Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

13 Ogo 2009

.: i love my family

alhamdulillah, alhamdulillah.. Allah memberi kesembuhan pada diriku dari wabak hampir2 demam. syukur sangat. perjalanan ke perak dapat ku teruskan malam ini. Berjumpa dengan family tersayang dan pernerimaan segulung ijazah seorang abang. Terasa sangat bersyukur dengan family y ada walaupun kadang kita selalu compare family kita dengan family orang lain walaupun family kita bukan dari golongan y bagus2 agamanya. Conclusion, family kita adalah y paling best selepas dakwah family di lakukan. seorang ditarbiyah, semua ditarbiyah. syukur ya Allah dengan nikmat tarbiyah ini. firman Allah : wahai orang y beriman, perliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka y bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat y kasar, dan keras, y tak derhaka kepada Allah terhadap apa y Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa y diperintahkan." (at-tahrim, 66:6) jadi kawan2, apa y dah kita lakukan untuk family kita? adakah perhubungan kita dan family kita semata2 pertalian darah dan mereka darah daging kita? kadang2 kita tak sedar, kita ber iya2 mentarbiyah orang lain, rakan2, adik2 dan seluruh masyarakat, apatah lagi kita jadi facilitator, mengelola program2 motivasi untuk orang lain, tapi kita telah mengabaikan family kita! KITA MENGABAIKAN MEREKA! akhwat fillah, family kita entah kemana. hubungan dengan abang2, kakak2 dan adik2 keruh sahaja. sekadar pengalaman saya, saya adalah di label seorang perndiam, berjauhan dengan family dari form 1 hingga sekarang, hubungan dengan keluarga kurang rapat. tapi, alhamdulillah, dengan nikmat tabiyah, saya sedar, saya kena cuba merapatkan diri dengan mereka semua bila pulang cuti beberapa bulan. ya, agak susah tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. dan mereka juga boleh terima perubahan saya dan perubahan polisi kehidupan keluarga baru, baitul muslim y kami bina. cuti kita kemana ukhti? apa y telah kita lakukan untuk family kita sepanjang cuti panjang kita? adakah menunjukkan contoh akhlak buruk pada ibubapa dan adik2? adakah akhlak kita sama setelah kita ditarbiyah? bangun lambat, tak pernah tolong ibu di dapur, sering menghabiskan diri menonton TV, merungut dan membantah kata ibu ayah.. adakah itu kita? ( adik lelaki) saya kesal dengan sikap kita y ambil acuh tak acuh dengan dakwah pada keluarga. lihat saja cara kita dengan adik sendri. bila melengahkan solat kerana menonton cerita kartun kegemarannya, kita marah2, kita tengking dia, kita heret dia ke bilik ari suruh ambil wudhu', kita cakap kasar. itulah cara paling kejam sebenarnya. tak rasakah ukhti, mereka akan semakin memberontak? " ....sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentu mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.... ( al imran, 3: 159) bagaimana kita cuba untuk nasihat mereka dengan kasih sayang, berlemah lembut, dengan touching, memberi tahu kenapa kita perlu solat dan mengajaknya solat berjemaah bersama2. tidakkah itu lebih baik ? apatah lagi, mengajaknya membaca alquran walaupun hanya sebaris ayat. membelikannya quran terjemahan.. cara itu lagi halus ukhti dan berkesan. (adik perempuan) dulu, kita suka berfesyen, mendengar lagu2 lagha, menyalin lirik2 kesukaan di atas selembar kertas, menampal poster artis2 kegemaran di kamar tidur, tidakkah itu teruk ukhti? begitulah wanita. adik perempuan suka mengikut jejak kakaknya. apa y kakak ada, apa y kakak pakai, apa y kakak buat, semua nak ikut. al maklumlah, kakak contoh dalam keluarga kerana kepandaian dalam pelbagai bidang. akhwat fillah, dengan tabiyah, segalanya berubah. segalanya menjadi indah. diri dipakai dengan pakaian islam. sungguh cantik. menjadi muslimah solehah, seindah-indah perhiasan.
jadi, ayuh lakukan dakwah pada keluarga. pimpinlah mereka ke jalan y benar. " KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" ".. maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang y menyucikan jiwa itu dan sungguh rugi orang y mengotorinya" ( as syams, 91: 8-10) wallaualam..

1 teguran:

ummu naufal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...