Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

10 Mei 2010

paralyse


Dalam hadis diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; 
“Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.”
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

p/s : kalau patient paralyse mungkin boleh diterima, tapi aku? paralyse saat-saat genting! Saat-saat tertentu!

Ya Allah,
Kenapa lidah ini kelu?
Hanya saat apabila kemungkaran di depan mata,
Hanya saat kejahatan bermaharajalela,
Hanya saat maksiat berleluasa.

Ya Allah,
Kenapa aku begitu takut untuk mencegahnya?
Adakah kerana aku takut pada manusia?
Adakah kerana aku terlalu menjaga perasaan mereka?
Adakah kerana aku ini lemah imannya?
Adakah kerana aku ini menyokong mereka?

Ya Allah,
Kenapa aku selama ini berdiam diri?
Tidak mampu menegur apabila salah,
Tidak mampu berkata-kata dengan hikmah,
Tidak mampu melupuskan jurang ukhwah,
Tidak mampu menerangkan tentang islam agama syumul dan mudah.

Ya Allah,
Mereka rakanku,
Mereka saudaraku,
Kami selalu bersua tak kira waktu,
Kami bekerja demi bangsa, negara dan agamaMu,
Namun kami punya fikrah islami yang berlainan liku.

Ya Allah,
Ku tahu murkaMu,
Ku tahu azabMu,
Ku tahu syurgaMu,
Ku tahu nerakaMU,
Ku tahu semua itu,
Tahu tidak cukup begitu,
Tapi amal juga perlu.
Ampunkan kami Ya Allah.

~alone, meja study, mendung, dingin kipas berpusing laju, 1pm 10mei2010 ~ 

2 teguran:

Tanpa Nama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

dr. mujahidah berkata...

ok. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...