IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Feb 2013

Setia Hujung Nyawa




Duhai tarbiyah,
akan aku setia kepadamu hingga hujung nyawa,
sehingga kematianku menjelma,
aku ku cuba setia,
meskipun aku tidak tahu,
penghujungku bahagia atau derita.

Duhai tarbiyah,
akan ku setia kepadamu hingga hujung nyawa,
kerana hidup terasa manisnya,
susah hendak diungkapkan dengan kata-kata,
mengelakku daripada segala maksiat dan dosa,
yang sentiasa menarikku ke sana,
tanpa jemu dan berputus asa.

Duhai tarbiyah,
akan ku setia kepadamu hingga hujung nyawa,
nikmat iman kurasai sepenuhnya,
mutabaah sentiasa cuba untuk dijaga,
pengisian rohani menjadikan ku bagai mati hidup semula,
dikelilingi akhawat yang sentiasa ceria,
sungguh nikmat yang tak terkira.

Duhai tarbiyah,
aku janji pada diriku sendiri,
apapun terjadi padaku,
aku tetap kan setia,
kerana Allah bagimu padaku tidak sia-sia,
maka tidak akan kulepaskan kau begitu sahaja,
kerana kau tahu,
aku akan setia kepadamu,
SEHINGGA HUJUNG NYAWA..





6 teguran:

sahabatmu berkata...

salam...huhu. akan kutua sehingga ke hujuang nyawa. in shaa Allah

dr. mujahidah berkata...

insyaAllah

docHana berkata...

In shaa Allah,, setia hujung nyawa dalam ketaatan kepada Pencipta =)

dr. mujahidah berkata...

YA.. tepat.. bagaimana nak terus istiqamah dalam ketaatan pada pencipta?? dengan tarbiyah/halaqah/ dakwah .....sampai hujung nyawa

^^

zuraidah idr berkata...

Demi Allah,
akan ku cuba setia,
meskipun aku tidak tahu,
penghujungku bahagia atau derita.




dr. mujahidah berkata...

insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...