Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Apr 2017

Mulakan dari sekarang!

tarbiyah itu perubahan.

kadang aku hairan, tarbiyah sudah 3-4 tahun, tapi masih main game.
ada juga masih lagi menonton detektif conan.
belum lagi jika aku cakap ada yang berzina.

kerap aku dengar, masalah ikhwah akhwat ini hampir sama berulang setiap minggu.
masalah buang sampah. masalah pakai kereta tidak dikemaskan semula seperti sedia kala. masalah pinjam harta benda orang lain tanpa izin.
masalah subuh pukul 730am.

adakah ini kerana murobbi yang ada tidak berkualiti? atau zaman sudah berubah? atau kerana mereka ini generasi Y dan Z?
atau qiyadah tidak memainkan peranannya?

kau rasa?

tarbiyah diri sendiri dulu

" wahai orang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu.." ( surah tahrim, 66:6)

tarbiyah dzatiyah or known as tarbiyah diri, adalah pembinaan sesorang terhadap dirinya sendiri dengan berbagai cara. ia bukan tugas murobbi. tapi tugas empunya badan.

keberhasilan perubahan adalah berpunca dari sarana tarbiyah yang paling hebat ini iaitu tarbiyah dzatiyah. jikalau halaqah 1000 kali sekalipun, materi tarbiyah yang diterima lebih 50 jenis pun, atau murobbi yang membimbing tahap ulama sekalipun, jika tiada tarbiyah dzatiyah, semuanya ibarat debu-debu je.

sebab?

kau adalah kau. kau tahu kukurangan, aib, dosa kecil dan dosa besar yang kau lakukan. dan kau yang bertindak untuk buat or tinggalkan. kau yang akan decide, nak jadi malas ke, futur ke, give up ke, buat dosa ke.. nak baca quran sampai nanges, nak qiam 2 rakaat or 12 rakaat, nak solat sunat or tak,  itu semua kau yang decide, bukan murobbi kau. bukan jemaah kau. bukan qiyadah kau!!!

tahu tak, tarbiyah dzatiyah ini umpama macam pohon. jika akarnya kuat menancap ke bumi, anak pohon tetap kukuh, walaupun angin dan badai datang bertimpa-timpa.

orang sekarang, semua cakna akan isu palestin, syria, rohingya dan isu saudara kita di luar sana. sangat sensitif bila islam di hina. marah bila kaum hawa dirogol sana sini.

tapi diri sendiri masih lagi merokok, malas ke masjid, malas ke majlis ilmu, malas nak BERUBAH, apatah lagi kalau suruh keluar BERDAKWAH! diajak ke HALAQAH atau USRAH!! (eheh... sesatttt tu), kau harap semua akan selesai?? 

hurmm.. tarbiyah dzatiyah memang susah nak wujud dalam diri masyarakat kita especially kau para daie. 

sampai ke sudah, masalah umat di papan akhbar takkan selesai wahai saudaraku sekalian.

cara tarbiyah dzatiyah

so, jom start dari sekarang.

1/ muhasabah dan bertaubat
"Aku bermaksiat kepada Allah, lalu hal tersebut aku ketahui pada perilaku isteriku dan haiwan kenderaanku" (Fudhail bin Iyad)

2/ mencari ilmu
Ayah kepada Ahmad bin Hanbal bertanya kepadanya, "Hai anakku, sampai bila kamu akan mencari ilmu?" Ahmad bin Hanbal menjawab, "sampai mati"...

3/ beramal soleh
" tidaklah seorang muslim yang melakukan solat wajib, khusyu' dan rukuk yang baik kecuali hal itu akan menjadi penghapus dosanya yang lalu selama ia tidak melakukan dosa-dosa besar." ( HR Muslim)

4/ berakhlak
" tidak ada sesuatupun yang lebih berat timbangannya seorang hamba mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik" (HR Tarmidzi)

5/ terlibat dengan aktiviti dakwah
"Barangsiapa mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapatkan pahala sebesar orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala sedikit pun" (HR Muslim)

6/ berjihad
"Allah mengaitkan petunjuk dengan jihad. orang yang paling sempurna petunjuknya ialah orang yang paling kuat jihadnya. jihad yang paling wajib ialah jihad melawan hawa nafsu, jihad melawan syaitan dan jihad melawan dunia. barangsiapa yang berjihad melawan keempat hal tersebut, maka Dia akan memberinya jalan petunjuk kepada jalan keredhaanNya untuk kemudian membawanya ke syurga." 
(Ibn Al Qayyim Rahimahullah)


kalau kau yang baca ni orang biasa-biasa, cepatlah cari halaqah or usrah. dari situ kau akan tahu tarbiyah dzatiyah ertinya apa.

kalau kau yang baca ni ikhwah akhwat, kau rasa kau dah hebat sangat?


diagnosis diri. tarbiyah diri. tarbiyah umat.


( sumber : buku urgensi tarbiyah dzatiyah, abdullah bin abdul aziz al aidan)

31 Mei 2016

Seandainya anda berkomitmen


Dipetik dari Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah, Muhammad Abduh




Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya hanya sedikit aktivis dakwah yang berjatuhan di tengah jalan , dan dakwah akan mampu merealisasikan tujuannya dengan langkah yang pasti.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah,nescaya hati akan menjadi bersih, akal akan bersatu dna sedikit orang yg mengedepankan akal dan memaksakan pendapatna.


Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya akan tersebar toleransi, saling mencintai , saling menguatkan dan barisan ini akan menjadi kuat ibarat bangunan yang kokoh.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya para aktivis dakwah memiliki sikap yang sama di mana pun posisinya, baik di depan maupun di belakang, menjadi pemimpin yang ditaati atau menjadi prajurit yang tersembunyi di belakang.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya aktivis berlapang dada dalam menyikapi kekeliruan, tiada dengki dan permusuhan.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya akan tersebar sikap saling memaafkan, tidak ada dengki, dendam, selalu terbuka dan berlapang dada.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, tidak ada kemalasan dalam menunaikan kewajipan dakwah. bahkan para aktivis akan selalu berlomba-lomba melakukan kebaikan.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya akan ada perhatian pada waktu. tiada waktu terbuang sia-sia bagi aktivis dakwah. kerana ia selalu dalam keadaan munajat  pada Tuhannya. atau sedang berjihad di medan dakwah. atau ia sedang mengisi pengajian dan memberi peringatan pada orang lain.

Seandainya ada komitmen benar terhadap dakwah, nescaya akan ada perlombaan untuk menunaikan kewaipan membayar infak untuk dakwah.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya akan ada selalu sikap mendengar dan taat. Tida ada keraguan apalagi berbangga diri dan memaksakan pendapat peribadi.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya akan ada pengorbanan yang besar untuk dakwah dan mendekatkan diri kepada Allah, bukan pengorbanan peribadi dan hawa nafsu.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya ada kepercayaan pada pemimpin dan siap melaksanakan pengarahan yang diberikan.

Seandainya ada komitmen yang benar terhadap dakwah, nescaya akan menangislah orang yang bisa melaksanakan kewajipan optimal dan akan bersemangatlah orang yang telah bersungguh-sungguh utk meraih pahala lebih banyak lagi.


11 Apr 2016

Aku rindu




Aku rindu zaman aku boleh gencarkan dakwah semaksima mungkin,
Aku rindu zaman aku dan akhwat berdaurah bersama,
Aku rindu zaman manisnya ifthar dan mabit,
Aku rindu zaman jaulah dan bermusafir menjadi rutin mingguan,
Aku rindu saat akhwat jadikan tilawah tika masa terluang,
Aku rindu saat segala kerja dakwah dapat ku selesaikan sebelum tiba waktu due date
nya,
Aku rindu tika saat masa sibukku memikirkan dakwah lebih banyak dari memikirkan dunia,

Aku rindu.

Ya Allah, sampaikanlah rinduku ini..

20 Nov 2015

Hadapilah

 
Hadapilah apa jua di hadapan

" Ukhti, ana takut nak travel sorang-sorang. Takde akhwat teman. Takut kalau jadi apa-apa.."

" Kak, ana betul tak berani bawak kereta. Takut eksiden."

" Ana siyes dah give up nak tajmik. Baru minggu lepas kena 'serbu' dengan guard. Ana takut la nak tajmik lagi minggu depan.. "

" Akak, ana risaulah. Esok test clinical. Dengan examiner yang garang.Takutlah nak exam."

" Ayu, aku tak nak oncall esok. Aku kena oncall dengan Dr 'Singa' la. Dah la aritu dia tengking aku cakap aku layak jadi cleaner je. Takut la nak oncall dengan dia."

" Akh, ana takut nak nikah. Ana ni masih belajar. Takut la .. "

Sila berani

Siapa kata perasaan takut itu tidak normal. Hatta, saya sendiri dalam kehidupan seharian tetap ada sahaja perasaan takut menjengah diri. Takut dalam hal dakwah dan tarbiyah, hal keluarga, hal pekerjaan dan hal kewangan. Perasaan takut itu memang wujud tapi bukan untuk dilayan dan lari daripadanya. Ia untuk DIHADAPI !

Kisah Nabi Ibrahim sangat memberi inspirasi untuk kita terus berani berbuat dan terima apa juga padahnya. Walaupun kisah ini sangatlah common buat kita. Ia tercatat dalam Surah Al-Anbiya', 21: 58-60.

" Maka, dia (ibrahim) menghancurkan berhala-berhala itu berkeping-keping. kecuali yang terbesar agar mereka kembali untuk bertanya kepadanya.

mereka berkata, "Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami? sungguh dia termasuk orang yang zalim."

mereka yang lain berkata, " Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini, namanya Ibrahim.."

Nabi Ibrahim pada ketika ini beliau adalah Fatan ( dalam bahasa Arab) iaitu pemuda.
Pada saat ini, dia bukanlah siapa-siapa atau punya jawatan besar untuk menjadi orang yang disanjungi. Malah, dia ini hanya anak tukang ukir berhala. 

Yang paling 'obvious' nya, hanya dia seorang sahaja yang mempersoalkan penyembahan berhala oleh penduduk disitu dan pasti orang ramai akan 'aim' dia dengan tindakan so called 'berani mati' nya itu.

Dengan keberaniannya menghancurkan semua berhala dan strateginya yang bijak meninggalkan satu berhala paling besar dengan tujuan supaya mereka berfikir bahawa berhala bukanlah Tuhan, ia adalah satu tindakan ' gila' mungkin pada pandangan orang ramai. Namun, inilah tindakan yang terbaik untuk buat mereka sedar fungsi berhala itu tidak lain tidak bukan hanyalah batu tunggul.

Hukuman dibakar hidup-hidup tidak menggerunkan Nabi Ibrahim, malah dengan izin Allah, api yang marak menjadi dingin tanpa mencederakan dia.

Sekali lagi, walaupun Nabi Ibrahim sedar, dia pasti di 'aim' dan dia pasti dihukum atas perbuatannya menegakkan kebenaran, namun dia dengan cool hadapi semua itu.

Realiti hidup kita

Kita ini, tiada jawatan apa-apa. Berpangkat pun tidak. Berdato' dan datin apatah lagi. Kita hanya 'mundane'. Manusia biasa yang membawa tugas dakwah dan tarbiyah. Bukan bermakna kita akan terus menyelubungi diri dengan ketakutan dan ketakutan.

Nak dakwah dan tajmik takut. Nak drive takut. Nak travel takut. Nak oncall takut. Nak exam takut. Nak approach orang besar takut. Nak bersuara takut. Nak pertahankan diri takut. Takut kena marah bila buat silap.

sampai bila??

Dah dah.. cukuplah. Hadapi je semua benda tu. Hadapi dengan persediaan berstrategi dan bijak. Walaupun orang semua tahu, kita ini kipas susah mati Dakwah & Tarbiyah. Dan sekiranya mereka aim dan nak hukum kita.... So what???  Hadapi je lah.

Hakikatnya, Kita jadi takut sebab kita tak bersedia.

Sekali lagi, ingatlah kita ada Allah. Bila Allah redha dengan kita, Allah akan terus bantu kita.

Kesimpulan

Doktor boleh jadi gila, Dai'e boleh jadi futur, dan ikhwah akhwat boleh mufaraqah bukan sebab mereka ini tak faham, tapi mereka ini TAK BOLEH HADAPI hal-hal di depan mata mereka.

Ketakutan kita hadapi sekarang hanyalah 'minor' sahaja. Bukan 'major'. 

ingatlah,
tika Sampai saat musuh datang betul-betul dihadapan kita, adakah kita masih nak beralasan 

"ana takut...huhu "

Adakah kita nak hadapinya dengan mara kedepan atau berundur hina ke belakang?

Fikir-fikirkanlah. 

3 Mac 2015

Pusi: Tarbiyah tanpa dakwah


 
 sesal, stress!! bila hanya mampu dapat tarbiyah, tapi tidak mampu berdakwah.


Ikhwah wa akhwat sekalian,

tarbiyah tanpa dakwah ibarat bernafas tanpa udara,

tarbiyah tanpa dakwah ibarat ikan tanpa air,

tarbiyah tanpa dakwah ibarat aur tanpa tebing.

kerana tarbiyah dan dakwah haruslah seiringan, bersama, tidak boleh dipisahkan.

lihatlah betapa ramai yang ingin ditarbiyah, tapi enggan berdakwah.

lihat juga betapa ramai mereka yang telah ditarbiyah, tapi tidak berbuat dakwah kerana merasa dirinya sibuk dan tiada masa.

maka,

mereka ini hanyalah seperti melukut ditepi gantang.

hadirnya tak di alu-alukan, perginya bahkan tidak dilarang.

kerana golongan seperti ini melambak di persimpangan jalan.

apalah yang boleh diharapkan melainkan jika berperang, pasti

merekalah dahulu yang lari lintang pukang.

kerana apa?

tidak biasa berkorban.

tidak biasa melaungkan semangat perjuangan,

apatah lagi, bangun qiam.

tilawatul quran.

inilah di golongan yang dakwah tak perlukan.

kerana mereka... hanya mahu disuapkan dengan ilmu pengetahuan,

tanpa mahu berjuang.


~ 2201, kota tinggi, guilty ~

3 Feb 2015

Sampai bila perlu beradaptasi ?




“ tilawah ok ..?”

“ stil tak ok la. Walaupun dah 2 bulan kerja. Tilawah stil xleh lulus..”

perbualan sms diantara Fatin dan murobbiyahnya, Kak Ros terhenti disitu.
Fatin, tetap tidak mampu bertilawah dengan baik sejak dia mula bekerja sebagai doktor.
Alasannya tetap sama,

ADAPTATION

Medan kerja, tidak sama dengan medan belajar. Kita perlukan mujahadah yang kuat.
Sehingga ke hari ini, saya akui, saya perlukan mujahadah dan mujahadah untuk membina semula benteng iman dalam diri saya.

Pekerjaan yang kita hadapi, bukan sekadar memerlukan keringat peluh, bahkan lebih dari itu. Bukan sekadar fizikal, tetapi mental dan jiwa.

Rancang sesuatu

Kita kena rancang sesuatu. Itu mesti.

sampai bila kita akan terus membiarkan hidup kita dikawal oleh pekerjaan kita sedangkan kita mampu untuk mengawalnya. Kita membiarkan tidur mengawal hidup kita. Kita membiarkan keletihan mengawal hidup kita dan kita membiarkan segala-segalanya tentang kerja mengawal hidup kita.

Teringat saya satu kata-kata,

kepenatan itu hanyalah perasaan”

kadang, kita banyak membazirkan masa kita untuk tidur dengan alasan kepenatan yang melampau.
Sedangkan badan kita hanya perlukan kerehatan yang sedikit sahaja untuk bekerja pada esok hari.

Sehingga, banyak tanggungjawab-tanggungjawab yang kita sepelekan termasuk hal-hal amal ibadah kita sehari-hari.

Sampai bila, mahu kita biarkan solat kita sekadar rutin tanpa ruh?
Sampai bila, mahu kita biarkan tilawah kita hanya sekadar di bacaan di bibir ?
Sampai bila, mahu ktia biarkan diri ini terus terlena tika halaqah dihadiri?

Allah, persoalan sampai bila itu biarlah kita menjawabnya sendiri.
Ia akan terus berlarutan sehinggalah kita stop mempergunakan ayat adaptation yang menjadi batu besar yang menghempap.

Berilah ruang masa untuk diri berinteraksi dengan Allah melalui solat, zikir dan tilawah kita.
Berilah ruang masa itu sebelum terlewat untuk memulainya kembali.

Selepas bekerja, berkorbanlah untuk lapangkan sedikit masa bersama Allah setelah seharian kita bersama dunia.

Jika tidak menjaga iman, setan akan menjadi teman

Bukankah dengan menjaga iman, kita akan menjadi segar untuk bekerja keesokannya. Dan seandainya iman tidak menjadi perhatian utama kita, pekerjaan akan terus menjadi perhatian utama kita.

Akhirnya, mulalah berlaku kecairan iman yang tidak mampu diselamatkan lagi.
tika tilawah tidak menjadi perhatian, tika solat hanya perbuatan, tika zikir telah dilupakan, dan tika tahajud bukan dirasakan kewajipan,
syaitan pasti akan menjadi teman.
Percayalah.

Bagaimana?

Masa banyak dihabiskan dengan benda lagho.
Solat sering dilewatkan.
Ikhtilat bersama rakan sekerja dianggap enteng.
Kerja sekadar kerja, bukan lagi seikhlas mungkin.
Mula timbul masalah hati dengan rakan berlainan jantina.
Tidak merasakan ruh dalam halaqah.
Malas berbuat dakwah.

Jadi,

dalam kesibukan apa pun kita, apapun pekerjaan kita, tetaplah menjaga iman.
Kerna dalam kondisi apa pun kita, kita tetap akan dipertanggungjawabkan.



15 Jan 2015

Dakwah adalah pilihan





Apabila hidup sebagai seorang pekerja, tidak lagi sama sebagai seorang pelajar.
Sisa-sisa masa yang kita habiskan lebih banyak di tempat kerja berbanding rumah sendiri.
Bagaimana mungkin kita boleh tetap terus berdakwah dalam kesempitan masa yang kita ada?

Semuanya tidak mustahil untuk kita lakukan tika mana wujud kemahuan yang jitu dalam diri.

Saya pernah meluahkan perasaan ini kepada seorang ukhti beberapa hari lepas yang juga seorang pekerja bahkan punya keluarga.

" ana takde masa nak tajmik la. sibuk. penat."

" kepenatan, kesibukan adalah alasan yang kita cipta untuk menghalalkan rasa tidak mahu.. hakikatnya kita mampu. tapi tidak mahu."

benar..

dakwah bukan sekadar kewajipan.

tapi ia adalah pilihan.

kerja bukanlah alasan untuk kita katakan tidak berbuat.

baik apa pun status kita, doktor, jururawat, peguam..

tiada pengecualian Allah untuk golongan profesional ini menjadi dai'e.

bahkan ia adalah satu bonus.

untuk mendapatkan tsiqah ( kepercayaan) yang lebih oleh masyarakat.

sekali lagi,

jadilah pekerja, jadilah dai'e. 

#masih mahu menulis blog

30 Nov 2013

Sahabat jahiliyyah




Semasa kami berada di dalam kereta, dalam perjalanan ziarah akhwat, saya berbual dengan seorang akhwat ini yang agak akrab dengan seorang akhwat lain. Kerapatan mereka mengalahkan seorang kakak dan adiknya. Kira rapat sangat la. Maaf, tidak boleh disamakan hubungan persahabatan dan hubungan adik beradik kerana ia adalah suatu hubungan yang berbeza.

Maka saya bertanya kepada dia,

" Enti sayang dia kerana Allah?"
" Entahlah.."

" Ukhwah antunna kerana Allah?"
" ........" 

" Habis, kalau bukan kerana Allah, kerana apa?"
".........."

Senyap. Saya tahu, mungkin dia agak ragu dengan persahabatan yang terjalin antara dia dengan akhwat itu. Dan saya hanya bersangka baik. Mungkin mereka masih lagi dalam proses membina persahabatan mereka kearah rangka mencari keredhaanNYa.

Sahabat imaniyah

Bila kita merasai bersahabat kerana Allah, kita akan mampu membezakan bersahabat kerana Allah atau bersahabat kerana selain Allah seperti untuk memanfaatkan hartanya, kenderaannya, peneman bila berseorangan dan banyak lagi.

Jalan tarbiyah ini telah mengajarkan kita untuk bersahabat kerana Allah. Perkataan seperti "SSAKA", "Uhibbukifillah" dan "Sayang enti" kerap kali diucap di dalam mesej dan perbualan tanda kita memang mencintai akhwat kerana Allah. Saya yakin, sekecil atau sebesar manapun masalah akhwat seperti demam, masalah akademik, masalah mad'u atau parents tetap meraka merasakan merekalah bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Sehingga terpaksa dibincang dalam liqo atau musykilah demi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Siapa lagi yang akan bersikap concern sebegitu melainkan akhwat kita.. ye, insan yang bergelar akhwat.

Sahabat Jahiliyyah

Tidak lupa juga dalam jalan tarbiyah ini, akan muncul sahabat jahiliyyah. Ini bukan satu tuduhan. Tapi inilah realiti dan bukanlah dari kalangan orang biasa, tapi di kalangan akhwat sendiri. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, terlalu banyak isu yang akan muncul dalam perbualan mereka. Bukan yang dibualkan itu tentang movie, lagu, lelaki handsome atau macho, tapi berkisar tentang ketidakpuashatian dalam syuro atau liqo. Mereka melakukan syuro di luar syuro atau liqo di luar liqo. Mulalah mengumpat akhwat sana sini. Mempersolkan keputusan yang dirasakan tidak betul solusinya dan pengarahan yang tidak rasional. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, terlalu banyak juga buang masanya. Terlalu banyak keinginan-keinginan yang ingin dilakukan bersama. Seperti pergi ke tempat-tempat yang tidak perlu atau bergayut di telefon terlalu lama sehingga mengabaikan hak-hak akhwat atau mad'u lain yang perlu diberikan hak mereka. Malah yang lebih teruk, hak nya kepada Allah juga diabaikan. Mutabaah amalnya tidak terjaga. 

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, tidak boleh renggang walau sesaat. Tidak boleh jika akhwat rapat bersama akhwat/orang lain. Dihalangnya. Diugutnya. Dijadikan topik pergaduhan sehingga rajuknya lama. Tak bertegur sapanya lama hanya atas alasan perkara yang remeh temeh. Air matanya banyak berhabis untuk sahabat yang dicintainya.

Bila terlalu banyak masa dihabiskan bersama, mulalah syaitan menggoda dengan satu titik kelemahan mereka iaitu teringin disayangi dan menyayangi. Teringin dibelai dan bermanja-manja. Sehingga melakukan perbuatan terkutuk sepertimana yang dikatakan Ibn Qayyim dalam buku virus-virus ukhwah iaitu perbuatan kaum nabi Luth. Naudzubillahi minzalik. Sepertimana kata Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid hafizhahullah iaitu:

"Di antara bentuk-bentuk hubungan tersebut adalah hubungan maksiat di mana dua orang itu terikat hubungan maksiat sehingga keduanya menyaksikan hal-hal yang haram, menikmatinya, dan melakukannya secara bersama-sama."

Sayang jadi benci teramat

“Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.” (HR Tarmidzi)

Hayatilah hadith ini sebenar-benarnya. Percayalah akhwat. Sahabat jahiliyyah yang mungkin dulu kamu teramat sayang, tidak boleh berpisah, tidak boleh ditinggalkan, selalu menangis kerananya, berhabis duit kerananya akan menjadi orang yang kamu benci satu hari nanti. 

Mungkin di dunia. Mungkin juga di akhirat. Dan mungkin juga kedua-duanya sekali. Sepertimana firman Allah,

"Teman karib pada hari itu (hari akhirat) saling bermusuhan kecuali mereka yang bertakwa." (Surah , Az-Zukhruf, 43: 67)

Bersahabat satu nikmat

Sahabat memang satu nikmat yang indah. Sangat indah. Seperti ungkapan Umar r.a :

"Perjumpaan dengan kawan menghapus duka."

Tapi bila tujuannya untuk jahiliyyah dan berlebih-lebihan, maka, ia menjadi satu kenangan yang paling buruk dalam sejarah hidup. Yang takkan dilupakan. Yang akan menjadi kenangan pahit sampai bila-bila.

Jika kita ini ditanya bersahabat atas dasar apa, maka, semestinya, ada 2 pilihan sahaja yang kita boleh pilih..

Jahiliyyah atau imaniyah.. kerana Allah atau kerana dunia dan nafsu.

Semoga Allah sentiasa menjadi "guard" kita dalam kita bersahabat. Kita bersahabat kerana Allah bukan ber"sama" Allah.
InshaAllah..

Sumber rujukan: buku Virus-virus Ukhwah karya Abu Ashim Hisyam.

17 Okt 2013

Hilang




Halaqah yang sepatutnya bermula pada pukul 10 malam tetap diteruskan walaupun masih menunggu seorang daripada mereka yang masih tidak hadir.

Akhwat dan murobbiyahnya masih setia menunggu.
Seorang daripada mereka membuat panggilan, tapi tidak juga disambut.
Mesej pula tidak dibalas.
Risau. Adakah sesuatu yang tidak diingini telah berlaku?

Sebelum bertolak dengan motorsikalnya dari rumah, dia telah sedia memaklumkan bahawa akan bertolak sebentar lagi. Namun, masa yang ditunggu agak lama dan mustahil untuk mengatakan dia masih dalam perjalanan.

Masing-masing tidak sabar untuk bertanyakan apa yang berlaku apabila dia sampai kelak. Atau sekiranya dia tidak hadir, pasti halaqahmate dan murobbiyahnya akan tidak sabar berjumpanya esok hari untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Reunion di syurga?

Kebiasaanya begitulah yang akan berlaku apabila seorang daripada halaqahmate yang ditunggu-tunggu tidak hadir-hadir. Menunggulah murobbiyah dan halaqahmate lain dengan perasaan risau.

Itu apabila halaqah di dunia. 
Bagaimana halaqah di akhirat? Di Syurga yang kita sangat dambakan?
Sepertimana janji Allah, orang-orang beriman itu akan bersama temannya juga yang beriman.

" Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaiknya." (Surah An-Nisa' (4): 69)

Jadi, apa yang akan terjadi sekiranya salah seorang ikhwah atau akhwat yang bergerak kerja bersama kita, berhalaqah bersama, berdaurah bersama, mabit bersama dan bersama-sama dalam jalan menuju Allah akhirnya hilang ketika mana kita berada di syurga?

" Eh, mana akhi XXX ni? Apsal ana tak nampak dia pun kat syurga ni?"
" Eh, mana ukhti YYY ni? Ana teringin nak jumpa dia. Dialah yang selalu ingatkan ana."

Akan ada satu saat nanti di syurga, kita akan tercari-cari orang-orang yang selalu bersama kita akhirnya tidak dapat di jejaki di syurga. Dimanakah mereka? Hilang?

Kisah di dunia

Bila flashback semula semua amal di dunia, rupanya akhi XXX dan ukhti YYY tidak seperti apa yang disangkakan.



Mungkin jawapan yang akan diberikan nanti adalah,
" Ana main games dan tengok movie korea bila ana seorang kat bilik."
" Ana tengok video porno bila ana takde bersama antunna semua.."
( Semoga dijauhkan)

Maksiat tersembunyi rupanya menjadikan kita tidak dapat reunion di syurga? Sekiranya kami ikhwah akhwat boleh menolong antum. Apakah daya, penyesalan pada hari ini tidak berguna sepertimana firman Allah:

" Takutlah kamu pada hari ketika tidak seorang pun yang dapat membela orang lain. Tebusan tidak diterima, bantuan tidak berguna baginya dan mereka tidak akan ditolong." (Surah Al-Baqarah (2): 123)

Kesimpulan: Bertakwalah

Bertakwalah pada Allah dimanapun kamu berada.
Betapa sedihnya yang teramat sangat nanti sekiranya, kita tidak dapat ber'renuion' bersama ikhwah dan akhwat di syurga hanya kerana kedegilan kita dalam melakukan maskiat pada Allah sedangkan di hadapan orang lain kita begitu berlainan sekali.

"Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sifat munafik. Kami nak reunion bersama ikhwah akhwat di syurga..! Kami tak nak jadi golongan yang HILANG tu.."


* Nota ini tidak lain tidak untuk peringatan diri sendiri terutamanya. Semoga bermanfaat.

10 Jul 2013

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu



Ogos 2012



Azan ini menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Allahuakbar, Allahuakbar...

Seusai azan, DJ ikim.fm terus memasang ayat-ayat Al-Quran. Itulah untungnya berjaulah dengan orang-orang soleh. Susah untuk lagho. Dulu, mungkin top radio kita adalah hitz.fm, hot.fm atau era.fm. tapi, Alhamdulillah setelah ditarbiyah, agak janggal untuk mendengarnya. 

" Eh, dah masuk waktu maghrib la, jom solat di surau Sungai Telor." ucap Kak Ain yang sudah biasa dengan surau tersebut jika mereka melalui jalan Kulai sambil mendukung Naufal.

Jam menunjukkan 720 malam. Perjalanan ke surau mengambil masa 10 minit lagi. Aku hanya duduk memandu sambil mendengarkan ayat suci Al-quran yang diputarkan di radio. Izzah yang duduk di belakang asyik memerhati ke luar tingkap kereta sambil memandang ke langit. Apa yang difikirkan aku tidak tahu. Harapnya merenung kebesaran Allah.

Solat maghrib

Apabila sampai, aku terpaksa menjaga Naufal dahulu sementara mereka berdua mengambil wudhu'. Naufal adalah anak Kak Ain. Umurnya akan genap 2 tahun apabila memasuki bulan September nanti. Alhamdulillah, sepanjang dia membesar hidupnya selalu dikelilingi akhawat. Semoga satu hari nanti, dia menjadi pejuang yang menegakkan agama seperti uminya dan akhawat juga.

Seusai aku mengambil wudhu', Kak Ain dan Izzah telah pun solat. Kebiasaannya, kami memang akan solat berjemaah. Sekiranya aku berhenti di surau, masjid atau R&R, sukar aku  lihat untuk orang perempuan membuat saf berjemaah sendiri kerana takutkan 2 jemaah dalam satu tempat. Padahal, aku pernah sahaja bertanya pada ustaz sendiri yang mengatakan bahagian solat perempuan yang tertutup membuatkan ia dikatakan berasingan daripada jemaah lelaki. Maka, sukar untuk kita lihat atau mengikuti jemaah lelaki di hadapan. Maka, insyaAllah dibolehkan solat berjemaah. Tapi jika untuk jemaah pertama yang memakai microphone, jelas suaranya dan kita tahu gerak gerinya dari awal, insyaAllah teruskan mengikut.

Ketika aku mahu mengangkat takbir, Naufal datang kepadaku dan menarik tudungku. Aku terus berhenti dan melayannya sehinggalah Kak Ain dan Izzah sudah berada di tahiyat akhir. Ketika aku mahu menyambung solat untuk masbuk, Kak Ain yang menjadi imam terus memberi salam.

Ujian

Aku akhirnya terpaksa solat berseorangan sementara mereka terus keluar menuju ke kereta. Seusai solat, aku menuju ke kereta dan ku lihat, asap putih berkepul-kepul daripada exzos kereta dan bonet hadapan. 2 orang lelaki yang melalui keretaku turut berhenti bertanyakan apa yang berlaku. Maka, aku segera membuka pintu dan bertanyakan pada Kak Ain apa dah jadi pada kereta. Kak Ain dan Izzah masing-masing tidak tahu apa yang berlaku di luar. Beberapa orang lelaki yang lain turut meluru ke keretaku. Mereka menyuruh Kak Ain membuka bonet hadapan dan melihat kerosakan yang berlaku.

" Eh, ini masalah aircond. Cuba buka aircond."

Tiba-tiba, dalam beberapa saat aircond dibuka, bahagian kiri bonet hadapan meletup sambil mengeluarkan asap putih berkepul-kepul. Allahuakbar. Sekiranya kami meneruskan sahaja perjalanan dan melewatkan waktu solat maghrib, tentu sahaja kereta kami akan meletup di tengah perjalanan. Tapi, Allah Maha Adil dan Maha Menjaga..  

Jagalah Allah

Benarlah dalam kitab hadith 40, hadith yang ke 19, Rasulullah saw bersabda,

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : Suatu saat aku berada dibelakang Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai budak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. (HR Tarmidzi)

Ukhti.. ingatlah satu perkara ini, jika kita menjaga hubungan dengan Allah, tidak melakukan maksiat, sentiasa tepat dan cepat dalam melaksanakan perintahnya, maka Allah berjanji untuk menjaga kita. Malah, dalam al-quran sendiri Allah memberi kita pertolongan dan meneguhkan kedudukan kita. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...