si gadis kecil itu
seorang diri
di lorong berduri
tapi masih mampu berdiri sendiri
tiada y temani
si gadis kecil itu
punya pegangan agama y teguh
begitu utuh
selalu di cemuh
sampai tak tertahan menahan iman y rapuh
si gadis kecil itu
auratnya di jaga sepenuhnya
pergaulannya di kawal sentiasa
bualan kosong dan nista di jauh dari bibirnya
si gadis kecil itu
selalu tersepit dengan aktiviti sekolah
y kadang2 membuat iman goyah
ingin sahaja semuanya di dakwah
agar cikgu dan pelajar semua berubah
untuk dapat tarbiyah
tapi dia tak kuat kerana bila keseorangan nak buat pun payah
si gadis kecil itu
punya nama
namun dirahsiakan identitinya
menginginkan sangat tarbiyah dalam hatinya
ingin benar cepat2 habis SPM nya
agar punya akhwat di sisinya
y mampu membimbingnya berdakwah bersama2
si gadis kecil itu
matang perwatakannya
sampaikan aku malu jadinya
kerana aku sendiri y sudah di tarbiyah
masih ada keanak-anakkannya
si gadis kecil itu
adalah adikku
adalah adikku
moga dia terus tegar dan teguhkan imannya
agar tak terpesong dengan ajakan dan pengaruh kawannya
agar nanti syahid impiannya.
ameen...
p/s : ada siapa2 tahu siapa si gadis kecil itu ?
6 teguran:
Bismillahirrahmaanirrahim,
iAllah ana tau siapakah gadis kecil itu...
semoga dirinya terpelihara bak bidadari yang menjaga pandangannya bagai mereka itu telur yang tersimpan dengan baiknya (37:48-49)
Alhamdulillah
mungkin dia adik penulis blog akhwatmedik...
Subhanallah...macam ku kenal..
salam
subhanallah. begitu hidayah ALLAH yang terpancar dari seorang gadis kecil yang bersih lahir batinnya.dan begitu kasih seorang kakak yang ikhlas mencintai adiknya. maha suci ALLAH.
subhanallah.
tegarnya si dia.
bagaimana pula aku?
aku...
sering kali diasak dgn nafsu.
aku...
sering kali diuji dgn karat2 dahulu..
mohon doakan diri ini.
terkadang terasa bgitu lemah.
ya Allah,
bntu lah aku...
actually.. itu adlah rahsia.. perkataan adikku, umum sahaja.. sape y benar2 kenal dan pernah berjumpa dia.. pasti tahu siapa di gadis kecil itu
Catat Ulasan