IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

4 Apr 2010

no excuse !

orang malas selalu memberi alasan..

mungkin itu pepatah yang selalu kita dengar.

dan mungkin itu realitinya.

menunggu sempurna baru tiada alasan?

Imam Said bin Jubair berkata: "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran." Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

beralasan

apabila diajak ke program, kita beralasan.

apabila diajak ke liqo', kita beralasan.

apabila diajak ziarah, kita beralasan.

apabila diajak buat taalim, kita beralasan.

apabila diajak bagi tazkirah, kita berasalan.

apabila diajak buat risalah untuk diedarkan, kita berasalan.

sampai bila alasan itu akan berterusan.

sampai mati?

sampai ajal tiba?

alasan kurang cerdik!

alasan kita adalah alasan yang kurang munasabah.( macam kasar je ayat)

' aku mahu siapkan assignment'
' aku balik rumah'
' aku sibuk, takde masa'
' aku ada PBL esok'
' aku mahu keluar petang ini'
' aku mahu study'
' aku takde ilmu'

aku.. aku.. aku.. errr.. er.rrr...

sampai bila?

apa lagi alasan yang kamu mahu beri..
di kubur juga mahu bagi alasan?

tepuk dada, tanya iman.

' sekiranya yang kamu serukan itu ada keuntungan yang mudah diperoleh, dan perjalanan yang tak berapa jauh, nescaya mereka mengikutimu. tapi tempat yang di tuju itu terasa jauh sangat jauh bagi mereka. mereka akan bersumpah dengan nama Allah, ' jikalau kamu sanggup nescaya kami berangkat bersama-samamu'. mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui orang yang benar-benar berdusta'

( attaubah ,9: 42)

p/s : tolong jangan beralasan. katakan kami dengar dan kami taat.

5 teguran:

snhidayah berkata...

salam ukhti...mmg kasar bunyinyer..alasan bodoh???
jangan menghukum sampai begitu...
alasan tersebut bagi ana bukanlah alasan bodoh yang direka-reka,
alasan tersebut diberi mgkin kerana diri telalu daif dan tidak mempunyai 'sense of belonging' dalam berdakwah...
mohon diberi petunjuk agar diringankn badan dalam melakukan kerja2 dakwah..

mujahidah88 berkata...

ish.. nasihat ini umum. bukan di tuju pada sape2.. afwan kathira kalau ia membuatkan anti terasa.. asif jidan

Tanpa Nama berkata...

salam adikku sayang. 'alasan' itu berlogika jika kita kata ia diambil daripada kata akar iaitu 'alas'... ditambah dengan imbuhan 'an' menjadi 'alasan'. ya... 'alasan' berkait rapat dengan 'sebab' dan mungkin boleh di samakan dengan 'sebab' walaupun ada yang membezakannya dengan mengatakan 'alasan' itu dikaitkan dengan perkara negatif manakala 'sebab' itu dikaitkan dengan sebaliknya. cth: 'apakah 'alasan' kamu tidak hadir ke sekolah? ATAU 'apakah 'sebab' kamu tidak hadir ke sekolah?'. mana satu ayat tanya yang betul dari segi kegramatisannya?. mungkinkah 'alasan' boleh ditakrifkan sebagai 'sebab' yang ber'alas'? ...satu sebab yang diberi atau ditujukan kepada seseorang untuk menafikan sesuatu atau menolak ajakan daripada seseorang dengan cara yang ber'alas' dengan tujuan menjaga hatinya...? jika selalu ber'alasan' memungkinkan prasangka. jadi, jika kita nak ber'alasan' biarlah benar-benar menuntut kepada ber'sebab' dan tidak sesekali menggunakan ruang ber'alasan' yang diberikan untuk terus-terusan ber'alasan' tanpa 'sebab'. moga kita berbaik sangka dan menerima 'alasan' mereka yang benar-benar ber'sebab' ini...

mujahidah88 berkata...

ana speechless

mujahidah88 berkata...

to anon:

apakkah ana orang y lambat faham? apakah bahasa y di gunakan? ana kurang mengerti.. kenapa tidak diterjemah kepada bahasa mudah agar orang lain dpt memahami..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...