Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

26 Jan 2011

Komitmen kita


sejauh mana komitmen kita?

Boleh tak kalau saya ‘assume’ akhwat adalah orang yang berkomitmen. Kalau dia tidak boleh berkomitmen dengan baik, masakan dia boleh mampu bertahan menjadi akhwat sehingga sekarang? Ramai orang mahu berislam, tapi tak ramai yang boleh berkorban. Ramai orang boleh berkorban, tapi tak semua boleh berkomitmen dengan baik. Mungkin ada yang akan terkeluar atau terjatuh dari jalan dakwah dan tarbiyah kerana tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya.

Saya yakin kalau anda bukanlah seorang yang kuat jiwanya dan faham kenapa perlu berkomitmen, anda takkan berada di jalan yang anda tempuh sekarang!!

Realiti hari ini

Ramai yang mahukan islam masa sekarang. Untuk menjadikan islam mencakupi kehidupan kita, perlunya disiplin dan komitmen. Namun sejauh mana disiplin kita dalam menjalani proses tarbiyah dan dakwah? Dalam proses halaqah dan program, sebanyak mana di antara kita yang boleh disiplin dalam mengahadirkan diri ? Hakikatnya, tidak ramai. Malah, kita tidak perlu pun untuk membayar wang tambang atau yuran program dan juga program yang disuruh terlibat tidaklah jauh beribu batu. Kita memang sedang dimanjakan.

Inilah realiti hari ini. Kita mahu yang senang. Yang mudah. Halaqah tidak mahu berlama-lama. Kehadiran ke halaqah boleh main skip-skip. Mutabaah tak di ambil kisah. Program boleh nak datang atau tidak. Halaqah jadi mandul. Ahli halaqah tidak mahu bergerak. Segala gerak kerja tidak dipantau dengan baik dan teliti. Bila sudah bekerja, proses follow up tak dilakukan.

Inilah menyebabkan kualiti kita berkurang dan akhirnya islam takkan dapat dijulang kerana lemahnya kualiti orang yang ditarbiyah sendiri. Ukhti, ketahuilah bahawa halaqah dan program sangat-sangat penting. Seperti kata Mustafa Masyhur:

“ halaqah mesti tetap diteruskan meskipun khilafah islamiyyah telah wujud”

Bukan bermakna mengongkong

Betulkah kita tidak boleh ikut aktiviti-aktiviti lain jika kita telah berkomitmen di jalan dakwah dan tarbiyah ini? Semestinya boleh. Cuma kita kena tahu mana yang perlu diutamakan.

jika mahu komitmen pada tali tarbiyah ini, teruskan pegang dengan kuat. tapi jika tidak mahu, maka lepaskan.

Jalan dakwah dan tarbiyah bukan bertujuan mengongkong para akhwat kita dari menceburi bidang yang di minati. Kita memang punyai banyak bakat. Bakat dalam bernasyid, melukis, berfesyen,berpidato dan main bola atau apa sahaja. Namun, perlu kita ingat bahawa kita ada komitmen lain yang lebih penting dari itu.

Jika mahu menunjukkan bakat, silakan. Tapi lihatlah pada masa dan tempatnya. Adakah ia menganggu proses tarbiyah dan dakwah kita? Jika tidak menggangu dan masa tidak bertembung dengan halaqah atau program, maka di alu-alukan. Cuma perlu ingat, masa kita tidak sama dengan orang lain! Kita ada halaqah, program hujung minggu dan banyak lagi. Jadi, tinggalkanlah benda yang tidak ada manfaatnya dan isikan masa kita dengan study dan perkara yang lebih penting dari semua itu.

Mengetahui keutamaan

Kita boleh berkomitmen dengan benda yang kita suka menurut hawa nafsu kita, namun, dalam tarbiyah kenapa kita tidak boleh berkomitmen dengan baik? Adakah kita yakin, perkara-perkara yang kita ikuti itu boleh meningkatkan iman kita? Kita sanggup untuk tidak turun halaqah atau program dengan alasan yang tidak munasabah. Alasan yang bukan benar-benar darurat. Malah kita lebih mementingkan sukan, larian atau aktiviti apa sahaja dari menghadirkan diri ke halaqah atau program.

Keutamaan apakah yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup ini? Keutamaan dunia atau akhirat? Adalah satu masalah jika seorang akhwat tidak boleh membezakan mana keutamaan dan mana yang bukan keutamaan. Bila ada tuntutan dakwah yang perlu dilaksanakan, mungkin ada yang lebih memilih perkara lain dari dakwah sendiri. Inikah kualiti seorang akhwat yang ditarbiyah?

kalau kita tahu prioriti kita, kita takkan mempersoalkannya.

Penutup: Kita mahu kualiti

Memang kita sedikit. Memang muka yang sama sahaja kita tatapi acap kali. Memang kita agak rasa kecewa dengan bilangan ini. Di kala, kita melihat berduyun-duyun manusia di satu tempat, kita di sini boleh di kira bilangannya. Namun, akhwatfillah, jangan risau. Tersenyumlah. Kita mementingkan kualtiti. Usah ragu, kualiti yang sedikit inilah mungkin bisa menghancurkan musuh yang banyak.


Malah, kualiti inilah yang akan mencari orang-orang berkualiti seramai mungkin untuk turut bersama berada di saff/ barisan ini. Sekalipun ramai manusia yang tidak sanggup untuk bersama-sama kita, ada lagi ramai manusia juga yang sedang menanti sentuhan kita.


Buat akhwat yang merasa keseorangan di medan masing-masing. teruskan perjuangan. Betapa pun hebatnya cabaran yang antunna hadapi di muka bumi ini, ingatlah bahawa ia satu cara mematangkan kita dan menjadikan kita lebih kental menghadapi hari depan.


p/s: ayuh, terus berjuang!

7 teguran:

Unknown berkata...

yup..teruskan untuk berkomitment dgn pilihan yang betul..

umairzulkefli berkata...

Teruskan menulis dari hati. Semoga ramai yang mengambil manfaatnya.

p/s: Dah dekat sebulan tak menulis apa-apa tentang dakwah...

BroHamzah berkata...

Gerakan Komitmen dan tekad yang benar dengan ruh uluwul himmah.

Artikel yang bagus. Alhamdulillah.

BroHamzah

Tanpa Nama berkata...

Islam untuk semua. kaya , miskin, pandai, dungu, sihat, sakit, hitam, putih,lapang, sibuk, hebat,lemah, berkomitmen, dsb.

Abu Faruq Al-Iskandari berkata...

alhamdulillah, artikel yang terus memberi semangat buat zaujah ana, ana dan anak juga apabila pandai membaca kelak.

dr. mujahidah berkata...

memang islam utk semua. dan berbahagialah orang miskin, kaya, dungu, sihat, sakit, hitam, putih, sibuk, lapang, hebat, lemah... jika dia sangat berkomitmen dalam berislam.. sekian

adeq berkata...

terima kasih atas sokongan akak.rasa terbooster untuk berbuat ! baik ! teruskan perjuangan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...