Selepas berbuka puasa dan terawih di masjid elite UTP yang sangat selesa dan best semalam, kami bertolak balik terus ke kelantan. Perjalanan yang panjang semestinya. Kami memutuskan untuk melalui laluan Grik bukan Gua Musang kerana ingin mencuba.
Sementara saya recharge energy dengan tidur, akhwat lain yang membawa kereta. dan pertukaran 'driver' berlaku apabila jam menunjukkan lebih kurang 3pagi.
menjadi driver
pengalaman saya menjadi driver untuk perjalanan yang jauh sebenarnya amat sukar juga untuk saya perolehi kerana kebanyakannya kami lebih selesa menaiki bas. dan apatah lagi, abah memang risau kalau saya memandu kerana ketidak'pro' saya dalam membawa kereta.
saya cuba untuk membawa laju dalam perjalanan dari jalan Klimaks Grik ke Kubang Kerian dengan alasan untuk cepat sampai. dan dalam perjalanan itulah saya juga melanggar lampu isyarat merah sebab waktu itu kereta boleh dikira dengan jari.
disaman
nasib tak berapa baik, tika melepasi lampu isyarat yang merah, tiba-tiba saya diekori oleh kereta polis( pengalaman pertama dikejar polis) dan mereka menyuruh saya berhenti. dengan jantung yang berebar-debar, saya berhentikan kereta di tepi dan membuka tingkap. Encik Polis meminta lesen pada saya dan memberitahu bahawa saya akan disaman.
saya dengan nada sedih dan takut, merayu pada Encik Polis agar tidak disaman dan memberitahu kondisi saya adalah pelajar dan sebagainya. Jumlah RM300 bukanlah sedikit. dan RM300 itu juga kalau di infak pada dakwah itu lebih baik. alhamdulillah, tidak disaman.
selepas itu, lampu isyarat yang seterusnya saya patuhi dengan berhenti ketika merah.
'ibrah'
ada akhwat memberitahu, " hati-hati kak ayu, skang ni kan dah nak dekat raya, polis banyak buat rondaan"
adakah itu sahaja ibrahnya? saya membayangkan itu baru sahaja disaman oleh polis ketika buat kesalahan.
tapi bagaimana kalau setiap kali dosa dan kesalahan yang kita buat Allah saman?
disaman Allah itu jauh lebih berat dari disaman Encik Polis.
kalau kita disaman Allah dengan Allah menarik nikmat-nikmat yang ada pada kita, pasti kita takkan berbuat kesalahan itu lagi. dan akhirnya mematuhi 'peraturan' yang Allah berikan dengan betul untuk melalui jalan kehidupan.
berbuat dosa
saya membayangkan tentang bagaimana kalau setiap kali kita berbuat dosa, Allah menarik nikmat nafas pada kita? atau menarik nikmat tangan dan kaki? atau menarik segala harta kita? atau keluarga? atau apa-apa yang berharga di dunia ini?
dan bagaimana kalau Allah menurunkan azab pada kita dengan penyakit, ditelan bumi, angin puting beliung dan sebagainya pada waktu itu juga?
pastinya, kita akan takut untuk berbuat dosa dan kesalahan.
dan dalam situasi yang sama, bagaimana Allah menolak markah pahala kita kerana dosa yang kita perbuat?
mungkin negative markah kita dan timbangan dosa pasti lebih berat jika kita tak berusaha bertaubat dan men'topup' semula iman dan amal kita.
tidak berbuat
sama juga kesnya bila kita tidak berbuat. kalau lampu merah saya sepatutnya berhenti, tapi lampu hijau jalan. maka, jika saya tidak bergerak apabila lampu hijau tentu ramai yang marah. dan polis akan datang lihat apa kena dnegan orang ni tak nak gerak bila lampu hijau. pasti kena marah atau kena saman orang yang tak berdisiplin dan main-main ni.
boleh diterap dalam kehidupan kita, jika kita tak berbuat hal-hal yang wajib yang telah Allah perintahkan. pastinya, Allah tetap murka. dan bagi saya sendiri, bagaimana kalau kita tak berbuat dakwah itu sendiri. sudah tentu akan disoal oleh Allah dan betapa dasyatnya azab apabila meninggalkan dakwah.
apakah juga kita akan muflis kerana masing-masing menuduh kita kerana tidak memberi peringatan pada mereka.
semua jalan apabila lampu hijau mesti bergerak. bukan jalan tertentu sahaja. sama juga dakwah. di setiap jalan kehidupan kita perlu berdakwah. buka mesti nanti baru kahwin, nak dakwah suami dan anak-anak. bukan juga semestinya apabila berjawatan dan dibenarkan pihak-pihak tertentu juga baru nak berdakwah. dakwah itu milik kita. dakwah tidak bermusim! sesungguhnya setiap hari adalah dakwah.
belajar dari kisah terdahulu
kita lihat sahaja kisah-kisah kaum terdahulu yang ingkar pada seruan nabi dan Rasul agar beriman pada Allah. mereka ditimpa azab dan malapetaka yang bermacam-macam.
kita lihat Firaun sendiri yang mengaku Tuhan dan mengaku mampu menghidupkan dan mematikan, Allah mengazabnya dengan mati lemas ketika mahu mengikut nabi musa dan kaumnya melintasi laut terbelah.
subhanallah. kalau mahu lebih detail baca terjemahan surah al anbiya' yang menceritakan kisah-kisah nabi dan kaumnya yang ingkar.
p/s : disaman Allah jauh lebih parah. usah tinggalkan dakwah. ampunkan hambaMu ini ya Allah.
1 teguran:
salam..huhu..
ana pon ada peristiwa..ekseden..
sekali kena dengan anak murid dad..so lepas lah jugak..dua kali menyaksikan penunggang moto terbang di hadapan adek ana..sampai fobia adik ana nak naik ngan ana..act moto tu yang rempuh ana..Alhamdulillah sekalipn berdarah masih bernyawa..
kemudian bawak kereta manual dengan berani mati nya ke uitm..upm dan usim tanpa ada kemahiran dan kebolehpakaran..setelah dua tahun bawak auto..Alhamdulillah kereta x mati tengah jalan..jika tidak kalau dirempuh....huu na'uzubillah ~
Catat Ulasan