Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Sep 2010

indahnya hari raya ini


hari raya indah kerana ada hikmah disebalik rumah yang berpenghuni

alhamdulillah.. hari raya kali ini memang berlainan. benar-benar berlainan.
entah mengapa indahnya hari raya kali ini adalah disebabkan oleh hikmahnya Allah menghendaki saya tidak pulang ke kampung di Muar.
bukan saya gembira kerana tidak pulang ke kampung. semestinya hati ini sedih. kampung yang sepatutnya saya beraya sekali setahun jadi beraya 2 tahun sekali.

sedih takkan panjang

apabila dikatakan tidak pulang ke kampung, maka semestinya masa saya lebih banyak di rumah. apatah lagi dengan kelahiran Muhammad Naufal, ramailah yang akan bertandang ke rumah.
bermula hari raya yang pertama, saya dan keluarga memulakan ekspidisi beraya ke rumah jiran-jiran sebelah dan pada hari raya yang kedua pula kami datang ziarah ke rumah Pak Usu di Felda Linggiu, kembar kepada ayah saya.
dan manakala pada raya ketiga pula dan seterusnya saya lebih banyak menerima tetamu yang tidak putus-putus berkunjung.
satu kebahagiaan yang jarang saya temui pada hari raya ini. terutamanya kedatangan akhwat yang saya cintai. pada saya itulah keistimewaan hari raya kali ini berbanding hari raya sebelum ini.

kunjungan dari insan-insan istimewa

kita ibarat satu keluarga besar yang punyai satu tujuan besar
Raihana
kehadiran keluarga besar memang satu yang mengejutkan dan membahagiakan. kehadiran sebuah kereta Unser ke rumah pada malam raya ke-3 adalah satu kegembiraan. kerana apa?
kerana keluarga Raihanah yang terdiri dari 12 orang adik beradik dan ibu abahnya semua datang kunjung ke rumah dan bermalam di sini.


maka, meriahlah rumah kami dengan kedatangan keluarga besar. meskipun Raihana tiada ikatan darah daging dengan saya, tapi saya sudah anggap dia sebagai adik saya dan keluarga mereka sebagai keluarga saya juga.


" kadang-kadang keluarga sendiri dianggap orang asing, tapi kadang-kadang orang asing dianggap keluarga sendiri"


ekada ika
walaupun tak pernah berjumpa dengan ekada ika dan kami hanya berhubung melalui chat dan sms, tapi alhamdulillah, kesungguhan beliau datang rumah saya satu kejutan. walaupun dia datang bersama 2 orang sepupu dan adik lelakinya, namun semangat beliau tak pernah pudar. beliau tetap tidak mengubah rancangan awalnya yang mahu datang bersama 2 orang akhwat tapi akhirnya tak kesampaian.
namun, perbualan kami tetap rancak walaupun masing-masing seorang yang pendiam.


kenangan kami lunch dan solat bersama adalah kenangan yang tidak akan saya lupai.
siapa sahaja mungkin tidak akan percaya dengan seseorang yang hanya dikenali melalui chatting dan sms malah untuk menjemput ke rumah itu adalah mustahil, tapi bagi saya, saya tetap akan percaya pada akhwat yang saya hanya kenal di alam maya, kerana cinta kami tertaut kerana Allah. insyaAllah.


Ina
Istimewanya ina, beliau telah bertandang ke rumah saya 2 kali. kali pertama kerana hanya untuk ziarah ukhti raihana dan kali kedua untuk beraya.
Ina adalah pelajar Kolej Jururawat KK dan juga tinggal sefelda dengan saya. dia juga baru ditarbiyah.


moga Allah tetap meneguhkan dirinya untuk terus istiqamah dalam tarbiyah.


adib and the gang
saya tidak sangka kedatangan adib a.k.a adeq satu kenyataan. saya sangka beliau hanya bergurau. tapi tidak. malah dibawanya akhwat dari ipta lain.
dari USIM, UTM, UITM shah Alam dan UPM. mereka seramai 5 orang.
subhanallah, tak terkata saya kerana kehadiran mereka mengejutkan saya.
namun, kedatangan mereka hanyalah sebentar. 
tidak cukup untuk saya melepas rindu pada kalian semua.


adakah kita mampu untuk menjadi sahabat sampai ke syurga?

penutup : saya akan rindu kalian semua


saya rasa masa berlalu sangat sekejap. dan malam ini pula saya akan pulang semula ke kelantan.
maka bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar yang agak terhad masanya. sering saya mahu ingatkan, apabila di rumah kita masih lagi boleh berchating dan berbalas meseg. tapi, saya takut, bila dikampus, keprihatinan saya pada kalian semakin berkurang kerana komitmen lain yang perlu saya lebih prihatinkan.


tapi, kerinduan pada kalian tetap takkan pudar. diharapkan semoga kalian semua tidak jemu bertandang ke rumah saya. segala kekurangan yang ada haraplah dimaafi.


aku akan terus menunggu dan menunggu tanpa putus asa

salam aidilfitri dan terima kasih atas kunjungan bermakna dari kalian semua.
akan saya simpan kemas dalam hati saya dan akan saya pegang erat.


p/s : bila la saya akan sampai ke rumah kalian semua. itu saya tak pasti..

7 teguran:

adeq berkata...

i miss u sis.......fillah ~ rindu renungan matamu...

ummu solehah berkata...

ukhtiiii... huhuhu, sungguh! pertemuan ini menghasilkan perkenalan yang sangat manis., sonok sangat peluk naufal., terima kasih atas nasihat kamu, doakan kami yee... stay keep in touch.. =)

adik berkata...

amacam kak ayu?hehe

sherasan berkata...

selamat hari raya ukhti..
balik tu adeq bawa kereta dngan kelajuan yg menakutkan..

uhibbufi fillah ukhti..lamanya tak jumppa.

dr. mujahidah berkata...

subhanallah.. sesungguhnya ana sangat rindu antunna semua.. mahu saja ana terbang ke sagala pelusuk negeri menemui kalian semua. tapi apakan daya,, ana tidak mampu..

kepada semua akhwat yang melayari blog ana, tolong add ana YM..sperti yang tertera di tepi colomn latar belakang penulis..

spread of UKHWAH..

jzkk

adik berkata...

k.nyau~jgn bawa kete lelaju..'biar cepat asal selamat' wokey ^_^

adeq berkata...

umat : pergh..kira perlahan la tu ana bawak......................kalau ant join jaulah gerenti kata ana bawak kelajuan menyeramkan..

iza : tenkiu atas mesejnya..yang buat akak yakin bawak laju...hehe.."biar cepat asal selamat..moga berkat penuh rahmat"..tautan ukhuwah mula bersemi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...