Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Feb 2010

dakwah milik kita



Abul ‘Ala Al Maududi mengingatkan perajurit-perajuritnya;
”Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.”


siapa kata dakwah milik hanya sesetengah orang  sahaja?

siapa kata dakwah milik mereka yang berjawatan sahaja?

siapa kata dakwah hanya untuk orang yang banyak ilmu sahaja?

siapa kata dakwah untuk orang yang petah berkata-kata sahaja?

siapa kata dakwah untuk orang yang tudung labuh sahaja?

siapa kata? beritahu saya siapa yang cakap?

hei, dakwah tidak memerlukan itu semua.

tapi automatik wajib bila kita sudah bergelar muslim iaitu ummat nabi Muhammad.

dakwah untuk semua.

Iaitu setiap al-akh muslim meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya untuk Wajah Allah, mengharap keridhaanNya dan kebaikan ganjaranNya, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dan dengan demikian ia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan kemanfaatan.” ( imam asy syahid hasan al banna).

subhanallah..

takbir..


Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid mengingatkan;

“Gelorakan semangatmu wahai ikhwah dan jangan kendur sedikitpun, marilah maju bersama kafilah dakwah ini. Siapa yang tidak lagi bersemangat maka janganlah ikut barisan kami”.

p/s : jangan menoleh ke belakang, pandang ke depan, terus buat apa yang kita rancangkan.

4 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam...ye ye..dakwah milik kite..chaiyok2..jangan malu, jangan gentar, jangan mnyerah kalah...
''dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ''mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?'' mereka menjawab, ''agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa.''
(Al-A'raf 7:164)

dr. mujahidah berkata...

ye,.. baik

Abu Faruq Al-Iskandari berkata...

teringat kata2 abumuhammad..

kita harus ada "sense of belonging".

Unknown berkata...

Dakwah belong to us and we belong to Dakwah. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...