IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

16 Jun 2011

Harta Dakwah

Peringatan: Post ini umum. Ditujukan kepada semua akhwat untuk pengajaran. Saya mohon maaf jikalau post ini membuat sesetengah akhwat terasa atau berkecil hati. 

harta dakwah menyumbang kepada keberlansungan kerja dakwah

Harta dakwah adalah komponen yang sangat penting dalam mereleasasikan keberlangsungan dan keberkesanan dakwah. Ia ibarat oksigen yang sentiasa dihirup oleh nafas dakwah untuk memastikan dakwah sentiasa hidup.

Harta dakwah adalah harta kita semua duhai akhwat sekalian. Ia adalah hasil titik peluh dan jerih kita yang bersusah payah mengumpulkannya. Ia adalah aset bernilai yang perlu kita jaga sebaiknya agar dakwah tidak merudum hanya kerana kelalalaian kita dalam menjaganya.

Membantu keberlansungan program

Kereta, motorsikal, barang-barang dapur dan aktiviti adalah harta dakwah yang penting dalam menjadikan program berjalan lancar. Tanpa aset-aset ini, kita mungkin mengalami situasi yang payah dalam mengelolakan program.

Kereta dan motorsikal adalah kenderaan yang sememangnya sangat diperlukan oleh sesebuah medan untuk bergerak. Untuk follow up medan yang jauh dan untuk mengangkut akhwat atau mad’u semasa program adalah tujuan utama kenderaan menjadi harta dakwah yang bernilai. Jika tiada kenderaan, pergerakan mungkin terbatas dan terbantut. Memang tidak dinafikan, kenderaan awam telah tersedia ada. Namun, mungkin banyak masa akan dibazirkan apabila menaiki kenderaan awam yang tidak dapat dijangka kehadirannya.

Barang-barang dapur dan aktiviti juga tidak kurang bernilainya. Apatah lagi makanan adalah keperluan asas dalam program. Mana ada akhwat boleh tidur nyenyak kalau makanan tiada kecuali kalau ia benar-benar ‘daurah kebuluran’. Bahkan, seringkali juga dalam setiap program yang saya hadiri, makanannya berlebih-lebihan sehingga akhwat saling tolak-menolak untuk menghabiskan makanan di dalam talam.

Itulah jasa harta dakwah selama ini. Jika kehilangan atau kerosakan aset ini, kita terpaksa mengeluarkan sekali lagi duit untuk membeli yang baru atau membaikinya. Tiada apa yang penting melainkan menjaga sebaik mungkin ibarat nyawa sendiri.

Harta dakwah yang paling bernilai

inilah harta dakwah paling bernilai, akhwat kita!


Bukankah sebenarnya harta dakwah yang paling bernilai daripada segala-galanya adalah akhwat kita sendiri? Jika kereta, motorsikal atau barang-barang yang lain rosak, mungkin boleh dibeli dan diganti baru. Bagaimana jika akhwat kita rosak atau mengalami kecelakaan, adakah boleh kita menggantikan yang sama seperti sebelumnya?

Kerap kali berita kemalangan yang berlaku dalam kalangan akhwat kita tersebar. Jika kecederaan yang dialami tidaklah separah mana, bolehlah diterima dengan hati yang lega. Namun, bagaimana jika kemalangan yang dialami melibatkan kecederaan kekal yang tidak dapat dipulihkan kembali.

Akhwat kita adalah aset yang paling berharga dalam perjuangan dakwah ini. Jagalah diri kita dan jagalah mereka juga. Jika berlaku sesuatu pada mereka, berlaku juga sesuatu kekurangan dalam dakwah ini. Kekurangan main-power yang berkaliber.

Saya tidak tahu mengapa sudah lali telinga ini mendengar bahawa akhwat suka membawa kereta dengan kelajuan yang tinggi. Sudah-sudahlah. Segeralah insaf dan bertaubat bagi sesiapa yang suka membawa kereta laju. Jangan kerana kecuaian kita, akhwat lain yang menjadi mangsa.

Sudah 2 kali kes memandu semasa mengantuk mengakibatkan akhwat kita terjebak dalam kemalangan. Jika mengantuk, berehatlah dahulu atau tukarlah pemandu. Namun, masih ramai rupanya akhwat yang tidak mempunyai lesen. Sejak kejadian ini, saya mensarankan supaya akhwat sangat-sangatlah diwajibkan mempunyai lesen memandu tahun ini kerana ini soal keselamatan dan harta dakwah kita.

Jika ramai akhwat yang mempunyai lesen, masalah untuk bertukar-tukar pemandu tidak akan timbul. Tambahan pula, jika seorang sahaja akhwat yang mempunyai lesen, maka akhwat itu juga yang terpaksa mengambil akhwat lain dari stesen bas, mengangkut mad’u semasa program dan segala kerja yang melibatkan pemanduan kereta dialah yang menanggungnya sedangkan akhwat lain duduk goyang kaki. Masa yang sepatutnya di gunakan untuk membuat kerja lain yang lebih penting terpaksa dikorbankan kerana hanya dialah satu-satunya akhwat yang boleh memandu kereta.

Penutup -Jagalah harta dakwah

siapa lagi yang akan menjaga kalau bukan kita sendiri?


Masih ada juga akhwat kita yang tidak menjaga harta dakwah sebaiknya. Barang yang digunakan tidak diperlakukan atas tanggungjawab sendiri. Didiamkan dan dibiarkan. Walaupun itu adalah harta akhwat kita, bukan harta sendiri, jagalah sepertimana harta sendiri, maka orang lain akan menjaga barang anda seperti barang sendiri juga.

Meskipun pemilik tidak menyuarakan bil-bil kenderaan yang terpaksa ditanggung, tolonglah sukarela bertanyakan tentang perihal kenderaan tersebut. Apakah boleh dibantu atau bagaimana yang harus dibantu. Itu mungkin dapat meringankan beban akhwat tersebut.

Sekali lagi diingatkan, harta dakwah kita yang paling bernilai adalah akhwat kita. Merekalah yang menjadikan dakwah terus subur dan berkembang. Merekalah penggerak dakwah di medan kita. Merekalah yang mengerah idea untuk perancangan strategi kita. Merekalah jua menceriakan suasana hidup kita.

Tolonglah jaga harta dakwah kita!

p/s: Harta dakwah bukan soal duit sahaja, tapi soal nyawa.

18 teguran:

adeq berkata...

salam pergh...sensitif post nhe.
bagus teguran cuma...ana khawatir , ada org yang terasa lantas timbul rasa bersalah yang amat atas perkara yang terjadi.ana khawatir mereka akan down.dan terngiang-ngiang apatah lagi bila berlaku perubahan yang kekal dsb.
mungkin kalau lebih umum ada baik juga.

untuk ana , bagus ingatan . tang kemalangan tu je bagi ana sensitif buat masa ini.put ur shoes on her situation,how they will feel if c dis.

kepada sesiapa yang pernah merasai pemanduan ana , sila komen di sini.untuk ana semasa ana membawa akhawat , ana akan laju tetapi sangat berhati-hati.kerana kalian harta ku yang paling bermakna.
biar laju asal selamat.

minta maaf kepada mohd deni , kerana ana memandu terlampau laju melampaui batas kemanusiaan akibat rasa geram.jadi jangan biarkan saya dalam keadaan itu.sekian , saat itu akal menjadi tidak waras.rasa ingin sahaja melayang ! dan terbang !

GMS berkata...

urmm...insaf2..ana seorg pemandu yg berhemah...aman~

~serikandi cactus~ berkata...

salam ukhuwah ukht.

menarik post kali ini. harta dakwah.
sy mmg sgt lah nk mngiakan apa yg dtulis oleh ukht. akhawat kita mmg ramai suka drive ala-ala drift nya. laju sangat mak aii lah.. sampai sy rasa xmoh naik ngn diorg lagi sbb takut punya pasal. tp kdg3 dgn ktangkasan mreka bawak kereta lah lbh mnjayakan lgi prgm3 tarbiyah dakwah ini. mereka tukang angkut akhawat lain, beli barang, g pasar, survey tempat n mcm3 lagilah.

cume dr pncritaan ukht ni, ana nmpak semua gerakkerja dakwah dan tarbiyah dilakukan oleh akhawat belaka. apakah takde muslimin atau ikhwah lgsung yg mmbntu?

cumenya dr pndgn ana, grakkerja akan nmpk lbh cntik dan tersusun bilamana ada bntuan dr tnaga ar rijal, muslimin. tak dinafikan kdg3 bntuan dr mereka diperlukan bilamana keadaan tertentu yg mndesak. nmun takde hal pun kalo akahawat belaka, sbb akahwat kita mmg POWER!

*dan tanpa harta dakwah yg berharga ini (akhawat) maka sukarlah gerakkerja masak memasak. hehe :)

faiza azamta fatawakal ala Allah!

allahu 'alam.

Ruqaiyah Hmy berkata...

betul3...

dr. mujahidah berkata...

salam..
adeq : ana tak menuding pada sesape post ini. post ini umum. semasa ana memandu dari perak ke kelantan pun, ana mengantuk sangat2 samapi rasa cam nak melayang je sebab ana sorang yang boleh memandu. kak ain pon mengalami perkara y sama melayang kereta masa kat highway. tapi.. solusinya rehat dan ganti pemandu lain.. tapi masalahnya penumpang ramai, pepmandu sorang. itu ana nak tekankan...

serikandi cactus:
sape kate dalam gerak kerja dakwah kami tiada ikhwah. sudah ana katakan di atas tepi kanan blog ini, akhwat ZONE only..hehe.. terima kasih kerana teguran itu. insyaAllah.

dr. mujahidah berkata...

GMS: ya.. ana tau enti pemandu y berhemah.

Ruqaiyah: apa y betul nya?

alhanun Nur berkata...

ye, akhawat harta paling bernilai.. doakan mudah2an dapat ambil lesen secepatnya.. =)

kat k.min : walau dalam apa kenderaan kita berada sekalipun, ingatlah Allah selalu, setting niat leklok masa nak start pemanduan x kira sorang / berasama lainnya..

ukhti, nice entry,.. ubat jiwa yang sedang melonjak2 nak belajar keta memandangkan keperluan dakwah yang sangat mendesak...!

akhawat POWER!!

FRESHIE berkata...

ukhti, terima kasih perkongsiannya.

ana baru ada ade lesen!
ohh meh sini ana ganti akhwat yg ngantukk!

belajar memandu dan ambil lesen itu juga kerja dakwah. berhemah dalam memandu juga buah akhlak dari tarbiyah.. yang salah ditegur, yang ditegur bersyukurlah.

Sayangkan Allah, sayangkan tarbiyah, sayangkanlah juga akhwat kita.. An doakan kesihatan buat para akhwat. Moga kalian terus ikhlas

adeq berkata...

haha o.k if u say so.ana just cakap bagi pihak ukht toot toot.huhu.itupun if ana jadi dia la...

GMS : kurangkan mengamok semasa memandu.kalau nak jugak pastikan ant ingat ana.huhu.

srikandi cactus : hohohohoho setakat bawak kete x kan nak harapkan lelaki.ke mana pergi kekuatan seorang akhwat.setakat nak pasang khemah , setakat nak angkat barang2 program , setakat nak pasang banner . hohoho. ikhwah pon banyak g benda mereka nak buat.ikhwah diperlukan juga untuk kerja2 yang memang SUKAR dilaksanakan akhwat.

hidup akhawat !

dr. mujahidah berkata...

alhanun nur: anti takde lesen ke? cepat2 ambil

kak FRESHIE: wah.. terharu akak komen di sini.. jzkk atas penambahan..

adeq: perghhh

Quester berkata...

setuju,, jom sama2 jaga harta dakwah :)

dr. mujahidah berkata...

jom

GMS berkata...

adeq:ant pun apa kurangnya...ana ngamok utk perkara2 yg patut dingamokkan je,,hahahahaha..tapi siyes mlm time otw balik mukha tu, ngantuk sgt3..boleh plak jumpe trafik light, tido dulu..even da hijau.memandangkan xde keta..slumber je.lepas masuk highway balik, da nampak gabungan lampu2 kat tepi tu macam lori..ditampar2 muka baru jelas penglihatan~ huhu~sabo je la dgn penumpang2 yg membonkang lalu membiarkan saya memandu sendirian~

adeq berkata...

ahh ana pulak.macam ana x kenal ant je.hehe ana kan cool orangnya.cool ~

apa kata request pulak dekat akhwat medic buat post pasal penumpang kereta.hehe.kesian shinju nhe.ana o.k je , penumpang tido lagi ana suka.sebab boleh drive sesuka hati.hue3.

jadi buat para penumpang , gilir2 tido dengan penumpang lain.tolong suapkan makanan ke , borak2 segar ke.main teka teki , dok pasang lagu.nyanyi2 zikir2 selawat2.urut pun ada baek gak.hehe - demand -

shinjusan , len kali jangan buat gtu deh.ant bahayakan nyawa 'soleh' ayah ant.

dr. mujahidah berkata...

ana menunggu adeq untuk post dulu lah..

Haslina berkata...

DOakan ana lulus lesen. Fuh, gegar patella. Takut woo..

dr. mujahidah berkata...

insyaAllah ukhti.. gegar patella takpe. jangan gegar semua bone.

sahabatmu berkata...

GMS : asif ttow.bukan sgaja..huhu..dlm krete ana pleng bising = sgaja mmbisingkn diri.tp tdiam bila GMS brubah wajah ana takut nk ckp..dsebabkn ana x bsandar lgsung dr kL smpai sgamat.lps mghadapi saat genting d sgamat tu ana nk bsandar skejap je then abid letak kpala kat bahu ana..xsmpai hati nk alihkan kpala dia.ana pn phatikan jln n terttow tnpa ana sedar n bgn da smpai uma..huhu ~tamat~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...