tanggungjawab kita bukan hanya belajar
Di kampus, semestinya banyak peluang yang akan diberikan pada kita untuk mendapatkan jawatan, samada secara sukarela atau terpaksa. apatah lagi, dengan jawatan itu merit akan diberikan dan itulah indicator samada kita terus dapat menapak di hostel atau duduk di rumah sewa.
kitalah yang membuat pilihan samada nak atau tidak. mahu terus memikul beban ini atau melepaskannya pada orang yang lain.
wajarkah akhwat berjawatan?
kalau mahu jawapan dari saya, tentu sahaja jawapannya adalah tidak. tapi mungkin juga sesetengah akhwat merasakan boleh sahaja anda memegang jawatan tapi anda perlu memikirkan terlebih dahulu komitmen anda pada dakwah dan tarbiyah..Priority come first.
mengapa jawapannya tidak? kerana mungkin merasakan lebih banyak keburukan dari kebaikan. ini .terpulang pada anda untuk menerimanya. tiada paksaan. cuma ada baiknya jika anda memikirkan faktor-faktor luaran dan dalaman yang akan ada disekeliling anda kelak apabila telah memegang jawatan.
memilih jawatan
disebabkan taksub pada merit kampus, maka apa sahaja peluang untuk berjawatan di ambil tanpa memikirkan apa motifnya walaupun jawatan itu mencemar nilai islam sendiri ataupun tidak menyumbang langsung kepada islam.
sepertinya menjadi AJK kepada konsert melaghakan atau menjadi AJK bola sepak/ bola jaring atau menjadi AJK teater dan tarian, atau menjadi peserta kepada aktiviti-aktiviti yang hanya merosakkan iman. adakah wajar untuk akhwat meletakkan diri mereka ke arah tempat-tempat yang sebegitu?
mutabaah menurun
dengan jawatan menyebabkan mutabaah kita menurun. mengapa ya? kerana masa kita banyak diperuntukkan pada meeting, kerja-kerja, memikirkan masalah-masalah yang berlaku dan pantauan terhadap anak buah. beban kita terletak pada semua itu. kalaupun tidak menjadi ketua, maka, apapun perjumpaan atau arahan dari ketua perlu kita ikut meskipun masa terpaksa ' overlap' dengan halaqah, ziarah atau taklim. kerana komitmen kita telah diberikan pada jawatan itu dan kita yang memilihnya sendiri.
kalau berjawatan pada sesuatu program tidaklah terlalu berat kerana sibuknya hanya pada masa tertentu sahaja, tapi kalau jawatan itu kontrak satu tahun atau selama berada di situ, selama itulah kita memikul tanggungjawab yang diberikan. dan selama itulah kita memikul dosa yang ada jika kita tidak mampu mencegah kemungkaran kerana adanya kuasa/ jawatan.
penyakit hati
inilah masalah utama yang menimpa para akhwat atau para dai'e sendiri iaitu penyakit hati.
disebabkan percampuran antara lelaki dan perempuan yang terlalu kerap tanpa dijaga batasannya dan pandangannya, maka timbullah penyakit dimana merasa berkeinginan pada wanita atau lelaki tersebut kerana kacak, cantik atau baik akhlaknya.
maka, perjumpaan yang kerap dan perbincangan yang tiada hala tuju menyebabkan, timbullah masalah zina hati, zina mata dan zina mulut. perbincangan yang pada awalnya berkisar tentang aktiviti yang dijalankan, tiba-tiba bertukar lawak jenaka dan berkenal-kenal-kenalan samada melalui gtalk, Yahoo mesengger atau sms sendiri.
berlakulah couple islamic atau hubungan akrab antara lelaki dan perempuan sehingga batasan kerja dan peribadi tidak dapat dibesakan. itulah masalah yang paling besar pernah saya lihat selama hidup berjawatan.
komitmen semakin berkurang
selalunya kehadiran ke halaqah atau taklim, hanya akan dihadiri oleh orang yang tiada jawatan. pemerhatian ini ada benarnya. namun, tak semua orang berjawatan sebegitu.
bila waktunya ada taklim atau halaqah, maka, pada masa itu juga ada meeting atau kerja yang perlu dibereskan, maka, majlis ilmu terpaksa ditinggalkan. waktu ziarah juga semakin berkurang. dan komitmen pada jawatan terpaksa melebihi komitmen nya pada halaqah, ziarah, program dan dakwah/ tarbiyah.
komitmen yang kita pegang pada dakwah dan tarbiyah lebih besar dari ini
sebagai murobbiah juga, agak sukar untuk menarik orang berjawatan ke halaqah. kerana kehadirannya sukar dijangka. macam chipsmore. kejap ada kejap tiada. dan inilah menyebabkan golongan-golongan sebegini terpaksa dikeluarkan dari senarai nama orang-orang yang berpotensi dan dibiarkan bergelumang dengan jawatan yang tidak dapat menjaminnya untuk terus istiqamah pada tarbiyah.
ada atau tiada, sama sahaja
mengapa jawapan untuk wajarkah akhwat berjawatan adalah tidak wajar? kerana mempunyai jawatan atau tidak, sama sahaja. mungkin juga akan ada orang mengatakan dengan jawatan lebih mudah untuk membuat kerja-kerja dakwah dan membuat aktiviti yang gempak-gempak dan besar. tapi apabila tiada jawatan apa yang dilakukan? adakah akan duduk goyang kaki menunggu orang melantik anda untuk mengambil jawatan ini sekali lagi?
oh.. tidak.. kerja dakwah bukanlah part time. hanya bila dilantik, barulah berbuat. tapi kerja dakwah adalah full time sehingga akhir hayat kita.
kalaupun tiada jawatan, apa masalahnya? tidak dapat berdakwah? kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi dapat buat halaqah/ taklim. kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi dapat buat ifthar dan riadah. kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi boleh membuat program lagi gempak untuk dihadiri mad'u dan akhwat. kalaupun tiada jawatan, ktia masih lagi boleh membuat bacaan al-mulk setiap malam.
kalaupun tiada jawatan, kita masih lagi boleh berdakwah! itulah pointnya.
kesimpulannya
kalau sekadar mahu merit sahaja dengan berjawatan dan untuk duduk dalam kampus, maka lupakanlah niat anda itu. tapi kalau mahu berjawatan untuk duduk dalam kampus dan memudahkan kalian untuk berdakwah, maka silakanlah.
cumanya, saya yakin, ramai akhwat yang terpaksa duduk luar kerana tidak mahu 'merebut-rebut' jawatan. tapi, dakwah mereka terus gencar dan semakin gencar. itu bukan penghalang untuk mereka berdakwah.
kalau ada orang mengatakan, ambillah jawatan jadi anda akan dapat duduk dalam kampus, dan anda akan dapat mengahalang orang-orang kristian daripada menyebarkan agama kristian di kampus. tapi kalau orang-orang islam sedikit sahaja di kampus, maka, orang kristian akan bermaharaja lela di kampus. benarkah?
bilangan tidak menjamin. yang penting kualiti. ajaran kristian akan terus tersebar. dan kita sebagai dai'e, terus menyebarkan fikrah islam. bukan, menyebarkan fikrah merit.. merit dan merit tanpa menghirau merit dari Allah itu lagi besar nilainya dan lagi diyakini hasilnya.
cukuplah Allah melantik kita menerima jawatan sebagai hambaNya
p/s: jawatan yang diberikan Allah sebagai khalifah, dai'e, pelajar, anak, kakak/ abang, isteri/suami, sahabat sudah terlampau cukup dan terlampau banyak. mahukah kita menambahkan lagi jawatan sedangkan jawatan dari Allah itu kita masih lagi tidak selesaikan.
18 teguran:
penerangan yang cukup jelas dan mudah difahami oleh ikhwah akhwat kita.
elok kalau artikel ini diberi kepada ikhwah akhwat di semua lapangan, terutama yang baru menjejakkan kaki ke dunia tarbiyah agar mereka beringat-ingat sebelum 'kena'.
ya, sesungguhnya jawatan yang dah diberi oleh Allah sudah cukup banyak untuk kita tunaikan, sedang masih ada yang mencari-cari jawatan yang meneyebabkan bertambah lagi beban persoalan di padanga mahsyar kelak.
post yg menarik..syukran.
Setuju2.. Sangat setuju.
Jawatan yang Allah beri sudah terlalu banyak yang kita lalaikan.
teringat waktu pertama kali disentuh tarbiah..kami di matrik sudahlah minat berjawatan..semua berjawatan..bukanlah jawatan yang besar walaupun agak besar..selalu gaduh ngan murobbiah,ngan akhwat yang "jawatan itu penting !!"..
mungkin bergantung pada tempat..kalau di matrik ana,sangat bebas.maksud x ada rakan masjid.jadi wajar la untuk akhwat ambil jawatan.lebih2 lagi baru ditubuhkan usrah kolej.akhwat yang jadi ketua naqibahnya.semua diangkut..huhu..
tapi di IPT memang sangat berlainan..jadi di IPT jangan cuba2..sebab setiap minggu akan ada prog dakwah..untuk kita,untuk adik2..sampai ada prog sebelum ke IPT untuk tanam pancang..huhu..comel jek..masa tu la jumpa dr.mujahidah nhe !!
ceteknya pengetahuan antum!
jika enti tk approve comment ana yg ana kate antum sume cetek akal, bermakna enti EGO!!! tk mahu terima pendapat orang lain, anggap diri dah hebat ditarbiyah, maafkan ana klau ana berpandangan negatif kat sini. enti tahu tk hukum bersifat EGO kat sini?? klau tahu, approve comment ana, klau tk tahu, solat sunat taubat!!
naudhubillahiminzalik...
semoga Allah mmberi barakah/petunjuk pada enti dan jemaah enti.
thnks atas perkongsian,
akhawat dan jawatan ye?
erm..
mungkin berbeza situasinya di tempat saya,
jawatan yg disandang selalunya oleh mereka2x yg ingin menjalankan gerak kerja dakwah.
meeting juga seingt saya tak pernah bercanggah jadualnya dgn pengajian agama..
sbb tempat meeting dan kelas agama tu,tempat yg sama
erm..mt tertinggi je yg menjalankan meeting akhawat/ikhwah
kalau meeting yg lama lama tu..selalunya asing
jadi nak katanya,
semua benda pun ada pros and cons kan
:)
mungkin kne tambah lagi cket..klu jwtn y dsandang i2 dpat myumbang kpd dakwah mreka..mka truskn n trusknlah..y pnting disini bgntung kpd jawatn ap y mreka sandang...ya,mungkin situasi berbeza
kpd enti y mengomen..blemah lembutlh dlm mnegur,menasihati n bkata2 ^_^
saya sokong DR MUJAHIDAH...terlalu banyak jawatan unt kita yg ALLAH dah bg..tu pon kdg2 x terlaksana lgi...nk berjawatan boleh tp kna btolkan niat selalu..ape2 pon depends on niat.. jgn nak condem org je.. saper yg termakan cili dia yg terasa pedasnya..
perlu ke condem org sampai mcm tu sekali... 1st of all nak mintak maaf kat sapa yg terasa dgn teguran saya ni... xperlu lah nak condem sampai mengutuk jemaah...ingatlah, kita bergerak bukan atas dasar jemmah..lillahitaala..btolkan niat yg dah x btol tu...hdup ni kejap je unt myakiti org lain...muhasabah diri balik...
nak berjawatan atau tidak terpulang pada individu masing2.post di sini adalah luahan penulis sahaja.samada setuju atau tidak tepuk hati tanya iman. jgn tanya aiman, nanti aiman kata 'aiman tak kesah'. ana memegang beberapa jawtan masa di U dulu. mcm2 jawatan samada dalam sekretariat kerohanian, kebudayaan, dan mcm2 lg. masa tu belum ditarbiyah dan ana cetek tentang kefahaman agama.alhamdulillah selepas di tarbiyah apa yg ana nampak, nak berjawatan bole, tapi biarla yang menyokong kerja dakwah dan mengajak kepada amal ma'ruf nahi mungkar..dan jika kita yakin kita boleh berdakwah dan membawa perubahan pada sesuatu organisasi, silakan aje..
salam semua ~
berhati-hati dalam berkata jika anda benar seorang aktivis islam,
qudwah itu cerminan hati,
tinggalkan perdebatan wpun di pihak yg benar, itu lebih baik :)
harap nyatakan dalil yang jelas dari quran dan assunnah kalau ingin membantah pandangan yang diberikan. pmilik blog memebrikan pendapat berdasarkan dalil, maka, begitu jugalah yang ingin membantah.
Allah Maha Tahu.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
berlapang dada dan hormat menghormatilah dalam perselisihan pendapat terutama dalam hukum fiqah. Pilihlah mana yang paling kuat dalilnya untuk diamalkan tanpa MENCERCA AMALAN ORANG LAIN selagi mereka juga berpijak atas hujah.
harap kata2 ini membuatkan akhwat2 o ikhwah sekalian sedar bahawa tidak perlu beragduh2 sape y betul atau salah..
Wahai orang2 y beriman! Jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu y menggunjing sebgian y lain. Apakah ada di antara kamu y suka memakan daging saudaranya y sudah mati? Tentu kamu rasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.(AL-HUJURAT: 12)
wallahu'alam..
assalamu'alaikum.. memilih untuk tidak berjawatan? kalau begitu,siapakah yang akan menjadi ketua untuk mentadbir negara ini? ok.. betul, ikhwah.. tapi,contohnya, first lady of malaysia, atau ketua muslimat sekalipon, siapa yang akan memimpinnya? nak biar ikhwah juga ke? atau nak beri kepada org kafir @ orang jahil agama?
sedarlah wahai akhawat sekalian. jawatan itu bukan untuk bermegah2. kita pon mmg diajar utk doa supaya tidak diberi jawatan. tapi,mengikut waqi' sekarang, jawatan itu perlu utk menegakkan daulah.. sebab itu, dalam jemaah sekalipun, utk berjawatan melalui proses syura. org2 yang benar2 layak sahaja yang diberi jawatan. bukan main pakai letak je. ulama' juga berijtihad, utk mencapai daulah, wasilah di malaysia adalah dengan berpolitik, yakni berjawatan. Nabi bersabda "antum a'lamu bi 'umuri dunyakum".. siapa kita nak menidakkan ijtihad ulama'? fikir-fikirkan.. wallahu'alam..
srikandi.. jzkk atas pendapatnya.
ana lebih memfokus kepada dakwah kampus.
penekanan di sini,tanpa jawatan boleh juga berdakwah.
tentang jemaah dan daulah, memang perlu ada organisasi kepimpinannya.ana tak nafikan..
jawapan kepada persoalan.. :) jzkk ukht sayang.. hehe
Catat Ulasan