kalau seekor kucing yang tak kemas pun kita dah tak mahu dekat, apa lagi akhwat yang tak kemas..
Dari
jauh, nampak seorang bertudung labuh memegang mushaf alqurannya bersama beg
disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat untuk ke kuliah.
Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yang
lansung tidak sepadan dengan baju yang dipakai. Entah berapa minggu tudung itu
tidak berbasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking
hitamnya yang sudah lama tidak ditukar terselak.
Seusai
habis kuliah lewat jam 4 petang. Segera dia meluru ke biliknya di aras 3.
Dilemparkan beg sandangnya dan segera dia merebahkan diri ke katil yang
dipenuhi baju-baju yang tidak berlipat. Penat. Di hujung katil, kelihatan bakul
yang dipenuhi baju-baju yang tidak berbasuh selama 2 minggu menambahkan lagi
haruman busuk di biliknya. Buku-buku pula berselerakan di atas meja. Biliknya
betul-betul bersepah.
Sibuk
adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik. Pagi hingga
petang ke kuliah. Selepas itu pula ziarah dan silaturrahim bersama mad’u dan
akhwat. Malamnya pula kalau bukan study group atau assignment, ada halaqah atau
taklim. Hampir setiap hari rutinnya sebegitu. Masa yang diperuntukkan untuk
menseterika baju/ tudung, membasuh baju dan menyusun buku serta menjaga
kekemasan diri seolah-olah tiada.
Inikah
nilai diri bagi seseorang telah ditarbiyah sedangkan tarbiyah mengajar kita
untuk menunjukkan qudwah yang baik kepada orang sekeliling?
Kekemasan diri
Adakah
tugas dakwah menjadi alasan utama bagi seorang akhwat untuk tidak menjaga kekemasan
diri dan sekitarnya?
Seorang
akhwat perlu menjaga setiap apa yang dipakainya dan menjaga kekemasan luaran
dan dalaman. Jangan kita hanya menjaga kekemasan dalaman sahaja tanpa
memikirkan soal luaran. Pandangan pertama objek dakwah pada seorang da’ie
adalah luarannya dan itulah perkara pertama yang membuat mereka tertarik minat
pada kita.
Kekemasan
luaran adalah menjaga kekemasan serta kebersihan pakaian dan bagaimana cara
kita mengelolakan harta benda kita. Ia melibatkan banyak perkara namun distresskan pada sesetengah perkara
khususnya seterika/ kebersihan/ kesepadanan tudung, baju dan stoking
disamping kekemasan bilik.
Berapa
ramaikah akhwat yang tidak basuh tudung, stoking dan handsocknya selama berminggu-minggu?
Berapa
ramaikah akhwat yang malas seterika tudung dan baju kurungnya untuk keluar?
Berapa
ramaikah akhwat yang memakai tudung tidak sepadan dengan warna baju?
Berapa
ramai akhwat yang biliknya sentiasa bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?
Kalau
tiada, ini satu keputusan yang bagus. Namun kalau masih
ada berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri. Kita ini akhwat. Kita mesti lagi faham
dan arif soal kebersihan dan kekemasan. Jangan sampai kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga. Orang memandang puak yang bertudung labuh ini sebagai
satu puak. Jika, salah seorang kita merosakkan imej mereka yang bertudung
labuh, maka seluruhnya akan terkena.
Salah faham ‘kekemasan vs tabarruj’
Mungkin
ada juga yang akan beralasan, kami ini tidak mahu bertabrruj. Kami akan
berkemas-kemas hanya di depan suami sahaja. Jadi, tidak ada gunanya kami
berkemas-kemas apabila keluar!
Tabarruj
itu terang-terangan salah. Namun menjaga kekemasan diri, pakaian dan barang
peribadi itu tidak salah.
Saya
faham, akhwat tidak mahu berkemas-kemas apabila keluar rumah kerana ditakuti
dipandang oleh bukan mahram. Namun, perlukah sampai tidak mengambil kira soal
kekemasan untuk tidak dipandang?
Adakah
perlu sampai nampak selekeh di hadapan khalayak ramai? Adakah sampai tidak perlu
menseterika tudung, membasuh tudung dan menukarnya mengikut kesesuaian warna,
tidak mandi, tidak memakai deodorant/bedak dan sebagainya?
Janganlah
begitu duhai akhwat fillah. Kita sememangnya menjaga diri kita daripada
gangguan dan pandangan lelaki, namun tidaklah perlu sebegitu ekstremis. Kita
mesti mengambil kira soal pandangan objek dakwah/mad’u pada kita juga. Kita
perlu menunjukkan qudwah yang baik kepada mereka. Mereka itu sentiasa melihat
setiap gerak geri kita dan cara kita berpakaian.
Penutup: Selekeh itu bukan akhwat
Akhwat
bukan selekeh. Selekeh itu bukan sikap akhwat. Semoga kita sama-sama perbaiki
diri kita. Bukan dalaman sahaja. Tapi luaran juga.
Ambillah
masa untuk menseterika baju dan tudung ketika punya masa lapang seperti waktu
petang atau tengah malam sebelum tidur. Halaqah atau taklim bukanlah dilakukan
setiap malam. Ziarah dan silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang.
Buatlah jadual yang sesuai dengan loading kerja dakwah dan studi kita. Jika
tidak sempat untuk membasuh baju, carilah hari dalam seminggu untuk membasuh
baju menggunakan mesin basuh yang disediakan. Kemaslah katil, meja dan rak buku
sebelum melangkahkan kaki keluar ke kuliah. Jadikanlah bilik kita sentiasa
kemas semasa ketiadaan kita.
Semoga
dengan qudwah sedikit yang kita tonjolkan ini, ramai objek dakwah di luar sana
tidak ragu-ragu untuk menerima dakwah kita.
Islam
itu cantik dan indah.
Janganlah
merosakkan kecantikan islam hanya kerana kita tidak menjaga kekemasan diri.
Kita
ini dai’e.
Seorang
dai’e jika dalamannya cantik, luaran juga cantik.
p/s:
Cantik bukan erti kata rupa.
28 teguran:
pergh...terasa senak di hidung ku.
tapi ana bukan selekeh o.k.
ana akan pastikan baju, tudung walhal seluar sukan sekalipun bergosok.
cuma.......
tang bilik la, buku kalau x sepah x nampak macam studi maka akan hilang mood studi.hehe.
macam buku jugak, kalau x conteng x masuk otak.apa barang buku kemas, macam x pernah disentuh.huhu.
akak, baju belambak x basuh bukan sebab pemalas la.cuma kerap kali ditukar.baju pakai untuk setengah hari je, mana x tinggi.hehe
walaupun bilik ana sepah, if dapat kunjungan akhwat.ana akan pastikan bilik itu dalam keadaan tip top !
dan ana sangat pantang bila akhwat pulak masuk letak barang merata.
"cik, sila letak satu tempat k".hehe
oleh itu, marilah akhwat semua kita jadi akhwat yang bergaya ! hehe.bukan tabarruj ! tetapi kemas.
lipatan tudung pun sama, pastikan sental habis.hehe.
jangan pakai macam dalam mukhayam ritu di luar k.bahaya untuk tontonan umum.
hahahaagagag..bilik adeq tip top weh! Dah beberapa kali membuat kunjungan kehormat~!
oh...mukhayyam tu dalam hutan cik adik..actually harus diperli, dalam hutan pun ada iron ea..hakhakhak..
dr.mujahidah, gosokkan baju...
ana setuju tujuan artikel ini iaitu untuk menasihati akhwat atau secara tak langsung akhwat dalam soal kekemasan.
ada satu part yang ana tak setuju iaitu persoalan ;
Berapa ramaikah akhwat yang memakai tudung tidak sepadan dengan warna baju?
ana memikirkan persoalan warna tudung mesti sama dengan baju bukanlah hal yang penting.
hanya bangsa melayu sepenglihatan ana yang mengutamakan soal 'match' colour. sedangkan ia bukan satu soal yang penting.
asalakan pakai kemas, bersih dan suci untuk dibawa solat, maka ia memadai. soal warna, tidak perlu menjadi satu beban kepada akhwat2 untuk me'match'kannya.
apatah lagi dalam keadaan akhwat \bukannya semua kaya raya, tetapi kerana mindset mesti tudung sama color, maka, akhwat terpaksa bebrbelanja lebih membeli baju yang macam2 warna. bila tudung kelabu, maka, mestilah kena cari baju kelabu dan kain kelabu.
bila tudung biru pekat, cari baju biru pekat dan kain biru pekat.
makanya, akhwat lain terpaksa berbelanja lebih membeli bermacam2 warna sebab takut dikatakan memakai baju yang sama berualang kali setiap hari kalau bajunya sama warna setiap hari.
kalau minda kita merasa qanaah(cukup) dengan apa yang kita sudah miliki, maka, soal warna bukan satu keutamaan. biarlah tudung hitam, baju biru dan kain kelabu, asalkan ianya bersih dan kemas.
saya lihat gadis2 arab di UTM dulu, tidak langsung memikirkan soal match atau tidak, mereka selesa dengan pakaian mereka yang sangat tebal itu. sebab itu mereka boleh survive di negeri orang. mereka dengan budaya dan prinsip mereka.
makanya, saya setuju artikel dari penulis, cuma saya cadangakan agar isu match color dapat difikirkan kembali.
sangat setuju mindset akhwat hanya berhias di depan suaminya. ini fikrah yang sanagt murni.
Wallahua'lam.
haha...amboi, panjang lebar cik adeq bercerita...
pepun,smoga kita jaga kekemasan diri.. (^_^)
adeq: baiklah
GMS: sental
akh zikri: jzkk atas masukan. kalau takde tudung y match, at least tudung hitam or kream pon boleh,.. maksud ana di sini,tudung dan baju sangat ketara tak match..
ezan: kemas. insyaAllah
sweater is best step to look kemas.. ngehe..
KPI kemas bagi setiap orang lain, en?
"sangat setuju mindset akhwat hanya berhias di depan suaminya."
Kekemasan adalah satu budaya yg perlu diterapkan. Jika tidak, setelah walimahpun, nanti tak berhias juga di depan suami. Kalau buatpun awal-awal sahaja tak bertahan lama, kerana ia bukan tabiat.
sikap itu adalah sikap individu yang tidak memahami islam dgn benar. Tidak mnemahami kesyumulan agama dan keindahan Islam. Terjemahkanlah islam dalam kehidupan dengan seluruhnya...
GMS : terima kasih atas pujian melambong anda itu, jadi marilah ke bilik ana.hehe, we serve 4 d best !
lagi satu lagi elok, if akhwat mau ziarah yang lama untuk berborak.maklumkan dahulu, ada sesetengah 'org' dia akan merasa "apsal la datang mengejut nhe.bilik aku dah la sepah gedabaq" . mungkin ada antara mad'u yang 'begitu'.
zikri : Peringatan: Hanya untuk bacaan daripada sidang akhwat! - memetik kembali kata-kata pengenalan akhwatmedic.
tula...ana faham apa yang Dr.mujahidah katakan.matching color maksud bukan baju hijau,tudung hijau.it means jangan baju hijau tudung kuning striking.cream x apa,kan...
- terbukti akhwat sangat kemans bila sanggup bawak iron dan IRON dalam hutang - peace !
maaf ukhti ...tahniah kerana membawa isu ini. Saya akui ramai akhawat yang begini. eeeeee terasa loya pulak!
salam,
setuju.
bab kemas balik xlepas lagi. kejap je bertarabur semua +_+
bab match color tu pun ana setuju. tak perlu pun kalau nak baju biru tudung biru. kalau cream, putih, hitam ok je dgn semua baju.
cuma... kalau boleh, janganlah bajunya hijau, tudungnya biru. tapi ana xkata salah. tapi kekadang bila cm ni, x ke menjadi perhatian ramai jugak?
ada sekali tym ana siap2, ana cakaplah, 'tudung ana senget lah'
ada sahabat kata,
'biarlah, nanti xde lah orang minat nti'
cukup tersentak hati ini. rasa nak nangis. tujuan diri ini bukan utk menarik sesiapa, sekadar utk be presentable dlm lingkungan sesuatu yg diizinkan Allah.
dan jzk sahabat,mungkin sahabat tersebut sekadar mengidr sebarang kemungkinan ingatkan ana ^_^
dan..
ana penah jugak down utk tampil kemas setelah dugaan demi dugaan tiba.
tapi Alhamdulillah, ana yakin niat ana kerana Allah, makanya, ana harus terus tamoil kemas :)
subhanallah, artikel yang best ukhti. paling setuju mengenai jagaan bilik dan kekemasan bertudung.
thiqah mad'u juga terletak pada kekemasan diri seseorang dai'e itu sendiri.
macam yang 'umm' kata dalam komennya di atas, kalau tak terapkan nilai kekemasan dalam diri sedari bujang lagi, memang susah bila sudah nikah nanti.
jazakillah peringatannya.
p/s: oo, adeq, GMS dan Dr.mujahidah gi mukhayyam tak habaq na..
Assalamu'alaikum..
Apa khabar? sihatkah anti?
wah post yang ada isi tetapi ana rasa akhwat skrg dah tak macam tu kot...
apa-apa pun kita sebagai akhwat menjadi role model kepada orang lain..jadi kita sentiasa dipandang, maka peribadi dan akhlak perlu dijaga rapi agar tidak menimbulkan fitnah..barulah mad'u akan lebih berkeyakinan dan menghormati kita sebagai penggerak.
Wallahu'alam
:)
yey akhwat kne kmas..adeq pmbwa iron : di hutang, nak iron bileh tapi malam je ada bekalan elektrik tu pn klu tlebih akan tepadam..habis gulap gulita
kejap..apa kaitan pic dua tu ngan 'salah faham adalah bahaya' ?
zar: ada akhwat suke benor pakai sweater walapun panas terik..
Umm: kena prepare segala2nya untuk nikah dari sekarang
hamba pilihan: ye.. islam itu menyeluruh aspeknya
adeq: iron la siap2 len kali. sangkut kat kereta.. hehe (hanya utk orang y bawak kereta sahaja), kalau adeq, ponyok je la dalam beg kan.
muharrikdaie: InsyaAllah tak la sampai boleh loya
nurul: yela,, orang tak faham kita
umat muhammad: hehe..sirr
ukhti hifa: ada lagi akhwat sebegitu,. enti tak jumpa lagi kot
sahabatmu: susah benor dok hutan. bekalan elektrik malam ja ada. aduh..
adeq: takde picture lain daaaa..
umat muhammad ; ehem m ant bgi ke?haha.ops.
pergh sentap pertama ayat akak tu.o.k tanx.
Ana fikir bersederhanalah. Asal jangan kelihatan buruk dan huduh dan menyenangkan mata yang melihat.
Kalau pakai tak matching color tapi masih menyenangkan mata yg melihat apa salahnya.
Kalau berselerak dan tak lipat tudung kemas2, tak iron etc buat ramai org tak suke tgk, plis jgn buat mcm tu. Ini bermula dari peribadi akhwat tu sama ada dia concern tak ngan org sekeliling die. Walau pun berpakaian tu adalah utk diri sendiri tapi takkanlah utk diri sendiri pun tak concern. Tol tak?
betul kak freshie.. menyenangkan mata memandang...
assalamu'alaykum..setakat ni,saya lihat akhawat indah2 belaka,baik pakaiannya mahupun akhlaknya.Yang ada seperti itu mungkin belum mencapai nilai keakhawatan sebenar,kerana masakan dia tidak menghayati muasafat tarbiyyah.Jika bertemu akhawat seperti itu,maka kitalah yang menganjurkan yang sepatutnya.jzkk atas artikel ini,akan dipanjang2kan...
igt lg mse dr.mujahidah g kuar kan duit kat bank. sy n u.shinju tgelak kecil tgk dr.mujahidah jln otw ke kreta sbb....waa.windu3 ! bila nk jmpe ni
sahabatmu: sebab pe? nak kena hentak ape? windu gak.. raya nanti la jupe ye. maaf kalau tak hantar sahabatmu ke perak..
sbb time tu akak sy nmpk cumel (time tu je).haha..alaa.aritu ckp nk anta.tipu.makbah jek anta sume bz.
terbaik...
mmg best la artikel ni... betul2...
bukan tabarruj tp nk jaga kekemasan..
ehehe..saya kdg2 agak selekeh jg tp tetap kena jaga kekemasan.. kdg2 walaupun kita fikir ianya sudah bersih tp kalau xkemas ttp xnmpk bersih..
studi d meja yg rapi jer..buku pun malas2 lipat2..
cuma 1 jer, kdg2 kalau tersusun sgt tu dah jadi muzium bukan rumah/bilik dah, sedikit sepah bru lah home..
btw, sgt2 setuju
sahabatmnu: comel ke? ngeh.. ngeh.. ngeh
indaq: ye.. jzkk
kuk3..blogwalking..jom join blog Zombie Insaf..blog tragis + seram + seksa + lawak + insaf kat sini : zombiensaf.blogspot.com
first impression mad'u pada penampilan kita..biarlah sedap mata yang memandang..
second that! betul3 sesangat... tapi kadang-kadang mcam mane bila roomate sendiri yang berperilaku macam tue? nak diluah takut kata-kata yang ana beri tak dapat diterima, dah ditelan ana sendri tak sanggup nak hidup dlam suasana macam tue.... huhuhuhuhu
Catat Ulasan