Radix Chicken House..
Sekarang nama itu sudah cukup sinonim di kelantan. Cawangan yang terbaru di buka di Kota Bharu Trade Centre di tingkat 3.
Sokonglah
nape saya suruh anda semua menyokong? kerana ia adalah buatan tangan orang islam sendiri. syarikat muslim.
ayam muslim organik. barangan muslim. halal dan sedap.
"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada
di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti
jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang
terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)
Jauhi produk israel
saya agak kesal dengan sikap kita umat islam. kita selalu pandang remeh perkara ini. kita tak pernah berasa bersalah dengan sikap kita yang tidak memboikot produk israel. saya dapat lihat dari jauh, restoran-restoran makanan segera ini sering dikunjungi orang.padahal restoran ini menyokong tentera yahudi israel untuk membunuh umat islam palestin dan menawan masjid al-aqsa.
Jika ianya satu perkara yang remeh, Sheikh Yusuf alQardhawi tidak akan memberikan fatwa
beliau yang jelas dan tegas :
"Membeli segala produk mereka (Israel dan sekutunya) sama dengan menambah hujanan peluru
ke jantung saudara dan anak-anak di Palestina atau dalam arti mendukung operasi dan
agresinya,"
www.inminds.co.uk
Sensitiviti
dimana sensitiviti kita?
dikala umat islam sekarang di palestin tengah dalam keadaan yang memilukan.
supportlah produk muslim dan boikotlah produk israel. bukan sahaja dari segi makanan, tapi, dari segi semua jenis barangan.
p/s : Eddlie Fried Chicken(EFC) pun ada.
6 teguran:
wah ukhti tq 4 da information..mmg up to date la huhhhu...nnti kte g mkn skli ae...xsbr nk rse resepi RCH..(^_^)
ana dah pegi ke RCH tu, dkt KTC. sedap juga makanannya...antunna bila lagi?
EFC..dah biasa membeli sebab berdepan dgn klinik tempat ana keja..
mm.. EFC dah slalu g. lepas ni mungkin gi RCh pula.
salam..kak,ape beza radix chicken house dengan radix fried chicken?
salam.. radix fried chicken= ayam goreng radix
tapi Radix chicken house= ayam goreng, satey, wedges, coleslaw, mashed potato, nasi ayam, dan segala2 nya macam KFC..
itu y akak tau. kalau salah, tak tau la.. hehe
dulu namanya radix fried chicken, kemudian RFC terima saman bahawa jenama RFC menyerupai KFC, maka, bagi mengelakkan di saman dan proses yg lebih rumit, maka HPA telah menukarkan nama Radix fried chicken kepada Radix Chicken House.
begitulah cerita yg benar dari sumber yg sahih.
sekian.
Catat Ulasan