Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

27 Mei 2010

akhwat tidak boleh malas!

kita kuat atau lemah dalam melawan perasaan itu?

" ana  tak boleh gi program hujung minggu ni. ana MALAS!"
" malas la nak kemas-kemas bilik, biarlah bersepah pun"
" ah, malasnya nak gi halaqah"

kemalasan memang syndrome yang sering menimpa diri dan orang sekeliling kita. MALAS adalah penyakit yang betul-betul berbahaya. tahap seperti 'end-stage'. sepertimana kanser. boleh metastasis atau merebak. iaitu dari malas berfikir, malas bekerja, malas bergerak dan akhirnya malas segala-galanya.

orang malas selalu bagi alasan

pepatah 'orang malas selalu bagi alasan' kerap kali kita dengar. mungkin dari sekolah rendah. kalau dulu di kelas, selalu sahaja bila tidak siap atau tidak bawa kerja sekolah yang diberikan cikgu, kita pasti akan berlasan. dan kalau dari akhwat sendiri juga punyai alasan malas, ia sangat agak paling mengecewakan. dan ini realiti. akhwat beralasan malas pergi program! ah, mungkin ada yang tidak kena.

bagaimanakah kalau sesuatu medan itu, akhwatnya semua malas? maka, bagaimana hendak maju kehadapan?
suruh ziarah, tidak buat. suruh silaturrahim, tidak buat. suruh itu, tidak buat. suruh ini juga, tidak buat. semuanya malas. 

murobbiyah, cek kenapa mutorobbiah anda malas? sebab salah anda ke? atau sebab memang dia ini tidak lagi berminat dalam tarbiyah? atau memang dia ini sudah FUTUR?

malas bukan sifat orang mukmin

ayat ini saya dapat dari bilik akhwat IPKT.bagi mereka yang tahu, pasti kenal, bilik siapa. ( sesungguhnya saya rindu kalian ). dan sampai sekarang saya tampal ayat yang sama di bilik saya.mungkin sebagai motivasi untuk diri yang kadang-kadang tak dijangka kemalasannya.


mukmin yang benar, pasti tidak malas. ya, imannya terjaga. mutabaahnya mantap. hubungannya dengan Allah dalam keadaan baik-baik sahaja. setiap ibadah tidak dilakukan dengan malas. atau sekadar ikut syarat. itu mukmin sebenar. tapi bagaimana pula kita ini yang kononnya mengaku mukmin kadang-kadang malas?
ayo, jangan jadi orang munafik yang disebutkan Allah dalam alquran:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
tidak mahu jadi munafik? jangan buat ibadah dengan rasa malas. atau tidak sungguh-sungguh. dan bahkan riya' pula di hadapan manusia. dihadapan ramai. ibadahnya hanya yang sia-sia. tidak dihitung oleh Allah sebagai pahala.

kenapa malas?

sekarang musim cuti pasti ramai di antara kita dalam kondisi iman yang rapuh. dugaan sangat banyak apabila melangkahkan kaki ke rumah. hidup di rumah pula, makan dan tido. dan syaitan pula tetap melaksanakan kerjanya. 
  1. ini semua syaitan punya kerja! (selalu salahkan syaitan). tapi memang benar. syaitan ini suka bagi virus pada hati kita bila mana hati kita dah expired anti-virusnya. titik-titik lemah kita dicucuk syaitan. dan syaitan mencuri pertahanan iman dalam diri.habislah. terus rasa lemah dan malas.
  2. berlebih-lebihan dalam perkara mubah. contoh di sini makan. kalau makan berlebihan, pasti jadi malas. perut sudah kembong. badan sudah berat. dan lagi satu ni, berlebihan dalam melayari internet dan ber chatting, ( sila ambil perhatian). ia rasa ketagihan dan masa ibadah dan dakwah menjadi kurang. dan selalu nya orang begini berkira-kira dalam memperuntukkan masanya untuk Allah, ibadah dan dakwah.
  3. hubungan dengan Allah tak di jaga. hubungan dengan Allah juga amat sangat penting memainkan peranan. bak kata hilal asyraf : HDA. jaga HDA. jaga Mutabaah, jaga iman. jaga semua. jaga ibadah.
pesanan dari orang-orang hebat

Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas...” (Riwayat Abu Daud)
Iman as-Syahid Hassan al-Banna berpesan :
Barangsiapa yang bersegera dan 
bekerjasama dengan kita di dalam dakwah Islam, dia mendapat kebaikan dan itulah yang lebih baik. 
Siapa yang bimbang dan ragu, kita mohon kepada Allah supaya Dia menghapuskan keraguan dan 
kebimbangannya. Barangsiapa bermalas-malas dan suka duduk berpeluk tubuh menjadi penonton 
maka dia telah berbuat salah dan menganiaya dirinya
La Tahzan, jangan bersedih / 'Aidh al-Qarni;
Jangan bersedih, karena kesedihan hanya akan membuatmu lemah 
dalam beribadah, membuatmu malas untuk berjihad, membuatmu putus 
harapan, menggiringmu untuk berburuk sangka, dan menenggelamkanmu 
ke dalam pesimisme.
mahu malas lagi? istighfar ukhti saat-saat merasa lemah, malas atau futur. itulah penting kebersamaan akhwat di sisi. dan juga curhat kita bersama akhwat yang paling rapat. saat itu, kita bina kembali ruh dakwah dan tarbiyah dan diri. dan saat itu juga, kita buang jauh-jauh perasaan malas itu.


puisi untuk kamu

ukhti,
jangan kamu malas,
malas itu penyakit,
malas itu hanya boleh buat hatimu bertambah sakit,
malas itu buat syaitan gembira terpekik,
malas itu buat kamu rasa segala kebaikan itu pahit,
malas itu takkan hilang selagi kamu tak hilangkan dosa yang tercalit.

ukhti,
kalau kita malas,
siapa lagi mahu buat kerja dakwah?
siapa lagi mahu teruskan taarbiyah?
siapa lagi mahu buat halaqah?
siapa lagi yang nak ziarah?
kita kan dah punya fikrah,
jom cari redha Allah.


diagnosis diri. malas merugikan dirimu sendiri.

p/s : cuti ni, jangan tunjuk kita malas pada keluarga. rajin-rajin menolong ibu di rumah.

7 teguran:

akhwat kerdil di celahan umat berkata...

salam,teguran yang bermakna.bila di rumah,iman mudah melemah.kdg2 tu malasnya terlebih2 pulak.pentingnya menjaga HDA agar imannya x futur terus.kadang bertanya sendiri beginikah orang yang sudah tarbiyah,astaghfirullah...
jzkillah atas perkongsian

akhwat kerdil di celahan umat berkata...

salam,teguran yang bermakna.bila di rumah,iman mudah melemah.kdg2 tu malasnya terlebih2 pulak.pentingnya menjaga HDA agar imannya x futur terus.kadang bertanya sendiri beginikah orang yang sudah tarbiyah,astaghfirullah...
jzkillah atas perkongsian

dr. mujahidah berkata...

akhwat kerdil,
itu pentingnya tidak melebih2 dalam perkara mubah..
tgk tv, terlebih makan,tido, terlebih chating dan surf internet.

bertambah malas nanti..

adeq berkata...

salam reformasi ~

Alhamdulillah post yang menarik yang mengetuk hati2 kecil mereka yang konon nya bergelar akhwat -saya lah tu- ..

moga cuti selama 3 bulan ini dapat dimanfaatkan dengan berbakti kepada kedua orang tua..apatah lagi bila malas untuk bebuat 'amal Islami..

InshaAllah di samping kita GIGIH dalam berbuat amal..ada satu sisi yang tidak boleh kita abaikan..iaitu GIGIH dalam "menjaga niat di balik amal"..Walau sedahsyat mana pon amalan kamu andai niatnya salah samalah sepertinya kamu ingin menyediakan makanan tetapi menggunakan bahan2 yang busuk..sampai BILA-BILA pun kamu tidak akan merasai nikmatnya -ingatan buat diri..

AllahuA'lam..

dr. mujahidah berkata...

jzkk.. adik, ingatan itu sangat bermanfaat..

ya,,, menjaga niat di balik amal..

ummu.uk@yl berkata...

semoga sentiasa mujahadah ya ukhti..
xkira masa, xkira tempat mahupun suasana..
Alhamdulillah, da hbs exam ye?
doakan kami akhawat mesir. insyaAllah exam nya pertengahan jun.
nanti ada dikalangan kami yg pulang ke msia..
bolehla berjumpa bertentang mata...
mengeratkn silaturrahim.. =)

yang penting keikhlasan, kemudian terjadilah apa yang akan terjadi - Abu Musa AsSyaa'ari

dr. mujahidah berkata...

ikhlas itu kita sanggup loose everything to get Allah blessing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...