Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

5 Jul 2011

Sebutlah mereka dalam setiap doamu


Mereka dalam doa kita

" Ukhti, bagaimana enti boleh jadikan semua mutorobbiah enti sehebat sekarang ye? Sebab ana lihat mereka dulu banyak buat masalah juga. Keluar masuk halaqah, beralasan apabila diajak ke program dan enggan berdakwah.."

" Mmm.. sebutlah nama mereka satu persatu setiap kali kita berdoa. Doa itu senjata ukhti. Di dalam halaqah kita telah pun sedaya upaya memahamkan mereka dan selebihnya kita minta kepada Allah agar mereka berubah."

Adakah kita menyebut nama mutorobbiah kita setiap kali doa. Dan adakah kita menyebut satu persatu nama-nama ahli keluarga kita agar mereka kembali kepada Islam yang sebenar? Dan lebih penting, adakah kita menyebut nama ibu bapa kita agar mereka faham bahawa kita mempunyai komitmen dakwah yang tidak pernah putus?

Sering menyalahkan

" Alahai, bila boleh parents aku faham bahawa aku mengikuti halaqah, aku ada komitmen dakwah, cuti panjang aku tidak boleh berada di rumah sentiasa kerana hampir setiap minggu ada program di luar. Kenapa parents aku tidak faham? "

" Mereka selalu beralasan sahaja apabila di ajak ke program. On off halaqah. Kenapa mereka ini susah untuk berkomitmen? Teruk sungguh perangai!"

" Aku sudah banyak kali nasihat kawan aku. Tutup aurat, jangan tengok movie korea, jangan couple dan jangan lewat solat. Apsal susah sangat hendak tinggalkan benda-benda dosa itu. Lembap ."

" Kenapa dengan dia. Murobbiyah suruh follow up medan lain pun tak boleh buat. Berkorban cuti pun tidak boleh. Apa ini. Baik keluar sahaja halaqah. Sudah ditarbiyah pun tapi masih tidak tahu pasal komitmen dan pengorbanan. Argh.. tensionnya aku"

" Bila kakak aku ini hendak mula tutup aurat? Bila abang dan adik lelaki aku ini hendak cukup solat lima waktu. Kenapa mereka degil sangat? Berubahlah. Tidak takut matikah?"

Harapan kita

Kita masih punya harapan untuk orang yang tersayang

Susah sebenarnya untuk menjadikan orang sekeliling mengikut kita. Ya, sudah pasti kita pernah berusaha merubahnya dan menerangkannya. Tapi, mungkin mereka masih lagi dalam proses untuk menghadam kata-kata nasihat kita. Mungkin juga mereka teragak-agak untuk melangkah setapak. Dan mungkin juga salah kita kerana masih lagi belum berbuat sebaik mungkin agar mereka faham apa yang cuba kita sampaikan. 

Cuba kita lihat, kita mahu memahamkan ibubapa kita tentang apa yang kita ikuti, tapi kita masih takut-takut untuk berterus terang. Kita masih lagi memikirkan apa yang akan dikatakan ibubapa kita jika kita berterus terang. Kita juga masih lagi tidak bertegas dengan apa yang kita mahu. Apabila disuruh itu dan ini, kita lebih memikirkan apa yang ibubapa kita kata, daripada apa yang Allah akan kata nanti. Adakah nanti di akhirat, kita akan jadikan ibubapa kita asbab kita tidak berbuat dakwah dan mereka dilemparkan ke neraka kerana kita? Naudzubillah ukhti.

Sama juga keadaannya pada mutorobbiah, kawan, halaqah mate dan adik beradik. Kita sebenarnya masih tidak cukup usaha lagi untuk menjadikan mereka terus faham seperti mana kita orang yang ditarbiyah faham. Terus berbuat seperti mana para Sahabat Rasulullah saw berbuat. Terus berubah seperti mana Umar Al-Khatab berubah. 

Ini mungkin tidak akan terjadi jika kita masih lagi tidak meletakkan setiap nama mereka dalam doa kita. Doa yang merupakan senjata paling ampuh dalam kehidupan ini.

Mereka dalam doa kita

Doa khusus bukanlah apabila selepas solat sahaja. Tapi doa khusus untuk mereka-mereka ini adalah paling bagus setiap kali kita bangun solat malam. Sebutlah nama mereka satu persatu dengan apa yang kita inginkan. 

Setiap kali kita teringat mereka, doalah untuk mereka tanpa mengira di mana kita. Samada di kereta, ketika memasak atau di mana sahaja ketika hati kita terdetik nama mereka dan merindui mereka.

Penutup: Bersabarlah

Sabarlah dalam menanti harinya.

Untuk merubah mereka, bukanlah mengambil masa sehari dua, mungkin juga puluhan tahun. Yang penting kita terus bersabar.

Semoga ibu bapa, Encik...... dan Puan.......... kita satu hari nanti memahami kerja dakwah dan komitmen kita sepanjang hidup ini.

Semoga kawan-kawan, .........., ............. dan ........... kita satu hari nanti menutup aurat, menghentikan aktiviti-aktiviti lagha dan tidak bercouple.

Semoga abang............ dan adik lelaki ............... kita tidak meremehkan solat.

Semoga kakak kita .............. menutup aurat.

Semoga mutorobbiah .........., ................ dan ......... kita berkomitmen dan berbuat seperti mana kita malah lebih baik daripada kita.

p/s: Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya. Allah tidak tuli!

5 teguran:

hanimyusra berkata...

sangat menyentuh perasaan..
syukran ukhti..
semoga banyak yang menyedari perkara yang pada kita remeh tp amat penting bagi merubah hati2 yang berpaling padaNya..insyaAllah..

abufaruq berkata...

paling elok ialah mendoakan sahabat2 kitat tatkala sujud kerana pada waktu sujud, adalah saat yang paling hampir dengan Allah Taala.

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah do’a ketika itu.” (HR. Muslim no. 482, dari Abu Hurairah)

zubair ghazali berkata...

alhamdulillah, pencerahan yang terkadang banyak kali dilupakan~

dr. mujahidah berkata...

hanimyusra: sama2 memerhatikan

abufaruq: jzkk atas penambahannya

Ibnu Ghazali: insyaAllah

Matahari berkata...

Alhamdulillah, sangat membantu..syukran ukhtihubb..(^^)~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...