“ tilawah ok ..?”
“ stil tak ok la.
Walaupun dah 2 bulan kerja. Tilawah stil xleh lulus..”
perbualan sms
diantara Fatin dan murobbiyahnya, Kak Ros terhenti disitu.
Fatin, tetap tidak
mampu bertilawah dengan baik sejak dia mula bekerja sebagai doktor.
Alasannya tetap
sama,
ADAPTATION
Medan kerja, tidak
sama dengan medan belajar. Kita perlukan mujahadah yang kuat.
Sehingga ke hari
ini, saya akui, saya perlukan mujahadah dan mujahadah untuk membina
semula benteng iman dalam diri saya.
Pekerjaan yang kita
hadapi, bukan sekadar memerlukan keringat peluh, bahkan lebih dari
itu. Bukan sekadar fizikal, tetapi mental dan jiwa.
Rancang sesuatu
Kita
kena rancang sesuatu. Itu mesti.
sampai bila kita
akan terus membiarkan hidup kita dikawal oleh pekerjaan kita
sedangkan kita mampu untuk mengawalnya. Kita membiarkan tidur
mengawal hidup kita. Kita membiarkan keletihan mengawal hidup kita
dan kita membiarkan segala-segalanya tentang kerja mengawal hidup
kita.
Teringat saya satu
kata-kata,
“ kepenatan itu
hanyalah perasaan”
kadang, kita banyak
membazirkan masa kita untuk tidur dengan alasan kepenatan yang
melampau.
Sedangkan badan kita
hanya perlukan kerehatan yang sedikit sahaja untuk bekerja pada esok
hari.
Sehingga, banyak
tanggungjawab-tanggungjawab yang kita sepelekan termasuk hal-hal amal
ibadah kita sehari-hari.
Sampai bila, mahu
kita biarkan solat kita sekadar rutin tanpa ruh?
Sampai bila, mahu
kita biarkan tilawah kita hanya sekadar di bacaan di bibir ?
Sampai bila, mahu
ktia biarkan diri ini terus terlena tika halaqah dihadiri?
Allah, persoalan
sampai bila itu biarlah kita menjawabnya sendiri.
Ia akan terus
berlarutan sehinggalah kita stop mempergunakan ayat adaptation yang
menjadi batu besar yang menghempap.
Berilah ruang masa
untuk diri berinteraksi dengan Allah melalui solat, zikir dan tilawah
kita.
Berilah ruang masa
itu sebelum terlewat untuk memulainya kembali.
Selepas bekerja,
berkorbanlah untuk lapangkan sedikit masa bersama Allah setelah
seharian kita bersama dunia.
Jika tidak
menjaga iman, setan akan menjadi teman
Bukankah dengan
menjaga iman, kita akan menjadi segar untuk bekerja keesokannya. Dan
seandainya iman tidak menjadi perhatian utama kita, pekerjaan akan
terus menjadi perhatian utama kita.
Akhirnya, mulalah
berlaku kecairan iman yang tidak mampu diselamatkan lagi.
tika tilawah tidak
menjadi perhatian, tika solat hanya perbuatan, tika zikir telah
dilupakan, dan tika tahajud bukan dirasakan kewajipan,
syaitan pasti akan
menjadi teman.
Percayalah.
Bagaimana?
Masa banyak
dihabiskan dengan benda lagho.
Solat sering
dilewatkan.
Ikhtilat bersama
rakan sekerja dianggap enteng.
Kerja sekadar kerja,
bukan lagi seikhlas mungkin.
Mula timbul masalah
hati dengan rakan berlainan jantina.
Tidak merasakan ruh
dalam halaqah.
Malas berbuat
dakwah.
Jadi,
dalam kesibukan apa
pun kita, apapun pekerjaan kita, tetaplah menjaga iman.
Kerna dalam kondisi
apa pun kita, kita tetap akan dipertanggungjawabkan.
0 teguran:
Catat Ulasan