Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

9 Sep 2010

ramadhan menambah pahala, syawal menambah dosa?



alhamdulillah. ramadhan kali ini mungkin berlainan sedikit bagi saya. sebab yang pertama mungkin saya pulang bercuti agak lewat sedikit dari tahun-tahun sebelum ini kerana pada hari rabu semalam kuliah masih ada di kampus. dan yang kedua, kelahiran mujahid comel pada 28ramadhan yang lepas. kelahiran anak buah saya yang ke-4. anak kepada Ukhti Siti Norain dan suaminya Ahmad Zaki Masrudy.

pertamanya di malam syawal ini, ingin saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia dan khususnya pada semua pembaca blog akhwat medic. moga ramadhan kali ini lebih baik dan lebih 'best' dari sebelumnya.
posting kali ini berkenaan berkenaan tentang syawal yang akan kita sambut nanti. moga-moga ia menjadi pengajaran dan pedoman semua.

**************

dalam keriangan menyambut syawal, kadang-kadang ramai yang kurang mengambil peka terhadap beberapa perkara yang amat penting bagi menjadikan sambutan syawal kita bermakna dan diredhai Allah.

disebabkan keseronokan beraya, ramai menjadi leka. syariat dilanggari, hawa nafsu diikuti.
Ijazah ramadhan yang kita perolehi hanyalah sia-sia tanpa makna. ramadhan yang sepatutnya menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertakwa hanyalah satu omongan kosong sahaja. alangkah ruginya apabila seseorang yang mana sebelum ramadhan dan selepas ramadhan mereka adalah sama. tidak ada perubahan langsung pada diri mereka. malah, selepas ramadhan semakin galak membuat dosa.

berpakaian yang tidak menutup aurat

seorang akhwat pernah bercerita, di kampusnya apabila ramadhan tiba, ramai yang tidak bertudung mula menjinakkan diri bertudung. tapi sayang, apabila ditanya mengapa, mereka mengatakan untuk menghormati bulan ramadhan dan mengurangkan dosa.

tapi bermula syawal dan bulan yang seterusnya, mereka tidak bertudung pula. adakah islam itu hanya bermusim. islam bukan "part time" dan bertudung bukan macam tudung saji atau tudung periuk. bila lapar bukak, bila kenyang tutup! itu soal tudung. ada juga yang ingin menggayakan baju rayanya sehingga tidak mengambil endah tentang kenipisan baju yang dipakai.

malah, mereka tidak segan silu untuk menunjukkan badan mereka dengan baju yang jarang. masakan mereka tidak perasan baju yang sangat jarang sebegitu digunakan untuk dipakai dan apatah lagi fesyen baju sekarang ini semuanya jarang-jarang.

tidak terkecuali dihadapan bukan mahram

apabila berkunjung ke kampung samada rumah mak atau bapa saudara, kita selalu mengambil enteng soal aurat dengan mereka dengan tidak bertudung dan memakai pakaian yang kurang sopan.padahal aurat dengan sepupu dan bapa saudara tak ' pure' adalah sama dengan aurat yang bukan mahram.

tidak terkecuali dengan abang ipar ( bagi perempuan) atau kakak ipar ( bagi lelaki). kadang-kadang saya dapat lihat kemesraan yang terjalin antara kita dan bukan mahram ( seperti yang disebutkan) amat ditahap bahaya sehingga terbiasa untuk bertepuk tampar, bersalaman dan duduk rapat-rapat macam dengan adik beradik pula.

berlebihan dalam makanan

di Hari raya inilah baru kita hendak merasa ketupat. dan sudah menjadi kebiasaan jiran-jiran atau orang-orang yang terdekat, akan saling bertukar-tukar makanan. jadi, banyaklah lebihan makanan di rumah yang tak terhabis dimakan dan dibuang begitu sahaja apabila sudah basi.

fenomena makan berlebihan dengan makanan yang terhidang banyaknya pada awalan hari raya juga amatlah tidak digalakkan.  dengan ketupat, lemang, kuih raya, air yang berbagai macam, lauk pauk yang beraneka jenis, pasti akan mengeyangkan perut sesiapa sahaja.
tapi, perlu diingat bahawa firman Allah:


" makanlah dan minumlah tapi jangan berlebihan."

tinggal solat atau lewat solat

disebabkan sibuk menziarahi sanak saudara di rumah masing-masing, kita meremehkan benda yang wajib iaitu solat.

apa salahnya jika berhenti untuk solat ketika dalam perjalanan atau tumpang sahaja solat di rumah saudara. kenapa mesti sampai rumah baru nak mengerjakan solat?
mungkin hampir habis waktu baru mengerjakan solat.
ataupun, mengambil sikap endah, terus sahaja tinggalkan solat yang wajib itu.

dan ada sesetengah di antara kita yang tak solat langsung disebabkan berterusan menziarahi sanak saudara dari pagi sampai petang hingga malam.

ingatlah bahawa, janganlah kita sibuk mengejar yang sunat tapi yaing wajib diabaikan.
cubalah untuk menjadi insan yang sentiasa 'alert' dan tidak sabar untuk menunggu waktu solat bertemu dan berkomunikasi dengan Allah.

beraya mengikut sunnah

ikutlah sunnah Rasulullah dalam berhari raya. pentingnya untuk kita menjadikan hari raya kita sebagai satu ibadah dan satu muhasabah kita di bulan ramadhan yang lepas.

bolehlah rujuk link yang disediakan;


akhir kalam

S A L A M  A I D I L F I T R I

dari;
dari kiri Mohd Hafiz, Khairulnizam, Abd Aziz, Kamaruzaman dan Mohd Fauzi

~Dr. Mujahidah
~Felda Semencu, Kota Tinggi, JOhor.
~USMKK.

p/s : terus istiqamah dalam amalan kalian ketika bulan ramadhan..

2 teguran:

saya_arief berkata...

jangan lalai..
:D

Abu Faruq Al-Iskandari berkata...

insyaallah, teguran membina buat diri dan isteri.
moga kita semua terus istiqomah dengan amalan2 kita. cuma dapat rasa sedikit berkurangan kerana sibuk menziarahi saudara mara yang sudah bertambah dua kali ganda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...