alhamudillah.. sudah memasuki ramadhan y ke-7. terasa sangat cepat masa berlalu. ramadhan ini benar2 menguji kesabaran. sabar dalam mengatur kerja2 y tak disiapkan lagi dan sabar menghadapi kerenah sahabat2. tapi, insyaAllah... semoga ramadhan ini tak disia2kan dan marilah sama2 kita cuba menggapai pahala berlipat kali ganda y ditawarkan oleh Allah swt.
sudah hampir 2 bulan lebih tidak pulang ke rumah dan akan masuk 3 bulan bila pulang pada 1 hari sebelum nak raya. Rindu untuk berjumpa mak, abah, abang, kakak dan adik2 tersayang. Bagaimanakah keadaan mereka? bagaimanakah sambutan ramadhan mereka di sana? bagaimanakah diri mereka tanpa kehadiranku waktu berbuka puasa? berbagai persoalan tiba-tiba muncul. terasa diri ini benar2 sudah jauh dari keluarga. Tiba2 sayu melihat wajah mak abah y muncul di ruang fikiran. Maafkan saya. Maafkan saya semua.
saya tidak mengabaikan kalian.
TIDAK.. bukan begitu. tidak sedikitpun hati ini untuk mengabaikan mereka. tapi, jauh di sudut hati ini ingin menghabiskan sepanjang ramadhan bersama mereka. tapi, diri ini terpaksa mengalah. komitmen sebagai pelajar, dai, murobiyah dan sebagai muslim menjadi penghalang. tapi bagaimana komitmen kita sebagai anak, kakak dan adik? aduh.. tiba2 rasa bersalahnya diri ini. bagaimana komitmen kita kadang2 terabai dek sebab komitmen y lainnya. apatah lagi mereka y sengaja menmbah komitmen lain. benar2 diri ini rupanya banyak lagi komitmen tertangguh.
semalam.. ingin sahaja hati ini ingin membeli tiket balik ke rumah selepas di taujih oleh murobiyah sendiri. tapi, hati berkira2. memikirkan report y tak dihantar lagi, lecture note y tak dibaca lagi, kertas2 y bertaburan di meja tulis tanpa dikemas dan buku teks y banyak tak diselak lagi. subhanallah.. beratnya apa y ditanggung. ingin sahaja diluahkan kepada mak dan abah, tapi hati ini menghalang. tak sanggup untuk berkongsi beban bersama mak dan abah. cukuplah diri ini sahaja. cukup.. cukup.. tak sanggup hendak berkongsi duka, tapi lebih suka berkongsi suka. itulah diri ini. diajar sebegitu rupa.. ingin melihat wajah mak abah tersenyum girang di sebalik kedutan keringat y mereka curahkan selama ini.
ya Allah, tabahkan lah diri ini. kuatkan langkah kaki ini. maafkan diri ini kerana tak dapat balik untuk ramadhan. moga2 kalian dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan dengan jayanya. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. jadikan bulan ramadhan bulan tarbiyah utk kalian. insyaAllah.
"wahai mak abahku, luahan ini datang dari anakmu y selalu di rudung sengsara, setelah berfikir panjang, anakmu cuba untuk menggoreskan pena, sekalipun keraguan dan rasa bersalah menyelimuti diri, setiap kali menulis, setiap kali itu pula gores tulisan terhalang oleh tangis dan setiap kali menitikkan air mata, setiap kali itu terluka "
- seorang ayah y selalu menyusahkan diri keranaku-
mak abah,
bagaimana keadaanmu?
bagaimana kesihatanmu?
ku harap kalian dalam keadaan baik dalam linkungan rahmat Allah,
sudah cukup lama aku tak mencium tanganmu,
sudah cukup lama aku tak mendengar suaramu di hadapanku ( di hp shj)
sering aku terbayang wajahmu,
rasanya baru semalam aku meniggalkanmu.
berat rasanya jika aku jauh darimu,
kerana takut hilang kesempatan berbakti padamu,
takut kehilangan peluang membalas budimu,
ingin rasa aku menyiapkan segala sesuatu untukmu.
mak abah,
janganlah kau lemahkan semangatmu utk raih redha Allah,
kerana waktu semakin dekat,
aku sangat mencintai dan menghormatimu,
aku mahu kau habiskan waktu untuk mencapai husnul khotimah,
meraih senyum dan wajah penuh cahaya,
di kala berkumpul di sana.
di kala kita sama2 satu keluarga,
menanti samada dihisab syurga atau neraka.
wallahualam'.
