Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

12 Jan 2011

akhwat bukan malaikat

dalam hidup, kesilapan yang kita buat jangan di ambil remeh dan di ulang lagi!

Dia bertudung labuh. Dia menjaga mutabaahnya. Dia mempunyai binaan dan ada halaqah. Dia bersama-sama kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Hampir setiap minggu kita pasti akan bertemu dia. di setiap program. Dia adalah akhwat kita. Ya, kadang-kadang kita akan merasa senang dengan teman yang sebegitu. Siapa tidak suka jika akhwat menjadi orang yang paling kita rapat. menjadi sahabat kita. Semua orang suka. Namun, kadang-kadang tidak semua yang kita hendak kita akan dapat. Tidak semua orang sempurna. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

akhwat juga berbuat silap

pernah tak kita merasa kita tidak boleh terima kesilapan yang akhwat buat pada kita? kita rasa tidak patut dia berbuat begitu pada kita. Dia ditarbiyah dan mentarbiyah. masakan dia mempunyai perlakuan yang tidak elok?

setiap orang ada proses berubah. berubah itu bukan memerlukan jangka masa yang sekejap. bahkan proses berubah itu berlansung sepanjang hayat hidup kita. kita lah yang mengambil peranan menasihati akhwat kita. bukan membiarkannya dan mendiamkan sahaja kesilapan itu. Mungkin akan diulang dan diulang lagi kesilapan itu sehingga kita merasa menyampah dan sakit hati.

itu bukan sikap kita ukhti. sayangi akhwat kita sebagaimana kita menyanyangi diri kita. kesilapan itu satu titik mula perbaikan. maka, setiap orang bukan sempurna seperti apa yang kita sangka meskipun dia adalah akhwat dan dia ditarbiyah!

kesilapan umum akhwat kita

kesilapan akhwat bukanlah bercouple, tidak jaga solat, tak menutup aurat atau maksiat lain, tapi kesilapan yang remeh dan akhirnya di anggap besar dan menimbulkan konflik.

1) meminjam barang

bila ada yang mahu meminjam, kita memang suka untuk memberi pinjam. tak kisah barang apa pun. baju, buku, kereta, motor atau apa sahaja. sebab apa yang akhwat pinjam, mungkin ada kaitannya dengan dakwah. cuma, bagaimana sikap kita sebagai peminjam?

bila nak follow up mad'u atau mutorobbi di luar kawasan atau jaraknya yang jauh, kereta dan motor memang sangat diperlukan. satu bonus pahala buat para akhwat kita yang mempunyai kereta dan motor. sangat saya galakkan untuk anda semua ada kenderaan sendiri. kenderaan dakwah. namun, masalah akan berlaku jika orang yang meminjam tidak menjaganya sebaik mungkin. amat menyakitkan hati juga bila barang yang kita bagi pinjam, dipulangkan dalam keadaan tidak seperti mana yang kita harapkan. kotor, minyak tiada, bersepah, calar, remuk dan sebagainya.

jika kita mengaku kita seorang akhwat, seorang dai'e, mana letaknya bekal akhlak kita?

sama juga kesnya dalam meminjam buku. memang akhwat banyak koleksi buku especially buku dari Fajar Ilmu Baru. harganya bukanlah murah. kadang-kadang si peminjam menghilangkan , membasahkan, mengotorkan atau , mengoyakkan. meskipun itu satu yang tak disengajakan, salahkah untuk kita meminta maaf dan membayar ganti rugi? mengapa kita buat seakan-akan tidak tahu? ada yang lebih teruk, sudah meminjam buku sehingga tidak dipulangkannya dan sampai satu masa buku itu menjadi hak milik peribadinya. itu salah ukhti! usahlah dibuat kesilapan ini. ia menggambarkan sikap kita. meskipun akhwat yang memberi pinjam itu baik sangat-sangat, usahlah mengambil kesempatan.

2) berhutang

saya tahu. akhwat kebanyakan bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. menanggung perbelanjaan pun dengan wang simpanan sendiri, PTPN dan duit ibu bapa. ada juga akhwat yang terpaksa berlapar nasi kerana tiada duit. atau terpaksa meminjam akhwat lain untuk menampung kehidupannya seharian sehingga menunggu duit masuk ke poket. untuk ke program juga rasa agak berat kerana ketiadaan duit untuk menampung tambang dan yuran program. bukan saya marah untuk akhwat meminjam duit. malah amat digalakkan kerana kita benar-benar tengah kesempitan pada masa itu. siapa lagi yang akan membantu melainkan akhwat kita. saya juga sangat galakkan akhwat kita untuk memberi pinjam duit pada akhwat yang tengah kesempitan.

kita juga tidak kisah berapa nilai wang itu, beratus, beribu atau berpuluh ribu kerana kita yakin akhwat kita pasti akan bayar. satu lagi budaya yang kurang sihat adalah sukarnya membayar hutang. atau lebih dahsyat lagi, tidak mahu membayar hutang atau pura-pura tidak ingat hutang yang tertunggak. ukhti, kita ini ditarbiyah. akhwat yang memberi pinjam juga memerlukan duit. janganlah berperangai sebegini sehingga ada akhwat jenuh sudah untuk memberi pinjam duit kepada akhwat lain. meskipun kita tiada duit untuk membayar hutang yang banyak itu, bayarlah separuh, sedikit demi sedikit. at least, kita cuba untuk membayar. bukan menganggap " oh, takpelah, halal je. dia kan akhwat. takkan tak boleh mengalah".


akhwat bukanlah "along" untuk menggertak kita supaya bayar hutang atau mengenakan faedah bagi duit yang kita pinjam. bahkan, sangat malu untuk meminta sendiri hutang itu kepada si peminjam. jadi, si peminjam lah yang perlu bertanya dan memberitahu tentang hutang itu sendiri.

saat ini jika anda ada berhutang pada akhwat lain, cepatlah langsaikannya. jangan berpura-pura lupa ! kesianlah pada akhwat kita yang memberi pinjam duit kepada beberapa orang akhwat sehingga nilainya beribu-ribu, namun tidak seorang pun akhwat yang melangsaikannya lagi. hati mana yang tidak remuk dan bengang? bagaimana kalau hutang anda masih lagi di tuntut akhwat itu tanpa mengahalalkannya? takut nanti kematian kita dalam keadaan sengsara meskipun kononya kita ini berdakwah, tidak tinggal solat atau jaga mutabaah.

3) cemburu yang melampau

Kita sedia tahu, ukhwah kita sangat rapat. kita berukhwah bukan hanya dengan seorang akhwat, tapi dengan semua dari medan yang berbeza. satu lagi penyakit yang menimpa para akhwat kita, cemburu yang melampau. sangat cemburu bila seorang akhwat rapat dengan akhwat lain sehingga cemburu itu menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan. ukhwah menjadi porak peranda hanya kerana cemburu. tidak boleh berkongsi akhwat. sehingga ada yang jatuh sakit, menangis air mata darah, stress yang teramat dan lebih buruk "murtad" dari jalan dakwah dan tarbiyah ini @ mufaraqah.

apakah ini yang diajarkan kita dalam jalan tarbiyah ini? cubalah untuk menerima hakikat bahawa akhwat kita adalah untuk dikongsi bukan untuk dimiliki. ayuh, berlapang dada.

kita kena berubah. kesilapan umu itu perlu dijauhkan!

berubahlah duhai akhwat

saya tidak kata semua akhwat begini. setiap medan punyai masalah akhwat yang berbeza. ayuh kita sama-sama berubah. usahlah buat kesilapan itu lagi.

kita ditarbiyah. usah jadi fitnah. usah memburukkan jemaah hanya dengan sikap kita yang kita pandang remeh. dan pada orang lain ia anggap isu yang besar. bermuhasabahlah ukhti.

memang akhwat bukan malaikat. tak terlepas dari kesilapan dan dosa. namun, itu bukan bermakna kita bebas untuk lakukan kesilapan itu pada akhwat lain. cepat perbaiki diri.

p/s: kita nampak akhwat macam tak kisah. tapi sebenarnya mereka kisah.

9 teguran:

Tanpa Nama berkata...

1st... em, betul. awak, saya minta maaf banyak2 kalu ade xpuas hati ngan saye. kalu ade hutang ckp lah ye. dgn saya jgn malu. saya x ingat lah kalu ade hutang sape2.. ingatan x kuat kalau melibatkan nombor. huhu. afwwan

adik berkata...

salam...

peringatan yang bgus..bgus2 teruskan..bg y msih lg blm lg slesai tggjwbnya silalah selesaikn,sdikit2 pn xpe...sy wlupn bdk tecik tp skrg da bsar bila dsebut 'akhwat' pkara baik2 sje y dfkirkan ^_^ akhir kata majulah akhwat untuk smua perkara

zubair ghazali berkata...

semoga ukhwah terus bersemi antara mereka yang bercinta di jalan-Nya~

Tanpa Nama berkata...

salam...
yup...ana manusia biasa,ana akhwat dan bukannya malaikat,makanya seringkali ana berbuat silap.jgn segan2 menegur ana …hidup kita untuk memberi.xsepatutnya kita mengharap pada org lain.

umatMuhammad berkata...

buku ana pernah dirosakkan oleh seorang akhwat. ana memang sayang buku tu. memang susah kan ukhti untuk berlapang dada dalam berukhwah ini. tapi ana faham, tak ada hambaNya yang sempurna.

adeq berkata...

umat tegur jek akhawat tu.x semestinya doa akhawat kita x leh cakap "buku ana rosak ke..." "ana baru basuh motor ana , dah kotor balik"..."ana nak guna helmet ana boleh?"..dll.kalau x kisah x apalah .kalau kisah maka ambillah kisah tentang barang ant tu.

umatMuhammad berkata...

adeq: ye, ana belakangan ini jadi sedikit tegas. jazakillah atas penyelesaiannya ukhti!

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang bagus.

Juga berlaku dalam kalangan ikhwah. Hahahaha..mungkin di ikhwah lebih teruk lagi, tapi insyaAllah one voice can make a change, millions can change the world....

amaat

adeq berkata...

umat : selamat bertegas tapi biar dalam kelembutan seorang ukhti.

=)

siapa ntah kata : kadang2 kita kena jadi seorang akhi.

mana boleh , tegas biar cara ukhti - pesanan buat ana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...