satu sajak untuk semua akhwat di
mana-mana sahaja antunna berada. diadaptasi dari sajak KATANYA KAU SEORANG PEJUANG.
**********
Adakah kau seorang akhwat?
Auratmu tidak dijaga,
Bila keluar kaki dan pergelangan
lengan nampak terbuka,
Tudungmu masih kurang labuh bawah
paras dada,
seluarmu ketat dan bajumu singkat
tak perasan ke,
Pakaianmu kau rasa dah sempurna,
Padahal jauh lagi rasanya,
asal boleh pakai sudah ler,
macam orang biasa pun tak mengapa.
macam orang biasa pun tak mengapa.
Adakah kau seorang akhwat?
Pergaulanmu sama sahaja seperti
orang biasa,
Pandanganmu tak dijaga,
Jarakmu dengan bukan mahram nampak
macam mesra,
Bergelak ketawa dan bergurau senda
itu biasa,
Berjumpa selalu katanya ada meeting
dan kerja,
Tapi habuk pun takde,
Lebih banyak kau buang masa.
Adakah kau seorang akhwat?
Ziarah mad’u pun masih berkira-kira,
Ziarah akhwat lagi tak de masa,
Dakwah buat sambil lewa,
Pengisian taklim last minute prepare
asal ada,
Task halaqah buat time tu juga,
Murobbiah tegur cakap ya ya ya,
Tapi esok perangai sama serupa.
adakah kau seorang akhwat?
suruh dakwah fardhiyah kau kata tak biasa,
malu katanya,
suruh buat taklim kau kata tak cukup ilmu didada,
suruh buat halaqah kau kata tak sedia,
berapa banyak alasan murobbiyah dah terima,
program dah pergi tak terkira,
tapi alasan tetap ada,
niat salah atau program tak berkesan cara,
salah diri sendiri sebab tak hadirkan diri sepenuh jiwa,
datang sekadar syarat sahaja.
Adakah kau seorang akhwat?
Halaqah, program, liqo’ datang
lewatnya,
Orang sume dah strt dia baru tiba,
Tak pernah mintak maaf datang duduk saja,
Mulut senyap idea takde,
Datang sekadar jadi pendengar setia,
Kadang-kadang tidur waktu sedang
bermula,
Macam mana nak dakwah nak berjaya?,
Mad’u pun lari tengok perangai orang
yang nak pimpin dia,
Akhwat tengok mencebik muka,
Rasa geram tak tahu nak wat apa.
Adakah kau seorang akhwat?
Mutabaah mu tak jaga,
Kondisi iman mu berada pada tahap
bahaya,
Sehingga bila murobbiah tanya kau
main teka,
Kau tak catat, kesungguhan lansung
takde,
Tak pernah meningkat, menurun lagi
ada,
Qiamullail mu boleh dikira,
Dhuha mu buat asal ada masa,
Mathurat kau baca sekerat jalan je.
Istighfar kau agak-agak cukup tanpa
kira dan hayati
maknanya,
Quranmu baca tajwid dilanggar, nak
cepat habis je,
Mana kualiti, kuantiti pun takda.
Adakah kau seorang akhwat?
Bila ada program selalu hilang,
Balik rumah, nak study itulah
alasan,
Orang buat program untuk kau datang,
Masalah kau tak selesai,bertambah
buruk kefahaman ,
tsaqafah kurang, musykilah dalam otak tak di selesaikan,
tsaqafah kurang, musykilah dalam otak tak di selesaikan,
Bila tak faham dan tak tahan,
Mufaraqah jadi pilihan.
Adakah kau seorang akhwat?
Kau lebih pentingkan roommate,
housemate dan kawan sendiri,
Bukan main jaga persahabatan yang
berdiri,
Tapi ukhwah dengan akhwat hancur
lebur berapi,
Kau lebih suka buat hal sendiri dan pentingkan diri,
Cinta akhwat tak pernah wujud dalam
hati,
Asal program ukhwah kau datang
sekadar itu arahan dari murobbiyah/murobbi,
Bila bersemuka kau macam tak nampak
akhwat ditepi,
tak bersalam, tanya khabar atau cium pipi,
Kau lebih suka
kalau akhwat tak ada di sisi,
Senang nak mengerjakan benda lagha
nanti,
Takde orang nak membebel bagi
teguran pada hati kau yang
dah mati.
Adakah kau seorang akhwat?
Kau tak macam akhwat ,
Sikap dan perangai kau tak leh nak
duga,
Layakkah kau dipanggil akhwat?
Atau layakkah kau bersama “ band of
akhwat”?
Tepuk dada, Tanya selera,
Selera iman masih ada atau tiada?
7 teguran:
dush3 !! sakit nyak..adedeh..
salam...astaghfirullah......am i still akhwat???
yes u are
subhanallah..peringatan yg berguna utk diri ana sendiri..jzk khair ukhti.....
treeeeeeeee tretttttttee treeeeeeeeeett
macam kena tembak !!!
nak tukar untuk ikhwah pulak..
minta ijin k
okey... silakan di tukar kepada ikhwah..
" adakah kau seorang ikhwah?"
sesuai sangat tuk muhasabah diri sendiri.. huhu.. moga kita terus kuat dan istiqamah di atas jalan ni.. :)
Catat Ulasan