Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

16 Sep 2009

.: takut exam?

alhamdulillah.. marilah sama2 kita memanjatkan syukur y tertinggi kepada Allah taala kerana dengan 1001 nikmat ( banyak sangat) y dikurniakan kepada kita. tak cukup utk kita balas. takkan dapat dengan wang ringgit ataupun harta kekayaan y kita ada sekarang ataupun biasiswa JPA y sangat banyak melambak mengalahkan gaji orang bekerja. aduhai.. betapa tak sedar dirinya kita dengan nikmat itu. susah nak bersyukur apatah lagi mengucap syukur malah melahirkan syukur. contoh situasi sekaranag ( more to me) bila ada kaki dapat jalan ke kuliah, nak basikal supaya tak penat kaki ini melangkah. bila ada basikal, nak pulak motosikal ke kuliah supaya dapat membazirkan minyak petroleum malaysia. dan bila ada motosikal, ahh.. nak beli kereta pulak. supaya dapat memuatkan ramai orang untuk sama2 ke kuliah, ke bazar ramadhan atau ke KB mall supaya tak dikata pentingkan diri , pergi berdua je naik motor. memang manusia sentiasa nak lebih. bagi samah ( 50sen) dan seya ( RM1), bagi seya ( RM1) nak sepuluh ya (RM10). " dan Dia telah memberikan kepadamu apa y kamu mohonkan kepadaNya. dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya kamu takkan mampu menghitungnya. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh" ( ibrahim 14: 34) sebelum balik raya ni, adik2 junior akan ambil exam selama 3 hari iaitu exam selanjar 1. exam y orang cakap ramai y fail berdasarkan statistik tahun2 y lepas. ( akulah y cakap). sebelum berbicara lebih lanjut, all da best to all my madu' dan mutorobbi. U can do it. InsyaAllah. Jangan pernah bersangka buruk pada diri sendiri. yakinlah, setiap usaha pasti ada balasannya. cuma lambat atau cepat je. jadi, selamat bermujahadah dalam menempuh exam/ peperiksaan/ hari penentuan samada kamu faham atau tak apa y kamu belajar lepas 2 bulan duduk di sini. 4 block semuanya, dari bioethics, nursing, cell and tissue sehinggalah block y perlukan daya penghafalan y tinggi iaitu block musculoskeletal. isu y saya nak bangkitkan adalah, kebanyakan adik2 mengadu takut exam dan ada y mengadu tak de rasa pape dan ada y dah mengadu kalau kena repeat setahun lagi macam mana? adui.. pening juga saya nak jawab. y menjadi highlitght di sini adalah. kenapa TAKUT EXAM ( utk mereka y takut tahap melampau) ? akhwat fillah, takut apa y nak dibincangkan di sini adalah takut sehingga melewatkan solat, takut sehingga tak gi terawih, tak gi majlis ilmu @ ceramah, takut sehingga tidur lambat dan miss QIAM dan lebih dasyat subuh gajah dan badak, ataupun lagi worst adalah tak solat subuh langsung. betapa happy nya mereka y takut exam ni. bahagianya mereka kerana setakut2 mereka pada exam pun, masih lagi dapat result y gempak akibat ketakutan tahap maxima pada exam. tambahan, dan perasan pandai. perasan kejayaan dia tu akibat kepintaran dia. astaghfirullah.. " maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya di berkata ' sesungguhnya aku diberi nikmat kerana kepintaranku' sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" ( 39 az zumar : 49) sepatutnya minggu ni la kita banyakkan ibadah, banyakkan amalan dan banyakkan doa kerana ini bulan ramadhan. dan kerana sekarang ni kita tengah mencari malam lailtul qadar. malah, bila dah nak abis ramadhan ni, makin ramailah y berpusu2 utk menuju pasar2 raya atau KB mall @ pasar siti khadijah tapi makin liat atau berlari2 anak menjauhi surau dan masjid. apatah lagi minggu ini minggu exam. makin ramailah meninggalkan terawih semata2 utk study dan takut tak dapat habiskan lecture note kerana terawih. ini ke msulim sejati y katanya nak majukan islam dengan akademik y mantap tapi hubungan dengan Allah tak jaga? ini kah generasi y akan menaikkan nama islam kerana kecerdikannya? oh.. saya rasa bukan. anda salah.. anda silap.
" TAKUTNYA EXAM MELEBIHI TAKUT PADA ALLAH! "
sedarkah kita takut kita itu hanya akan memusnahkan diri sahaja. takut y memakan diri. takut sehingga menzalimi diri sendiri. tahukah kita, kejayaan dan kegagalan itu Allah y tentukan? masa y diberikan untuk kita study adalah milik Allah? otak y ligat berfikir dan kuat ingatan itu adalah kurniaan Allah? pernahkah terfikir semua ini? mestilah tak pernah fikir sebab takut exam sahaja. exam lah tujuan utama kita.. kejayaan dalam exam lah petanda kejayaan kita. tiba2 teringat satu ketika di sekolah menengah dulu, sekolah y gah satu masa dulu, y agak disanjung oleh semua orang, y pelajarnya pintar2 belaka. pintar dari segi exam. pintar nya kerana berjaya menggondol pelbagai anugerah dari sultanah dan sultan kedah. tapi di satu sudut, pelajar pintar ini, leka dengan tujuannya untuk hanya menggapai kejayaan pada exam semata. pelajar ini berusaha untuk menandingi kawan2 nya dalam exam. pelajar ini tidak boleh lihat rakan2nya study lebih sedikit daripada orang lain. ada sahaja perasaan cemburu dalam hatinya mendorongnya utk usaha lebih kuat. ( tapi bab2 ibadah atau buat kebaikan tak nak plak berlumba2 atau cemburu). pelajar ini sekarang, sudah lupa apa y dipelajarinya terutama bab pendidikan islam y selalu sahaja dia tidur sewaktu ustaz mengajar tapi mampu dapat highest mark dalam kelas. " pelajar ini adalah aku atau korang la! " dan sekarang pelajar ini rasa tertipu. rasa sia2 dengan apa y dipelajarinya dulu. kerana sekarang pelajar ini terpaksa mengulang dan revise balik subjek sirah, tauhid, akhlak, ibadat etc y dipelajarinya dulu. itulah akibat " EXAM ORIENTED" inilah contoh budak takut exam. tapi takut ALLAH sangat sedikit pada masa tu. jadi saya simpulkan bahawa perasaan takut itu hanya utk Allah. bukan utk sesiapa. bukan kerana situasi. dan bukan utk benda. tapi hanya utk Allah. hanya utk hari di mana segala apa y dilakukan terlihat iaitu di hari perhitungan kelak, hari kiamat. hari dimana tiada siapa y dapat menolong kita, tiada langsung. bahkan mak ayah, keluarga, cikgu, rakan2 y dulu bergelak ketawa dengan kita ataupun slip peperiksaan kita y 10A 1 dan sijil2 akademik kebanggaan kita itupun takkan mampu nak tolong kita. tinggallah slip itu hangus rentung dek hancur disebabkan kiamat y dahsyat pada masa tu. " dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang y bertakwa. tidakkah kamu mengerti? " ( al an'am 6: 32) akhwat fillah, anda belum dikira bijak, pandai atau perasan bagus bila mendapat keputusan y cemerlang dalam peperiksaan. ukuran kepandaian seseorang itu berdasarkan ingatnya dia pada mati dan persiapannya utk itu. janganlah perasan pandai jika anda mampu mengingati segala formula dan nota2 medic y melambak tu tapi tanpa sedikit pun mengingati mati y hanya mempunya 4 huruf sahaja. M A T I.
" dan takutlah pada hari ( ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. kemudian kamu diberi balasan y sempurna sesuai dengan apa y telah dilakukannya dan mereka tak dizalimi (dirugikan) " ( albaqarah 2:281) jadi apa tunggu lagi. nahu menjadi orang y paling bijak? mahu jadi orang y paling pandai dan top dalam sekolah @ IPT ? jadilah orang y boleh mengingati M A T I beserta persediannya utk itu dan dalam y masa y sama boleh mengingati segala fakta2 medic dan formula segala macam benda sepanjang kehidupannya. itulah.. Genius namanya. subhanallah..
" ACHIEVE ALLAH'S LIST, ACHIEVE DEAN'S LIST"
p/s : nak dapat DEAN list kena ingat mati jugak ke?

3 teguran:

Abu Faruq Al-Iskandari berkata...

ya, sistem sekarang adalah exam oriented.
pelajar yang dilahirkan oleh sistem sekarang menyebabkan ramainya generasi exam oriented.

generasi last minute,generasi takutkan exam dari takutkan Allah.
generasi yang terlalu bersiap untuk dunia dan takut akan kematian. inilah penyakit wahan yang telah disabda nabi dahulu.

dr. mujahidah berkata...

PERANG PEMIKIRAN.. la.. strategi orang kafir menghancurkan remaja2 islam

JD berkata...

'p/s nak dean's list kene igt mati jugak ke?'

of course lagi2 'deen's list'..
jom same2 kite capai deen's list..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...