Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

5 Mei 2010

peniaga curang



Jaga-jaga hai peniaga makanan!


Beberapa ketidaksenangan mengenai tahap kualiti makanan dan harga makanan yang dijual di gerai-gerai sekitar kampus mengundang jemari untuk menari di atas keyboard laptop. Masakan tidak, harga yang diletak pada tanda harga ialah RM1.20 untuk nasi lemak panas. Namun, harga yang disebut oleh mak cik tersebut ialah RM4.70. MasyaAllah! Bagaimana peniaga ini berniaga dengan cara begini? Pembeli tidak mampu berkata-kata akibat tergamam dengan harga yang disebut.

Wang berkat

Mungkin ramai di antara pengusaha makanan tidak menyedari perkara ini. Pembeli mengumpat dan mencemuh setelah membeli makanan daripada gerai anda. Banyak faktor yang membawa kepada cemuhan ini. Antaranya ialah :

Ø   # Harga makanan mahal dan tidak berpatutan
Ø   # Makanan tidak sedap
Ø   # Makanan kotor
Ø   # Peniaga tidak menunjukkan sifat mesra
Ø   # Peniaga (lelaki) mesra sangat hingga dianggap gatal
Ø   # Etc

Apabila diri dicemuh, berkemungkinan ramai yang tidak ikhlas dalam membayar harga makanan kepada anda. Malahan, mungkin ramai juga yang menyumpah-nyumpah anda. Hal ini telah dikira anda (peniaga makanan) menzalimi pembeli. Doa orang yang dizalimi termasuk dalam doa orang yang makbul. Maka, ke manakah perginya keberkatan hasil perniagaan anda?

Faktor utama atas faktor dicemuh


Keikhlasan seseorang walaupun hanya dapat dinilai Allah, tapi boleh terpancar melalui hasil kerja. Bayangkan jika seorang tukang cuci lantai ikhlas bekerja semata-mata kerana mengharap redha Allah dan pahalaNya, pastilah kerja tukang cuci ini bersih dan tidak merungut apabila ada yang mengotorinya. Maka, adakah peniaga-peniaga makanan ini betul2 ikhlas memberi makan dan mencari rezeki hanya keranaNya?


Restoran pilihan


Dalam banyak-banyak gerai makan yang telah dinikmati, terdapat satu gerai makan yang amat memuaskan hati. harga makanannya berpatutan, makanan yang dihidangkan banyak dan mampu dimakan 2 atau 3 orang sekali hadap, dan sudah pasti sedap. ramai pengunjung yang bersetuju dengan pendapat ini. mungkin salah satu faktornya ialah keikhlasan dan erti berniaga untuk memberi, bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. mungkin anda boleh mencuba di gerai ini. ia terletak bersebelahan HUSM, iaitu Restoran Amira.

Diagnos diri. Cari semula keikhlasan. Beramallah semata-mata keranaNya.

p/s: cube mengikhlaskan diri dalam memberi wang kepada peniaga agar membantu mereka mencapai berkat.






( written by hannah )

2 teguran:

Zikir Din berkata...

setiap pengguna ada hak masing-masing.

maka, apabila harga yang disebut berlainan dengan yang ditayangkan, maka, pengguna itu haruslah mempertikaikan tindakan peniaga.

janganlah hanya terkejut dan senyap sahaja.

dr. mujahidah berkata...

silent.. tak terkata.. numb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...