IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

30 Ogo 2010

Majalah Sinergi 2nd edition



Alhamdulillah. segala puji bagi Allah. Sinergi Edisi ke -2 telah selamat dihasilkan . Boleh dapatkan Majalah Sinergi dengan pengedar-pengedar yang berdaftar serta premis-premis yang terpilih..Semoga Allah menerima dan meredhai usaha sama individu-individu yang menyokong dan mendokong secara langsung mahupun sebaliknya..Amin..Syukran Jazilan kepada pembaca-pembaca yang masih memberikan kami komentar, masukan, dan pemberian semangat kepada kami untuk membuat 'Continuous Improvement' sebagai majalah yang masih muda dalam pasaran.



24 Ogo 2010

dakwah fardhiyah



di suatu petang yang indah..


" apa yang meneybabkan antunna join tarbiyah ni?"


mereka berempat masing-masing terkedu. teringat di awal mereka ditarbiyah. ada yang berfikir panjang.
macam mana ya?


nora menjawab. " sebab ada kak senior tu selalu ajar masa lab. kenal then dia ajak taalim"


ati pula kata sebab yang dekati dia adalah kawan dia sendiri yang dia kenal dan rapat.


rai pula macam mana?
masih terkebil-kebil. dia berfikir sejenak. memikirkan bagaimana dia boleh tersentuh dengan tarbiyah. padahal dialah pemula yang memulakan dakwah di situ.


**********
cerita Rai agak complicated. sebab tu Rai tak suka cerita kat orang bagaimana rai di tarbiyah. mungkin sebab malu.


sejak masuk di usm, kak Y selalu sahaja datang melawat rai di usm. walaupun dia belajar jauh, dia sanggup ambil cuti hujung minggu datang untuk melawat rai.


dulu, masa sekolah. rai pernah ikut taalim di bawah kak Y. banyak-banyak kakak yang buat taalim dulu, rai paling rapat dengan kak Y. entah, mungkin kak Y selalu layan kerenah rai hingga ada juga kawan-kawan rai cakap rai tak sopan. yela, selamba mintak bawa pisang goreng bila datang sekolah buat taklim dan selamba je basahkan buku tazkirah kak Y tanpa minta maaf.


rai memang minat pisang goreng. dan rai ni memang jenis tak suka minta maaf. itu sikap buruk rai dulu. EGO..


hubungan dengan kak Y selepas sekolah berlalu begitu je. bila fikir semula, rai sangat menyesal sebab tak ikut cakap kak Y. benda tu dah lama berlalu. yela, kak Y suruh masuk matrik N9 atau matrik perak, tapi rai berdegil nak masuk matrik johor sebab dekat dengan rumah. maka, terputuslah tarbiyah dan rai mula menjauhi kak Y ( sehingga delete nombor phone dan call/ meseg tak balas) sebab kawan-kawan cerita tak elok tentang kak Y dan tarbiyah. tapi sebenarnya itu tak benar pun. 


masa tu rai tak faham. semuanya Allah atur terbaik untuk rai. rai tak boleh merasa marah dan menolak takdir Allah.
*********


rai selesa dengan kak Y. bila kak Y datang usm pasti kak Y tetap teruskan taklim walaupun rai sorang je datang. rai rasa dakwah fardhiyah kak Y berkesan sehingga rai sanggup kehilangan kakak-kakak lain kerana kak Y. rai sanggup memilih tarbiyah yang dibawakan oleh kak Y walaupun rai tahu selepas ini, rai kena bergerak seorang di medan tu dan perlu mendapatkan tarbiyah jauh beribu batu di terengganu.


di waktu cuti bila di rumah, kak Y sanggup call rai berjam-jam untuk taklim dan pengisian. kak Y memang minat bercerita. rai tsiqah dengan kak Y sebab kak Y tak pernah berselindung. dia percaya rai memang boleh simpan rahsia.




************

Rai berfikir lagi dan lagi. cara dakwah fardhiyah yang dilakukan oleh kak Y lain sebab kak Y duduk bukan sama blok pun dengan rai, bukan sama U pun. tapi bagaimana hubungan jauh tu boleh jadi amat rapat sekali? 


" dakwah antunna tak menjadi sebab kurang dakwah fardhiyah!"


rai dakwah main hentam-hentam je dulu. rai tak di ajar pun sedetail begini. mungkin sebab rai kurang membaca. bila rai banyak berinteraksi dengan akhwat luar, rai rasa banyak benda rai tak tahu walaupun rai dah hampir 2 tahun ditarbiyah.


itu rai dulu. rai sekarang lain.


rai sedar. rai banyak silap dengan kakak-kakak senior dan kawan-kawan yang tak sependapat dengan rai. bila mereka rasa cara dakwah mereka terbaik, kenapa mesti rai nak tegur-tegur dan komplen pada mereka semua. itu cara mereka. rai yakin cara dakwah yang rai buat, cara yang terbaik. rai tak boleh ikut diorang. kami tak sepahaman. dan kami berlainan management.


maka, berlapang dada jelah..


*************


prime time rai tinggal setahun je lagi. bila tahun seterusnya rai sangat buzy ( orang kata). so, rai kena sehabis mungkin untuk mencari sebanyak mana orang ditarbiyah agar memahami  dakwah itu milik semua. bukan hanya bila ada jawatan, bukan hanya bila ada masa lapang atau buka hanya bila nak buat, buat. bila rasa tak nak buat, sudah..


selepas buat eksperimen, rai yakin bahawa dengan dakwah fardhiyah, ramai yang akan mampu berubah.


kekuatan ukhwah mengatasi segalanya.




rai yakin, rai akan berjaya dalam eksperimen ni.


doakan rai..


p/s : .........

21 Ogo 2010

Pengalaman: Hampir disaman


Selepas berbuka puasa dan terawih di masjid elite UTP yang sangat selesa dan best semalam, kami bertolak balik terus ke kelantan. Perjalanan yang panjang semestinya. Kami memutuskan untuk melalui laluan Grik bukan Gua Musang kerana ingin mencuba.

Sementara saya recharge energy dengan tidur,  akhwat lain yang membawa kereta. dan pertukaran 'driver' berlaku apabila jam menunjukkan lebih kurang 3pagi.

menjadi driver

pengalaman saya menjadi driver untuk perjalanan yang jauh sebenarnya amat sukar juga untuk saya perolehi kerana kebanyakannya kami lebih selesa menaiki bas. dan apatah lagi, abah memang risau kalau saya memandu kerana ketidak'pro' saya dalam membawa kereta.

saya cuba untuk membawa laju dalam perjalanan dari jalan Klimaks Grik ke Kubang Kerian dengan alasan untuk cepat sampai. dan dalam perjalanan itulah saya juga melanggar lampu isyarat merah sebab waktu itu kereta boleh dikira dengan jari.

disaman


nasib tak berapa baik, tika melepasi lampu isyarat yang merah, tiba-tiba saya diekori oleh kereta polis( pengalaman pertama dikejar polis) dan mereka menyuruh saya berhenti. dengan jantung yang berebar-debar, saya berhentikan kereta di tepi dan membuka tingkap. Encik Polis meminta lesen pada saya dan memberitahu bahawa saya akan disaman.

saya dengan nada sedih dan takut, merayu pada Encik Polis agar tidak disaman dan memberitahu kondisi saya adalah pelajar dan sebagainya. Jumlah RM300 bukanlah sedikit. dan RM300 itu juga kalau di infak pada dakwah itu lebih baik. alhamdulillah, tidak disaman.

selepas itu, lampu isyarat yang seterusnya saya patuhi dengan berhenti ketika merah.

'ibrah'

ada akhwat memberitahu, " hati-hati kak ayu, skang ni kan dah nak dekat raya, polis banyak buat rondaan"

adakah itu sahaja ibrahnya? saya membayangkan itu baru sahaja disaman oleh polis ketika buat kesalahan.
tapi bagaimana kalau setiap kali dosa dan kesalahan yang kita buat Allah saman?

disaman Allah itu jauh lebih berat dari disaman Encik Polis.
kalau kita disaman Allah dengan Allah menarik nikmat-nikmat yang ada pada kita, pasti kita takkan berbuat kesalahan itu lagi. dan akhirnya mematuhi 'peraturan' yang Allah berikan dengan betul untuk melalui jalan kehidupan.

berbuat dosa

saya membayangkan tentang bagaimana kalau setiap kali kita berbuat dosa, Allah menarik nikmat nafas pada kita? atau menarik nikmat tangan dan kaki? atau menarik segala harta kita? atau keluarga? atau apa-apa yang berharga di dunia ini?

dan bagaimana kalau Allah menurunkan azab pada kita dengan penyakit, ditelan bumi, angin puting beliung dan sebagainya pada waktu itu juga?
pastinya, kita akan takut untuk berbuat dosa dan kesalahan.

dan dalam situasi yang sama, bagaimana Allah menolak markah pahala kita kerana dosa yang kita perbuat?


mungkin negative markah kita dan timbangan dosa pasti lebih berat jika kita tak berusaha bertaubat dan men'topup' semula iman dan amal kita.

tidak berbuat

sama juga kesnya bila kita tidak berbuat. kalau lampu merah saya sepatutnya berhenti, tapi lampu hijau jalan. maka, jika saya tidak bergerak apabila lampu hijau tentu ramai yang marah. dan polis akan datang lihat apa kena dnegan orang ni tak nak gerak bila lampu hijau. pasti kena marah atau kena saman orang yang tak berdisiplin dan main-main ni.

boleh diterap dalam kehidupan kita, jika kita tak berbuat hal-hal yang wajib yang telah Allah perintahkan. pastinya, Allah tetap murka. dan bagi saya sendiri, bagaimana kalau kita tak berbuat dakwah itu sendiri. sudah tentu akan disoal oleh Allah dan betapa dasyatnya azab apabila meninggalkan dakwah.

apakah juga kita akan muflis kerana masing-masing menuduh kita kerana tidak memberi peringatan pada mereka.

semua jalan apabila lampu hijau mesti bergerak. bukan jalan tertentu sahaja. sama juga dakwah. di setiap jalan kehidupan kita perlu berdakwah. buka mesti nanti baru kahwin, nak dakwah suami dan anak-anak. bukan juga semestinya apabila berjawatan dan dibenarkan pihak-pihak tertentu juga baru nak berdakwah. dakwah itu milik kita. dakwah tidak bermusim! sesungguhnya setiap hari adalah dakwah.

belajar dari kisah terdahulu

kita lihat sahaja kisah-kisah kaum terdahulu yang ingkar pada seruan nabi dan Rasul agar beriman pada Allah. mereka ditimpa azab dan malapetaka yang bermacam-macam.
kita lihat Firaun sendiri yang mengaku Tuhan dan mengaku mampu menghidupkan dan mematikan, Allah mengazabnya dengan mati lemas ketika mahu mengikut nabi musa dan kaumnya melintasi laut terbelah.

subhanallah. kalau mahu lebih detail baca terjemahan surah al anbiya' yang menceritakan kisah-kisah nabi dan kaumnya yang ingkar.

p/s : disaman Allah jauh lebih parah. usah tinggalkan dakwah. ampunkan hambaMu ini ya Allah.

16 Ogo 2010

memang perit




Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang memahami kondisi hambaMu ini,
Yang mengetahui segala isi hatiku,
Mengetahui segala apa yang terjadi,
Sekalipun maksiat-maksiat yang tersembunyi,
yang menjadikan manusia seluruhnya,
Engkaulah yang mengawal segalanya,
Dengarlah luahan hati hambaMu yang kerdil ini.

Ya Allah,
Keperitan ini kutanggung sejak awal,
Kutahan berlarutan sehingga sekarang,
tersebar hampir seluruh badan,
Sakitnya tidak siapa yang rasa,
Pedihnya tidak ada siapa yang tahu kecuali Engkau,
Adakah hambaMu ini mampu mengahadapinya hingga penghujung nyawa?

Y a Allah,
hambaMu ini cuba bersangka baik,
menerima pilihan ini dengan hati terbuka,
berupaya menjadikannya minat dan suka,
namun, bisikan syaitan selalu menerpa,
kau ini tidak layak!
kau ini perlu tukar jalan hidupmu sahaja!
aduh, kepalaku sakit sehingga mahu sahaja kumohon,
Oo Allah tarik sahaja hayat hidupku ini jika itu lebih baik.

Ya Allah,
Engkau selalu sahaja memberiku peluang,
Memberiku kejayaan yang aku tak sangka,
Sehingga aku yakin inilah pilihan hidupku,
Sehingga aku tidak mahu berganjak jikalau tidak kerana terpaksa,
aku gagahkan jua langkah ini,
meskipun mengambil jutaan tahun lamanya.

Ya Allah,
Apa yang perlu hambaMu ini lakukan?
Meneruskan langkah ini atau menghentikannya?
Menerima atau berpaling?
Menangis atau menahan ego?
Menyakitkan kepala dan otak atau menyakitkan hati ibu bapa?


Ya Allah,
Berilah aku harapan semula,
Agar terus sembuh dari segala perkara yang menyerabutkan,
Dari segala perkara yang ragu-ragu,
Dari segala-galanya yang membantutkan usaha,
Oo Allah, kurniakanlah aku sesuatu yang boleh menguatkan dan menyakinkan aku untuk meneruskan perjalanan ini.

p/s : ayat yang sangat tersirat.

3 Ogo 2010

hidup tanpa ukhwah




hidup seorang diri

hidup tanpa teman ibarat hidup di dunia ini seorang diri.

makan seorang diri.
berjalan seorang diri.
qiamullail seorang diri.
bermusafir seorang diri.
bagi tazkirah seorang diri.
pergi masjid seorang diri.
solat seorang diri.
buat program seorang diri.
semuanya seorang diri.


ada teman, tapi tidak berfungsi samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tidak ambil tahu, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tak ajak ke mana-mana bersama, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi tak pernah ziarah, samalah seperti tiada teman. ada teman tapi buat tak tahu, samalah seperti tiada teman!


ah, begitu sukar hidup jika tak berteman. dan begitu sukar hidup jika dakwah ini hanya dipikul seorang diri. diibaratkan kambing yang seekor di padang rumput, maka mudahlah serigala nak menyerangnya.


ukhwah mesti mantop


apa yang nak ditekankan disini, kalau ada ramai akhwat, tapi ukhwah tonggang terbalik kan sama sahaja seperti hanya sorang akhwat yang hidup di medan itu.


 mengapa ya kadang-kadang kita lebih mementingkan kawan lain berbanding akhwat sendiri? dari segi study group nya, ajak makan, gi MYDIN, gi pasar malam dan mana-mana je la.
ayo.. husnuzon aja. usah prasangka buruk.


sebab mungkin salah satunya ukhwah yang kurang baik dibina sesama akhwat itu sendiri. kurangnya ziarah, kurangnya interaksi, kurangnya program-program ukhwah dan kurangnya ruh imaniyah sesama akhwat itu sendiri. 


" kalau mutabaah bagus, ukhwah pasti bagus"
" kalau mutabaah bagus, pasti tiada alasan dalam melakukan gerak kerja di medan ni" kata sorang akhwat ni.


barangkali memang benar.


muhasabah


cuba bermuhasabah dan me'refresh' diri.
ada apa dengan sebenarnya? mungkin berlakunya jurang sesama akhwat disebabkan oleh sikap tidak ambil tahu dan sikap tidak mahu memberitahu.


ada sesetengah akhwat yang lebih selesa menyelesaikan masalahnya sendiri dan tidak mahu orang lain tahu. ataupun kalau yang tahu hanya teman baiknya yang bukan akhwat. sudah jelas nampak di sini, betapa rapuhnya ukhwah sesama akhwat itu sendiri. 


dan adapun bagi akhwat yang tidak ambil tahu, itu sepertinya tidak ambil kisah hal sesama muslim. padahal Rasulullah saw bersabda :
" barangsiapa yang tidak ambil tahu hal orang muslim, maka bukan dari kalangan kami"


kurang bertanya khabar adalah kurang ambil tahu. apakah sihat atau sakit, apakah ada masalah atau tidak, atau apakah mahukan pertolongan atau tidak.


itulah kadang-kadang ramai yang mufaraqah disebabkan masalah ukhwah.!




kuatkan ukhwah sesama akhwat


di awalan tarbiyah lagi sepatutnya ditekankan konsep ukhwah. dan ditekankan kehadiran ke program-program ukhwah. agar bila diarah melakukan gerak kerja bersama-sama, akhwat tidak merasa kekok dan janggal.


maka, duhai akhwat sekalian,
kuatkan dan mantopkan ukhwah sesama kita. moga dengan ukhwah yang terjalin ini, menguatkan lagi kaki kita untuk melangkah.


wallahu'alam.


p/s: ukhwah dengan mad'u agak baik kerana ketsiqahan mereka pada kita.

1 Ogo 2010

akak, saya nak berubah!



satu kisah yang mahu diceritakan. sebenarnya saya suka baca kisah ini. jadi, terimalah sebuah cerpen yang tak berapa best.
*******************************
di suatu malam, seusai solat maghrib berjemaah.
" akak, saya nak pakai tudung labuh la. tapi macam mana ye kak?" pertanyaan itu memecah kesunyian di surau yang terdiri kami bertujuh.

pertanyaan itu membuat aku terkejut. hampir tidak kupercaya dalam dirinya itu ada keinginan untuk bertudung labuh. aku tahu, sejak kali pertama berjumpa dengannya di taalim, nampak dari raut wajahnya bahawa dia memang terdiri dari keluarga yang baik-baik.
akhwat di sebelahku terus memberi jawapan sebelum sempat untuk mulutku berbicara.

" kalau nak pakai tudung labuh, kenalah berperingkat. mula pakai tudung lerang 45, lepastu 50, then lerang 60. tapi mestilah pakai stoking dan handsock. barulah orang sekeliling tak terkejut. especially family"
" pakai tudung labuh ni selamat, tak diganggu, mudah, selesa dan best"

panjang lebar si akhwat ni menerangkan.
aku hanya diam memberi laluan pada mereka berbual.

" ayah saya ni bila saya balik rumah je, mesti suruh pakai tudung labuh. ari tu pernah saya balik pakai t-shirt dan seluar, tapi kena marah dengan ayah. ayah pesan suruh pakai baju kurung kalau balik rumah."
" mak saya pakai tudung labuh dan purdah"
" kakak saya pun sudah mula pakai purdah"
" tapi saya je yang nakal!, pakai tudung pendek, stoking pun kejap pakai kejap tak"

kini giliran aku pula menjawab.
" nak pakai tudung labuh kenalah niat nyer betul. kalau pakai kerana ayah, mak atau kakak, tak de maknanya. tapi itu mungkin boleh jadi satu pendorong. yang penting kita pakai kerana faham dan kerana untuk sempurnakan aurat kita. cari keredhaan Allah itu sangat penting agar kita istiqamah."

tiba-tiba  beberapa orang adik cuba juga menyampuk.

" akak, saya pun sebenarnya nak pakai tudung labuh!" mereka terus meluahkan apa yang terbuku.

aku tersentak. subhanallah, rupanya mereka ini ada keinginan nak berubah. ada keinginan nak pakai tudung labuh. niat itu sudah lama rupanya.
ada seorang adik meluahkan rasa sedih dan kesal dengan sikap family yang tidak memahaminya.

" saya dulu bukan macam ni kak. saya teruk. tapi naik semester ni saya sudah mula mahu berubah...
bila kat umah, kakak dan abang seolah-olah tak boleh terima perubahan saya. padahal saya hanya ubah cara pemakaian tudung yang tak berselimpang kepada pin lurus ke bawah. bila mahu keluar, mereka memperli saya.
nape la ko baik sangat?
bila saya pakai baju lengan panjang dan pakai seluar track ( bukan seluar jeans), mereka kata saya ni ustazah.
saya pernah nangis sebab tak tahan. saya rasa tak kuat la kak."

aku mendengar cerita nya bagai mahu nangis. dugaan dia hendak berubah lebih hebat dari dugaan aku.
" sabarlah, nak berubah mesti banyak dugaan. sabarlah. pertolongan Allah itu bagi orang yang sabar.. pentingnya kita mempunyai kawan yang sentiasa terus membantu kita. jangan risau. akak cuba tolong yang termampu"

"terima kasih kak." jawabnya sayu.


" kak, saya rasa bersyukur sangat dapat jumpa kakak-kakak yang nak bimbing kami"

aku gelak dan rasa kelakar.
" nape akak gelak? saya cakap ni dari hati nurani saya tau"
ok. ok.. aku hanya mengangguk.

"disebabkan semua nak cari tudung labuh. kita shopping nak ari jumaat ni?"
aku memberi cadangan.
" ok.. bestnya. terima kasih kak."

ok.. jom solat isya'. seusai solat isya' kami bersalaman dan terus keluar. rasa berat hati meninggalkan mereka.
aku dan akhwat yang bersamaku terus keluar lalu menyerahkan kad pelawat pada pak cik guard.

moga Allah terus meneguhkan hati mereka dan moga mereka terus istiqamah.

ameen..

p/s: hold my hand my friend.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...