IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

2 Jun 2011

Dituduh sesat?



benarkah kita berada di jalan yang salah?

“ Kak, maaflah dengan keputusan ini. Saya mahu keluar halaqah!”

“ Erk, kenapa Akma? Bukankah Akma konsisten hadir ke halaqah?”

“ Saya dapat tahu bahawa halaqah yang saya ikut ini sesat kak. Saya rasa tidak selamat hendak mengikutinya.”

“ Siapa pula yang beritahu? Selama ini apa yang Akma belajar ada sesatkah? Akak tidak pernah rujuk buku-buku yang sesat. Semunya dirujuk daripada Al-quran  dan Hadith .”

“ Mereka tidak cakap akak sesat. Tapi, mereka kata ketua akak yang sesat!”

“ Astaghfirullah. Ini fitnah Akma.”

Tuduhan yang tidak bermoral

Isu tuduh menuduh ini memang  isu yang tidak berkesudahan. Perbuatan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menarik seseorang ke jemaah yang mereka ikuti atau untuk menghancurkan sesuatu jemaah islam yang kononnya tidak sefahaman dengan mereka.

Tuduhan sesat, tafsir Al-quran ikut kepala otak, tidak berdaftar, suka memaksa orang, ekstrem dan sebagainya adalah satu tindakan yang tidak bermoral. Perbuatan ini hanyalah menjauhkan seseorang daripada nilai-nilai Islam dan menjauhkan seseorang daripada kelompok orang-orang soleh.

Cara ini adalah cara kotor, busuk dan hasad dengki sesuatu kelompok semata-mata untuk menarik orang kepada jemaah mereka yang lebih dirasakan  ‘baik’, ‘bagus’ dan ‘terhebat’.

Menyelidiki kesesatan seorang Ketua

Siapakah anda yang menuduh ketua sesuatu organisasi yang melakukan amar makruf itu sesat?

Apakah tiada kerja lain yang lebih baik daripada ini?

Inikah yang dikatakan seorang pendakwah yang kononnya berjuang untuk umat?

Malulah kalian. Kalian tidak bukan hanya melenyekkan tahi ke muka sendiri !

Kalian telah menghinakan diri kalian sendiri di hadapan Allah dan orang-orang muslim!

Daripada mana sumber maklumat yang telah kalian dapati ini?

Jika seorang jundi ( askar/ anak buah) telah melakukan tugas dengan baik dan mereka telah mengikut Al-Quran dan Sunnah dalam menyampaikan dan tingkah laku mereka tidak menyeleweng daripada Islam, mengapa pula kita mahu mencari-cari kesalahan terhadap ketua mereka pula.

Seorang jundi pasti akan dibentuk hasil daripada didikan seorang ketua. Satu perkara yang mustahil terjadi jika seorang ketua sesat manakala jundi pula tidak sesat. 


Tidakkah tuduhan ini satu tuduhan membuta tuli dan dilakukan untuk kepentingan diri?


lihatlah sesuatu daripada kacamata orang berilmu

Anda si penuduhlah yang sesat, kerana menebarkan fitnah dan tuduhan palsu yang hanya untuk kepentingan diri! Mana Al-quran dan hadith yang diclaim menjadi rujukan kalian selama ini? 

Menentukan samada sesat atau tidak

Semasa anda bermusafir dan singgah di suatu masjid untuk solat fardhu, adakah anda pergi meluru di saf hadapan sekali atau menunggu imam selesai solat untuk menyoal selidik biodatanya, pengajiannya di mana dan rukun solatnya berapa, dan selepas itu baru anda akan solat bersamanya akan datang?

Tidak perlu melakukannya sebegitu namun lihatlah bilangan saf dibelakang yang dipimpinnya. Cuba lihat siapakah orang yang mengikutnya. Jika seorang itu sesat dan tidak layak dijadikan imam, sudah tentu tiada siapa yang sanggup untuk menjadi makmumnya. 


Di dalam solatnya, kita dapat perhatikan setiap bacaan dan perbuatannya tiada yang pernah bercanggah dengan sebagaimana solat yang diajarkan oleh Rasulullah itu sendiri. Maka, mengapa kita perlu sangsi dan ragu-ragu untuk mengikutinya?


Ini sama juga seperti sesuatu jemaah yang kita ikuti. Kenapa masih ragu-ragu untuk berada di saf tarbiyah yang telah kita sedia maklum mereka berpegang teguh pada dalil-dalil Al-quran dan Hadith?

Lihatlah ajaran-ajaran sesat di Malaysia yang mempunyai ritual-ritual pelik yang sememangnya langsung tidak boleh diterima akal. Hanya orang yang betul-betul jahil sahaja yang akan terpengaruh dan menerima sebulatnya tanpa merujuk dahulu Al-Quran dan Hadith.

Jadi, adakah organisasi atau jemaah yang anda ikuti sekarang mempunyai ritual-ritual pelik bercanggah dengan Al-quran dan hadith?

Penutup: Yakinlah dengan pilihan kita

Biar orang menuduh kita sesat atau apa sahaja. Asalkan kita yakin dengan jemaah yang telah kita pilih.

Usah berundur ke belakang hanya setelah mendengar kata-kata berbau sinis daripada mulut-mulut yang tidak pernah berpuas hati dan dengki.

Ingatlah, selagi mana apa yang telah diajarkan berpandukan Al-quran, Hadith dan buku-buku agama karya ustaz atau orang yang boleh dipercayai, maka, kita tidak perlu ragu-ragu.

Ragu-ragu akan adalah kunci untuk berpaling ke belakang.

Apa yang telah berlaku adalah satu ujian. Adakah kita mahu melemparkan kembali hidayah yang telah diberikan oleh Allah setelah baru satu ujian yang telah kita lalui. Ingatlah, ujian di depan akan terus datang dan sentiasa menghampiri.

Jika hanya dengan ujian ini kita sudah hancur lebur, bagaimana pula dengan ujian hebat akan datang?

Semoga terus istiqamah.

fikirlah dan buatlah keputusan dengan yakin

p/s: Buatlah tuduhan sehingga anda semua penat. Kami tetap tidak akan goyah dengan apa yang kami lakukan dan kami akan tetap meneruskan perjuangan ini.

17 teguran:

adeq berkata...

ekstrem ! militan ! hehe.

bio bebuih mulut mereka,jangan berbuih niat kita.moga tsabat di jalan yang diredhaiNya.

ini jalanku dan aku bahagia bersama org2 yang bahagia dengan Islam.

la la la la la la la.

Mohamad Khir Bin Johari berkata...

normal lah tu~

pena mujahid berkata...

teruskan istiqamah, jadikan ujian, fitnah sebagai 'penambah rasa' dalam perjuangan

Andai 'penambah rasa' ini tidak ada, mungkin makanan yang di makan tawar atau kurang sedapnya, begitu juga perjuangan, ujian dan fitnah sebagai penguat untuk terus thabat dalam dakwah. Andai tiada, perjuangan akan terasa kosong, kurang berharga..

Wallahua'lam

dr. mujahidah berkata...

Adeq: militan.. militan.. kau bahagia, aku juga bahagia

khir: rasanya normal di medan anta

pena mujahid: insyaAllah.. jzkk

bazlaa berkata...

ukht... moga terus thabat.

asalkan kita tahu apa yang kita lakukan..

ana pun bahagia~ moga kita semua bahagia.. jumpa di 'sana'..=)

dr. mujahidah berkata...

thanks bazlaa a,k,a nisa..
alhamdulillah enti bhagia..
moga bukan bahagia dalam duka.. huhu

cahaya berkata...

Aku disini kerana ku masih yakin

dr. mujahidah berkata...

ya.. insyaAllah

husniyah bazlaa berkata...

ukht... insyaAllah. andai berduka pun mungkin ada baiknya..=)

dr. mujahidah berkata...

apa-apa la ukhti.. semoga sentiasa ceria yep

Tanpa Nama berkata...

syahidah: Bismillah..Assalamualaikum ukhtie..Ana setuju dgn post anti...cuma part "tafsir AQ ikut kepala otak " tu ana rasa mmg jemaah haraki biasa buat.......ex management ana mmg mengajar kami smua utk study tafsir ayat1 AQ dgn sndiri..tnpa bimbingan guru2...sewajarnya///perlu ada guru yg dpt bimbing kita...bebeza jika kaedah yg digunakan..."ustazah @ ustaz yg mnyampaikan tafsir kpd murobbiah///dn kmudian murobbiah mnyampaikan tnpa selindung atau menokok tambah tafsiran kpd mutarobbi//kaedah ni lebih afdhal :-)..krn sekurg2 nya...di akhirat kita dah ada sandaran dripd spa kita mengambil tafsiran trsebut...ALLAhua'lam.

dr. mujahidah berkata...

salam.. ya. jzkk atas tambahan. semestinya dalam halaqah, kita memang ada slot tafsir yang dirujuk dari kitab2. dan dalam al-quran sendri ada ayat muhkamat yang sudah terang jelas maksudnya.. insyaAllah.. jangan pula menokok tambah

shairazi sharizan berkata...

bhy tuduhan seperti itu,,nauzubillah

adeq berkata...

Itulah berbedanya perbuatan menadabbur dan menafsir ayat quran.

tadabbur proses mendalam dan mengaitkan dengan diri , tadabbur alam dsb.

menafsir itu perlukan ilmu , yang dipelajari dari kelas-kelas pengajian , bertalaqqi , melalui kitab dsb.Ambil inisiatif sendiri untuk bergerak.

Umpama ana tunjukkan ant seekor kucing, bagaimana ant tadabbur dan menafsir perilaku kucing itu ?
nah mari kita bermain kucing ~
meow.

ummu.uk@yl berkata...

salam. tabah ukhti. kami juga punya pengalaman yang sama di sini satu ketika dahulu.
Allah sahaja yang tahu peritnya melalui waktu itu. Alhamdulillah sekarang, budaya mentadabbur subur bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

"katakanlah ' kebenaran telah datang dan yangb batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi'(35:49)

*usaha kami disini, kami bawa kitab tafsir fi zhilal/ibn katsir setiap kali pengisian. bolehla cuba insyaAllah ^^,

dr. mujahidah berkata...

musibah ini tidak menimpa ana. tapi ia menimpa para ikhwah akhwat dari medan lain. insyaAllah.. jzkk atas masukan

Abu Humaira berkata...

Tadabbur ialah proses mendalami dan menghayati makna alquran yang sebenar. Dan untuk kita mampu mentadabburi alquran ialah dengan satu satunya jalan iaitu mengetahui tafsir tafsirnya dari ulama' yang muktabar.

Maksudnya, seseorang itu tidak mampu untuk mentadabburi ayat Alquran tanpa mengetahui tafsirnya dahulu.

Adapun kita membaca terjemahan Alquran dan memahami dan menghayatinya, ia mungkin boleh dipanggil mengambil ibrah dalam setiap ayat ayat tarhib dan targhib, kisah kisah umat terdahulu. InsyaAllah tiada masalah sekiranya tidak terkeluar dari maksud umum ayat.

Cuma, sebagai pendakwah kita kena faham apa itu tadabbur, tafsir dan ibrah.

Tuduhan tuduhan adalah perkara biasa di medan amal. Jangan ditolak semua, kerana itu sikap orang taksub dan fanatik. Jadikan ia satu point untuk perbaikan. Dan jangan pula terlalu lebih melayannya sehingga terabai kerja yang lebih utama.

Wallahu musta'an. Akhirnya, yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertakwa kepadaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...