Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

29 Apr 2013

Kakakku menikah







" Kak ti, akak jangan nikah boleh tak?"
" Kenapa?"
" Izz tak nak kehilangan akak."
" Akak tak meninggal pun. Akak menikah je."
" Yela, tapi kalau akak nikah mesti akak akan abaikan izz."

Aku termenung. Aku tahu, adik aku begitu risau jika saatnya untuk aku menikah tiba.
Dulu, semasa dia bermimpi aku menikah, bangun sahaja dari tidur terus dia menangis kerana takut kehilangan aku.

Hubungan aku dengan izz sangat rapat. Aku tahu, agak sukar bagi dia untuk menerima kenyataan yang aku akan menikah nanti. Bagaimana aku mahu menjelaskan kepada dia yang aku akan tetap menjadi kakak dan sahabat dia sampai bila-bila.

" Izz, akak janji yang kita akan terus rapat dan jadi sahabat sampai bila-bila."
" Yeke?"
" Ya..kenapa? tak percaya ke?"
" Tak.. sebab izz selalu tengok bila seorang itu nikah, dia takkan hiraukan dah sekeliling kecuali suami dia. Dia takkan hiraukan dah sahabat or adik dia sendiri."

Aku cuba menghadam apa yang dia cuba sampaikan. Ada benarnya juga.
Aku tidak mahu jadi seperti itu.
Aku tahu, apabila seseorang itu menikah, kepatuhannya dan prioritinya pada suami adalah nombor satu.
Namun, apakah bermakna hubungan yang selama ini terbina rapuh begitu sahaja hanya kerana alasan itu?

" Izz, insyaAllah akak takkan jadi macam itu. Walau macam mana pun, akak akan call or mesej izz seminggu sekali bertanya kabar. Kita akan stil jalan dan gura-gurau macam dulu. Kita kan ada 'diari' kita. yang kita selalu 'update'...."  Aku tersenyum.

Mata izz berkaca-kaca.

" Kalau macam tu, izz percaya pada kakak kesayangan izz."
" InsyaAllah.." aku mengakhiri perbualan.

Kami bersama-sama terus meluncurkan kereta laju ke bandar kerana kami tahu masa untuk bersama mungkin takkan banyak seperti dulu.

"Akak sayang izz" .. gumamku dalam hati.


Semoga pernikahan yang terbina tidak pernah menjejaskan hubungan seorang adik dan kakak dan seorang sahabat dan sahabatnya.

Selamat melangsungkan pernikahan buat Kak Jah pada 4 Mei ini dan Kak Hajar pada 25 Mei ini.


Barakallahu lakuma ( semoga Allah memberkahi kamu berdua) .



7 teguran:

Sahabat Jauh berkata...

salam..hehe boleh buat novel tajuk ni ukhti..touching sgguh perbualan kat atas tu..T__T

dr. mujahidah berkata...

hehe.. tak fikir lagi nak buat novel..;)

adik berkata...

kak jah nikah pd 4 mei la.. n lg 1, pggil kak wan, bukan kak jah..

erm.. post ni..

akhwat ukm berkata...

hmmm mnanti giliran tuan punya blog pula..huhu IA.

dr. mujahidah berkata...

yela adik, panggilan bese kak jah kot.

akhwat ukm, penantian satu penyeksaan. hehe.. tak payah menanti. enti tu kne cepat2

Tanpa Nama berkata...

kalau sebelum nikah pun da buat hal. jangan harap la. haha.

akhwat muda berkata...

salam dr.. cerita ni sme dgn pengalaman yg ana penah rse.
takot bebeno kehilanagan insan trsyg dlm hdup sbb kawen.huhu. berderai air mta membaca.ngee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...