alhamdulillah.. setelah habis cuti seminggu. setelah berjalan2 mengembara mencari ilmu sampai juga ke destinasi cinta y tidak kekal, cinta kepada apex universiti. cinta kepada sahabat2 seperjuangan dan cinta kepada muslim di sekitar.
sekarang sudah masuk 9 muharam. sudah berlalu 8 hari tahun baru. bila difikir2kan, diri ini tak bermaya lagi menghadapi tahun baru kerana diri ini lemah. lemah mental, fizikal dan rohani. tapi semangat 'itu' muncul kembali bila mana bertemu akhwat kesayangan. bila mana masing2 memberikan kata2 motivasi, kata2 pembangkit semangat dan kata2 jihad agar diri ini terus berjuang kerana diri ini tak keseorangan. tapi diri ini ada orang y membahu di belakang. mereka bukan sedikit, tapi ramai. bukan sahaja di sini, tapi di seluruh pelosok dunia. di seluruh penjuru alam. diri ini dan mereka adalah pemula atau 'starter' untuk melahirkan perjuangan untuk melahirkan kader2 dan mujahid y luar biasa. InsyaAllah.
cukuplah setelah mendengar berbagai pengisian, ada satu bisikan luar biasa di dalam hati.subhanallah. bisikan itu adalah satu azam. azam untuk lebih banyak memberi. azam untuk menjadikan hidup ini adalah utk memberi. itulah kebahagiaan y mungkin dapat dicapai oleh semua orang sebeanrnya. memberi seumur hidup ini.
berbagai persolan timbul bilamana melihat kondisi saudara2 ku di sekitar. mungkin juga persoalan utk diriku juga.mengapa kebanyakan kita tak mampu meneruskan dakwah dan tarbiyah bila mana diri ini sudah semakin sibuk dengan akademik, bila mana diri ini sudah semakin sibuk dengan profession masing2, dan bila mana diri ini sudah berkeluarga? kenapa ukhti? kenapa berhenti sampai situ sahaja? kenapa hanya melakukan apabila merasa perlu. kenapa melakukan apabila persekitaran berkata begitu.? kenapa beratus2 ribu para pejuang islam y konon menegakkan islam semasa di kampus atau universiti tumbang begitu sahaja apabila era pekerjaan bermula? kenapa? dimana beratus2 ribu pejuang itu? adakah kita berjuang kerana semata untuk dijadikan sejarah. untuk di cerita kan kepada anak2 kita nanti y kita ini kononnya dulu berjuang di kampus? y kita ini kononnya aktif melaksanakan dakwah dan tarbiyah?
apalagi y lebih penting dari semua2 itu selain menyeru orang amar makruf nahi munkar? mana diri ini meletakkan Tuhan kita? dimana Allah dalam hati kita? dimana Rasulullah dalam hati kita? jadi mengapa meniggalkan proses dakwah dan tarbiyah apabila diri ini semakin larut dengan kemewahan dunia? mengapa tidak mahu menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat? dimana kita meletakkan Ilah kita? adakah kita menghambakan diri kita pada kemewahan dunia semata?
ukhti fillah,
tidakkah kalian tahu dakwah itu mesti? tidakkah kalian tahu kalian mesti menyahut seruan Allah y terdapat dalam ayat2 cintaNya. dalam surah 3:103
' hendaklah ada di antara kalian menyuruh berbuat y makruf dan mencegah y munkar'
kita lihat sahaja kondisi umat islam sekarang? adakah sejak 1980an para aktivitis dakwah sudah tersebar luas di kampus2. tapi sekarang saja sudah 2009. mengapa tiada perubahan y berlaku.? malah umat islam semakin jauh terpesong. semakin jauh dari nilai2 islam. di mana mereka2 para aktivitis dakwah y berjuang sejak 29 tahun lalu? dimana mereka?
ah..mungkin diri ini perlu tanya, dimana AKU? dimana AKU sekarang? adakah aku melakukan kerja2 'ini'. adakah aku menyahut seruan Allah dan Rasul? adakah aku berjaya mengubah mahasiswi ini agar meletakkan hati mereka hanya pada Allah? adakah aku sudah menziarahi dan bersilaturrahim dengan mereka? mengetuk pintu2 bilik mereka dan mengajak agar ditarbiyah? adakah aku?
Tepuk dada tanya iman.
pokoknya, aku ingin seperti itu. ingin lagi menambahkan kelajuan. full speed in dakwah dan tarbiyah. ingatlah, jangan berfiikiran sempit. dakwah itu bukan terletak pada mengajak orang sahaja. tapi terletak juga pada seluruh kehidupan kita. ya. seluruh kehidupan kita adalah dakwah. malah akademik juga dakwah. leburkan dakwah dalam diri ini agar tersemat erat ia.
' if u success in dakwah, u will success in everything'
p/s; beriman, bertakwa, berkualiti. insyaAllah.
3 teguran:
beriman, bertakwa dan berkualiti, itulah yang selalu diulang-ulang dalam pengsisian.
saya berazam untuk melaksanakan azam..moga redha Allah mengiringi setiap langkap kita..
melangkahlah dengan penuh keyakinan dan pengharapan hanya padaNYA ukht ~ InshaAllah...susuli juga perjalananmu dengan senyuman..moga terubat kedukaan mereka yang berhampiran.. =)
insyaAllah ukhti.jzkk
Catat Ulasan