Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Mei 2010

Bangkitlah ukhti

ukhti,
jangan resah,
jangan gundah
 ini terbaik yang diberikan oleh Allah,
maka kau harus pasrah

kegagalan itu satu cubaan,
maka terimalah kenyataan,
jangan lari, jangan segan,
bina semula kekuatan,
agar nanti kau jadi sang perwira hebat akan datang..

Redhalah

Redha. ya, kita harus terima qada' dan qadarNya. samada ia satu kegembiraan atau kepahitan. samada ia menyakitkan atau tidak. sedangkan rukun iman sendiri telah menetapkan agar orang mukmin itu menerima qada' dan qadarNya. maka, adakah anda mukmin yang teguh? sentiasa terima apa yang diberikan Allah. padahal anda tahu Allah sentiasa memberikan hambaNya yang terbaik.

" Aku tension!. result aku teruk!. aku dah berusaha. nape Allah bagi buat aku camni?Allah tak sayang aku ke? aku tak mahu hidup ar. malu weiii....." bentak seorang rakan yang baru menerima keputusannya tadi.

deraian air mata membasahi pipinya. Hampir tidak disangka boleh begini akhirnya. perasaan tidak boleh terima takdir Allah menguasai dirinya. mohon jangan begitu. kenalah anda berprasangka yang baik-baik pada Allah. bukankah Allah tahu apa yang yang baik untuk hambaNya? jadi mengapa mesti bersedih.terimalah ia dengan lapang dada.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; jika keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” 
(Hadis riwayat Anas)

Bersangka baik pada Allah

susahkan untuk bersangka baik pada Allah? apatah lagi pada manusia. Namun dalam konteks ini, marilah kita bermuhasabah diri. sejauh mana sangkaan kita hanyalah baik-baik sahaja?
setiap ujian yang menimpa dan kemelaratan yang dihadapi, apakah tidak kita berfikir tentang sangka baik sahaja. kita marah sangat pada Allah. kita dendam. kita makin jauh. itukah attitude kita sebagai muslim.
sebagai seorang yang beriman pada Allah?

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
 .

semakin jauh atau dekat?

samada nikmat atau ujian. Allah mahu menguji kita. tidak semestinya dengan nikmat itu kita makin dekat dengan Allah. dan tidak semestinya dengan nikmat itu juga kita makin jauh. padahal orang yang diterima nikmat itulah berat aja dugaannya. selalunya nikmat itulah buat kita makin lupa. cukup semua. lalai yang nikmat itulah diberikan oleh Allah. malah mengaku itu adalah atas usahanya. jangan jadi seperti Qarun sahabat! lepas dapat kekayaan sudah tidak mahu bayar zakat. apatah lagi beri harta pada orang miskin. takut harta habis.

bagi yang terima ujian, jangan bersedih. terimalah dengan hati gembira. agar ujian itu jadi lazat. selazat air sungai yang mengalir di syurga. ujian itu pasti buat kamu makin dekat dengan Allah. takut mahu buat maksiat. berjaga-jaga dengan kemurkaan Allah. memohon sungguh-sungguh dengan Allah agar diberikan nikmat dan kesenangan. menangis-nangis bila berdoa akibat ujian itu berat, sangat berat. beban itu rasanya tak mampu tertanggung. tapi relax aja. Allah udah berfirman:

" tidak akan Aku bebani mereka menurut kesanggupannya"

ayo ceria

usaha lagi bagi yang tidak berjaya. Allah suka sangat dengar doamu. terimalah hakikat ini. jangan kamu malu.terus berjuang teman. lawanlag musuh-musuh disekitarmu. musuh yang paling kuat, iaitu dirimu sendiri.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya.” 
(Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah)

5 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam, ukhti...
jazakilllah khairan kathira...
ye, kite mesti tabah mengahdapi dugaan dan ujian Allah. ni baru ujian dunia. kalau ujian dunia dah x dapat trime, ujian akhirat apatah lagi...
ujian untuk mematangkan. juga sebagai kafarah dosa... doakan ana nex sem..

dr. mujahidah berkata...

ohh.. insyaAllah. moga terus berjuang. berjuang smpai terkorban

adik berkata...

alhamdulillah akhirnye..caiyok2 k.tu,berusahalah,,doakn iza gak..k la x leh lme2..kne bkak score a dlu...tatata

adik berkata...

assalamualaikum..akhirnya blh jg bkak..caiyok2,berusahalah ukhti,,doakan iza gak,ok la x leh lme2..tatata

dr. mujahidah berkata...

insyaAllah.. moga berjaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...