IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

18 Mac 2013

Ketenangan yang palsu



"Ketenangan setelah jauh dari segala jalan kebaikan adalah ketenangan yang palsu."

Semakin hari, hidup semakin jauh dengan Allah.
Hari-hari ini diisi dengan keseronokan.
Pawagam, berdating, menghadap facebook, movie dan games.
Kita berasa tenang dengan kehidupan ini.
Merasa sudah cukup tenang.

Segala apa yang kita mahu, mudah sahaja Allah kabulkan.
Mudah sahaja ibu ayah realisasikan.
Handphone blackberrry, camera DSLR, laptop, duit, IPT terkenal, motorsikal, semua itu mudah sahaja kita dapat.
Malah, dengan nikmat yang terlalu banyak itu, hidup kita tidak sedikitpun dekat kepada Allah.
Semakin lalai.
Solat ditinggalkan, al-quran tidak lagi dipegang apatah dilantunkan, rokok menjadi hidangan, kata-kata lucah menjadi perbualan pagi dan petang dan perempuan keliling pinggang sedia untuk dipermainkan.

Apakah ini ketenangan?

Setelah itu,
Allah beri lagi nikmat dan nikmat yang lain.

Isteri yang cantik, anak yang comel, kerja yang bergaji besar, rumah besar, kereta mewah.
Malah, dengan itu lagi, kita semakin tenang.
Merasa tenang dengan nikmat melimpah ruah.
Isteri dan anak dididik dengan acuan jahiliyyah.
Tiada pegangan.
Islam hanya menjadi hiasan di kad pengenalan.
Kita rasakan hidup sudah cukup tenang.
Tiada kesusahan.

kita terlupa, sebenarnya ini hanyalah ketenangan yang palsu.

Ya Allah, berilah hidayah dan taufiq kepada insan-insan yang sentiasa terlupa dengan nikmatMu.


4 teguran:

ENCIK MUSAB berkata...

Hanya dengan mengingati Allah hati akn menjadi tenang

Jzkk atas perkongsian (Y)

dr. mujahidah berkata...

insyaALlah.. jzkk

Tanpa Nama berkata...

Akk... Sy mimpi menjadi munafik 2 kali dlm masa terdekat ni... 😢 kenapa sy rasa sy seperti ditapis oleh Allah... 😢 sy melambatkan akhawat lain... Sy selalu rebel dgn arahan dakwah... Sy selalu nak cari kesalahan DnT ni... Patutkah sy keluar drpd jalan ni? Mampukah sy mencari Allah sendiri lepas ni... Sy bosan kerana sy tak merasa puas dlm pencarian ni... Bila asyik diberi tnpa dicari... Sy nak rasa susah mencari Allah tu sendiri, tapi patutkah sy keluar dr jln ni and cari Allah sendiri...

dr. mujahidah berkata...

Ukhti... Itu bukan solusinya...
Baiki tarbiyah dzatiyah enti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...