Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Okt 2010

menjaga keaslian dakwah

AWAS: artikel ini adalah peringatan diri sendiri
menjaga keaslian dakwah ibarat menjaga kualiti bangunan agar terus tersergam indah meskipun dilanda taufan

semakin ramai orang yang sudah sedikit memahami dakwah dan semakin ramai juga yang tengah berusaha untuk menyebarkan dakwah. tapi, hakikatnya semakin banyak juga perkara kemungkaran yang terjadi. adakah para pendakwah yang mengaku berdakwah tidak buat kerja? atau ramai orang tidak boleh terima dakwah yang disampaikan? tepuk dada, tanya diri. sejauh mana kita telah berbuat untuk islam dan untuk ummah.

disebabkan banyak juga organinsasi dakwah atau jemaah wujud di era ini, maka, ramai juga pemuda-pemudi yang semakin dekat dengan islam. namun, terdapat banyak perkara perlu diteliti agar dakwah laju dengan mengambil serius masalah-masalah kecairan yang berlaku sekarang.

menjaga keaslian dakwah

apa yang dimaksudkan dengan menjaga keaslian dakwah atau menjaga asolah dakwah? menjaga segala keaslian yang ada pada hubungan lelaki perempuan, tarbiyah yang berlansung, halaqah, program dan segala yang ada di dalam sesuatu organisasi dakwah sepertimana dakwah baru berkembang dahulu.

keaslian dakwah akan mengalami kecairan bila mana perkara yang serius dianggap remeh. pembina atau murobbi mengambil enteng terhadap permasalan orang yang dibina tanpa bersikap tegas terhadap apa yang sepatutnya dilakukan.

proses tarbiyah berlansung dengan cincai tanpa ada penekanan tentang aspek-aspek tertentu yang menyebabkan pemahaman yang kurang oleh binaan / mutorobbi sehingga bila mana mutorobbi menjadi murobbi, banyak sisi- sisi lain yang dipandang remeh sehinggalah generasi seterusnya memandang lagi remeh sesuatu hal yang berlaku.

percampuran ikhwah dan akhwat



sekarang, sukar untuk melihat program ikhwah dan akhwat di luar sana kurang sangat bercampur. bahkan, setiap kali program, mesti bercampur. malah, kalau dikirakan, boleh sahaja membuat program berasing. namun, terdapat alasan-alasan yang mengatakan boleh kerana tujuan kebaikan dan amar makruf nahi munkar atau topik yang mahu ditekankan adalah sama. jadi, perlunya program yang bercampur. percampuran ikhwat dan akhwat yang sangat kerap dalam program adalah satu ciri-ciri kecairan yang berlaku.

alhamdulillah, selama saya ditrabiyah, sukar untuk saya menemui program yang bercampur. pernah sekali itupun prgoram yang diada-adakan baru-baru ini. namun, percampuran hanya berlaku bila waktu pengisian sahaja. dan pernah dulu, saya menganggap management yang saya ikuti ini hanya ada akhwat sahaja kerana setiap kali program sukar untuk menemukan ikhwah kecuali ikhwah itu adalah pengisi dan pengiring pengisi.

kenapa ditekankan sangat agar program tidak bercampur? kerana fitrah manusia. suka memandang pada yang cantik dan sempurna. pantang sahaja nampak lelaki yang berkopiah iaitu ikhwah sendiri, mungkin menginginkan satu hari nanti akan menjadi bakal suami kita dan sebaliknya bilamana melihat akhwat yang bertudung labuh. bila-bila sahaja zina hati dan zina mata akan berlaku.

pernah juga ikhwah bercerita sewaktu melihat fenomena dimana apabila ikhwah dan akhwat sudah punyai pejabat dan bisnes sendiri, maka, kedudukan tempat kerja bersebelahan sahaja dan bercampur. alangkah lebih baik jika bilik ikhwah dan akhwat kita diasingkan demi menjaga keaslian tarbiyah mereka. nampak disini kecairan yang berlaku.

kadang-kadang tempat prgoram yang tidak sesuai juga seperti sempit, tandas yang sama digunakan, LDK yang bercampur, dan tempat solat yang tiada tabir sepertinya menambahkan lagi penyakit-penyakit yang wujud dalam diri ikhwah dan akhwat kita.

nampak fenomena ini biasa, dan tiada masalah, tapi hakikatnya peserta program sahaja yang tahu bagaimana terseksanya bilamana program ikhwat dan akhwat bercampur.

ramai pemuda pemudi yang sudah terlibat dengan dakwah kampus, namun sejauh mana kualiti mereka?

halaqah yang tidak berkualiti

halaqah adalah sarana tarbiyah yang utama. bilamana halaqah juga mengalami kecairan, maka, tarbiyah yang berlansung juga sepertinya berlaku kecairan dan kualiti yang terbina mungkin akan berkurang.

halaqah yang sepatutnya meningkatkan iman, memberi kefahaman dan mengalirkan semangat jihad yang tinggi menjadi halaqah biasa yang hanya ada cerita-cerita kosong, lawak jenaka dan sesi ukhwah semata-mata. sesi ukhwah dan tafahum yang tiada berkesudahan. maka, pengisian bahan yang menyentuh roh-roh jiwa dalam diri tiada dan pulanglah dari halaqah hanya dengan tangan kosong.

murobbiyah pula tiada bahan khusus untuk diberikan mengikut permasalahan mutorobbi dan  akhirnya masalah mutorobbi tidak diselessaikan sehinggalah halaqah yang berikutnya. halaqah juga menjadi jenuh dengan rujukan buku dan tajuk yang sama sahaja setiap minggu sehinggakan berlaku kebosanan.

halaqah juga tidak mengikut silibus dan objektif yang benar sehinggakan banyak perkara yang mutorobbi tidak tahu seperti agenda yahudi, barang boikot, ikhlas ( setiap kali halaqah) dan mutabaah.

akhirnya, masa halaqah yang mungkin minimum 2 jam( malah kurang daripada itu) berakhir tanpa sebarang keberhasilan dan jadilah sia-sia. halaqah yang selama ini seminggu sekali menjadi sebulan sekali atau 2 minggu sekali mengikut ' ketidaksibukan' murobbiyah. maka, kedisiplinan halaqah semakin berkurang dan banyak perkara yang akan diremehkan dan ketinggalan.

kurang ditekankan mutabaah

dulu, saya hanya tahu teori sahaja tentang kepentingan mutabaah. murobbiyah suruh buat, saya buat. tapi setelah mengalami mutabaah yang menjunam habis, maka saya merasakan pentingnya mutabaah dalam kehidupan kita terutama bagi seorang dai'e. namun, bila berlaku kecairan, mutabaah dipandang sebelah mata.

mutabaah dipandang enteng oleh murobbiyah tanpa ditanya setiap kali halaqah sehingga mutorobbi mengabaikan amalan-amalan sunnah yang menguatkan hubungannya dengan Allah dan indicator imannya. maka, bilamana menjadi murobbi dan sibuk dengan kerja dakwah, seorang daie' itu mengabaikan amalan-amalan sunnah yang menguatkan langkah mereka dijalan dakwah dengan alasan penat dan tiada masa. ini memang realiti.

kepentingan mutabaah ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri dalam menjaga amal ibadahnya dan melalui persoalan Rasulullah dengan sahabat-sahabat tentang amalan mereka.

penutup: kecairan dalam dakwah sudah banyak berlaku

adakah kecairan dalam dakwah telah berlaku pada management anda sendiri? maka, cepatlah di baiki agar islam akan terus berkembang luas dengan kualiti yang baik bukannya dengan kuantiti sahaja yang baik.

menjadi seorang dai'e bukanlah hanya dengan mengaku melalui mulut dan mengaku dengan memegang jawatan. tapi, ia lebih dari itu. dakwah memerlukan seluruh anggota badan dan komitmen anda yang sungguh-sungguh.

dakwah boleh berhenti kerana kecairan dalam dakwah itu sendiri

ramai yang terlibat dengan halaqah tapi boleh on off. ramai yang terlibat dengan halaqah tapi masih bercouple. ramai juga yang terlibat dengan halaqah, tapi akhirnya menghilangkan diri bila sudah berkerja. ramai juga yang terlibat halaqah, tapi akhirnya tidak menjadi dai'e.

ramai yang terlibat dengan halaqah tapi hakikatnya diabaikan momentumnya oleh murobbiyah sendiri. dan diabaikan begitu sahaja tanpa melakukan halaqah yang istiqamah. sepertinya halaqah itu dibuat tanpa tujuan yang jelas.

p/s : asolah dakwah perlu dikekalkan!

3 teguran:

adeq berkata...

jawapan kepada persoalan anda..YA ~

umph..lemas baca artikel nhe..urk3..kruk3..semua bunyik ada..

pesan seorang kepada saya..tatkala saya marah dengan segala yang berlaku.. "di mana nilai tarbiah yang sudah diajarkan kepada kamu adeq !! adakah kerana aarah kamu maka kamu bertindak tanpa didasari iman?..andai benar kamu sayang dan cinta tarbiahmu..bersamalah menjaga izzah dan iffah tarbiah yang dibawa..yang pernah diberikan kepada kamu dipermulaan..dan ia x akan berakhir,jangan hentikan..bla3"...

oh tersentap di situ..InshaAllah..bersama menjaga asolah dakwah..menjaga keaslian dakwah..keaslian tarbiah yang dibawa.. erm ~

Unknown berkata...

salam ukht! jazakillah khaeyr...post yg sgt bermanfaat...keaslian dakwah dan tarbiyyah perlu dijaga..moga sekian banyak teguran dan ibrah dalam post kali ini diambil dan dicerna dgn sebaiknya oleh pembaca2 blog ni...akhir kalam, majulah dakwah demi kepentingan ummah!

hisyam_mujahid berkata...

barakallahu fik. benar! menjaga asolah dakwah adalah amat penting utk memastikan dakwah dan tarbiyah berjalan atas manhaj rabbani dan nabawi.

cuma part program bercampur dan keperluan kerja dan bisnes yang memerlukan penglibatan ikhwah akhawat sekali tu, jika berlaku pun tidaklah sampai bermaksud asolah dakwah telah cair. boleh rujuk buku tahrirul mar`ah. tajuk terjemahan: Kebebasan wanita.

penulis yang merupakan tokoh ikhwan dan pensyarah uni al-azhar membahaskan masalah ni berdasarkan kes2 yang berlaku pada zaman rasulullah. sehingga sebahagian tokoh ikhwan menyebut, "Seandainya hassan al-banna membaca buku ini, nescaya beliau akan mengubah pandangannya," kerana asy-syahid hassan al-banna juga terkenal agak syadid dalam isu sosial antara lelaki dan perempuan.

wallahu a'lam bis shawab. dan Allah yang maha mengetahui segala kebenaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...