jalan dakwah perlu ditempuh setiap di antara kita. tiada alasan untuk meninggalkannya!
Anda suka berdakwah? Tahu kewajipan dakwah?
Tahu cara-cara berdakwah?
Alhamdulillah, dewasa kini, ramai orang
yang sudah boleh terima perkataan dakwah. Dulu, apabila hendak sebut DAKWAH pun
rasa payah. Malu. Takut di panggil ektremis dan macam-macam lagi.
Generasi remaja zaman sekarang juga sudah ramai yang bersedia untuk melaksanakan dakwah. Kewajipan dakwah tidak boleh dipertikaikan
lagi.
Kita
mahukan ilmu
Apabila kita memasuki alam universiti,
banyak perkara baru yang kita akan belajar dan mahu belajar. Dalam proses ini, apa yang kita
mahukan adalah menuntut ilmu sebanyak mungkin. Tidak kira apakah ilmu itu
samada ilmu dunia atau akhirat.
Banyak juga tawaran yang akan kita dapat
dari pelbagai kelompok manusia. Ada yang menawarkan halaqah, usrah,
ceramah, liqo’ atau apa sahaja pada kita. Namun, pilihan segalanya di tangan
kita. Samada mahu hadir ke semua acara atau tidak ikut serta langsung.
Apa yang saya cuba cadangkan di sini
adalah, pergilah ke semua acara yang di jemput. Dan nilailah ia dari semua
aspek. Mungkin pada awalnya kita akan mengira bahawa kita hanya mahukan ilmu tidak kira ia dari siapa. Maka, kita akan pergi sahaja ke mana-mana majlis ilmu yang ebrlansung. Namun, kita perlu ingat, sampai satu tahap, sampai satu masa nanti, kita perlu memilih manakah majlis ilmu yang paling baik buat kita untuk kita berkomitmen terus dengan ia.
berkomitmen di sini bukanlah sekadar istiqamah mengahdirkan diri ke situ dan menerima sahaja, malah, menjadi orang yang akan menggerakkan pula majlis itu. ataupun orang yang akan mengajak orang lain turut mengerakkan majlis itu, memberi sebanyak mungkin dan merekrut ramai lagi orang untuk menjadi sama seperti anda bahkan lebih baik.
kita bukan sahaja menerima ilmu, namun kita perlu memberinya
itulah dinamakan generasi RABBANI. generasi yang belajar dan mengajar.
Kepelbagaian
Dulu, agak sukar untuk saya terima adanya
kepelbagaian kelompok. Pada saya, kenapa kita tidak bersatu? Kenapa ada
berbagai-bagai kelompok? Sehingga saya rasa agak pening. Mungkin ramai juga yang
mengalami seperti apa yang saya alami.
Namun sekarang saya faham. Kepelbagaian kita
mungkin salah satunya kerana kita berbeza pendapat dan cara. Ada sesetengah di
antara kita menggunakan cara ini, ada pula yang itu dan ada pula yang lainnya
untuk mencapai tujuan yang sama. Namun, itu bukanlah bermakna kita umat islam berpecah
dan saling bermusuhan.
Proses
Memilih
Sukarkan untuk memilih sesuatu yang kita rasa
semuanya boleh memberi manfaat pada kita. Sukar juga untuk memilih sesuatu yang
bertembung dalam satu masa. Seperti contoh, memilih halaqah atau ceramah
ataupun memilih halaqah atau usrah dalam masa yang sama. Mungkin akan berlaku
kekeliruan dalam pemilihan.
Namun, apa yang mahu ditekankan di sini,
pilihlah berdasarkan apa yang terbaik buat diri kita. Dan pastikan ia terbaik
buat iman kita. Tak mungkin kita dapat berkomitmen dengan 2 benda dalam satu
masa. Ia dapat di analogikan seperti kita memilih mengambil 2 kos dalam masa
yang sama iaitu perubatan dan forensik. Bagaimana kita hendak berkomitmen pada
kedua-duanya? Pasti amat sukar dan akhirnya kita akan memilih satu sahaja yang
terbaik buat diri dan hidup kita.
Maka, ada baiknya kita terus memilih satu
sahaja dan berkomitmen sungguh-sungguh dengan apa yang telah kita pilih. meskipun proses memilih ini amat sukar dan bisa menitiskan air mata, namun akan ada manisnya bila kita merasainya dan menghargainya sepenuh jiwa.
Jangan buat
sia-sia
Apabila kita telah berkomitmen dengan sesuatu,
pasti kita akan sedikit sebanyak mengetahui latar belakang management yang kita
ikuti. Sekali lagi, nama sesuatu management bukanlah segala-galanya, tapi
pastikan ia berpegang teguh kepada al quran dan sunnah.
Berdakwah kerana nama sesuatu management
adalah satu usaha yang sia-sia. Jika kita tidak tahu nama management apakah itu, maka perlunya kita tsiqah sahaja pada murobbiyah kita bahawa apa yang kita
tempuhi ini adalah sesuatu yang terbaik bagi diri kita. Murobbiyah perlu juga menerangkan tentang sirah yang berkait rapat bahawa nama bukanlah segala-galanya. yang penting adakah kita telah berbuat atau tidak? Apakah jika kita tahu
nama management kita, akan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dalam
dakwah kita?
Semoga kita terus membuat pilihan dan terus
mencari. Meskipun proses yang kita jalani ini sangat lambat, ingatlah bahawa kuantiti
tidak menjamin kualiti!
hati-hati dalam memilih kerana ia menentukan masa depan anda
p/s: proses memilih itu sebenarnya payah. artikel ini bukan bermaksud untuk mengajak anda bersama saya. sekali lagi, pilihlah yang terbaik buat iman anda.
10 teguran:
salam mashaAllah setiap baris sangat memberi makna.teringat lagi analogi itu.seperti analogi yang pernah kami dapat dari Abu Muhammad.berkaitan dua perkara dalam satu masa.huhu.benar adakah jika tidak bernama kemudian bernama mampu meningkatkan usaha dakwah anda?jika ia maka teruskan.jika tidak maka pandai2 hidup.
InshaAllah seperti mana akak pernah katakan "saya yakin akan pilihan saya" maka kita harus yakin.perbaiki keyakinan itu , InshaAllah tidak taksub pada apa2 atau siapa2.fikirkan dari intelek peribadi.
nantikan ana....hehe.InshaAllah ~
seperti kondisi di permulaan tarbiah.....masing2 ingin tahu..sudah tahu?apa dapat.hehe.life goes on ~~
salam...
posting menarik..truskan mnulis ya ukhtiku..
krn ana tau sibuk bkan alasan.jk dberikn kpd org x pro nnt mmbc pn jd nantok..hehe ^_^
salam..nak copy paste bole?
salam,kak
betul tu..buat pilihan terbijak
dulu saya pun tak faham kenapa perlu adanya pelbagai kelompok @taadud jemaah..
tapi,alhamdulillah....kini saya dah faham...
semuanya kerana tarbiyah n thaqafah yang ALLAH berikan walaupun satu ketika dulu memang saya sangat2 mempertikaikan...
salam..
nurnnysa; silalah..amat dialukan,smoga beroleh manfaatnya bersama
Salam.
Ukhti inniakhofullah, Ya.. kadang2 waqi' mempengaruhi pilihan.
Tapi, bila mana Allah telah menunjukkan jalan dan kita pun tahu jalan itulah yang terbaik.. maka teruskanlah juga walau payah dan getir. Walau waqi' itu masih tinggal hanya kita seorang. Jika kita yakin dengan Allah, pasti Allah akan membuka jalan.
Buat semua..
Jangan jadi seperti Rajjal Al-Unfuwah yang Islam pada awalnya. Tapi, apabila menjadi wakil ke Yamamah untuk membanteras masalah nabi palsu;Musailamah Al-Kadzab.... Rajjal memilih murtad dan memihak kepada nabi palsu kerana melihat waqi' yang kukuh dan ramainya bilangan pengikut Al-Kadzab. Naudzubillah.
Moga kita sentiasa ditunjukkan jalan dan memilih, hanya kerana Allah. Bukan atas asbab yang lain.
Wallahua'lam.
salam
artikelnya sangat bermanfaat.
jzzk ukht analytical blue.
jazakillah
Catat Ulasan