selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw, murobbi teragung, dan kepada semua mujahidin dan mujahidah y berjuang menegakkan kalimah LAILAHAILLAH sehingga ke hari kiamat. insyaAllah.
sayu..
hiba..
rindu..
bercampur baur perasaan. mengenangkan kenangan silam. kenangan sewaktu bersama kawan lama. kenangan bersama di sekolah rendah, sekolah menengan maupun di matrikulasi.
tiba2 nama2 mereka kembali ke dalam memori. masih saya ingat nama2 kawan2 saya sewaktu di sekolah rendah. orang y paling rapat.. izyan dan aina. yang membuat saya bersemangat untuk belajar. pandai seperti mereka. dan tiba di sekolah menengah pula, dorm mate saya, farah, ida, ada, atin, nadwa, nadiah, aqilah dan sewaktu dengan nya. dan apatah lagi rakan2 BADAR y saya rindui, Aifa, husna, ana, abil, k-own, zahirah dan junior2 gak. di matrikulasi, orang2 y saya boleh masuk dalam praktikum dan roomate sendrii, dila dan izah. didie, aini, suraya, su, yana. seronoknya dan berbaur sedih. sampaikan saya sudah mendelete memori itu dalam hidup saya kerana merasakan satu nighmare...
tbaru pagi tadi saya bertemu farah y mempunyai lawatan ke kelantan. perjumpaan kami telah membuka semua cerita2 sensasi dan hangat tentang kawan2 saya.
' dia nak kawin dah'
' dia dapat anak kembar'
' dia dah kurus'
'dia dah free hair'
' diorang couple'
' diorang semua tanya pasal ko'
' diorang gi reunion hari tuh'
masing2 mempunyai cerita tersendiri. cerita tentang kehidupan dan haluan y berbeza.
bagi saya, cerita hidup saya banyak berubah-ubah. dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik dan akhirnya di USM ini. mungkin, ramai y tak mengenali saya kerana perjalanan saya hanyalah saya seorang. maksud saya, apabila tiba di medan y berbeza, orang2 y sangat mengenali saya, jauh dari saya. masing2 ada jalan tersendiri. bermula di sekolah menengah, saya adalah orang y baru. dan tiba di matikulasi, saya menjadi orang y baru dan akhirnya di USM, saya juga orang y baru. orang y baru berhijrah.
sebagaimana firman ALlah:
' orang y berjihad mencari keredhaan Kami, akan Kami tunjukkan jalan2 Kami. Allah beserta orang2 y berbuat baik'
( al ankabut,29:69)
kawan2 y membaca entry kali ini,
maafkan saya kerana tak menegur kalian. maafkan saya kerana saya juga membiarkan kalian. bahkan amar makruf nahi munkar tak dilakukan.( sebab saya juga macam kalian dlu)
isu couple, isu free hair, isu aurat...segala2nya.
padahal peranan seorang kawan itu adalah menasihati kawannya, tapi saya, tak lakukan. bahkan tumpang sekaki juga. meskipun ada title B A D A R.
firman ALlah.
' hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu umat ( golongan) y mengajak kpd kebaikan dan melarang kemungkaran. mereka itu lah org2 y berbahagia
( ali imran, 3 : 104)
jadi..
baik mereka y belum nasihati kawan dia, jom sama2 nasihat kawan anda. walaupun dia tak nak dengar. nasihat je. mungkin satu hari, kata2 kita akan sampai juga masuk dlm hati dia dan meneybabkan dia nak berubah. ingatlah, ukhti,
dalam firman Allah, surah ( al qasas, 28:56)
' sungguh engkau ( Muhammad) takkan dapat memebri petunjuk pada org y kau kasihi, tp Allah y memberi petunjuk kp orang y Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang y mahu menerima petunjuk '
Sahabat silamku,
Bukan niat dihati untuk meninggalkanmu
Apatah lagi memusuhimu
Aku kini bukan aku yang dulu
Aku kini aku yang baru
Telah aku cuba untuk terangkan segalanya
Namun engkau sukar untuk memahami
Bukan salahku
Bukan salahmu
Sahabat silamku,
Ingin aku luahkan
Betapa aku dambakan engkau bersamaku
Berjalan di atas landasan yang sama
Menuju mencari redhaNya
Agar dunia mampu kita genggam
Agar ada mahligai syurga yang tersergam
Sahabat silamku,
Maafkan aku
Bukan niat untuk aku lari darimu
Bukan ingin memutuskan hubungan denganmu
Aku takut aku futur
Bukan kerana engkau yang kuat
Tetapi kerana aku yang lemah
Sahabat silamku,
KepadaNya aku serahkan segala
Dirimu jua diriku
Aku berdoa agar hubungan kita diredhaiNya
Marilah kita sama-sama berusaha
Meninggalkan segala jahilliyyah yang ada
wallahua'lam
p/s : sahabat silam, maafkan saya tak dapat hadir setiap reunion dan aktiviti y kamu semua anjurkan. kepada aifa, semoga berbahagia. selamat mencapai pernikahan barokah..
2 teguran:
miss u 2 dr.une
salam..
mabruk ukhti!
jazakillah ziarah ana.
Catat Ulasan