IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

30 Okt 2010

Bersama SYNERGY


banyak perkara hendak saya umumkan hari ini.
kerana komunikasi saya terhad. saya tidak punyai facebook atau friendster atau laman web sosial yang lain.
makanya, blog ini cuba saya gunakan sebaiknya dan blog ini jugalah yang akan jadi mangsanya.

majalah SINERGI

insyaAllah, majalah SINERGI edisi ke-3 akan muncul tidak lama lagi.
bagi yang berada di Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa cubalah dapatkan di kedai buku yang terpilih. saya minta maaf pada mereka yang mencari-cari majalah ini di kelantan. malah, ada yang sanggup turun USM sendiri semata-mata untuk mendapatkan 2 buah majalah sahaja.
bagi yang berada di Terengganu, untuk dapatkan majalah juga, boleh terus hubungi saya sebagai Pengedar Pantai Timur.
insyaAllah edisi kali ini, akan mudah untuk anda cari.
sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui emel atau telefon seperti yang tertera di laman web Synergymedia.

Forum Synergymedia

saya diberitahu bahawa ada forum Synergymedia yang boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan soalan atau ingin mengutarakan pendapat.

forum ini baru sahaja dibuka.
jadi, boleh sahaja memanfaatkan sebaiknya.

Kem Remaja Proaktif Neosynergy

insyaAllah Kem Remaja Sinergy ( KRS) akan diadakan pada cuti sekolah ini iaitu pada 222-24 disember 2010.
kem ini terbuka kepada remaja lepasan SPM.

segala maklumat lanjut bolehlah bertanya pada ukhti atifah seperti yang tertera pada poster di atas.
diharapkan pada pelajar SPM yang telah mengetahui kem ini, boleh menghebahkannya pada kawan-kawan sekolah. dan saya mengharapkan adik saya juga mengikuti kem ini sebagai persediaannya melangkah ke matrikulasi atau institut pengajian tinggi ( IPT).

buku ' Cinta dan Kehidupan'


buku ini karya Ustaz Emran Ahmad. ini adalah buku yang pertama di publish under Synergy Media. nantikan kedatangannya! disini saya cuba letakkan sedikit intro untuk tatapan semua.
" cinta adalah perasaan dan ibarat ubat yang diminum oleh hati.apabila cinta itu merosakkan dan melukakan, maka, ubat itu sudah menjadi racun yang meluka. sudah tentunya cara yang paling sesuai merawat sakit apabila cinta ini ialah memberikan pesakit sejenis ubat baru yang lebih kuat dari ubat yang lama...."
nak tahu lebih lanjut. silalah baca dan rasakan 'energy' nya.
bagi sesiapa yang mahu menerbitkan karya hasil tulisannya, bolehlah 'request' pada Sinergy Media. 


apa kaitan saya dan SYNERGY?

banyak betul nama Synergy dalam posting kali ini. neosynergy, synergy media dan majalah Sinergi.
apa kaitan saya dengan nama-nama ini?
saya adalah penyokong mereka dan juga salah seorang yang bersama mereka.
kami baru hendak membangunkan semula sesuatu yang telah hilang.

insyaAllah, moga dengan usaha kami yang bermula dari 'zero', akhirnya akan menjadi 'hero'.

penutup: saya bahagia bersama mereka

walaupun saya tidak dapat bersama dengan akhwat yang saya sangat sayangi dulu.
dan kami terpisah jauh, Allah telah menggantikan kesedihan-kesedihan itu dengan kebahagiaan sekarang.

saya yakin setiap yang berlaku adalah untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik. dan saya rasa sekarang itu adalah lebih baik dari yang dahulu.
mengapa?
kerana saya yang mengalaminya. jadi, saya dapat bezakan ia.
namun, kebahagian sekarang bukan bermakna saya telah melupakan kebahagiaan yang dulu.
malah, saya sangat merinduinya. begitu sangat sangat merindukannya.


"bersama mensinergikan potensi diri"

9 teguran:

inniakhofullah berkata...

salam ukhti~

kalau kat egypt macam mana? huhu.
alhamdulillah synergy edisi kedua menjejakkan diri di mesir! huhu. yang pertama tertinggal dekat rumah. kalau mintak reserve kan edisi ketiga boleh ka?

mabruk buat team synergy media, neo synergy dan yang sewaktu dengannya. moga Allah membantu kalian, dan menguatkan kalian yang beramal kerana Nya.

jzk~

adeq berkata...

shipping..hehe..
pqa minx gak kat ana..x tahu pom ant ada..ceh ~
oh lupa kita beli sama2 kat sentul kan?adeih..den pon x dapek g sinergi 3..pasai belum order..hehe..

semoga team sinergi media terus melaju...vrom3

Tanpa Nama berkata...

x terpisah jauh pn~

dr. mujahidah berkata...

inni : insyaAllah ukhti. boleh reservekan.

adeq: doakan

tanpa nama: jauh juga..meskipun di bumi malaysia.

zikr berkata...

mensinergi potensi diri!

insyaallah, nak umum juga KemRemajaSinergi bagi pelajar lelaki akan diaadakan pada 17-19disember di Lata Kekabu, Lenggong, Perak.

Yuran RM45, tshirt percuma.

dr. mujahidah berkata...

ana takde info sepenuhnya la tentang kem bagi pelajar lelaki. kalau boleh, nak juga adik lelaki ana gi. boleh tolong emel or bagi perincian program ke..

adik berkata...

nmpak menarik

Tanpa Nama berkata...

sinergi ini sautu jemaah ke ?

dr. mujahidah berkata...

Anon:

synergy sdn bhd ni syarikat percetakan majalah.

neo synergy -- syarikat motivasi

majalah sinergi- majalah yang dihasilkn oleh syarikat synergy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...