
Mata, satu organ yang sangat unik dan complicated
Hari ini hari ke-3 saya berada di posting opthalmology atau dengan kata lain posting mata.
Selama 3 hari ini, minat saya kepada bidang opthalmology bertambah. Terasa diri ini selesa dengan bidang ini.
Cumanya, saya agak kekok menggunakan alat yang wajib digunakan oleh para doktor untuk melihat keadaan dalam mata (fundus) yang dinamakan opthalmoskop.
Bukan kekok kerana apa, tapi kerana penggunaannya memerlukan skill yang baik. Tambahan pula, saya terpaksa berada rapat dengan muka pesakit untuk melihat keadaan dalaman mata mereka tidak kira pesakit perempuan atau lelaki. Kebanyakan mereka adalah orang tua dalam lingkungan 50-an yang biasanya menghidap penyakit diabetes. Pesakit-pesakit ini datang dengan komplikasi masalah mata seperti pendarahan dalam mata dan juga wujud salur darah baru dalam mata yang tidak diperlukan.
Hubungan pelajar dengan pesakit
Hubungan pelajar dengan pesakit
inilah dalaman mata yang perlu dilihat menggunakan opthalmoskop
Jika segala prosedur melibatkan pesakit, InsyaAllah dimaafkan kerana pada masa itu kita sedang belajar dan situasi itu adalah darurat. Jika kita tidak belajar dari sekarang, kelak menjadi doktor, bagaimanakah kita hendak merawat pesakit nanti?
Pasti, kita akan menjadi doktor yang membunuh pesakit, bukan doktor yang merawat pesakit. Sabda Rasulullah saw:
Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan tidak boleh memudaratkan (orang lain).
(HR Ibnu Majah)
Hubungan pelajar dengan pelajar perubatan
Pasti, kita akan menjadi doktor yang membunuh pesakit, bukan doktor yang merawat pesakit. Sabda Rasulullah saw:
Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan tidak boleh memudaratkan (orang lain).
(HR Ibnu Majah)
Hubungan pelajar dengan pelajar perubatan
Maka, apa kes nya pula jika keterpaksaan itu berlaku sesama pelajar perubatan yang bukan mahram. adakah dimaafkan dalam islam ?
Saya agak kesal dengan segelintir pelajar yang menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan atas dasar belajar. Ini bukan belajar bersama seperti study group atau apa, tapi lebih daripada itu yang melibatkan persentuhan kulit.
Sebagai contoh, seorang pelajar perempuan memeriksa perut dan dada seorang pelajar lelaki dengan alasan untuk belajar teknik memeriksa pesakit padahal pemeriksaan itu boleh dilakukan kepada pesakit sendiri dan kawan sesama jantina mereka.
Begitu juga, dalam isu opthalmoskop yang baru saya sebut sebentar tadi.
Sedangkan dengan sesama perempuan pun ada yang malu untuk melakukannya, apatah lagi ada yang mengambil kesempatan untuk melakukannya bersama berlainan jantina.
Bagi saya sendiri, saya lebih selesa untuk praktis bersama rakan-rakan perempuan walaupun mereka adalah berbangsa cina atau india. Namun, ada segelintir mereka yang muslim menghalalkan ikhtilat untuk memeriksa mata yang bukan mahram baginya.
Cuba bayangkan bagaimana seorang perempuan atau lelaki itu terpaksa merapatkan muka mereka dengan muka yang berlainan jantina apabila menggunakan opthalmoskop. Apatah lagi, kita boleh merasa hembusan nafas orang yang sedang memeriksa mata kita dan peratus untuk bersentuh sesama mereka semasa menjalani prosedur ini adalah tinggi. jika anda seorang yang faham erti ikhtilat, sanggupkah anda memeriksa kawan-kawan anda yang bukan mahram?
Rasulullah saw bersada:
Sesungguhnya kepada yang ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (HR At Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah saw bersada:
Sesungguhnya kepada yang ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (HR At Tabrani dan Baihaqi)

pemeriksaan mata menggunakan opthalmoskop
Ada segelintir pensyarah atau doktor yang faham erti ikhtilat dan mereka tidak akan membenarkan sentuhan sesama pelajar berlaku semasa sesi pembelajaran. Namun, tidak semua doktor begitu. Ada juga doktor yang mengarahkan pelajar perempuan untuk memegang pelajar lelaki. dan pada waktu itu, antara berani bersuara atau tidak untuk menegakkan pendirian kita.
Bertaubatlah kepada Allah sentiasa
Inilah realiti sekarang. Semakin ramai pelajar perubatan yang menghalalkan ikhtilat hanya kerana alasan-alasan di atas. Maka, apakah yang akan berlaku kelak pada golongan doktor muslim pada masa hadapan?
Kita menjadi doktor muslim untuk kepentingan umat dan agama. Seandainya ramai doktor muslim sekalipun, tapi kita masih tidak mampu mengikuti agama dengan baik, maka apakah yang akan berlaku pada agama dan umat kita nanti?
Fikir-fikirkanlah.
Buat para pelajar perubatan di luar sana, merasa bersalah memegang pesakit yang bukan mahram itu wajar. Apabila kita terpaksa memegang pesakit yang berlainan jantina, segeralah banyak beristighfar kepada Allah semasa berlaku sentuhan itu kerana hati ini bukanlah berkeinginan sangat melakukannya melainkan ia adalah satu darurat dan keterpaksaan. Jadi, memegang yang bukan mahram hanya sekiranya tiada darurat adalah satu yang haram hukumnya.
Sebab itulah, perancangan untuk membina sebuah hospital tarbiyah yang mengasingkan pesakit lelaki dan perempuan untuk dirawat doktor yang sama jantina sangat diperlukan untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini berlaku.
Sebab itulah, perancangan untuk membina sebuah hospital tarbiyah yang mengasingkan pesakit lelaki dan perempuan untuk dirawat doktor yang sama jantina sangat diperlukan untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini berlaku.
Ampunilah kami Ya Allah. Setiap hari, tangan ini menyentuh sesuatu yang dikatakan haram bagiMu atas alasan darurat dan terpaksa. Kami berbuat, sedangkan hati kami menidakkan.
klik sini juga untuk pembacaan lebih lanjut: Hukum sentuh bukan mahram dalam rawatan
klik sini juga untuk pembacaan lebih lanjut: Hukum sentuh bukan mahram dalam rawatan