IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

15 Nov 2010

segalanya bermula dengan faham


kita  berbuat dan mengikut  atas dasar  kefahaman atau ikut-ikutan? think about it.

ramai orang akan berkata, segala-galanya bermula dengan niat. ya, hakikatnya niat memang penting sekali. sangat penting. bahkan jika niat sedikit terpesong, maka, rosaklah amal seseorang.

namun, ada lagi yang lebih penting dari niat itu sendiri iaitu FAHAM. jika kita sendiri tidak faham apakah itu niat dan mengapa begitu penting kewujudan niat itu dalam kehidupan seharian kita, pasti kita akan terus berbuat sesuatu tanpa arah tuju, tanpa matlamat yang jelas dan tanpa hasil yang baik untuk jangka masa panjang.

namun, jika kita memahaminya, maka kita akan terus berbuat sehingga tibanya pengakhiran ajal kehidupan kita.

faham dan amal itu selari

dalam kita belajar juga, kalau kita tidak faham apa yang kita belajar dan terus menghafal dan menghafal, maka apa yang kita dapat hanyalah penat. kerana kalau kita hafal mungkin ingatan kita pada fakta itu hanyalah untuk jangka masa pendek. namun, bila kita benar-benar faham pada fakta yang perlu kita aplikasikan di dunia pekerjaan, insyaAllah kita akan ingat sampai bila-bila.

seperti seorang pelajar perubatan, perlunya dia faham penyakit-penyakit yang perlu dia tahu dan pasti dia akan mengingatinya dengan mudah segala pathophysiology, pathogenesis, aetiology, prognosis, sign and symptom and management. kefahaman itu penting dan setelah itu barulah disusuli dengan ingatan.

Dan yang paling penting juga adalah amalan ibadah kita seharian. kita takkan melakukan sesuatu ibadah itu tanpa kita faham mengapa mesti kena buat. begitu juga mutabaah seharian kita, jika kita faham mengapa dalam tabiyah ini pentingnya mutabaah dan mengapa murobbiyah kena ambil mutabaah kita setiap minggu, insyaAllah kita takkan mempersoalkannya samada takut riya' atau apa sahaja. malah, kita akan terus berbuat dan menjaga kualiti mutabaah kita. itu semua berlaku setelah kita faham!

berhalaqah atau berusrah atas dasar faham

mengapa kita mesti ada halaqah? kenapa mesti ikut usrah? bukan sahaja 'mesti', tapi kenapa 'wajib'?

seseorang akan bermalas-malasan atau tidak hadir untuk mengikut halaqah kerana dia tidak faham apa tujuan halaqah dan dia tidak nampak mengapa mengikuti halaqah. dia juga tidak merasa kekuatan ukhwah dengan murobbiyahnya dan merasakan pengisian yang kosong tanpa ruhi. itu sebabnya barangkali dia meninggalkan halaqah.

menurut Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Jihad, beliau memberikan satu fakta atau hukum iaitu:

" apabila kita mahu melaksanakan sesuatu yang wajib tapi kita tidak mampu melakukannya melainkan adanya sesuatu perkara itu, maka hukum melakukan perkara itu adalah wajib" ( lebih kurang maksud)

contoh, kita mahu solat. tapi, untuk solat kita perlu mengambil wudhu'. maka, hukum wudhu' menjadi wajib untuk kita solat. sama juga jika kita mahu berdakwah, dan berdakwah kita kena ada halaqah. dan tanpa halaqah kita tidak dapat berdakwah dengan baik dan akan berciciran dari jalan dakwah. hukum halaqah juga jatuh menjadi wajib. 

sama juga kesnya seperti berjemaah. untuk berdakwah dan menegakkan daulah islam, perlunya jemaah. maka, kita juga wajib berjemaah. boleh rujuk buku tentang berjemaah ni. saya kurang ingat siapa penulisnya. ( buku itu ada di kampus.)

mahu duduk bersama barisan kumpulan atau mahu berseorangan di baham harimau?

dakwah atas dasar faham

ramai di antara kita tidak berdakwah kerana tidak faham terlebih dahulu apa sebenarnya dakwah itu, kewajipannya , kepentingannya dan azab meninggalkannya. dan ramai juga salah faham tentang dakwah bahawa mengedar artikel itu sahaja kemampuan saya ada atau hanya boleh buat bila mana sudah berkeluarga barulah berdakwah pada anak-anak dan suami. itu tidak benar. sepertimana yang telah dikatakan, dakwah itu wajib menurut al-quran dan hadith.
Rasulullah bersabda:
Demi Allah, hendaklah kamu melakukan amar makruf nahi munkar atau Allah akan menurunkan azab kepadamu kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka Allah tidak akan mengabulkan doamu ( HR Tarmidzi, hadith ini hasan) 
sumber: 38 sifat generasi unggulan, Dr. Abd Majdi Al Hilal
bilamana kita meyakini, cara yang kita lakukan adalah cara yang terbaik untuk mendakwahi seseorang dan ia terbukti, maka kita wajib untuk melaksanakan cara yang kita yakini iaitu semestinya dakwah fardhiyah dan strategi-strategi yang berkaitan. jika kita 'totally' meninggalkan cara itu dan kita berbuat cara yang lain yang lebih senang menurut hawa nafsu kita seperti berblog, menulis, komik, edar risalah dan sebagainya, maka kita telah mengurangi hak-hak dakwah. atau dengan kata lain, kita telah berdosa. kita tahu cara itu berkesan dan kita mampu melakukannya, namun, kita meninggalkan dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.

sebagai contoh, kita hanya berblogging dan menulis sahaja, adakah cara itu berkesan untuk menegakkan daulah islam? fikir-fikirkanlah..

jemaah yang mempunyai kefahaman yang sama

pentingnya kefahaman yang sama dalam sesebuah jemaah. sepertinya kefahaman tentang berjawatan yang saya postkan sebelum ini. dan tidak kurang juga tentang ikhtilat, boikot, strategi-strategi dakwah, planning dan sebagainya. ibaratnya segala pemikiran ahli adalah sama kerana ditancapkan dengan kefahaman yang sama.

tak kurang juga dengan pengorbanan. sangat terharu dan kagum pada ikhwah dan akhwat yang pengorbanannya tidak terkira. terpaksa follow up sekolah, matrikulasi, kolej atau IPTA yang jauh berpuluh-puluh kilometer. dan juga duit infaq dihulurkan tanpa dipinta. mengorbankan juga fikiran dan saraf-saraf otak untuk difikir planning dan stratergi dakwah. segala tenaga dan hujung minggu untuk program dan follow up. terlalu banyak. sehingga saya rasa malu untuk bersama berbarisan dengan kalian.

ada juga ikhwah dan akhwat kita yang mengorbankan jiwa kerana arahan dakwah. menguruskan kambing, penjualan buku, membuka ladang dakwah, menguruskan majalah, synergy media dan neosynergytc. betapa tingginya keyakinan dan tawakal seorang dai'e itu kepada Allah meskipun rezeki kadang-kadang tidak menentu. subhanallah.. beginilah jalan dakwah mengajarkan kami. cumanya sama-sama kita berfikir, kalau kita diarahkan untuk berkorban seperti ini, adakah kita sanggup?

mungkin juga ramai tidak sanggup. apatah lagi ramai juga yang membangkang. tapi, hakikatnya golongan terawal ( assabiqul al awwalun) inilah yang mesti berkorban dan merasa sanggup berkorban semata-mata untuk menjayakan misi dakwah kita. tanpa pengorbanan kalian, generasi seterusnya mungkin takkan merasa nikmat tarbiyah ini. inilah yang dikatakan manisnya perjuangan meskipun diuji dengan kepahitan. 

hasil dari ketidakfahaman, akan terjadilah ramainya manusia berteraburan keluar dari jalan dakwah ini. dan itu telah pun berlaku. moga dijauhkan ya Allah.

akar yang kuat akan menghasilkan pokok yang kuat. begitu juga kita.

penutup: kefahaman adalah akar

kefahaman ibarat akar. akar yang mencengkam kuat di dasar tanah. tanpa kefahaman, kita akan mudah goyah. tanpa kefahaman, kita akan mudah tumbang di tiup ribut.

apabila kita faham, kita takkan ragu-ragu dengan apa yang kita pilih sekarang. apabila kita faham mengapa perlu melakukan begini dan begitu, kita takkan mempersoalkannya lagi dan menentangnya.

faham itu takkan datang sendiri. tapi, perlu di terangkan oleh murobbiyah. jadi, sebelum membuat satu pengarahan kepada mad'u atau mutorobbi, perlunya diberi kefahaman. kerana tanpa pemahaman yang jelas, seseorang itu akan mudah menarik diri dan akhirnya jenuh dengan apa yang ia lakukan.

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan


Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Henjakkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia.

( teringat lagu ini di program. semangat akhwatku sekalian. kalian boleh! )

p/s: tanpa kefahaman, ramai yang akan menentang. itulah hakikatnya.

6 teguran:

adeq berkata...

tanpa kefahaman, ramai yang akan menentang..

soo true !!

Tanpa Nama berkata...

em, betul tu.. macamane nk betulkan niat kalu tak faham kenapa kena betulkan niat..
p/s: adeq ne.. selalu jd pengomen terawal. nk challenge..

adeq berkata...

macam mana kalau kefahaman x sama dengan si pemaham?hehe.

tanpa nama : laju lagi.hihi.

GMS berkata...

cis adeq da masuk dulu!

setuju3 dgn artikel ni..segalanya bertitik tolak dari kefahaman..terkadang kita dibebankan dgn pengarahan2 tanpa di beri kefahaman yg jelas mengapa perlu ia kita lakukan..mungkin hari ni kita faham kita perlu bekerja keras yg menuntut pengorbanan yg tinggi utk melakukannya. tapi bila di uji dgn kefahaman tu, terkadang kita gagal. krn itu manusia harus slalu di peringatkan...terima kasih dr.mujahidah krn mengingatkan..

ezan sahizzah berkata...

FAHAM................

kdg2 kita x sedar yg kita rupanya X FAHAM..bila beberapa perkara berkaitan dakwah,kita berkira,rasa malas,itu tndanya kita TAK CUKUP FAHAM LAGI...

jzklh atas post yg menyedarkan saya kembali~

dr. mujahidah berkata...

jika tak faham, maka si pemaham la yang salah, sebab tak menerangkan dengan baik. atau si tidak faham itu yang tidak bertanya lebih lanjut dengan apa yang difahami;..

seperti enti la. mungkin pernah memahami sesuatu arahan yang betentangan dengan apa yang disuruh si pemaham atau dengan kata lain.. SALAH FAHAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...