Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

31 Mei 2010

surat untuk bonda

bonda, anakanda sayang sangat bonda kerana Allah.
assalamualaikum

kehadapan bonda yang dikasihi. moga bonda sentiasa dalam keadaan sihat dan diredhai Allah. anakanda di sini terlalu rindu pada bonda. merindui pelukan, ciuman, masakan dan apatah lagi kata-kata nasihat bonda. dan anakanda yakin, bonda juga rindu akan diri ini. ya, penat juga membilang hari agar dapat ketemu bonda yang disayangi.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. 
[al-Nisa’ :36]
bonda,

terima kasih kerana telah melahirkan anakanda sehingga membesar dengan baik sekarang. terima kasih kerana membesarkan anakanda sehingga menjadi orang berguna. sehingga berjaya memasuki universiti sekarang. dan apatah lagi meneganal islam. jasa bonda, tidak dapat anakanda hitung. tidak dapat anakanda balas. sesungguhnya Allahlah yang akan membalasnya setimpal dengan perngorbanan bonda. 

bonda,

anakanda tahu, bonda terlalu risau dengan pelajaran anakanda. kadang-kadang keputusan yang tidak memuaskan buat bonda tertanya-tanya, adakah anakanda sesuai untuk menjadi seorang doktor muslim berjaya. insyaAllah bonda. doa bonda, anakanda harapkan. dan anakanda akan buktikan yang anakanda bukan sahaja boleh cemerlang dalam pelajaran tapi cemerlang dalam dakwah dan tarbiyah.

anakanda tahu, bonda risau dengan keadaan anakanda. anakanda terlibat dengan dakwah dan tarbiyah sejak memasuki alam universiti. dan dari sinilah anakanda belajar erti sebenar hidup. tujuan hidup kita bukan untuk menjadi doktor. tapi untuk cari redha Allah. dan doktor adalah adalah alat sahaja untuk kita mencapai peringkat tersebut. dan cita-cita anakanda adalah terlalu tinggi sekali. ingin membina hospital tarbiyah. hospital ikhwah wa akhwat. yang mana mampu untuk mentarbiyah pesakit, mengasingkan pesakit lelaki dan perempuan. dan doktor perempuan untuk pesakit perempuan manakala doktor lelaki untuk pesakit lelaki. itu cita-cita kami semua akhwat dan ikhwah. moga-moga tercapai. doakan ya bonda. Amin....

untuk pengetahuan bonda, anakanda tidak memasuki ajaran sesat. ya, kekadang bonda terkejut dengan perubahan anakanda yang sudah bertudung labuh, sudah kerap membaca al-quran sehingga kemana-mana membawa al-quran, sudah tiada teman lelaki, sudah pandai berbicara tentang hukum dan sebagainya. tapi itu bukan sesat. malah itulah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. berlandaskan al-quran dan sunnah. dan anakanda tahu, bonda juga sudah faham dan boleh menerima perubahan ini. dan ibu mana yang tidak gembira dengan anak-anaknya yang mengamalkan islam sebenar. anakanda tahu, bonda gembira saat ini. kita semua satu keluarga sudah sedikit-sedikit merubah suasana keluarga islami dalam rumah. itulah nikmat Allah yang anakanda sangat-sangat rasa bersyukur.

bonda,


anakanda ingin sangat lihat keluarga kita bahagia. bukan sahaja di dunia tapi di akhirat sana. aanakanda ingin sangat keluarga kita mengamalkan islam yang sebenar. ingin sangat lihat adik beradik kita juga tidak ketinggalan ditarbiyah. dan ingin sangat lihat abang-abang anakanda dan kakak anakanda berkahwin dengan orang yang punyai fikrah islami. dan disaat punyai anak, anak-anak mereka juga adalah anak yang mengamalkan islam. ya, anakanda tahu itu bukan mudah. tapi kita boleh cuba bonda. kita boleh mulai dari sekarang. betapa anakanda nak katakan bahawa tarbiyah itu penting sebenarnya. kalau anakanda dekat bersama bonda dan keluarga, sudah lama anakanda halaqahkan semua ahli keluarga kita. itulah cita-cita anakanda. tapi tidak semudah itu. anakanda mengaharapkan bonda pantaulah adik fauzi. jangan dibiarkan larut dengan dunia remaja nya. tegaskanlah kepadanya tentang kepentingan solat dan jangan tinggalkan solat.


bonda,

anakanda inginkan keluarga kita mengamalkan hidup cara sederhana. tidak terlalu mewah. anakanda risau dengan keadaan ini. ya, harta kita yang digunakan pasti akan ditanya oleh Allah kemana ia pergi. anakanda hendakkan sangat hidup yang sederhana. dan bila anakanda memakai yang buruk-buruk, anakanda memakai apa yang ada sahaja. bila dikata anakanda sangat kedekut, anakanda bukan kedekut. tapi anakanda tidak mahu membazirkan duit itu untuk benda yang tidak perlu. dan buat masa ini, anakanda sangat berkira dalam menggunakan duit untuk yang tidak perlu. sebab tarbiyah mengajar anakanda sebegini. moga juga harta kita yang banyak di infaqkan untuk jalan Allah. kerana jika kita berkira-kira, harta ini tidak akan membawa kita kemana-mana. melainkan hanya akan hancur bila kiamat tiba.
" Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbukan tujuh bulir; pada tiap-tiap bulir; seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha mengatahui." 
( surah albaqarah:261) 
bonda,

bila anakanda sudah mendapat ijazah kedoktoran nanti, pasti anakanda akan menjadi doktor dengan gaji yang beribu-ribu. mencapai 4 angka. tapi itu bukan bermakna anakanda kaya. bukan bermakna anakanda perlu ada kereta mewah. bukan bermakna anakanda perlu ada rumah besar. anakanda juga pernah memberitahu, anakanda akan memberi bonda dan ayahanda duit setiap bulan sebagai perbelanjaan. dan duit itu juga anakanda gunakan untuk dakwah dan tarbiyah. anakanda mengharapkan juga bonda tidak terkejut keadaan hidup anakanda yang biasa-biasa sahaja nanti seperti bukan kehidupan seorang doktor yang kaya sepertimana yang masyarakat lihat sekarang.

anakanda tahu, desakan kelaurga pasti akan berlaku bilamana anakanda jadi doktor. dan jangan terkejut bonda. anakanda sudah persiapkan diri untuk pergi jauh demi Allah, dakwah dan tarbiyah. dan dimana sahaja anakanda bekerja, itu adalah tempat yang paling baik untuk anakanda dan dakwah. dan walaupun jauh kemana anakanda pergi, insyaAllah doa anakanda akan sentiasa mengiringi untuk semua.
”..Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya…”  
(At Taubah:24)
sekian sahaja warkah untuk bonda. anakanda sayangkan bonda. dan anakanda juga sayangkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya. segala tulisan dan kata-kata yang kadang-kadang menginggung perasaan bonda, anakanda mohon beribu maaf.

semoga anakanda dan bonda  dan keluarga kita akan menginjak ke syurga bersama-sama. bonda, tersenyumlah saat membaca warkah ini kerana anakmu kini bukan sekadar pelajar, tapi pejuang dan daie' yang siap mati untuk agama Allah, dan siap syahid di jalan ini.

wasalam.

yang menyayangi Allah, Rasul dan bonda,
anakandamu jauh di perantauan,
anak ke enam mu.

27 Mei 2010

akhwat tidak boleh malas!

kita kuat atau lemah dalam melawan perasaan itu?

" ana  tak boleh gi program hujung minggu ni. ana MALAS!"
" malas la nak kemas-kemas bilik, biarlah bersepah pun"
" ah, malasnya nak gi halaqah"

kemalasan memang syndrome yang sering menimpa diri dan orang sekeliling kita. MALAS adalah penyakit yang betul-betul berbahaya. tahap seperti 'end-stage'. sepertimana kanser. boleh metastasis atau merebak. iaitu dari malas berfikir, malas bekerja, malas bergerak dan akhirnya malas segala-galanya.

orang malas selalu bagi alasan

pepatah 'orang malas selalu bagi alasan' kerap kali kita dengar. mungkin dari sekolah rendah. kalau dulu di kelas, selalu sahaja bila tidak siap atau tidak bawa kerja sekolah yang diberikan cikgu, kita pasti akan berlasan. dan kalau dari akhwat sendiri juga punyai alasan malas, ia sangat agak paling mengecewakan. dan ini realiti. akhwat beralasan malas pergi program! ah, mungkin ada yang tidak kena.

bagaimanakah kalau sesuatu medan itu, akhwatnya semua malas? maka, bagaimana hendak maju kehadapan?
suruh ziarah, tidak buat. suruh silaturrahim, tidak buat. suruh itu, tidak buat. suruh ini juga, tidak buat. semuanya malas. 

murobbiyah, cek kenapa mutorobbiah anda malas? sebab salah anda ke? atau sebab memang dia ini tidak lagi berminat dalam tarbiyah? atau memang dia ini sudah FUTUR?

malas bukan sifat orang mukmin

ayat ini saya dapat dari bilik akhwat IPKT.bagi mereka yang tahu, pasti kenal, bilik siapa. ( sesungguhnya saya rindu kalian ). dan sampai sekarang saya tampal ayat yang sama di bilik saya.mungkin sebagai motivasi untuk diri yang kadang-kadang tak dijangka kemalasannya.


mukmin yang benar, pasti tidak malas. ya, imannya terjaga. mutabaahnya mantap. hubungannya dengan Allah dalam keadaan baik-baik sahaja. setiap ibadah tidak dilakukan dengan malas. atau sekadar ikut syarat. itu mukmin sebenar. tapi bagaimana pula kita ini yang kononnya mengaku mukmin kadang-kadang malas?
ayo, jangan jadi orang munafik yang disebutkan Allah dalam alquran:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
tidak mahu jadi munafik? jangan buat ibadah dengan rasa malas. atau tidak sungguh-sungguh. dan bahkan riya' pula di hadapan manusia. dihadapan ramai. ibadahnya hanya yang sia-sia. tidak dihitung oleh Allah sebagai pahala.

kenapa malas?

sekarang musim cuti pasti ramai di antara kita dalam kondisi iman yang rapuh. dugaan sangat banyak apabila melangkahkan kaki ke rumah. hidup di rumah pula, makan dan tido. dan syaitan pula tetap melaksanakan kerjanya. 
  1. ini semua syaitan punya kerja! (selalu salahkan syaitan). tapi memang benar. syaitan ini suka bagi virus pada hati kita bila mana hati kita dah expired anti-virusnya. titik-titik lemah kita dicucuk syaitan. dan syaitan mencuri pertahanan iman dalam diri.habislah. terus rasa lemah dan malas.
  2. berlebih-lebihan dalam perkara mubah. contoh di sini makan. kalau makan berlebihan, pasti jadi malas. perut sudah kembong. badan sudah berat. dan lagi satu ni, berlebihan dalam melayari internet dan ber chatting, ( sila ambil perhatian). ia rasa ketagihan dan masa ibadah dan dakwah menjadi kurang. dan selalu nya orang begini berkira-kira dalam memperuntukkan masanya untuk Allah, ibadah dan dakwah.
  3. hubungan dengan Allah tak di jaga. hubungan dengan Allah juga amat sangat penting memainkan peranan. bak kata hilal asyraf : HDA. jaga HDA. jaga Mutabaah, jaga iman. jaga semua. jaga ibadah.
pesanan dari orang-orang hebat

Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas...” (Riwayat Abu Daud)
Iman as-Syahid Hassan al-Banna berpesan :
Barangsiapa yang bersegera dan 
bekerjasama dengan kita di dalam dakwah Islam, dia mendapat kebaikan dan itulah yang lebih baik. 
Siapa yang bimbang dan ragu, kita mohon kepada Allah supaya Dia menghapuskan keraguan dan 
kebimbangannya. Barangsiapa bermalas-malas dan suka duduk berpeluk tubuh menjadi penonton 
maka dia telah berbuat salah dan menganiaya dirinya
La Tahzan, jangan bersedih / 'Aidh al-Qarni;
Jangan bersedih, karena kesedihan hanya akan membuatmu lemah 
dalam beribadah, membuatmu malas untuk berjihad, membuatmu putus 
harapan, menggiringmu untuk berburuk sangka, dan menenggelamkanmu 
ke dalam pesimisme.
mahu malas lagi? istighfar ukhti saat-saat merasa lemah, malas atau futur. itulah penting kebersamaan akhwat di sisi. dan juga curhat kita bersama akhwat yang paling rapat. saat itu, kita bina kembali ruh dakwah dan tarbiyah dan diri. dan saat itu juga, kita buang jauh-jauh perasaan malas itu.


puisi untuk kamu

ukhti,
jangan kamu malas,
malas itu penyakit,
malas itu hanya boleh buat hatimu bertambah sakit,
malas itu buat syaitan gembira terpekik,
malas itu buat kamu rasa segala kebaikan itu pahit,
malas itu takkan hilang selagi kamu tak hilangkan dosa yang tercalit.

ukhti,
kalau kita malas,
siapa lagi mahu buat kerja dakwah?
siapa lagi mahu teruskan taarbiyah?
siapa lagi mahu buat halaqah?
siapa lagi yang nak ziarah?
kita kan dah punya fikrah,
jom cari redha Allah.


diagnosis diri. malas merugikan dirimu sendiri.

p/s : cuti ni, jangan tunjuk kita malas pada keluarga. rajin-rajin menolong ibu di rumah.

23 Mei 2010

hari guru bukan sekadar hari













sambutan hari guru seringkali disambut setiap tahun. tarikhnya sama. 16 Mei. hari guru ini adalah hari yang paling menggermbirakan bagi semua guru. kerana menerima pelbagai hadiah dari anak murid dan pelajar-pelajar mereka. namun, sambutan hari guru yang tidak bertetapatan kadang-kadang membuatkan hari guru menjadi hari yang membosankan dan menjenuhkan.

trend masa kini

kenapa ya hari guru disambut dengan nyanyian dan hiburan-hiburan lagha?
kenapa ya hari guru disambut dengan sorakan riuh pelajar tanpa malu?
kenapa ya hari guru disambut dengan persembahan lakonan yang memperlekehkan guru-guru kita?
kenapa ya hari guru sahaja baru nak bagi hadiah?
kenapa ya hari guru tidak dihayati sepenuhnya?
kenapa ya?

adakah ini satu trend? atau adakah ini rancangan guru-guru yang mmemang hendak begitu sambutan hari guru berlansung?
menyambut hari guru sekadar menganggapnya sebagai kebiasaan. memberi hadiah untuk guru sekadar untuk sambutan. sekadar mengambil hati insan-insan yang mengajar kita setiap mata pelajaran. sekadar untuk mmenjadikan guru kita tersenyum kegembiraan.

" oh, inilah satu-satunya anak muridku yang memberi hadiah"
" cikgu, terima kasih kerana menyelesaikan masalah saya dan pakwe saya"

nasihat untuk guru 

guru bukan pada sekadar nama. bukan hanya pada ijazah yang kamu dapat dari maktab atau universiti. jadilah guru yang betul-betul beragama. walaupun kalian bukan lah mengajar subjek pendidikan islam di sekolah.

apa  yang dimaksud guru beragama? guru yang tidak menggalakkan anak muridnya bermaksiat. bercouple. yang mengiyakan haram dan mencegah yang halal. padahal anda guru. seorang yang dipercayai. tugas anda bukan hanya mengajar fakta. tapi anda perlu mendidik. mendidik anak murid dengan amal islami. menegenalkan mereka dengan tarbiyah. islam yang sebenar. meneylitkan unsur-unsur islami di dalam kelas. susah sangat ke?

bukan menjadi guru tapi bersikap jahiliyyah. melakukan perbuatan tidak senonoh pada annak murid. merosakkan masa depan pelajar. menggalakkan pelajar bercouple. mengajar perkara yang sia-sia dan tidak elok. hanya tahu berlumba-lumba memakai kereta mewah dan berbisnes sakan di bilik guru. dan menghalang akhwat ikhwah untuk mentrbiyah pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dan matrikulasi tanpa alasan yang benar.padahal kami bukan mahu sesatkan pelajar.

Berilah peluang kami mentarbiyah pelajar anda

kami tahu kerjaya guru kadang-kadang penat. kadang-kadang letih. tidak mampu untuk menjaga semua pelajar. tidak mampu memantau semua. dan peranan kami, sebagai daie' adakah untuk meringankan beban guru. untuk memastikan islam tertanam dalam hati pelajar. untuk menjadikan pelajar mengenal islam yang sebenar. dan terpancar melalu akhlak. halangan anda membantutkan tugas daie'-daie' yang mengharap para pelapis meneruskan kerja dakwah.

Redha guru 

Khalifah Harun al-Rasyid yang amat masyhur ketika datang ke Mekah untuk menunaikan haji maka baginda tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Madinah. Setelah tiba di Madinah baginda ingin bertemu dengan imam Malik untuk belajar secara langsung daripada beliau berkenaan kitabnya yang paling masyhur iaitu Muwatta’. Ketika pesuruh khalifah datang menemui imam Malik untuk menyampaikan hajat khalifah lalu beliau dengan tegas menjawab : “ Sampaikan kepada khalifah bahawa ilmu itu didatangi bukannya ia yang mendatangi seseorang”. Akhirnya khalifah datang sendiri berkunjung ke rumah imam Malik untuk belajar. Semasa berada di rumah imam Malik lalu disampaikan maksud kedatangannya itu iaitu untuk belajar kitab Muwatta’. Ketika mahu belajar maka didapati hanya satu kerusi sahaja yang ada di ruangan tempat belajar lalu imam Malik dengan tegas menyatakan :” Kerusi itu untuk guru dan jika engkau datang untuk belajar maka duduklah bersama dengan murid yang lain”. Maka dengan hati terbuka khalifah pun duduk bersama dengan murid imam Malik yang lain untuk belajar kitab Muwatta’.Jika rasa rendah diri dan menghormati guru tidak ada maka sudah tentu khalifah Harun al-Rasyid tidak mampu menimba ilmu pengetahuan daripada imam Malik.Baginda telah membuang rasa megah dengan kedudukan sebagai khalifah dengan duduk bersama murid imam Malik yang lain untuk sama-sama belajar. Inilah sikap yang mesti ada pada setiap diri pelajar agar mereka benar-benar belajar dengan baik disamping mendapat keberkatan hasil keredhaan guru.

penutup

dia tetap guru anda. dia yang mengajar anda. janganlah pernah membenci. jika kita hormati dia, makan dia akan hormati kita. berlapang dada jika guru pernah berbuat sesuatu pada anda. menyakiti, memarahi, merotan atau membaling anda dengan duster kapur ( huhu.. ana pernah kena). janganlah langsung ada perasaan dendam. jadi, berbuat baiklah pada guru kita sejauh mana garangnya dia, dia hanya mahu anda berjaya. dia bangga dengan kejayaan anda. dia tetap guru anda. guru saya. guru kita.

p/s : kepada cikgu tabika kemas, KAFA, Sek.Agama Semencu, SKFS, SMSAH, KMJ dan USMKK, selamat hari guru.


~ artikel 16mei, pintaan dari ADIK~

19 Mei 2010

luahan hati seorang teman

( saya terpaksa posting juga)

maaf itu lebih baik

Dan orang-orang yang menahan kemarahan dan yang memaafkan kepada orang banyak dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan," (ali-lmran: 134)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: 

"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya itu mempunyai beberapa orang kerabat, mereka saya hubungi - yakni dipereratkan ikatan kekeluargaannya, tetapi mereka memutuskannya, saya berbuat baik kepada mereka itu, tetapi mereka berbuat buruk pada saya, saya bersikap sabar kepada mereka itu, tetapi mereka menganggap bodoh mengenai sikap saya itu." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Jikalau benar sebagaimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah mereka itu engkau beri makanan abu panas -yakni mereka mendapat dosa yang besar sekali. Dan engkau senantiasa disertai penolong dari Allah dalam menghadapi mereka itu selama engkau benar dalam keadaan sedemikian itu." 

(Riwayat Muslim)

~wahai orang yang beriman, berpegang teguhlah kamu pada tali Allah~

teman,
kita dah lama berkenalan,
selalu berjumpa tak kira malam atau siang,
personaliti aku pun kau dah faham,
aku ni bagaimana jenis orang.

teman,
aku punya banyak kelemahan,
kadang-kadang buat kau rasa bengang,
kadang-kadang suka berkata yang menyakitkan,
kadang-kadang punya buruk perlakuan.

teman,
aku pun ada perasaan,
aku pun ada mata nak pandang,
sejak hari tu kau pandang dan tengok aku semacam,
kalau tak puas hati, 
cepetlah berterus terang,
runsing aku tengok kau punya perubahan.

teman,
aku tahu aku banyak kesalahan,
takkan sampai macam tu sekali kau pulaukan,
aku cuba nak berbaik bila berdepan,
tapi kau pandang buat-buat tak paham,
seolah-olah kau tak pernah kenal aku sejak berkenalan.

teman,
kalau aku salah tolong tegurkan,
ni membisu tanpa sepatah perkataan,
kadang-kadang perbuatan kau tu menyakitkan,
aku tak sedar apa-apa pun kesilapan yang aku dah lakukan,
tiba-tiba kau datang terus beri hukuman,
terseksa jiwa, sakit tak tertahan.

teman,
aku ni suka tolong orang,
kalau susah mintak la aku ringankan beban,
ni semacam aku dah tak diperlukan,
semacam aku ni tunggul tepi jalan,
kau ingat aku tak ada hati dan perasaan,
tapi aku pendam,
sebab nak jaga persahabatan.

teman,
andai kau rasa puisi ini untuk kau renungkan,
syukur pada Allah kau sudah baca aku punya luahan,
moga ada perbaikan,
pada masa akan datang.
aku akan ubah mana kelemahan,


maafkan saya segala salah silap. lapangkanlah dada anda untuk menerima maaf dari saya.

16 Mei 2010

SYNERGY review

alhamdulillah. syukur pada Allah. saya mahu memberi pengumuman pada semua pembaca. kini, majalah synergy akan keluar di pasaran tidak lama lagi. sebuah majalah islam yang sarat dengan ilmu pengetahuan. majalah yang memaparkan pelbagai isu menarik untuk semua pembaca. satu majalah yang diterbitkan oleh mahasiswa, mahasiswi , doktor dan ustaz dari pelbagai tempat dan IPT.

jadi pertama-tamanya saya mohon doa kalian agar kami terus istiqamah dalam melakukan dakwah pena ini.dan sekaligus ingin menguasai meneyebarluaskan ilmu agama melalui media massa.

pengedar diperlukan

sekarang kami tengah mencari pengedar. sekali lagi saya ingin promote kalian. jika ingin jadi pengedar boleh sahaja download borang pengedar di sini dan hantar emelkan kepada synergymedia2010@gmail.com kami memerlukan pengedar dari setiap IPTA/ IPTA/ matrikulasi/ daerah-daerah dan negeri.

jadi, marilah sama-sama membantu dalam menyebarkan islam melalui media massa ini. dan kami akan memberi komisyen kepada anda bagi setiap jualan majalah.

harga yang berpatutan

insyaAllah, harga yang berpatutan. mampu dimiliki oleh semua pihak.

kolum majalah


  1. Dari Laman Hati
  2. Oase Iman
  3. Global Islam
  4. Tafsir Kalam Allah
  5. Ibrah Sirah
  6. Tokoh Muslim
  7. Pembedahan Buku
  8. Diagnosis Diri
  9. Kewangan & Anda
  10. Cerpen Islami
  11. Karya Komik
  12. Gubahan Islami
  13. dan banyak lagi....
mari menymbang untuk islam

sesungguhnya aktiviti menyebaluaskan islam ke dalam masyarakat sepatutnya di sokong. mohon sokongan anda semua. lawati web synergy media di http://synergymedia2010.blogspot.com/.


p/s : saya akan stop enter posting mulai hari ini hingga satu masa. beri laluan pada exam. mohon doa dari anda semua agar dipermudahkan segala urusan.

14 Mei 2010

CFCS first residency

CFCS. communtiy family and case study. dulu rasa macam tak penting CFCS ni. tapi inilah masa untuk bergaul dengan masyarakat. melihat taraf hidup dan masalah masyarakat di kampung-kampung,.

inilah akok. sedappp...


harihari terakhir


hari ini adalah hari 2nd last saya di kampung Salor. kampung yang paling famous dengan AKOK di kelantan. kira akok yang paling sedap boleh dapati di sini. kampung yang mana kami dikehendaki membuat kaji selidik berkenaan tahap kesihatan dan masalah penyakit di kampung ini.

alhamdulillah, sambutan yang amat baik dari penduduk kampung. terima kasih semua. dan terima kasih pada penduduk kampung yang berjaya menjumpai kad matrik saya yang hilang. 

kepenatan yang amat sangat sudah kami rasai sejak hari pertama. terpaksa berjalan kaki hampir seluruh kawasan kampung untuk mengenal sedikit sebanyak jalan-jalan dan rumah-rumah yang akan kami lalui untuk hari seterusnya dan yang paling penting untuk membuat peta dan mencari rumah yang terpilih untuk dikaji selidik. metod kami biasa, hanya menggunakan systematic sampling. mudah dan cepat. 

peluang yang terlepas


macam-macam yang kami lalui. tapi mungkin inilah aktiviti yang mampu merapatkan jurang perkauman. dan merapatkan persaudaraan sesama ahli PBL. makan bersama. solat bersama. bergambar bersama. bergurau bersama. berjalan bersama. kulit kami semakin gelap akibat terpaksa berjalan kaki, keliling kampung pagi sampai petang. bayangkan! dan hari hari terakhir berakhir dengan kaki yang melecet dan luka.kulit meruam.  muka yang sunburn. inilah cabarannya.

cuma saya kesal dengan peluang yang saya sepatutnya grab. berdakwah pada setiap rumah yang kami pergi. saya pernah terifikir perkara itu, tapi saya hanya buat tidak ambil kisah. yela, apa perlu saya tanya pada ahli keluarga rumah itu? metod nya saya tidak tahu. pernah terfikir hendak bagi risalah. tapi kebanyakannya semua orang-orang tua. hanya menunjukkan contoh dan akhlak baik sahaja saya mampu.

PBL kami dipecah 4. jadi setiap group pasti ada lelaki. dan apabila kami masuk dari rumah ke rumah. hampir semua yang saya lihat, ambil tak kisah sahaja soal tudung. padahal ada lelaki asing yang akan masuk rumah. maka diwajibkan bagi setiap perempuan dalam rumah itu bertudung lengkap menutup aurat. tapi seakan-akan kawajipan itu hampir pupus.


matlamat tidak menghalalkan cara


Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan syaitan yang ketiganya.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)

satu lagi yang saya kesal. pada sikap kita. apabila hendak mencapai satu matlamat, menghalalkan sahaja apa cara untuk mencapai matlamat tersebut. berdua-duan dalam kereta perempuan dan lelaki bukan mahram bersama mencari rumah yang perlu dikaji selidik. dan juga sikap kita mengutamakan lagi kerja dari solat. asar pada pukul 430pm. tapi ada yang pada masa itu tidak mahu berhenti kerja. terus melambatkan solat asar.sehingga 630pm. itu saya tidak setuju lansung!


Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

kalau beriya-iya hendak menghabiskan cepat kaji selidik. jangan sampai meremehkan benda yang wajib!. juga ikhtilat sudah tidak di ambil kisah. bergurau senda, tersentuh sana sini, jalan rapat-rapat. 

moga ada perbaikan untuk CFCS pada julai ini.


~ jumaat, 630pm, baru balik~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...