IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

3 Feb 2013

Rantaian Dosa



Ibn Qayyim berkata,

" Kemaksiatan akan melahirkan kemaksiatan yang sejenisnya. Sebahagiannya akan melahirkan sebahagian yang lain sehingga sangat sukar bagi seorang hamba untuk meninggalkannya. Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka, dosa yang lainnya akan berkata, "Lakukanlah aku juga." Apabila dia melakukannya, dosa yang ketiga akan berkata, "Lakukanlah aku juga." Begitulah seterusnya sehingga kerugian akan bertambah dan dosa-dosa semakin bertambah." 
( Al-Jawabul Kafi, 61, Buku Syarah Lengkap Arbain Ruhiyah)

Siti melangkah lemah ke keluar dari kelas. Hari ini kelasnya penuh bermula dari pukul 8 pagi sehinggalah 5 petang. Namun, dia tetap tidak mahu memutuskan niatnya untuk ziarah Fiona, halaqahmate yang sudah beberapa hari tidak bertemu.

"Assalamualaikum.." Siti bersuara setelah mengetuk pintu bilik Fiona.

Pintu dikuak. Kelihatan Fiona sedang membaca Al-Quran.

" Dah habis ke satu juz hari ini?"
"Alhamdulillah Siti, hampir habis 1 juz. Azam baru 2013 untuk lulus mutabaah setiap minggu."
" Bagus, bagus, bagus.." sambil tersengih melihat Fiona.

Di hujung meja Fiona, terdapat handphone Samsung Galaxy yang baru dan berkilat. Lalu Siti menegur,

" Handphone baru ke Fiona? Android ke?"
" Hehe, ya. Handphone lama rosak. Jatuh longkang."
" Oh, bila? Tak tahu pon.."
" Weekend lepas masa jaulah di Universiti Kami Mentarbiyah."

Siti membelek handphone baru Fiona. Cantik. Banyak aplikasi islamik percuma yang boleh di download melalui sistem Android yang terdapat dalam handphone 'canggih' itu.

" Fiona download Angry Bird juga ke? "
" Haah, bosan-bosan main la. Masa dalam bas ke, tengah tunggu bas ke, tengah tunggu lecturer ke.."
" Oh.. eh, game Fruit Ninja pon ada. banyaknya game yang enti download."

Fiona tersipu-sipu malu.
Siti juga membuka folder my video Fiona.

" Wah, ada cerita Warkah Cinta episod 1 sampai 12. Enti tengok ke cerita ni? Movie Tahajud Cinta, Sahara, 7 Petala Cinta pun ada..  dah habis ke tengok?"
" Boleh la. best cerita dia. Erk.. cerita Islamik."
" Menambah iman enti tak?"
" Tak pun. Tapi at least Islamik ok. Daripada tengok movie Korea tu. huhu..  hurmm. Siti, ana ada lagu best ni. nak dengar tak? Lagu baru.. rentak dia macam best dengar."

Fiona terus mengalihkan perbualan mereka kepada lagu. Tidak mahu ditanya banyak mengenai movie yang berada di dalam handphonenya.

" Lagu apa?"
" Lagu one direction-same mistakes, jason marz- i wont give up, lagu owl city-gold dan banyak lagi la.?"
" Ini bukan lagu nasyid ni. Minggu lepas, enti dah bagi ana banyak lagu nasyid. Ana dengar tiada unsur yang boleh menginsafkan. Semuanya lagu yang entahlah tak menusuk di hati. Dan sekarang, enti nak bagi lagu English ni yang penyanyinya orang kafir. Tak nak lah.."
" Ok.. tapi ana dengar lain. Ana hayati lirik dia. menambahkan semangat ana tahu."

Siti termenung sebentar. Memikirkan akhwatnya yang seorang ini. Dia memikirkan bagaimana untuk menasihati Fiona. Siti begitu kenal sangat Fiona, iaitu semenjak mereka sama-sama melangkahkan kaki ke dunia tarbiyah.

Kini, dia melihat kecairan kualiti tarbiyah dalam diri Fiona. 

Fiona mula mendengar lagu-lagu lagha padahal sebelum ini dia meminati nasyid.
Fiona mula menonton movie-movie tidak berfaedah padahal sebelum ini Fiona meminati movie-movie yang kononya islamik.
Fiona mula mendownload game-game yang tidak berfaedah di handphonenya padahal sebelum ini dia meminati game yang dikatakan meningkatkan IQ.

"Fiona, enti tahu tak enti berada dalam tahap bahaya sekarang?"
" Eh, apa yang bahaya tiba-tiba ni?"
" Ana tengok, enti semakin lama semakin dekat dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Benda-benda yang merosakkan hati. Ana takut, sampai satu masa nanti, enti berani untuk lakukan sesuatu yang lebih daripada ini semua."
" Maksud Siti?"
" Enti perasan tak sesuatu perubahan berlaku dalam diri enti? Sesuatu yang dikatakan rantaian dosa. Dulu mungkin enti melakukan sesuatu dosa secara kecil-kecilan, tapi akhirnya dosa- -dosa kecil itu mewujudkan rantaian dosa yang lain yang lebih besar dan seterusnya besar dan besar sehingga tidak boleh dibendung lagi. Mungkin apa yang berlaku pada enti sekarang adalah baru 2-3 rantaian sahaja. "

Fiona terdiam. Nampak wajahnya suram. Dia sedaya upaya cuba mengahadam apa yang disampaikan oleh Siti tadi.

" Enti perasan tak, dulu, enti suka tengok cerita Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih . Sekarang ini, semua cerita kalau boleh enti nak tengok. Tak kisah la samada cerita itu membangkitkan iman atau tidak. Dulu juga, enti suka lagu nasyid, dan sekarang semua lagu nasyid dan tak nasyid enti sapu. Lagi satu, dulu juga, enti download game IQ, dan sekarang semua game enti download dan main. Enti nampak tak something pelik kat situ?"

" Hurmm.. nampak. Teruknya ana. huhu.. Jazakillahukhair sebab tegur ana. Ana baru tersedar Siti. Baru nampak kesalahan ana. InsyaAllah ana akan ubah diri ana. Ana tak nampak pun selama ni perkara macam ni. Kadang-kadang blog, FB, youtube pun boleh menimbulkan rantaian dosa juga. Betul cakap enti.. RANTAIAN DOSA"

" InsyaAllah Fiona. Kita sama-sama ubah diri. Saling nasihat menasihati. Kita ini dai'e. Jika kita tidak menjadi berkualiti, bagaimana masyarakat @ mad'u mahu menjadi berkualiti. Ana sayang enti. Ana bukan tak bagi enti dengar nasyid, tapi dengar zikir dan ayat quran kan lebih baik. Ana juga bukan tak bagi enti tengok movie, tapi tengok movie perang/sirah kan lebih baik. Pasal game tu memang tak perlulah.. Nampak sangat kita ni banyak spend masa lebih kepada dunia daripada akhirat tu sendiri.. ok..!"

Mereka saling berpelukan dan bersalaman.

Tidak sia-sia mereka ditarbiyah. Inilah salah satu nikmat tarbiyah, iaitu menasihati dan dinasihati. Seandainya kita melihat akhwat kita hampir terjerumus ke lubang lagho (perkra tidak berfaedah), tariklah tangan mereka secepat mungkin. Ini kerana,

" Satu dosa akan mewujudkan satu rantaian dosa yang lain."



4 teguran:

Tanpa Nama berkata...

salam.

maafkan ana kiranya pendapat ana ini tidak dipersetujui.

dakwah ini tidak melarang fitrah manusia. namun, dakwah ini membataskan apa yg dicintai manusia.

dakwah kita bukan bersifat elit dan hanya yang bersifat islamik akan dipanggil dakwah. dgr nasyid, baca buku tarbawi sahaja. dakwah kita kebih luas drpd itu. muzik, penulis, orang-orang seni kebanyakannya mgkn tidak menyelitkan unsur dakwah pada hasil seni mereka. namun, golongan daie seharusnya bijak. menggunakan peluang yang ada untk dakwah. tarbiyah yang kita dapat juga yg membataskan hiburan yg ada. kita boleh kata kurangkan, tetapi untuk terus berkata tidak, saya fikir kurang hikmah dan tidak bersifat insani meski dia seorang ukhti.

mudah-mudahan, para daie tidak menjadikan diri mereka bersifat elit. langsung ditolak hiburan dunia. daie itu mengajar namun sering kali menyelitkan syarat/membataskan. harapnya, moga dakwah ini sampai kepada mereka yang juga peminat tegar hiburan dan dlm masa yang sama para pendakwah tidak menjadi fitnah.

sekian, Allahua'lam.

dr. mujahidah berkata...

jzkk atas masukan...
artikel ini mengajak kita semua beringat dan berhati2. dan ini bukanlah cerita rekaan sendiri tapi telah byk berlaku pada sesetengah akhwat. untuk sisi ikhwah, ana tidak pasti.




adik berkata...

yang sy faham maksud penulis disini, mendengar n menonton cerita yang langsung tak menaikkan iman. walaupun lagu itu adalah lagu nasyid n filem y islamik. ad je lgu yang rentak je nasyid tp liriknya tak sama sekali. begitu juga filem2 islamik, jika kedua2 ni biasa ddidengar dan ditonton dengan kerap dan berulang2 sudah pasti hsilnya akn effect pd iman kita. lagho n tbuai dgn filem n lagu y lgsung x bmnfaat pn utk kita.

memang kita tak dapat tolak fitrah insani yang suka berhibur tp jangan la berlebihan yang terlampau. cth : lagu best mesti kita suka ulang n ulang. crita islamik y berepisod, mesti kita nak sntiasa tahu jalan cerita seterusnya setiap hari or setiap minggu. kdg2 sibuk terbuai dgn kedua2 ni mutabaah pn xsettle. lgu pn bukn menaikkan iman pun. jd boleh la pilih lgu2 y selalu mgigtkan kita n y pnting iman sntiasa sedia n settle dulu.

RANTAIAN dosa tu mmg kita x dpt lihat.kerna nafsu akn berkata nak lagi2 n lagi. bnda kecil y kita buat, kita xnmpak pn. tp sbenarnya bila dkumpul2 akn byk n effect pd diri kita sndiri. jd diri kitalah y kena berhati2 dgn hiburan y kita pilih dan cara kita meng'handle' sndiri.

dr. mujahidah berkata...

ya.. jzkk adik atas penerangan yang tepat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...