IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

28 Jan 2010

.: hikmah






pernah dengar dengan aktiviti ini ? LINK
ya, program ini berlangsung pada sabtu dan ahad ini di UIA kuantan, tapi terpaksa ditangguhkan. program ini sangat penting bagi ana kerana isu-isu yang dikupas adalah berkenaan dengan medical dan islamic perspectives.
syukur ya Allah. kerana apa?
kerana ia overlap dengan program ana dan akhwat. dan ade yang nak batalkan program akhwat hujung minggu ini untuk ke symposium ini terpaksa menyerah dan pergi ke program akhwat. hehe..  ( jangan marah). 
alhamdulillah bagi dah tahu awal-awal. tak lah ana pergi tukar tiket...
moga Allah meredhai perjalanan hujung minggu ini.


“We plan, and Allah plans. In deed His plans are always the best.” 


"Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Hadis Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)


wallaualam'


p/s : nampak hikmah yang kita kena pergi program bersama akhwat., ? haha

27 Jan 2010

.: alam lain



makhluk halus? jin? ganguan? kerasukan?


mungkin ramai yang suka untuk membaca tentang kisah-kisah dan bagaimana rawatan untuk keadaan sebegini.
sesungguhnya perubatan alternatif islam ada kebaikannya. dan ia bagus sebenarnya.
sudah tentu perasaan ingin belajar bagaimana kaedah rawatan bagi pesakit yang terkena gangguan semestinya sentiasa ada.


tapi perubatan  moden juga ada kebaikannya. kadang-kadang terfikir adakah pesakit-pesakit di hospital terkena gangguan sebenarnya?


wallahualam..


dipetik dari blog AKRINEBERA , ini adalah klasifikasi gangguan makhluk halus di bahagikan kepada berikut:.

a) Peringkat rendah – Contohnya ada sedikit gangguan was-was sama ada sudah berwuduk atau belum, ada pergerakan pada bahagian badan terutama sewaktu kita ingin solat. Malahan ada juga pergerakan pada tubuh akan bergerak tidak mengira masa.
b) Peringkat sederhana – Contohnya susah tidur, sering termenung, banyak mengigau pada malam hari dan menunjukkan beberapa tingkah laku yang tidak sesuai denan kepribadian asalnya.
c) Peringkat tinggi - Contoh strok ringan misalnya strok pada bahagian kaki, jari atau separuh badan. Kadang-kadang ada juga yang memberi kesan kepada psikologi pesakit misalnya marah tidak tentu pasal dan tidak ingin bercakap dengan orang lain.
d) Peringkat amat tinggi – Contoh sakit yang dihadapi ialah gila atau hampir gila. Sakit strok juga boleh diletakkan pada bahagian ini khususnya strok secara total. Pengalaman saya sendiri menangani masalah dalam kes strok berat makhluk tersebut boleh di keluarkan tetapi proses penyembuhannya terlalu perlahan. Sekurang-kurangnya kalau pesakit sudah mampu untuk menguruskan dirinya sendiri sudah memadai. Kemungkinan pada tahap ini makhluk ini sudah banyak merosakkan organ pesakit.
     "Saya pernah mendapat panggilan telefon pagi hari menyatakan anaknya menanggis dan tingkah laku yang pelik. Pelbagai ikhtiar dilkukan tetapi juga tidak menjadi. Sebaliknya, saya di sini membaca al-Fatihah sambil melurutkan jari telunjuk saya. Dengan izin Allah, anak tersebut berhenti menanggis. Pernah juga saya mendapat panggilan telefon kepala pembaca blog saya berdenyut-denyut dan sakit kepala yang amat sangat. Teknik yang sama saya lakukan dan izin Allah sakit kepalanya berhenti. Jauh sekali niat saya yang menyatakan saya hebat sebab Allah swtlah yang lebih hebat dan memang Dia Yang Maha hebat. Siapalah saya, sama seperti anda, makhluk kejadian Tuhan yang tidak sunyi dengan dosa yang berganda. Malahan saya juga seperti anda sebelum mengikuti kursus pelbagai bacaan di baca tetapi Allah belum makbulkan. Mengapa? Persoalan ini saya fikir hanya boleh diketahui jika anda belajar dan mengikuti kursus Rawatan Islam yang dianjurkan oleh pihak yang profesional dalam bidang ini." - PERAWAT-


akhir sekali, adakah kita terkena gangguan juga? ataupun lebih baik bertanya, adakah aku?
p/s : nak jadi pakar perubatan islam atau pakar perubatan alternatif islam?

22 Jan 2010

.: sanah helwa abangku

kepada Abangku ,. selamat hari lahir.


semoga terus tegar di bumi sabah sana bah.


terus berjuang mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.


menjadi muslim super sentiasa terus mencari dan mengembangkan islam di mana jua.


Hairulnizam Abd Samad

RAHSIA TARIKH LAHIR BULAN JAN. ( sebahagiannya ada dalam dirinya)

  • bercita-cita tinggi dan orangnya seriu
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik 
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi 
p/s : hari lahir siapa selepas ini?

.: Palestin merdeka, realiti atau fantasi ?






" Ya Allah, bantulah mujahid dan pejuang islam di Palestin dan di mana jua mereka berada."


Begitulah doa yang saban hari kita membacanya selepas solat fardhu. doa yang insyaAllah, moga-moga menjadi rutin dalam hidup kita. Siapa lagi yang mahu mendoakan mereka selain kita umat islam? orang kafir? orang yahudi? tentu amat jauh sekali.


sebelum ini, kisah Gaza yang sentiasa dipaparkan di ruang dada akhbar, muka depan, menyebabkan kita tak putus-putus berdoa setiap kali solat fardhu. iaitu dengan bacaan Qunut Nazilah dan sebagainya. tapi sekarang, hampir tidak kedengaran bacaan itu setelah peristiwa di Gaza kembali surut, dimana doa kalian? adakah bermakna Yahudi zionist sudah memberhentikan serangan mereka ke atas palestin?


tidak sama sekali. jadi, teruskan ber qunut nazilah. terutamanya ketika bacaan doa qunut di masjid dan surau-surau pada waktu subuh. ataupun diri sendiri kena mengahafal qunut nazilah.


pertemuan dengan Prof Madya Dr. Zainur Rasyid, membuka segala misteri tentang palestin. dan kini, diri benar-benar yakin, palestin akan merdeka satu hari nanti. bukan fantasi, tapi realiti. mengapa begitu? bukankah palestin hampir nazak sekarang. bukankah kita lihat palestin seakan lemah? bukankah hancur semua barang dan perumahan mereka? bukankah mereka ramai yang sudah syahid? jadi macam sukar dipercayai..
lihatlah pertempuran yahudi zionist akan berakhir  tidak lama lagi. inilah tanda-tandanya Yahudi Zionist akan berakhir:


# Roket Canggih Al Qasam yang di bina oleh HAMAS akan bergerak sejauh 100km, sedangkan jarak Kompleks Yahudi Zionist dari roket adalah 65km sahaja. inilah yang membimbangkan tentera yahudi.


# meskipun palestin dan rakyatnya seakan-akan berada dalam susah dan payah serta habis ditekan oleh tentera yahudi,... TV pusat, bank dan segala keperluan mereka telah ada meskipun di timbunan runtuhan bangunan telah ada


# tentera HAMAS mempunyai sekurang-kurangnya 500 PHD yang mempunyai pelbagai bakat dan kepakaran dalam bidang masing-masing.


# pemuda-pemudi yahudi di palestin tidak berminat untuk menyokong Yahudi Zionist ini kerana tindakan mereka amatlah kejam dan tidak mengikut agama Yahudi yang sebenar.


# Intifadhah - kebanyakan penduduk Yahudi keluar daripada Palestin menyebabkan rakyat Yahudi semakin berkurang


# Umat Islam dan penduduk Palestin mempunyai anak yang ramai ( 10 orang ) sehingga akan datang mungkin boleh mengatasi bilangan penduduk yahudi yang mempunyai anak 2-3 orang menyebabkan penduduk palestin yang mempunyai 1.5 juta mungkin akan mengatasi bilangan yahudi yang hanya 5 juta.


# serangan pada Gaza baru-baru ini menyaksikan kekalahan Yahudi. Mereka gagal dalam mengalahkan GAza yang mempunyai 1.5 juta orang. padahal mereka Yahudi mempunyai 5 juta orang dan mendapat bantuan dari AS.  dan akhirnya mereka declare genjatan senjata yang tak macam genjatan senjata.



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir


Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu


Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina


Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA


( merah saga ,Shoutul HArakah)



jadi, teruskan usaha kita. kita sepatutnya sedar dengan isu boikot yang dah lama kita tinggalkan. yang dah lama kita tak ambil tahu. ataupun sudah tahu,tapi buat-buat lupa. hanya mementingkan keseronokan diri sahaja.


p/s : KFC dan Public Bank boikot. ( sumber sahih dari Dr Jamnur Azhar Mulkan)

21 Jan 2010

.: dimana duit ?



dengan nama Allah. syukur banyak dengan nikmat pelbagai makanan yang tersedia sebagai santapan kita sehari-hari. syukurkah kita atas nikmat itu? bagaimana agaknya kita bersyukur ?


"Dan sesungguhnya Kami jadikan apa saja yang ada dimuka bumi ini sebagai hiasan baginya, supaya kami uji siapa diantara mereka yang paling baik amalnya". (Al-Kahfi : 7)


mempunyai duit belanja yang sudah tersedia di dalam bank yang nilainya bukanlah sedikit tapi bernilai 4 angka. hasil semestinya dari biasiswa. mudah .. hanya tinggal memasukkan kad atm ke dalam mesin atm dan melakukan beberapa langkah dan selepas itu, beberapa jumlah wang boleh dikeluarkan dengan senang.


bagaimana nilai yang banyak itu kita pergunakannya? adakah untuk ibu bapa? buku-buku ulangkaji? dakwah? infak? yang mana satu ? pernah kita fikir untuk semua ini? atau sekadar menggunakan duit itu untuk keseronokan semata-mata.


melihat rakan-rakan yang tidak langsung berjimat cermat dalam penggunaan wang. macam-macam barang yang ingin dibelinya. dari pakaian, handphone, kasut, shopping, KB mall, konsert Asian Tour  ( Korea) di KL dan sebagainya. tidakkah kita berfikir bahawa itu hanyalah hiasan semata-mata.hanyalah keseronakan yang tidak kekal semata.? dan apabila di ajak ke Ceramah Motivasi, Kem Kesempurnaan Solat, dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain, susah betul untuk megeluarkan duit. macam-macam alasan yang diberikannya. dan alasan yang paling memekikkan telinga adalah apabila diberitahu " TIADA DUIT". padahal baru semalam shopping, baru semalam ke konsert, baru semalam belanja makan besar di luar, baru semalam kalian beli handphone, kasut dan pakaian baru.


Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, merasa puas dengan kehidupan dunia dan merasa tentram dengan kehidupan itu serta orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami , mereka itu tempatnya adalah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan". (Yunus : 7)


duit adalah seeprti masa juga. kalau masa dapat dibahagikan pada 4 column, maka duit pun sama juga. planning individu dari segi duit.


1) mendesak dan penting
2) mendesak dan tidak penting
3) tidak mendesak dan penting
4) tidak mendesak dan tidak penting


ukhti,
bukankah duit itu sepatutnya digunakan pada benda yang berfaedah. dan duit itu sepatutnya mengajak kita unutk berjimat. berbelanja secara rasional bukan emosional. berbelanja dengan bijak. mungkin perbelanjaan yang menampung RM500 sebulan dapat dikurangkan kepada RM300 sebulan. walaupun, duit itu sebenarnya digunakan bermacam-macam dari segi dakwah, infak, program, risalah dan sebagainya. manage wang anda itu penting. sedaya upaya meminimumkan pembelian barang yang kurang penting dan tidak urgent.


ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, senda gurau yang melalaikan, perhiasan, saling berbangga diri diantara kalian dan saling berlomba untuk memperbanyak harta dan anak". 
(Al-Hadid : 20)


jadi, bagaimana anda menggunakan duit anda sedaya mungkin agar bisa dimanfaat pada semua. agar bisa menabung sedikit untuk keperluan yang akan datang.. fikirkan..


p/s : duit biasiswa tidak cukup

14 Jan 2010

.: aku menulis



maha suci Allah y menciptakan aku. menciptakan aku dan kita semua.
alhamdulillah.

aku menulis bukan kerna aku punya banyak masa,
aku menulis bukan kerna mahu berbangga-bangga,
aku menulis bukan kerna nama,
aku menulis bukan kerna bakat y ada.

tapi,
aku menulis kerna ......
aku ingin bahagia,
aku ingin memberi pada sesiapa sahaja,
aku ingin jadikan ia sebagai luahan rasa,
aku ingin dakwah di alam maya selain di alam nyata,

jadi,
jangan menghalang aku,
tolong bagi sokongan y padu
aku butuh pandangan dan respon y jitu,
agar aku tak tersasar dari penulisan kerna y Maha Satu.

aku bisa menulis..

p/s : aku bisa menulis kerna .....?

12 Jan 2010

.: konspirasi dunia


segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

sekadar nak share. mungkin ramai y tak tahu apa tu freemason ( gerakan sulit yahudi) atau unsur masonic y berlaku di sekeliling kita.
ni disediakan link nya.

" BUKA MATA, BUKA MINDA"

Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam.



























sama2 menambah ilmu y sedia ada.dan moga2 dengan ilmu y dapat ini, semakin kita sedar dan semakin kita rasa kita ini punyai tanggungjawab utk berdakwah dan memberi kesedaran pada umat islam y semakin jauh dari islam y sebenar.

WAKE UP PEOPLE...

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ( al baqarah :120)



We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.




Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata

Fikirkan semula



p/s : leh juga baca mistic files .

11 Jan 2010

.: PBL



maha suci Allah.. masih dikurniakan hati. bukan liver atau heart, hati y mana apbila seketul daging baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila seketul daging buruk, maka buruklah seluruhnya.. leh tengok lebih lanjut dalam buku hadith 40 dalam karangan imam Nawawi.. itu adalah hadith 6.

posting in sekadar luahan oleh medical student macam saya. sudah hampir 3bulan rasanya, saya bergelumang dengan siri PBL ni. PBL ( problem base learning)

sebelum bercerita lebih lanjut dengan PBL ni. marilah kita sama2 mengenal apa itu PBL sebenarnya. PBL dipraktiskan oleh medical school overseas dan USM mengambil cara itu sebagai salah satu kaedah belajar bagi medical student. ia merupakan satu proses perbincangan berkumpulan lelaki dan perempuan y telah ditetapkan group. maka sesi PBL ini dalam seminggu adalah 3 kali. setiap ahli akan diberi kertas y mempunyai maklumat tentang sign dan simptom penyakit y dihadapi oleh seseorang. jadi, dari situ kita boleh diagnose apa sebenarnya penyakit y dihadapi oleh pesakit dan apa y perlu dilakukan. agak interesting bunyinya sebab kita dapat mengaplikasikan apa y dipelajari pada minggu tersebut dengan apa y akan kita hadapi kelak selepas menjadi doktor.

apa y saya cuba nak sampaikan adalah saya mula merasa bosan dengan PBL. kenapa? sebab salah diri saya sendiri. kadang2 saya merasa malu dengan diri kerana tak mampu bercakap dengan petahnya di hadapan ahli y lain. bahkan saya hanya mendiamkan diri. dulu saya boleh je berkata2 dengan baik dan memberikan idea. tapi sekarang ?

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf : 18)

apa sudah jadi dengan saya ?

mungkin sebab2 nya adalah :

# saya tak habis baca lecture note

# saya takut jika fakta y saya utarakan salah dan tak benar

# saya tak dapat nak aplikasikan apa y saya baca pada apa kes y dibentangkan

# saya tak fasih dalam BI

# saya rasa rendah diri

# saya tak ingat semuanya apa y saya baca

# saya sorang y tak pakai spectacles ( hehe) sebab semua ahli pakai spectacles y menunjukkan diorang ni banyak membaca kononnya.- alasan y kurang relevan-

# saya kadang2 pening dan tak bertenaga ( sebab saya tak breakfast)

# saya rasa diri ini teruk

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Fushshilat : 33).



saya sangat tension sebenarnya sekarang.
saya kagum dengan sesetengah ahli PBL petah berkata2 especially muslimin mengalahkan chinese dan india. alangkah lebih baik saya fikir mereka gunakan kelebihan y mereka ada untuk berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..

p/s : saya cuba nak jadi petah berkata2 di PBL. doakan saya. saya kena banyak berusaha..

9 Jan 2010

.: si gadis kecil itu

si gadis kecil itu
seorang diri
di lorong berduri
tapi masih mampu berdiri sendiri
tiada y temani


si gadis kecil itu
punya pegangan agama y teguh
begitu utuh
selalu di cemuh
sampai tak tertahan menahan iman y rapuh


si gadis kecil itu
auratnya di jaga sepenuhnya
pergaulannya di kawal sentiasa
bualan kosong dan nista di jauh dari bibirnya


si gadis kecil itu
selalu tersepit dengan aktiviti sekolah
y kadang2 membuat iman goyah
ingin sahaja semuanya di dakwah
agar cikgu dan pelajar semua berubah
untuk dapat tarbiyah
tapi dia tak kuat kerana bila keseorangan nak buat pun payah


si gadis kecil itu
punya nama
namun dirahsiakan identitinya
menginginkan sangat tarbiyah dalam hatinya
ingin benar cepat2 habis SPM nya
agar punya akhwat di sisinya
y mampu membimbingnya berdakwah bersama2


si gadis kecil itu
matang perwatakannya
sampaikan aku malu jadinya
kerana aku sendiri y sudah di tarbiyah
masih ada keanak-anakkannya


si gadis kecil itu
adalah adikku
moga dia terus tegar dan teguhkan imannya
agar tak terpesong dengan ajakan dan pengaruh kawannya
agar nanti syahid impiannya.


ameen...


p/s : ada siapa2 tahu siapa si gadis kecil itu ?

7 Jan 2010

.: lawak kering

alhamdulillah.. kuliah bermula seperti biasa bagi mereka y sudah lama cuti. selamat datang ke semester baru. moga ada pembaharuan untuk semester y baru dijejaki ini. moga2 tak tersungkur lagi setelah tersungkur pada semester lepas.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
Surah An-Nur(24) ayat 31

terima kasih di ucapkan kepada guru2 sekolah rendah dan menengah, pensyarah2 di matrikulasi dan juga di universiti y kita duduki sekarang. mungkin apa y ingin dikongsi ini hanya melibatkan sesetengah tenaga pengajar y acap kali mengulang2 dan membuat lawak perkara y sama dan buat kita semua y memahami perkara ini rasa mual dan menyampah.

diulang sekali lagi, bukan untuk memburukkan. tapi sekadar teguran dan satu kenyataan y perlu di pandang serius. apakah isu ini? semestinya isu y takkan lapuk dan sentiasa berlegar di ruang2 perbicaraan, forum dan blog. isu couple. tak faham mengapa masih ada sesetengah golongan pengajar dan pendidik ini selalunya menimbulkan isu couple dan menjadikan ia adalah satu perbualan harian dan dipandang biasa.

 Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

semenjak di sekolah rendah lagi, kita telah didedahkan dengan perkara ini. dari budak y berumur baru 7-8 tahun pun sudah tau istilah ber ' couple'.

di kelas, kita di ajar, tentang subjek2 tertentu. dan mungkin jiwa dan akal akan sedikit bosan dengan subjek y di ajar.dalam pada itu apalah salahnya jika diselitkan tentang sirah Rasulullah dan para sahabat, ataupun tentang kebesaran Allah ataupun tentang tokoh2 tertentu walaupun subjek itu bukanlah subjek Pendidikan Islam.

bukanlah menyelitkan unsur2 couple bagi menjadikan pelajaran menarik dan untuk dijadikan unsur2 lawak y kering. supaya pelajar merasa tidak bosan dan suka dengan subjeknya. wahai pendidik, y penting niat y ikhlas dalam mengajar, pasti pelajar takkan merasa bosan bahkan suka dengan segala apa y kita sampaikan. tak mungkin jika dikatakan pendidik sudah boleh mentarbiyah pelajar2 sekolah rendah ini. mengajak taalim dan halaqah. subhanallah..

' Kecil-kecil sudah ditarbiyah'


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

cukup membosankan. dan memalukan. saya mengambil isu ini sebagai serius. kerana lihatlah budak sekolah rendah sudah tahu untuk bercinta monyet dan mencari pasangan. sudah tahu menulis surat2 cinta. sudah mempunyai diari untuk diluahkan bahawa dia suka lelaki itu dan ini. mungkin inilah dinamakan perang pemikiran. dari televisyen , internet dan handphone. semuanya mempunyai pengaruh besar. sepatutnya golongan pendidik y sangat dipercayai oleh pelajar lebih dari ibu bapa sendri, memainkan peranan dalam mengatasi isu ini.

malah kalau diikutkan merekalah y menggalakkan. kerana apabila seseorang terpaksa diletak berpasangan dan selalu sahaja di letakkan dalam kumpulan, cikgu mula bersiul-siulan, melaga-lagakan, mengatakan mereka pasangan y secocok or bla bla bla...

kejadian ini sama sahaja di sekolah menengah. bahkan lagi teruk. bila ditanya cikgu pasal couple, cikgu malah menggalakkan. asal sahaja, pandai menjaga diri dan lelaki itu baik. malah cikgu pun couple juga. dan bila ditanya siapa y hantar kamu ke kelas tambahan ? pakwe saya cikgu. dengan selamba cikgu menjawab. baguslah, taklah nanti kamu ketinggalan kelas tambahan lepas ini. ataupun bila duduk berdua2 an lelaki dan perempuan di kantin sekolah dan persekitaran sekolah, tak segan silu, ada cikgu y mengusik dan menyakat. bahkan bukan hendak melarang.

kes y lain pula, apabila ia melibatkan ustaz. sepatutnya ustaz lebih faham pasal couple, tapi apabila tiada lawak y hendak di utarakan, di buatlah lawak kering tentang girlfriend dan boyfriend. tanpa menyelitkan sedikit dakwah dan penerangan bahawa couple itu haram.

bagi bakal2 pendidik dan mereka y berinteraksi dengan manusia, cubalah baiki penyampaian anda agar diselitkan dengan benda y berfaedah. agar remaja2 dan masyarakat tidak merasa betul dengan kesalahan y mereka dah lakukan. agar kemungkaran tidak dipandang biasa oleh persekitan. anda pendidik, anda berpengaruh pada masyarakat. anda sepatutunya gunakan kelebihan itu, bukan merosakkan. pesanan ini utk rakan2 seperjuangan y bakal / sudah menjadi pendidik. selamat berjuang..

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.


p/s : jangan couple. couple itu haram.

3 Jan 2010

.: MPI 2009/2010

IN THE NAME OF ALLAH..

Tentatif Program MPI ( Minggu Penghayatan Islam)

#Pemeran MPI 29,30,31/12/ 2009 9.00am-5.00pm Red Square

#‘The caligraphy art contest’ 2/1/2010 8.00am-10.30am Dewan Murni

# Perasmian MPI 3/1/2010 8.30pm-10.30pm Dewan Nurani/Dewan Utama

# Pertandingan Nasyid dan Pentomin Muslimat(HUW) 5/1/2010 8.30pm-12.00am Dewan Utama

# Talk Show’ 7/1/2010 8.30pm-11.30pm Dewan Nurani

# Kursus Kahwin 1 8/1/2010 8.30am-3.30pm Dewan Kuliah 6

# ‘Battle of Islamic band’ dan pentomin 8/1/2010 8..00pm-11.30pm Dewan Nurani

# Saringan pertandingan roket 8/1/2010 8.30am-12.30pm Padang Bola

# Penentuan juara pertandingan roket 9/1/2010 8.30am-12.30pm Padang bola

# Kursus Kahwin 2 9/1/2010 8.30am-3.30pm Dewan Kuliah 6

# Malam Aprisiasi Seni(MAS) Teater:’Menunggu Kata Dari Tuhan’ lakonan Sabri Yunus 14/1/2010 8.00pm-11.45pm Dewan Utama

# Futsal Muslimin 15/1/2010 8.00am-6.30pm Gelanggang Bola keranjang

# Futsal Muslimat 15/1/2010 7.30am-12.30pm Gelanggang Badminton

# Kemuncak Hari Untukmu Wanita(HUW) 15/1/2010 8.00pm-12.00am Dewan Utama
( program untuk muslimat dan ada forum bicara akhwat y gempak)

# Explorace 16/1/2010 8.30am-12.30pm Sekitar luar dan dalam kampus

# Seminar Kepimpinan Unggul 16/1/2010 8.30am-5.00pm Dewan Utama

# ‘Battle of Islamic band’ dan pentomin 20/1/2010 8.00pm-11.30pm Dewan Nurani

# Forum Bicara Ad-din 21/1/2010 8.30pm-11.30pm Dewan Nurani

# Bengkel Kesempurnaan Solat 23/1/2010 8.30am-4.30pm Dewan Kuliah 6

# Majlis Penutupan MPI 22/1/2010 8.30pm-11.30pm Dewan Nurani

sekadar berkongsi aktiviti y dijalankan. siapa y berkesempatan bolehlah hadiri. banyak aktivti bermanfaat.

walaupun kadang2 kita aktif dalam bepersatuan, selagi mana ia tak melanggar syara' masuklah.
selagi mana tak mengganggu kerja2 dakwah, taalim dan halaqah, masuklah. saya pernah mendengar pengisian dari seorang ikhwah, menyatakan kita *wajib untuk masuk persatuan jikalau ia melibatkan markah merit dan bilamana kita tak de markah merit menyebabkan kita terpaksa duduk di luar dan semestinya menggangu kerja dakwah kita.berpada-pada la maksudnya. dan leh jadi *haram bila mana penglibatan kita y aktif boleh mengganggu halaqah, taalim, ziarah dan silaturrahim. nampak kan?

*hanya utk akhwat dan ikhwah sahaja*

p/s : insyaAllah, ana tak la sampai tak attend halaqah. ana mintak postpone sahaja. asif jidan..

2 Jan 2010

.: adikku

alhamdulillah..

adikku..
kakak sangat menyayangimu,
kakak sangat merinduimu,
kakak sangat mencintaimu,
semuanya adalah kerana untuk dapatkan keredhaanMu.

adikku,
maafkan kakak,
kakak kadang2 mengabaikanmu,
kakak kadang2 menyakiti  hatimu,
kakak kadang2 tak membalas mesejmu,
kakak kadang2 tak memberi semangat padamu,
dan kakak kadang2 tak memantau mutabaahmu.

adikku,
kau patut bersyukur,
kau masih ada kakak,
kau dapat ditarbiyah awal dari kami semua,
kau sudah paham aurat sejak awal lagi,
kau sudah tau haram couple sejak awal lagi,
kau sudah jaga pergaulan sejak awal lagi,
kau sudah tau dalil quran sejak awal lagi,
kau sudah pandai mentadabur sejak awal lagi,
jadi mengapa kau mengeluh?
mengapa kau selalu merisaukan kakakmu?

bukan bermakna kakak mengabaikanmu,
kakak sangat sibuk,
kakak ada urusan penting,
kakak belajar,
kakak mengajar,
kakak kamu juga sudah ada suami,
jangan salahkan kakakmu y 2 orang itu.

pasti bila kamu sudah ada tanggungjawab,
kamu akan rasai semua itu,
baru kamu faham.
baru kamu sedar,
tanggungjawab kakak bukan utk kamu seorang,
jadi cuba fahami kakak2 mu.
dan kakak2mu akan cuba fahami dirimu y keseorangan itu.

kakak sayang kamu.

p/s : mukmin cemerlang takkan pernah merasa bosan. kerana tugasnya melebihi masa y dia ada.

1 Jan 2010

.: jauh




maha suci Allah y sentiasa mengedarkan siang dan malam. y menjadikan bumi ini beredar mengikut putarannya.
dan menjadikan hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. sehinggalah hari ini kita masih lagi diberi peluang utk merasai tahun 2010.

mungkin bagi sesetengah orang, kehidupan y bakal dihadapi pada tahun ini amat berlainan sedikit dari tahun y lain. dan mungkin juga bagi sesetengah orang kehidupan y bakal dihadapi itu sama sahaja. bagi bakal2 guru y akan mengajar pada permulaan persekolahan tahun baru ini, di ucapkan agar terus mendidik anak bangsa dengan ikhlas.

bagi guru2 y baru nak mulakan pengajaran pada tahun ini buat pertama kali, bersedialah menghadapi dugaan y bakal menjelang. sebenarnya, walau sejauh mana pun kalian tercampak dalam rangka untuk berkhidmat pada anak2 bangsa, samada di sabah dan sarawak, kalian amat2 diperlukan di sana.

kepada abangku dan akhwat2 y tercampak jauh dari destinasi masing2, jangan pernah merasa jauh. ya, mungkin jauh itu ada hikmahnya. pesananku agar kalian sedar bahawa sesungguhnya walaupun kalian jauh dari family dan akhwat, ingatlah bahawa....

ALLAH dan syaitan sentiasa berada di samping anda.

kenapa cakap Allah itu dekat?

' dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat'
( al baqarah,2:186)

'dan Kami lebih dekat dari urat lehernya'  ( qaaf , 50: 16)

ya, ingatlah, apa2 pun kepayahan y kamu rasai di sana, dan segala kesusahan y kamu alami, bermohonlah kepadaNya. nescaya akan diringankan pernderitaan mu itu. dan dihilangkan segala duka laramu. asal saja, janganlah berputus asa dalam memohon kepadaNya. kerana lambat atau cepat di kabulkan doa kita itu adalah rahsia Allah.

Tuhan kamu berirman, Berdoalah kepadaKu, niscaya Aku perkenankan bagimu ( mukmin : 60)

dan mengapa dikatakan syaitan itu dekat?

kerana syaitan tidak sudah2 menyusahkan kita. sentisa berupaya mendekati dan menggoda kita dengan berbagai2 kejahatan. lihatlah janji syaitan di dalam quran;

'kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. dan engkau takkan dapati kebanyakan dari mereka bersyukur (7:17)

maka itu, jika syaitan datang menggoda, berlindunglah pada Allah.

' dan jika syaitan menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Dia Maha mendengar Maha mengetahui. sesungguhnya orang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat,berbuat dosa dari syaitan, mereka pun segera mengingati Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan mereka' ( 7: 200-201)

lihatlah, betapa syaitan itu berusaha untuk mendekati kita. jadi jangan bagi syaitan mempengaruhi kita. kerana sekali kita terpengaruh, ia akan mudahlah untuk kita dipengaruhi.

'sesungguhnya syaitan itu takkan berpengaruh terhadap orang y  beriman dan bertawakkal kpd Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang2 y menjadikannya pemimpin dan terhadap orang y mempersukutukannya dengan Allah'  ( 16: 99-100)

jadi kita ini diberi pilihan. samada nak dekat dengan syaitan atau hendak sentiasa dekat dengan Allah.
sesunggunhnya hakikatul insan, hakikat manusia itu diberi pilihan samada nak memilih jalan ketakwaaan atau kefasikan.

' your life, your choice'

nasihati ku, agar carilah jalan untuk kamu mendekatkan diri pada Allah. berusahalah untuk mencari jalan menuju tarbiyah. agar diri sentiasa  di ingati dan tidak lalai. walaupun terpaksa menempuh jalan y berjauh2 kilometer nya, berkorbanlah untuk mendapatkannya. kerana kita, bukanlah kuat. kita memerlukan sokongan orang lain dan para akhwat.

p/s : selamat terbang ke lahad datu, sabah buat abangku  ! maaf tak dpt hantar ke KLIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...