iman,
dimana kau?
aku kehilangan.
rasa kerinduan,
berhari kau meninggalkan..
membiarkan aku lemah kaku pengsan.
iman,
kenapa tiba-tiba kau jauh?
akukah yang salah?
membiarkan kau lari,
sehingga tak larat ku capai kembali.
aduh.. sungguh, aku memerlukanmu
merawat kembali hati yang sudah layu.
iman,
jangan menangis,
aku takkan meninggalkanmu lagi,
akan kujaga rapi,
demi cintaku pada Ilahi,
demi kebahagian yang hakiki.
iman,
sayu aku hari ini,
diri syaitan dah penuhi,
tanpa kau awasi,
kerana hilang beberapa hari sebelum kau kutemui,
harap tak begini lagi,
takut ia berterusan sampai ajal mari.
marilah iman,
jangan takut.
aku perlukanmu,
seseungguhnya diri ini menyesali,
kelalaian yang sering diulangi,
kemari..
agar diri bersemangat kembali,
melakukan kerja dakwah sepenuh hati..
p/s : iman, jangan lari lagi....!!!!
6 teguran:
wahai diri,
aku iman.
aku tak pernah lari,
aku tak pernah meninggalkanmu,
aku tak pernah menyisihkanmu,
cuma, aku menjauhkan diri sebentar,
kerana aku lihat kau seperti tidak perlukan aku,
jadi aku mengasingkan diriku,
jauh darimu,
agar kau rindu akan diriku,
dan berusaha mencari aku.
kerna aku tidak bisa melanggar janji Allah,
janji untuk bersama-samamu ke mana saja,
janji untuk tetap setia disampingmu,
janji untuk menemanimu sehingga ajalmu,
janji untuk membahagiakanmu di syurga.
diri,
aku juga merinduimu,
sepertimana kau merinduiku,
aku rindu amal makruf nahi mungkarmu,
aku rindu kesyahduan bacaan Al-Quranmu,
aku rindu zikir biji tasbihmu,
aku rindu puasa sunat ikhlasmu,
aku rindu peringatan2 yang kau beri kepada sahabatmnu,
aku rindu tangis insafmu,
aku rindu solat tahajudmu...
wahai diri,
aku bahagia,
kerna kau juga merinduiku,
dan masih berusaha mencari aku.
aku sayang kau,diriku..
suka anonymous ini punya ayat peringatan..
suka juga.. feedback dr iman..
mudah-mudahan begitu.. insyaAllah
ct,itah suka post ni n komen dari iman.syukran.jzkk
Subhanallah....
what a beautiful words..
itah : iman memang berbakat.. hehe
anon : subhanallah.. mungkin bakat terpendam
Catat Ulasan