sambutan yang amat baik dari penduduk kampung. terima kasih semua. dan terima kasih pada penduduk kampung yang berjaya menjumpai kad matrik saya yang hilang.
kepenatan yang amat sangat sudah kami rasai sejak hari pertama. terpaksa berjalan kaki hampir seluruh kawasan kampung untuk mengenal sedikit sebanyak jalan-jalan dan rumah-rumah yang akan kami lalui untuk hari seterusnya dan yang paling penting untuk membuat peta dan mencari rumah yang terpilih untuk dikaji selidik. metod kami biasa, hanya menggunakan systematic sampling. mudah dan cepat.
peluang yang terlepas
macam-macam yang kami lalui. tapi mungkin inilah aktiviti yang mampu merapatkan jurang perkauman. dan merapatkan persaudaraan sesama ahli PBL. makan bersama. solat bersama. bergambar bersama. bergurau bersama. berjalan bersama. kulit kami semakin gelap akibat terpaksa berjalan kaki, keliling kampung pagi sampai petang. bayangkan! dan hari hari terakhir berakhir dengan kaki yang melecet dan luka.kulit meruam. muka yang sunburn. inilah cabarannya.
macam-macam yang kami lalui. tapi mungkin inilah aktiviti yang mampu merapatkan jurang perkauman. dan merapatkan persaudaraan sesama ahli PBL. makan bersama. solat bersama. bergambar bersama. bergurau bersama. berjalan bersama. kulit kami semakin gelap akibat terpaksa berjalan kaki, keliling kampung pagi sampai petang. bayangkan! dan hari hari terakhir berakhir dengan kaki yang melecet dan luka.kulit meruam. muka yang sunburn. inilah cabarannya.
cuma saya kesal dengan peluang yang saya sepatutnya grab. berdakwah pada setiap rumah yang kami pergi. saya pernah terifikir perkara itu, tapi saya hanya buat tidak ambil kisah. yela, apa perlu saya tanya pada ahli keluarga rumah itu? metod nya saya tidak tahu. pernah terfikir hendak bagi risalah. tapi kebanyakannya semua orang-orang tua. hanya menunjukkan contoh dan akhlak baik sahaja saya mampu.
PBL kami dipecah 4. jadi setiap group pasti ada lelaki. dan apabila kami masuk dari rumah ke rumah. hampir semua yang saya lihat, ambil tak kisah sahaja soal tudung. padahal ada lelaki asing yang akan masuk rumah. maka diwajibkan bagi setiap perempuan dalam rumah itu bertudung lengkap menutup aurat. tapi seakan-akan kawajipan itu hampir pupus.
matlamat tidak menghalalkan cara
Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)
satu lagi yang saya kesal. pada sikap kita. apabila hendak mencapai satu matlamat, menghalalkan sahaja apa cara untuk mencapai matlamat tersebut. berdua-duan dalam kereta perempuan dan lelaki bukan mahram bersama mencari rumah yang perlu dikaji selidik. dan juga sikap kita mengutamakan lagi kerja dari solat. asar pada pukul 430pm. tapi ada yang pada masa itu tidak mahu berhenti kerja. terus melambatkan solat asar.sehingga 630pm. itu saya tidak setuju lansung!
Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)
kalau beriya-iya hendak menghabiskan cepat kaji selidik. jangan sampai meremehkan benda yang wajib!. juga ikhtilat sudah tidak di ambil kisah. bergurau senda, tersentuh sana sini, jalan rapat-rapat.
moga ada perbaikan untuk CFCS pada julai ini.
~ jumaat, 630pm, baru balik~
~ jumaat, 630pm, baru balik~
0 teguran:
Catat Ulasan