Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

23 Jun 2011

Akhwat selekeh?

Peringatan: Hanya untuk bacaan daripada sidang akhwat!
 
kalau seekor kucing yang tak kemas pun kita dah tak mahu dekat, apa lagi akhwat yang tak kemas..

Dari jauh, nampak seorang bertudung labuh memegang mushaf alqurannya bersama beg disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat untuk ke kuliah. Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yang lansung tidak sepadan dengan baju yang dipakai. Entah berapa minggu tudung itu tidak berbasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking hitamnya yang sudah lama tidak ditukar terselak.

Seusai habis kuliah lewat jam 4 petang. Segera dia meluru ke biliknya di aras 3. Dilemparkan beg sandangnya dan segera dia merebahkan diri ke katil yang dipenuhi baju-baju yang tidak berlipat. Penat. Di hujung katil, kelihatan bakul yang dipenuhi baju-baju yang tidak berbasuh selama 2 minggu menambahkan lagi haruman busuk di biliknya. Buku-buku pula berselerakan di atas meja. Biliknya betul-betul bersepah.

Sibuk adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik. Pagi hingga petang ke kuliah. Selepas itu pula ziarah dan silaturrahim bersama mad’u dan akhwat. Malamnya pula kalau bukan study group atau assignment, ada halaqah atau taklim. Hampir setiap hari rutinnya sebegitu. Masa yang diperuntukkan untuk menseterika baju/ tudung, membasuh baju dan menyusun buku serta menjaga kekemasan diri seolah-olah tiada.

Inikah nilai diri bagi seseorang telah ditarbiyah sedangkan tarbiyah mengajar kita untuk menunjukkan qudwah yang baik kepada orang sekeliling?

Kekemasan diri

Adakah tugas dakwah menjadi alasan utama bagi seorang akhwat untuk tidak menjaga kekemasan diri dan sekitarnya?

Seorang akhwat perlu menjaga setiap apa yang dipakainya dan menjaga kekemasan luaran dan dalaman. Jangan kita hanya menjaga kekemasan dalaman sahaja tanpa memikirkan soal luaran. Pandangan pertama objek dakwah pada seorang da’ie adalah luarannya dan itulah perkara pertama yang membuat mereka tertarik minat pada kita.

Kekemasan luaran adalah menjaga kekemasan serta kebersihan pakaian dan bagaimana cara kita mengelolakan harta benda kita. Ia melibatkan banyak perkara namun distresskan pada sesetengah perkara khususnya seterika/ kebersihan/ kesepadanan tudung, baju dan stoking disamping kekemasan bilik.

Berapa ramaikah akhwat yang tidak basuh tudung, stoking dan handsocknya selama berminggu-minggu?

Berapa ramaikah akhwat yang malas seterika tudung dan baju kurungnya untuk keluar?

Berapa ramaikah akhwat yang memakai tudung tidak sepadan dengan warna baju?

Berapa ramai akhwat yang biliknya sentiasa bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?

Kalau tiada, ini satu keputusan yang bagus. Namun kalau masih ada berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri. Kita ini akhwat. Kita mesti lagi faham dan arif soal kebersihan dan kekemasan. Jangan sampai kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang memandang puak yang bertudung labuh ini sebagai satu puak. Jika, salah seorang kita merosakkan imej mereka yang bertudung labuh, maka seluruhnya akan terkena.

salah faham itu bahaya

Salah faham ‘kekemasan vs tabarruj’

Mungkin ada juga yang akan beralasan, kami ini tidak mahu bertabrruj. Kami akan berkemas-kemas hanya di depan suami sahaja. Jadi, tidak ada gunanya kami berkemas-kemas apabila keluar!

Tabarruj itu terang-terangan salah. Namun menjaga kekemasan diri, pakaian dan barang peribadi itu tidak salah.

Saya faham, akhwat tidak mahu berkemas-kemas apabila keluar rumah kerana ditakuti dipandang oleh bukan mahram. Namun, perlukah sampai tidak mengambil kira soal kekemasan untuk tidak dipandang?

Adakah perlu sampai nampak selekeh di hadapan khalayak ramai? Adakah sampai tidak perlu menseterika tudung, membasuh tudung dan menukarnya mengikut kesesuaian warna, tidak mandi, tidak memakai deodorant/bedak dan sebagainya?

Janganlah begitu duhai akhwat fillah. Kita sememangnya menjaga diri kita daripada gangguan dan pandangan lelaki, namun tidaklah perlu sebegitu ekstremis. Kita mesti mengambil kira soal pandangan objek dakwah/mad’u pada kita juga. Kita perlu menunjukkan qudwah yang baik kepada mereka. Mereka itu sentiasa melihat setiap gerak geri kita dan cara kita berpakaian.

Penutup: Selekeh itu bukan akhwat

Akhwat bukan selekeh. Selekeh itu bukan sikap akhwat. Semoga kita sama-sama perbaiki diri kita. Bukan dalaman sahaja. Tapi luaran juga.

Ambillah masa untuk menseterika baju dan tudung ketika punya masa lapang seperti waktu petang atau tengah malam sebelum tidur. Halaqah atau taklim bukanlah dilakukan setiap malam. Ziarah dan silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang. Buatlah jadual yang sesuai dengan loading kerja dakwah dan studi kita. Jika tidak sempat untuk membasuh baju, carilah hari dalam seminggu untuk membasuh baju menggunakan mesin basuh yang disediakan. Kemaslah katil, meja dan rak buku sebelum melangkahkan kaki keluar ke kuliah. Jadikanlah bilik kita sentiasa kemas semasa ketiadaan kita.

beginilah baru nampak kemas..

Semoga dengan qudwah sedikit yang kita tonjolkan ini, ramai objek dakwah di luar sana tidak ragu-ragu untuk menerima dakwah kita.

Islam itu cantik dan indah.

Janganlah merosakkan kecantikan islam hanya kerana kita tidak menjaga kekemasan diri.

Kita ini dai’e.

Seorang dai’e jika dalamannya cantik, luaran juga cantik.

p/s: Cantik bukan erti kata rupa.

28 teguran:

adeq berkata...

pergh...terasa senak di hidung ku.
tapi ana bukan selekeh o.k.
ana akan pastikan baju, tudung walhal seluar sukan sekalipun bergosok.

cuma.......
tang bilik la, buku kalau x sepah x nampak macam studi maka akan hilang mood studi.hehe.
macam buku jugak, kalau x conteng x masuk otak.apa barang buku kemas, macam x pernah disentuh.huhu.

akak, baju belambak x basuh bukan sebab pemalas la.cuma kerap kali ditukar.baju pakai untuk setengah hari je, mana x tinggi.hehe

walaupun bilik ana sepah, if dapat kunjungan akhwat.ana akan pastikan bilik itu dalam keadaan tip top !
dan ana sangat pantang bila akhwat pulak masuk letak barang merata.
"cik, sila letak satu tempat k".hehe

oleh itu, marilah akhwat semua kita jadi akhwat yang bergaya ! hehe.bukan tabarruj ! tetapi kemas.
lipatan tudung pun sama, pastikan sental habis.hehe.

jangan pakai macam dalam mukhayam ritu di luar k.bahaya untuk tontonan umum.

Unknown berkata...

hahahaagagag..bilik adeq tip top weh! Dah beberapa kali membuat kunjungan kehormat~!
oh...mukhayyam tu dalam hutan cik adik..actually harus diperli, dalam hutan pun ada iron ea..hakhakhak..
dr.mujahidah, gosokkan baju...

Zikir Din berkata...

ana setuju tujuan artikel ini iaitu untuk menasihati akhwat atau secara tak langsung akhwat dalam soal kekemasan.

ada satu part yang ana tak setuju iaitu persoalan ;

Berapa ramaikah akhwat yang memakai tudung tidak sepadan dengan warna baju?

ana memikirkan persoalan warna tudung mesti sama dengan baju bukanlah hal yang penting.

hanya bangsa melayu sepenglihatan ana yang mengutamakan soal 'match' colour. sedangkan ia bukan satu soal yang penting.

asalakan pakai kemas, bersih dan suci untuk dibawa solat, maka ia memadai. soal warna, tidak perlu menjadi satu beban kepada akhwat2 untuk me'match'kannya.

apatah lagi dalam keadaan akhwat \bukannya semua kaya raya, tetapi kerana mindset mesti tudung sama color, maka, akhwat terpaksa bebrbelanja lebih membeli baju yang macam2 warna. bila tudung kelabu, maka, mestilah kena cari baju kelabu dan kain kelabu.

bila tudung biru pekat, cari baju biru pekat dan kain biru pekat.

makanya, akhwat lain terpaksa berbelanja lebih membeli bermacam2 warna sebab takut dikatakan memakai baju yang sama berualang kali setiap hari kalau bajunya sama warna setiap hari.

kalau minda kita merasa qanaah(cukup) dengan apa yang kita sudah miliki, maka, soal warna bukan satu keutamaan. biarlah tudung hitam, baju biru dan kain kelabu, asalkan ianya bersih dan kemas.

saya lihat gadis2 arab di UTM dulu, tidak langsung memikirkan soal match atau tidak, mereka selesa dengan pakaian mereka yang sangat tebal itu. sebab itu mereka boleh survive di negeri orang. mereka dengan budaya dan prinsip mereka.

makanya, saya setuju artikel dari penulis, cuma saya cadangakan agar isu match color dapat difikirkan kembali.

sangat setuju mindset akhwat hanya berhias di depan suaminya. ini fikrah yang sanagt murni.

Wallahua'lam.

Ezan Izzah Izzy berkata...

haha...amboi, panjang lebar cik adeq bercerita...

pepun,smoga kita jaga kekemasan diri.. (^_^)

dr. mujahidah berkata...

adeq: baiklah

GMS: sental

akh zikri: jzkk atas masukan. kalau takde tudung y match, at least tudung hitam or kream pon boleh,.. maksud ana di sini,tudung dan baju sangat ketara tak match..

ezan: kemas. insyaAllah

zAr berkata...

sweater is best step to look kemas.. ngehe..

KPI kemas bagi setiap orang lain, en?

Umm berkata...

"sangat setuju mindset akhwat hanya berhias di depan suaminya."
Kekemasan adalah satu budaya yg perlu diterapkan. Jika tidak, setelah walimahpun, nanti tak berhias juga di depan suami. Kalau buatpun awal-awal sahaja tak bertahan lama, kerana ia bukan tabiat.

hambapilihan berkata...

sikap itu adalah sikap individu yang tidak memahami islam dgn benar. Tidak mnemahami kesyumulan agama dan keindahan Islam. Terjemahkanlah islam dalam kehidupan dengan seluruhnya...

adeq berkata...

GMS : terima kasih atas pujian melambong anda itu, jadi marilah ke bilik ana.hehe, we serve 4 d best !
lagi satu lagi elok, if akhwat mau ziarah yang lama untuk berborak.maklumkan dahulu, ada sesetengah 'org' dia akan merasa "apsal la datang mengejut nhe.bilik aku dah la sepah gedabaq" . mungkin ada antara mad'u yang 'begitu'.

zikri : Peringatan: Hanya untuk bacaan daripada sidang akhwat! - memetik kembali kata-kata pengenalan akhwatmedic.
tula...ana faham apa yang Dr.mujahidah katakan.matching color maksud bukan baju hijau,tudung hijau.it means jangan baju hijau tudung kuning striking.cream x apa,kan...

- terbukti akhwat sangat kemans bila sanggup bawak iron dan IRON dalam hutang - peace !

Tanpa Nama berkata...

maaf ukhti ...tahniah kerana membawa isu ini. Saya akui ramai akhawat yang begini. eeeeee terasa loya pulak!

nurul berkata...

salam,
setuju.
bab kemas balik xlepas lagi. kejap je bertarabur semua +_+

bab match color tu pun ana setuju. tak perlu pun kalau nak baju biru tudung biru. kalau cream, putih, hitam ok je dgn semua baju.

cuma... kalau boleh, janganlah bajunya hijau, tudungnya biru. tapi ana xkata salah. tapi kekadang bila cm ni, x ke menjadi perhatian ramai jugak?

ada sekali tym ana siap2, ana cakaplah, 'tudung ana senget lah'

ada sahabat kata,
'biarlah, nanti xde lah orang minat nti'

cukup tersentak hati ini. rasa nak nangis. tujuan diri ini bukan utk menarik sesiapa, sekadar utk be presentable dlm lingkungan sesuatu yg diizinkan Allah.

dan jzk sahabat,mungkin sahabat tersebut sekadar mengidr sebarang kemungkinan ingatkan ana ^_^

dan..

ana penah jugak down utk tampil kemas setelah dugaan demi dugaan tiba.

tapi Alhamdulillah, ana yakin niat ana kerana Allah, makanya, ana harus terus tamoil kemas :)

sherasan berkata...

subhanallah, artikel yang best ukhti. paling setuju mengenai jagaan bilik dan kekemasan bertudung.

thiqah mad'u juga terletak pada kekemasan diri seseorang dai'e itu sendiri.

macam yang 'umm' kata dalam komennya di atas, kalau tak terapkan nilai kekemasan dalam diri sedari bujang lagi, memang susah bila sudah nikah nanti.
jazakillah peringatannya.

p/s: oo, adeq, GMS dan Dr.mujahidah gi mukhayyam tak habaq na..

حيفا نظيره berkata...

Assalamu'alaikum..
Apa khabar? sihatkah anti?
wah post yang ada isi tetapi ana rasa akhwat skrg dah tak macam tu kot...

apa-apa pun kita sebagai akhwat menjadi role model kepada orang lain..jadi kita sentiasa dipandang, maka peribadi dan akhlak perlu dijaga rapi agar tidak menimbulkan fitnah..barulah mad'u akan lebih berkeyakinan dan menghormati kita sebagai penggerak.

Wallahu'alam
:)

sahabatmu berkata...

yey akhwat kne kmas..adeq pmbwa iron : di hutang, nak iron bileh tapi malam je ada bekalan elektrik tu pn klu tlebih akan tepadam..habis gulap gulita

adeq berkata...

kejap..apa kaitan pic dua tu ngan 'salah faham adalah bahaya' ?

dr. mujahidah berkata...

zar: ada akhwat suke benor pakai sweater walapun panas terik..

Umm: kena prepare segala2nya untuk nikah dari sekarang

hamba pilihan: ye.. islam itu menyeluruh aspeknya

adeq: iron la siap2 len kali. sangkut kat kereta.. hehe (hanya utk orang y bawak kereta sahaja), kalau adeq, ponyok je la dalam beg kan.

muharrikdaie: InsyaAllah tak la sampai boleh loya

nurul: yela,, orang tak faham kita

umat muhammad: hehe..sirr

ukhti hifa: ada lagi akhwat sebegitu,. enti tak jumpa lagi kot

sahabatmu: susah benor dok hutan. bekalan elektrik malam ja ada. aduh..

adeq: takde picture lain daaaa..

adeq berkata...

umat muhammad ; ehem m ant bgi ke?haha.ops.

pergh sentap pertama ayat akak tu.o.k tanx.

freshie berkata...

Ana fikir bersederhanalah. Asal jangan kelihatan buruk dan huduh dan menyenangkan mata yang melihat.

Kalau pakai tak matching color tapi masih menyenangkan mata yg melihat apa salahnya.

Kalau berselerak dan tak lipat tudung kemas2, tak iron etc buat ramai org tak suke tgk, plis jgn buat mcm tu. Ini bermula dari peribadi akhwat tu sama ada dia concern tak ngan org sekeliling die. Walau pun berpakaian tu adalah utk diri sendiri tapi takkanlah utk diri sendiri pun tak concern. Tol tak?

dr. mujahidah berkata...

betul kak freshie.. menyenangkan mata memandang...

Miftahul Jannah berkata...

assalamu'alaykum..setakat ni,saya lihat akhawat indah2 belaka,baik pakaiannya mahupun akhlaknya.Yang ada seperti itu mungkin belum mencapai nilai keakhawatan sebenar,kerana masakan dia tidak menghayati muasafat tarbiyyah.Jika bertemu akhawat seperti itu,maka kitalah yang menganjurkan yang sepatutnya.jzkk atas artikel ini,akan dipanjang2kan...

sahabatmu berkata...

igt lg mse dr.mujahidah g kuar kan duit kat bank. sy n u.shinju tgelak kecil tgk dr.mujahidah jln otw ke kreta sbb....waa.windu3 ! bila nk jmpe ni

dr. mujahidah berkata...

sahabatmu: sebab pe? nak kena hentak ape? windu gak.. raya nanti la jupe ye. maaf kalau tak hantar sahabatmu ke perak..

sahabatmu berkata...

sbb time tu akak sy nmpk cumel (time tu je).haha..alaa.aritu ckp nk anta.tipu.makbah jek anta sume bz.

Indaq berkata...

terbaik...

mmg best la artikel ni... betul2...
bukan tabarruj tp nk jaga kekemasan..
ehehe..saya kdg2 agak selekeh jg tp tetap kena jaga kekemasan.. kdg2 walaupun kita fikir ianya sudah bersih tp kalau xkemas ttp xnmpk bersih..
studi d meja yg rapi jer..buku pun malas2 lipat2..
cuma 1 jer, kdg2 kalau tersusun sgt tu dah jadi muzium bukan rumah/bilik dah, sedikit sepah bru lah home..

btw, sgt2 setuju

dr. mujahidah berkata...

sahabatmnu: comel ke? ngeh.. ngeh.. ngeh

indaq: ye.. jzkk

Zombie Insaf berkata...

kuk3..blogwalking..jom join blog Zombie Insaf..blog tragis + seram + seksa + lawak + insaf kat sini : zombiensaf.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

first impression mad'u pada penampilan kita..biarlah sedap mata yang memandang..

afiqah kamil berkata...

second that! betul3 sesangat... tapi kadang-kadang mcam mane bila roomate sendiri yang berperilaku macam tue? nak diluah takut kata-kata yang ana beri tak dapat diterima, dah ditelan ana sendri tak sanggup nak hidup dlam suasana macam tue.... huhuhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...