satu kisah yang mahu diceritakan. sebenarnya saya suka baca kisah ini. jadi, terimalah sebuah cerpen yang tak berapa best.
*******************************
di suatu malam, seusai solat maghrib berjemaah.
" akak, saya nak pakai tudung labuh la. tapi macam mana ye kak?" pertanyaan itu memecah kesunyian di surau yang terdiri kami bertujuh.
pertanyaan itu membuat aku terkejut. hampir tidak kupercaya dalam dirinya itu ada keinginan untuk bertudung labuh. aku tahu, sejak kali pertama berjumpa dengannya di taalim, nampak dari raut wajahnya bahawa dia memang terdiri dari keluarga yang baik-baik.
akhwat di sebelahku terus memberi jawapan sebelum sempat untuk mulutku berbicara.
" kalau nak pakai tudung labuh, kenalah berperingkat. mula pakai tudung lerang 45, lepastu 50, then lerang 60. tapi mestilah pakai stoking dan handsock. barulah orang sekeliling tak terkejut. especially family"
" pakai tudung labuh ni selamat, tak diganggu, mudah, selesa dan best"
panjang lebar si akhwat ni menerangkan.
aku hanya diam memberi laluan pada mereka berbual.
" ayah saya ni bila saya balik rumah je, mesti suruh pakai tudung labuh. ari tu pernah saya balik pakai t-shirt dan seluar, tapi kena marah dengan ayah. ayah pesan suruh pakai baju kurung kalau balik rumah."
" mak saya pakai tudung labuh dan purdah"
" kakak saya pun sudah mula pakai purdah"
" tapi saya je yang nakal!, pakai tudung pendek, stoking pun kejap pakai kejap tak"
kini giliran aku pula menjawab.
" nak pakai tudung labuh kenalah niat nyer betul. kalau pakai kerana ayah, mak atau kakak, tak de maknanya. tapi itu mungkin boleh jadi satu pendorong. yang penting kita pakai kerana faham dan kerana untuk sempurnakan aurat kita. cari keredhaan Allah itu sangat penting agar kita istiqamah."
tiba-tiba beberapa orang adik cuba juga menyampuk.
" akak, saya pun sebenarnya nak pakai tudung labuh!" mereka terus meluahkan apa yang terbuku.
aku tersentak. subhanallah, rupanya mereka ini ada keinginan nak berubah. ada keinginan nak pakai tudung labuh. niat itu sudah lama rupanya.
ada seorang adik meluahkan rasa sedih dan kesal dengan sikap family yang tidak memahaminya.
" saya dulu bukan macam ni kak. saya teruk. tapi naik semester ni saya sudah mula mahu berubah...
bila kat umah, kakak dan abang seolah-olah tak boleh terima perubahan saya. padahal saya hanya ubah cara pemakaian tudung yang tak berselimpang kepada pin lurus ke bawah. bila mahu keluar, mereka memperli saya.
nape la ko baik sangat?
bila saya pakai baju lengan panjang dan pakai seluar track ( bukan seluar jeans), mereka kata saya ni ustazah.
saya pernah nangis sebab tak tahan. saya rasa tak kuat la kak."
aku mendengar cerita nya bagai mahu nangis. dugaan dia hendak berubah lebih hebat dari dugaan aku.
" sabarlah, nak berubah mesti banyak dugaan. sabarlah. pertolongan Allah itu bagi orang yang sabar.. pentingnya kita mempunyai kawan yang sentiasa terus membantu kita. jangan risau. akak cuba tolong yang termampu"
"terima kasih kak." jawabnya sayu.
" kak, saya rasa bersyukur sangat dapat jumpa kakak-kakak yang nak bimbing kami"
aku gelak dan rasa kelakar.
" nape akak gelak? saya cakap ni dari hati nurani saya tau"
ok. ok.. aku hanya mengangguk.
"disebabkan semua nak cari tudung labuh. kita shopping nak ari jumaat ni?"
aku memberi cadangan.
" ok.. bestnya. terima kasih kak."
ok.. jom solat isya'. seusai solat isya' kami bersalaman dan terus keluar. rasa berat hati meninggalkan mereka.
aku dan akhwat yang bersamaku terus keluar lalu menyerahkan kad pelawat pada pak cik guard.
moga Allah terus meneguhkan hati mereka dan moga mereka terus istiqamah.
ameen..
p/s: hold my hand my friend.
4 teguran:
Assalamualaikum..
waa..truskan pjuangan ^_^
tersenyum teringat kenangan sndiri dahulu,
Kenapa kena pakai tudung labuh??
cukup x sekadar pakai tudung biasa dan dipin di bawah.
labuhnya sekadar menutupi dada...
sebab utk lebih berhati2. memang la sdah memadai menutup dada, tapi dari segi jarang, pendek dan keselesaan,?
kalau tudung pendek, bila tundukkan badan sahaja, sudah nampak bentuk tubuh. dan ia tidak menutup semua sisi. hanya menutup depan sahaja..
tak secure. ok
Catat Ulasan