IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

16 Ogo 2010

memang perit




Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang memahami kondisi hambaMu ini,
Yang mengetahui segala isi hatiku,
Mengetahui segala apa yang terjadi,
Sekalipun maksiat-maksiat yang tersembunyi,
yang menjadikan manusia seluruhnya,
Engkaulah yang mengawal segalanya,
Dengarlah luahan hati hambaMu yang kerdil ini.

Ya Allah,
Keperitan ini kutanggung sejak awal,
Kutahan berlarutan sehingga sekarang,
tersebar hampir seluruh badan,
Sakitnya tidak siapa yang rasa,
Pedihnya tidak ada siapa yang tahu kecuali Engkau,
Adakah hambaMu ini mampu mengahadapinya hingga penghujung nyawa?

Y a Allah,
hambaMu ini cuba bersangka baik,
menerima pilihan ini dengan hati terbuka,
berupaya menjadikannya minat dan suka,
namun, bisikan syaitan selalu menerpa,
kau ini tidak layak!
kau ini perlu tukar jalan hidupmu sahaja!
aduh, kepalaku sakit sehingga mahu sahaja kumohon,
Oo Allah tarik sahaja hayat hidupku ini jika itu lebih baik.

Ya Allah,
Engkau selalu sahaja memberiku peluang,
Memberiku kejayaan yang aku tak sangka,
Sehingga aku yakin inilah pilihan hidupku,
Sehingga aku tidak mahu berganjak jikalau tidak kerana terpaksa,
aku gagahkan jua langkah ini,
meskipun mengambil jutaan tahun lamanya.

Ya Allah,
Apa yang perlu hambaMu ini lakukan?
Meneruskan langkah ini atau menghentikannya?
Menerima atau berpaling?
Menangis atau menahan ego?
Menyakitkan kepala dan otak atau menyakitkan hati ibu bapa?


Ya Allah,
Berilah aku harapan semula,
Agar terus sembuh dari segala perkara yang menyerabutkan,
Dari segala perkara yang ragu-ragu,
Dari segala-galanya yang membantutkan usaha,
Oo Allah, kurniakanlah aku sesuatu yang boleh menguatkan dan menyakinkan aku untuk meneruskan perjalanan ini.

p/s : ayat yang sangat tersirat.

6 teguran:

adik berkata...

Assalamualaikum
Allahuakbar..apa y sedang blaku pd kakak ana ini

zikri berkata...

seharusnya Ramadhan ini menjadikan para pendakwah lebih tsabat dan kukuh di jalan Allah.

Mengharapkan apa yang tak mampu kita capai bukan lah suatu yang baik. Tapi berdoa agar Allah mengurniakan suatu yang dapat kita perolehi dengan semampu kekuatan yang kita miliki hingga kita tak perlu lagi akan bantuan selain dari mengharap pertolongan Allah seperti yang selalu dibaca dalam ma'thurat.

adeq berkata...

k.a.s.i.k.u.a.t.i.t.u.h.a.t.i..

hana berkata...

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..
Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya..
yakinlah...

kak ain berkata...

adik ku teruskan usaha mu, kerana Allah melihat usaha kita..natijahnya biar Allah tentukan..TAKBIR! jangan mengalah dan berputus asa. walo ape berlaku akak tetap support ayu..

Tanpa Nama berkata...

adikku sayang...lakukan muhasabah terhadap komitmen yang tak beres. buat analisa masa. kena setkan lingkungan masa untuk satu-satu komitmen dan cuba tidak menganggunya dengan komitmen lain supaya lebih fokus dan berkualiti. bukan bermakna kita menghentikan komitmen lain tetapi komitmen yang lebih major perlulah dibereskan terlebih dahulu. tidak mengapa jika komitmen major itu mengambil sedikit masa dari komitmen minor jika itu rasa dibolehkan atas alasan komitmen major itu lebih penting. disiplin dalam penetapan masa berkomitmen kena kuat. tidak mungkin sama sekali jika dikatakan semua komitmen itu major semuanya atau minor semuanya. apapun tidak kiralah major atau minor, komitmen yang baik jika diniatkan ikhlas keranaNya pastinya ibadah. semasa belajar lain cara mengaturnya begitu juga bila sudah bekerja mungkin lain juga cara mengaturnya. berdoa, berusaha dan bertawakal. pasti Allah membantu kita. ‘hasbiallahu wa nikmal wakil - cukuplah hanya Allah menjadi penolong bagimu’. moga adik yang ku sayang ini tabah. selamat berkomitmen…yakin boleh!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...