Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

27 Jan 2010

.: alam lain



makhluk halus? jin? ganguan? kerasukan?


mungkin ramai yang suka untuk membaca tentang kisah-kisah dan bagaimana rawatan untuk keadaan sebegini.
sesungguhnya perubatan alternatif islam ada kebaikannya. dan ia bagus sebenarnya.
sudah tentu perasaan ingin belajar bagaimana kaedah rawatan bagi pesakit yang terkena gangguan semestinya sentiasa ada.


tapi perubatan  moden juga ada kebaikannya. kadang-kadang terfikir adakah pesakit-pesakit di hospital terkena gangguan sebenarnya?


wallahualam..


dipetik dari blog AKRINEBERA , ini adalah klasifikasi gangguan makhluk halus di bahagikan kepada berikut:.

a) Peringkat rendah – Contohnya ada sedikit gangguan was-was sama ada sudah berwuduk atau belum, ada pergerakan pada bahagian badan terutama sewaktu kita ingin solat. Malahan ada juga pergerakan pada tubuh akan bergerak tidak mengira masa.
b) Peringkat sederhana – Contohnya susah tidur, sering termenung, banyak mengigau pada malam hari dan menunjukkan beberapa tingkah laku yang tidak sesuai denan kepribadian asalnya.
c) Peringkat tinggi - Contoh strok ringan misalnya strok pada bahagian kaki, jari atau separuh badan. Kadang-kadang ada juga yang memberi kesan kepada psikologi pesakit misalnya marah tidak tentu pasal dan tidak ingin bercakap dengan orang lain.
d) Peringkat amat tinggi – Contoh sakit yang dihadapi ialah gila atau hampir gila. Sakit strok juga boleh diletakkan pada bahagian ini khususnya strok secara total. Pengalaman saya sendiri menangani masalah dalam kes strok berat makhluk tersebut boleh di keluarkan tetapi proses penyembuhannya terlalu perlahan. Sekurang-kurangnya kalau pesakit sudah mampu untuk menguruskan dirinya sendiri sudah memadai. Kemungkinan pada tahap ini makhluk ini sudah banyak merosakkan organ pesakit.
     "Saya pernah mendapat panggilan telefon pagi hari menyatakan anaknya menanggis dan tingkah laku yang pelik. Pelbagai ikhtiar dilkukan tetapi juga tidak menjadi. Sebaliknya, saya di sini membaca al-Fatihah sambil melurutkan jari telunjuk saya. Dengan izin Allah, anak tersebut berhenti menanggis. Pernah juga saya mendapat panggilan telefon kepala pembaca blog saya berdenyut-denyut dan sakit kepala yang amat sangat. Teknik yang sama saya lakukan dan izin Allah sakit kepalanya berhenti. Jauh sekali niat saya yang menyatakan saya hebat sebab Allah swtlah yang lebih hebat dan memang Dia Yang Maha hebat. Siapalah saya, sama seperti anda, makhluk kejadian Tuhan yang tidak sunyi dengan dosa yang berganda. Malahan saya juga seperti anda sebelum mengikuti kursus pelbagai bacaan di baca tetapi Allah belum makbulkan. Mengapa? Persoalan ini saya fikir hanya boleh diketahui jika anda belajar dan mengikuti kursus Rawatan Islam yang dianjurkan oleh pihak yang profesional dalam bidang ini." - PERAWAT-


akhir sekali, adakah kita terkena gangguan juga? ataupun lebih baik bertanya, adakah aku?
p/s : nak jadi pakar perubatan islam atau pakar perubatan alternatif islam?

3 teguran:

Zikir Din berkata...

rawatan makhluk halus..

selalunya rawatan ini diambil bahagian oleh doktor lelaki sahaja..

sangat jarang rawatan alternatif ini dikendalikan oleh wanita..

ada eloknya kita jadi pakar perubatan rohani, merawat jiwa2 umat Islam yang masih kekeringan tarbiyah.

dari zikr, satuummah.blogspot.com

dr. mujahidah berkata...

ya mmg kebanyakan lelaki yang memepelopori bidang ini. tapi, perempuan pon tidak salah kan

dr. mujahidah berkata...

akh..jzkk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...