Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

7 Jan 2010

.: lawak kering

alhamdulillah.. kuliah bermula seperti biasa bagi mereka y sudah lama cuti. selamat datang ke semester baru. moga ada pembaharuan untuk semester y baru dijejaki ini. moga2 tak tersungkur lagi setelah tersungkur pada semester lepas.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
Surah An-Nur(24) ayat 31

terima kasih di ucapkan kepada guru2 sekolah rendah dan menengah, pensyarah2 di matrikulasi dan juga di universiti y kita duduki sekarang. mungkin apa y ingin dikongsi ini hanya melibatkan sesetengah tenaga pengajar y acap kali mengulang2 dan membuat lawak perkara y sama dan buat kita semua y memahami perkara ini rasa mual dan menyampah.

diulang sekali lagi, bukan untuk memburukkan. tapi sekadar teguran dan satu kenyataan y perlu di pandang serius. apakah isu ini? semestinya isu y takkan lapuk dan sentiasa berlegar di ruang2 perbicaraan, forum dan blog. isu couple. tak faham mengapa masih ada sesetengah golongan pengajar dan pendidik ini selalunya menimbulkan isu couple dan menjadikan ia adalah satu perbualan harian dan dipandang biasa.

 Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

semenjak di sekolah rendah lagi, kita telah didedahkan dengan perkara ini. dari budak y berumur baru 7-8 tahun pun sudah tau istilah ber ' couple'.

di kelas, kita di ajar, tentang subjek2 tertentu. dan mungkin jiwa dan akal akan sedikit bosan dengan subjek y di ajar.dalam pada itu apalah salahnya jika diselitkan tentang sirah Rasulullah dan para sahabat, ataupun tentang kebesaran Allah ataupun tentang tokoh2 tertentu walaupun subjek itu bukanlah subjek Pendidikan Islam.

bukanlah menyelitkan unsur2 couple bagi menjadikan pelajaran menarik dan untuk dijadikan unsur2 lawak y kering. supaya pelajar merasa tidak bosan dan suka dengan subjeknya. wahai pendidik, y penting niat y ikhlas dalam mengajar, pasti pelajar takkan merasa bosan bahkan suka dengan segala apa y kita sampaikan. tak mungkin jika dikatakan pendidik sudah boleh mentarbiyah pelajar2 sekolah rendah ini. mengajak taalim dan halaqah. subhanallah..

' Kecil-kecil sudah ditarbiyah'


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

cukup membosankan. dan memalukan. saya mengambil isu ini sebagai serius. kerana lihatlah budak sekolah rendah sudah tahu untuk bercinta monyet dan mencari pasangan. sudah tahu menulis surat2 cinta. sudah mempunyai diari untuk diluahkan bahawa dia suka lelaki itu dan ini. mungkin inilah dinamakan perang pemikiran. dari televisyen , internet dan handphone. semuanya mempunyai pengaruh besar. sepatutnya golongan pendidik y sangat dipercayai oleh pelajar lebih dari ibu bapa sendri, memainkan peranan dalam mengatasi isu ini.

malah kalau diikutkan merekalah y menggalakkan. kerana apabila seseorang terpaksa diletak berpasangan dan selalu sahaja di letakkan dalam kumpulan, cikgu mula bersiul-siulan, melaga-lagakan, mengatakan mereka pasangan y secocok or bla bla bla...

kejadian ini sama sahaja di sekolah menengah. bahkan lagi teruk. bila ditanya cikgu pasal couple, cikgu malah menggalakkan. asal sahaja, pandai menjaga diri dan lelaki itu baik. malah cikgu pun couple juga. dan bila ditanya siapa y hantar kamu ke kelas tambahan ? pakwe saya cikgu. dengan selamba cikgu menjawab. baguslah, taklah nanti kamu ketinggalan kelas tambahan lepas ini. ataupun bila duduk berdua2 an lelaki dan perempuan di kantin sekolah dan persekitaran sekolah, tak segan silu, ada cikgu y mengusik dan menyakat. bahkan bukan hendak melarang.

kes y lain pula, apabila ia melibatkan ustaz. sepatutnya ustaz lebih faham pasal couple, tapi apabila tiada lawak y hendak di utarakan, di buatlah lawak kering tentang girlfriend dan boyfriend. tanpa menyelitkan sedikit dakwah dan penerangan bahawa couple itu haram.

bagi bakal2 pendidik dan mereka y berinteraksi dengan manusia, cubalah baiki penyampaian anda agar diselitkan dengan benda y berfaedah. agar remaja2 dan masyarakat tidak merasa betul dengan kesalahan y mereka dah lakukan. agar kemungkaran tidak dipandang biasa oleh persekitan. anda pendidik, anda berpengaruh pada masyarakat. anda sepatutunya gunakan kelebihan itu, bukan merosakkan. pesanan ini utk rakan2 seperjuangan y bakal / sudah menjadi pendidik. selamat berjuang..

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.


p/s : jangan couple. couple itu haram.

7 teguran:

Abu Faruq Al-Iskandari berkata...

alhamdulillah, teguran yg membina buat pendidik2 kita.

saya_arief berkata...

good entry....

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirrahmaanirrahim...
setuju bangat kat entry ant nih...zaman sek ana dulu pon bnd nih da blaku..mnunjukkan bhw da lame benau gejala ajaran sesat olh guru2 btauliah ni..
tapi ingat...xsume guru begitu yek..sejak ana masuk U ni, xpnah lak dgr lecturer ckp seumpama tu..lecturer masuk, bla bla bla..., then kua...xsempat nk ubuh lawak dalam lect..hehe..
tapi ada lecturer yg baguih benau niy, dia ajar anatomy, pastu siap taruk ayat Al-Quran yg bkaitan ngn anatomy tu dalam slideshow tuh..wah!!tabik spring r kat lecturer tu...
Tapi ukhti fillah,
perlu diingat...seburuk mane guru tersebut, semual mane kite terhadapnya, dia adalah guru kita..org perantaraan yg diutus Allah utk mnyampaikan ilmu kpd kite..bencilah perbuatan buruknya, tapi jgn dibenci insan tersebut...
jzkk atas teguran...

kak ain berkata...

betul tuh..sokong 100% TAKBIR!!

dr. mujahidah berkata...

moga2 kita ubah sedikit cara kita mendidik. pesanan untuk pendidik.

sedarlah.. anda punyai tangungjawab y besar

shoutulhujan.blogspot berkata...

salam..
dlm Al-Quran ad mnyatakn lelaki penzina untuk wnita penzina n wanita penzina untuk lelaki yg penzina..bgaimana pula bg mereka yg prnah b'couple n sesal ats tndakn dier yg lalu? adkh xd peluang bg mereka utk m'dptkan wnita yg baik?
mintk komen sikit

dr. mujahidah berkata...

sekadar pandangaan ana.. leh mitak pandangan orang len jg.

insyaAllah, jika dia berubah dan berusaha jadi lebih baik, maka perempuan y baik juga dia dapat.

mungkin perempuan itu pernah bercouple dulu, tapi berusaha utk jadi lebih baik.

maka... laki baik, utk pompuan baik.

y penting jadi soleh dulu, baru dapat solehah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...