editor/ idea: dr.mujahidah, adeq, GMS, tini dan si penumpang dan penunggang
penumpang =passenger
penunggang = penyumbang = driver
( jika kurang jelas dan keliru, bolehlah inform terus pada saya.. jzkk)
penumpang duduk dan menunggu diberi sesuatu. mengikut sahaja tanpa membantu.
dalam program, jaulah atau apa-apa sahaja, akhwat yang mempunyai lesen motor dan kereta sangatlah diperlukan demi merealisasikan tuntutan dakwah. sebab itulah akhwat diwajibkan untuk mempunyai lesen memandu sendiri. kerana, kebanyakan akhwat hanya menjadi penumpang setia di belakang. dan untuk menjadi orang yang menunggang atau driver amatlah susah sekali meskipun mempunyai lesen.
kalau berjalan jauh, kita juga lebih selesa untuk menjadi penumpang bas. jarang sekali kita menunggang kereta sendiri. ini kerana penat, perlu mengeluarkan duit lebih dan tidur yang tidak cukup adalah alasan-alasan yang sinonim keluar dari mulut kita.
satu persoalan yang saya mahu tujukan pada akhwat yang saya sayangi. Di dalam jalan dakwah ini, adakah suka juga untuk kita menjadi penumpang setia?
penumpang lebih relaks
hakikatnya, sebelum kita menjadi penunggang, pasti kita akan menjadi penumpang dahulu. tapi, kalau selama-lamanya menumpang sahaja, ini tidak boleh!
ramai orang suka jadi penumpang kerana lebih relaks. tidak perlu fikir banyak. asal boleh mengingatkan diri, ilmu banyak dapat dan meningkatkan iman sendiri itu sudah cukup!
mereka lebih suka mendengar dan duduk bersenang-senang.
asal dipanggil ke majlis ilmu dia datang. itu pun belum tentu istiqamah dan mengikut tahap 'kesibukan'. tapi, apabila diajak untuk membuat kerja dakwah dan berkomitmen setelah faham, mereka lah orang yang paling banyak beralasan.
penumpang tak perlu mengeluarkan banyak tenaga, duit pun mungkin tidak perlu keluar, penat jarang sekali untuk rasa dan apatah lagi tak perlu memeningkan kepala memikirkan dakwah ummat. memikirkan siapakah yang perlu diziarah, ditarget dan diajak taklim.
ah.. itu semua buang masa. aku lebih suka mendengar sahaja. duduk menumpang mendapat manfaat untuk diri sendiri. biarlah orang lain yang memberi pengisian. biarlah orang lain yang menunggang. aku hanya ikut di belakang.
mereka mampu. aku tidak. aku lebih banyak benda nak dibuat. assignment, test, study, masuk wad dan sebagainya. aku busy tahun ni.
hakikatnya, anda seorang yang SELLFISH.( pentingkan diri)
tidak semua orang mahu jadi penunggang kerana penunggang akan banyak berkorban dan banyak mengambil risiko.
penumpang tidak akan duduk lama
halaqah salah satu tujuannya adalah merekrut kader-kader baru. dai'e-daii'e yang besiap sedia menerima arahan dakwah. boleh membina halaqah dan taklim sediri. tetapi kalau sekadar mahu ilmu sahaja tanpa menyampaikan, apakah halaqah itu mencapai tujuan?
maka, bilamana merasa lemas dengan pengarahan dakwah dan pengarahan dari murobbiyah, maka jadilah dia seorang yang berciciran dari jalan tarbiyah ini.
setelah merasa extreme kerana perlu menyampaikan, maka, keputusan yang dibuat itu tidak rasional. nafsunya merasa banyaknya aktiviti yang dirancang, banyaknya bebanan, banyaknya masa perlu dikorbankan dan banyaknya kena buat sehingga akhirnya mengatakan, bilakah waktunya untuk aku study, balik rumah, enjoy dengan kawan-kawan?
dan akhirnya, penumpang tidak akan duduk lama. dan memutuskan untuk menjadi orang tidak menumpang kereta dakwah dan tarbiyah ini. kerana, setiap kali menumpang, pasti akan di asak untuk menjadi penunggang. rimas..
satu hari kita mesti jadi penunggang
bilamana selalu jadi penumpang, kita mesti akan ada perasaan untuk menjadi penunggang. sama juga kesnya bila kita melihat akhwat lain mempunyai lesen kereta atau motor. pasti, satu hari nanti kita akan ada cita-cita yang sebegitu. cukup teruja dengan kesungguhan akhwat yang baru sahaja beberapa bulan tarbiyah, tapi semangatnya cukup kuat untuk menyumbang sesuatu pada dakwah dan menunggang serta memberi tumpang orang lain dalam kereta dakwah ini.
ada yang sudah setahun ditarbiyah, ataupun lebih dari itu, tapi terus menjadi penumpang yang setia. tak pernah ada usaha untuk menjadi penunggang. kalaupun ada usahanya sangatlah sedikit.
ada yang sudah setahun ditarbiyah, ataupun lebih dari itu, tapi terus menjadi penumpang yang setia. tak pernah ada usaha untuk menjadi penunggang. kalaupun ada usahanya sangatlah sedikit.
ingatlah ukhti, satu hari kita mesti jadi penunggang. mahukah kita biarkan ummat terus lesu?
sampai bilakah mahu menumpang sahaja? sampai bila mahu menerima sahaja? sampai bila mahu menunggu bila kita ada masa dan tidak sibuk dengan dunia?
bila lagi mahu memberi? itukan sememangnya tugas kita. apakah cara lain lagi untuk kita merasa bersyukur dengan nikmat tarbiyah kita melainkan kita memberi orang lain merasai nikmat itu juga.
sedarlah ukhti. masa kita tidak banyak. entah kalau kita menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa dan tiba-tiba ajal mendatang, adakah baru kita tersedar atas tanggungjawab yang tidak dilakukan lagi? saat ini, tanamkanlah azam dan tekad, mahu bercita-cita untu menjadi penunggang dan merealisasikannya. meskipun tiada lagi arahan dari murobbiyahmu, tika kau tersedar sekarang ini, teruskan melaksanakannya!
sampai bilakah mahu menumpang sahaja? sampai bila mahu menerima sahaja? sampai bila mahu menunggu bila kita ada masa dan tidak sibuk dengan dunia?
bila lagi mahu memberi? itukan sememangnya tugas kita. apakah cara lain lagi untuk kita merasa bersyukur dengan nikmat tarbiyah kita melainkan kita memberi orang lain merasai nikmat itu juga.
sedarlah ukhti. masa kita tidak banyak. entah kalau kita menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa dan tiba-tiba ajal mendatang, adakah baru kita tersedar atas tanggungjawab yang tidak dilakukan lagi? saat ini, tanamkanlah azam dan tekad, mahu bercita-cita untu menjadi penunggang dan merealisasikannya. meskipun tiada lagi arahan dari murobbiyahmu, tika kau tersedar sekarang ini, teruskan melaksanakannya!
penutup: mengapa tidak?
bukankah itu adakah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sendiri.
makanya mengapa perlu takut? cuma perlu takut samada apakah kita telah membuatnya atau tidak!
dakwah itukan perlu dibuat setelah kita melafazkan syahadah. setelah kita mengakui beriman pada Allah dan RasulNya.
menjadi orang-orang yang menyambung perjuangan Rasulullah adalah satu kewajipan. bukannya apabila hendak buat, buat. jika tidak, tinggal.
bukannya apabila di lantik atau di arah, baru hendak buat.
buat lah dengan rasa keseronokan dan langkah senang.
bukan rasa keterpaksaan.
makanya, anda akan lihat, andalah orang yang proaktif dalam melaksanakan segala hal.
lihatlah, ramai juga yang dulu penunggang dan penyumbang setia tapi akhirnya menjadi penumpang bahkan penumbang ! mengapa boleh jadi begini?
ramai juga yang berciciran di jalan ini sebab tiada lagi yang mengarahkan untuk ziarah, buat taklim, halaqah atau sebagainya. apakah kita melakukan semata-mata itu adalah arahan murobbiyah. jadi bilamana, murobbiyah tidak mengarah, kita jadi tidak buat. dan berpura-pura tiada kerja. jadi proaktif ukhti meskipun akan datang tinggal kau seorang sahaja yang melakukan dakwah di medan itu nanti kerana kau sudah faham!.
p/s : ramai orang tidak perasan dia adalah penumpang.
jalan manakah yang mahu kita tunggangi?
jalan yang diikuti ramai orang atau jalan yang tidak diambil ramai orang.
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)”. (Fussilat, 41 : 33 )apabila dikatakan tentang dakwah, orang jadi kecut perut. dikatakan ayat itu sungguh extreme. benarkah?
bukankah itu adakah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sendiri.
makanya mengapa perlu takut? cuma perlu takut samada apakah kita telah membuatnya atau tidak!
dakwah itukan perlu dibuat setelah kita melafazkan syahadah. setelah kita mengakui beriman pada Allah dan RasulNya.
menjadi orang-orang yang menyambung perjuangan Rasulullah adalah satu kewajipan. bukannya apabila hendak buat, buat. jika tidak, tinggal.
bukannya apabila di lantik atau di arah, baru hendak buat.
buat lah dengan rasa keseronokan dan langkah senang.
bukan rasa keterpaksaan.
makanya, anda akan lihat, andalah orang yang proaktif dalam melaksanakan segala hal.
lihatlah, ramai juga yang dulu penunggang dan penyumbang setia tapi akhirnya menjadi penumpang bahkan penumbang ! mengapa boleh jadi begini?
ramai juga yang berciciran di jalan ini sebab tiada lagi yang mengarahkan untuk ziarah, buat taklim, halaqah atau sebagainya. apakah kita melakukan semata-mata itu adalah arahan murobbiyah. jadi bilamana, murobbiyah tidak mengarah, kita jadi tidak buat. dan berpura-pura tiada kerja. jadi proaktif ukhti meskipun akan datang tinggal kau seorang sahaja yang melakukan dakwah di medan itu nanti kerana kau sudah faham!.
p/s : ramai orang tidak perasan dia adalah penumpang.
15 teguran:
bukankah penumpang dan penunggang itu lebih kurang sama.ke lain?
penumpang menumpang kenderaan yang ditunggang.
penunggang menunggang kenderaan yang ditumpang.
persamaan=melibatkan kenderaan.
perbezaan?masih sedikit keliru.
hmm...just terfikir.
artikel yang memberi pencerahan.jzkk :)
Nice artikel ..
Ana pon x tahu mana dapat frasa tu "penumpang atau penunggang" but d phrase are really powerfull !!
penunggang = motosikal / pemandu = bas or kereta..huhu..
InshaAllah pembentukan kader2 amat cocok dengan cara berhalaqah (lebih kecil lebih padat) InshaAllah..satu term yang cukup ana sukai semasa diawal pentarbiahan,Subhanallah ~
ia ramai yang menumpang berbanding menunggang (mungkin ana sendiri)..Adakah 'penunggang' dilihat berdasarkan gerak kerja dakwah sahaja?Bagaimana dengan seseorang yang belum boleh menghalaqahkan tetapi dia banyak memberikan sumbangan wang berbanding lain.Tidak membawa ta'lim tetapi boleh memandu kereta tidak seperti kebanyakkan akhwat.Seseorang yang tidak bisa menyampaikan tetapi hebat dalam persembahan multimedia yang penting untuk proses tajmi'.
Ada seorang di zaman para sahabat,ana x ingat siapa daa (nhe la dalam hq x fokus..hehe)..sapa2 ingat meh gtau contoh.Beliau amat payah untuk menyumbang untuk Islam tetapi anak2nya sangat hebat untuk Islam.Sehinggakan ada dikalangan ikhwah / akhwat yang menggelarkan individu dalam hq yang pasif dengan nama beliau itu (sayangnya x bawak baik buku hq).
Maksud sekalipun dia tidak hebat dalam gerak kerja pasti ada sumbangan yang diberikan dalam dakwah dan tidak harus kita perkecilkan dan merasakan diri hebat.InshaAllah setiap dari kita sekalipun doa itu adalah sumbangan yang terbesar dalam memperkukuhkan sesuatu dakwah.Doa yang ikhlas yang jujur mashaAllah siapa bisa membantu melainkan Allah..
jadi saya mengingatkan diri saya juga untuk tidak berlengah2 dan bersenang2 menumpang pada nama dakwah..bertopeng sebagai akhwat..T_T
ayuh terus hayunkan langkah..tidak didepan,tidak dibelakang tetapi beriringan bersama menjadi pemandu kenderaan dakwah ini.. =) InshaAllah..
suatu hari, bila mana penunggang jd penumpang,
akan terasa lemas,lemas kerana lapang. lemas kerana masa xdimanfaatkan.
hargai amanah yg ada sebelum kmu dijadikan penumpang
apa pun, masih ada harapan bagi penumpang,
bangkit!
ukhti..ana ingat ant nk tulis mau jadi penyumbang atau penumpang. macam kat status ym anti beberapa hari lepas..hehe..neway, artikel yg sgt baik! tini, kalau dah jadi penunggang, jgn lama2 menumpang dgn org lain...teruskan berdikari..
Artikal yang sgt terkesan. Dari istilah ana, penunggang ialah org yang bersedia menerima risiko, sanggup berkorban, tidak kenal penat dan terus menunggang. kerana jika tiada penunggang, tiadalah penumpang. Penumpang pula ialah yang hanya duduk relax tak buat apa. hanya duduk untuk sampai ke destinasi. Penunggang tidak tidur, tp penumpang akan tidur bila bosan dan tidak ada apa yang nak buat. Penunggang tahu hala tuju destinasi, tapi penumpang tak pasti dengan hala tuju.
Ana sgt setuju dgn pendapat penulis,walaupun tiada lagi murobiyah utk follow up, tiada lagi pengarahan dakwah, tiada lagi pengisian penaik semanagt, jgn pernah terfikir utk berhenti dr perjuangan dakwah yg pernah kita kobarkan & janjikan semasa awal pentarbiyahan. Teruslah mencari dan berdakwah walo di mana saja kita berpijak kerana kita adalah umat terbaik (3:110).
Penumpang dan penunggang tidak sama (4:95)..
kak ain.. suka explanation yang kak ain bagi..
tepat dan mantaop.
jzkk
tapi kalau ada orang nak tumpang apa salah..sila3 naik ~
"Ana sgt setuju dgn pendapat penulis,walaupun tiada lagi murobiyah utk follow up, tiada lagi pengarahan dakwah, tiada lagi pengisian penaik semanagt, jgn pernah terfikir utk berhenti dr perjuangan dakwah yg pernah kita kobarkan & janjikan semasa awal pentarbiyahan. Teruslah mencari dan berdakwah walo di mana saja kita berpijak kerana kita adalah umat terbaik (3:110)."
sedehnya. it reflects myself. T.T
doakan ye dr mujahidah, shinju,n lain2.
lemas dan cukup rimas berada diposisi penumpang.
alhamdulillah, penerangan yang cukup baik supaya akhwat yang tak ambil lesen kereta supaya cepat2 ambil lesen kereta. ambil lesen kereta dengan beli kereta sendiri sekali. jangan dok numpang dan bawa kereta akhwat lain sahaja.
moga Allah memakmurkan dakwah ini dengan ramainya akhwat yang mampu berkorban utk Islam.
ha kepada saya dan mereka yg ada lesen keta tapi stil "slow" ketika membawanya, ambillah langkah berani utk redah je dan sebelum tu blaja dulu dgn org yg professional spt adeq ye. dari batu pahat ke seremban xsampai dua jam....haish~
terimakasih..sila2 lah berguru..
"biar laju asal cermat..biar pantas asal selamat"
nk amik lesen jgklh..dr kota tinggi ke ukm mahu berguru dgn k.adib.nk blajr bwk kete dgn klajuan y max tnpa saman dan pastinya cepat dan selamat..blh ke? mgkin tugu lesen kapal terbang dulu..hehe
2 jam?okla tu baru militan huh!
gms:mula-mula bese la 'sedikit perlahan'.lama-lama ok(bercakap dari pengalaman yang sedikit :))
jadilah 'penumpang' dan 'penunggang' yang bisa mewarnai 'perjalanan' dakwah kita.
just my 20 cents,
jzkk...
adik : urk jangan sebut nama akak yang famus amos tu..hehe..(perasan)..
tanpa nama : eden tahu nama mu..haha..InshaAllah moga tidak menjadi PENUMBANG bahkan PENYUMBANG..walau apa sahaja sumbangan itu..InshaAllah..
analogi menarik.. two thumbs up, moga dapat dipraktikkan di medan amal..
pertama kali join prog dengan GMS dan adeq sangat terasa kerdil diri ini..
mane x nye, sewaktu disekolah saya diajar untuk menjadi ponumpang yang membantu penunggang, namun bila bertemu mereka ana merasakan mereka dah jadi penunggang terlebih dahulu.. tercabar2!!
alhamdulillah, setelah itu baru ana fahami, tempat mereka belajar lesen memang akan menghasilkan pelajar2 yang cepat lulus untuk menjadi penunggang, sedangkan tempat belajar lesen ana akan menghasilkan penumpang dahulu kmudian akan dipertanggungjawabkan menjadi penunggang di medan yang seterusnya..
penumpang dan penunggang itu punya peranan masing2 tp bagi ana, saat paling manis ialah apabila kita berusaha menjadi penunggang..
kalau x faham wat2 cam faham ye..
Catat Ulasan