Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Jan 2012

Jika saya tak join halaqah

Sambungan daripada kisah "Saya tak nak join halaqah boleh?"..


Jika saya tak join halaqah,

saya tak tahu apa jadi pada saya sekarang. saya mungkin tak kenal Allah, saya tak akan ada rasa cinta kepada Allah dan saya tak tahu pun semuanya kena buat kerana Allah.

saya takkan kenal Rasulullah, idola saya mungkin Britney Spears, Avril Lavigne atau Evenesence, saya juga tak tau sirah dan keperitan Rasulullah dan para sahabat dan saya tak rasa penting ikut sunnah baginda dalam hidup.

Saya takkan kenal al-quran dengan baik, tajwid saya banyak tunggang langgang, baca quran pun masih tergagap-gagap, khatam quran mungkin sekali dalam seumur hidup, terjemahan al-quran saya tak pernah tahu dan saya hanya baca quran besar yang saya tak faham.

saya takkan kenal dakwah dan saya tak tahu apa itu dakwah. Malah saya tak pernah terfikir untuk berdakwah dan paling teruk, saya rasa dakwah itu ekstreme.

Jika saya tak join halaqah,


saya tiada arah tujuan hidup, dunia adalah tujuan utama saya. Selain itu, menjadi hebat, kaya dan hidup mewah itu cita-cita saya.

saya tak tahu kewajipan saya seorang muslim, islam saya hanya pada IC, saya hanya ikut-ikut islam daripada orang sekekliling dan keluaga. saya juga takkan ada cita-cita untuk mengharap kemenangan islam.

Jika saya tak join halaqah,

saya tak tutup aurat, saya tak tahu kaki itu aurat. Pada saya rasa aurat saya dah sempurna dengan bertudung sahaja,

seluar jeans dan baju ketat menjadi pakaian saya.
tudung jarang dan pendek itu pilihan saya.
saya tak suka pakai stoking dan handsock sebab rasa tak selesa.
saya pandang remeh pada orang tudung labuh yang suka berpuak-puak dan pandang pelik pada saya.

saya hanya nak baju berjenama dari pasar raya, padahal semua baju itu yang akan masukkan saya ke neraka. 

jika saya tak join halaqah,

saya tak jaga ikhtilat (pergaulan),
saya mesej dengan lelaki yang saya suka, mesej selamber tanpa rasa dosa dan panggilan telefon setiap hari untuk ubat rasa rindu yang sudah lama tak jumpa.

saya tak kisah duduk rapat-rapat dengan lelaki asal tak buat apa-apa,
pandangan dengan lelaki saya tak jaga,
sembang hal-hal dunia dan cinta monyet sahaja.

jika saya tak join halaqah,

saya tak kenal mutabaah, saya tak pernah rasa nak buat amalan sunnah dan saya rasa cukup buat yang wajib sahaja.

saya hanya qiam setahun sekali bila nak exam sahaja. Untuk buat setiap malam saya tak pernah terfikir untuk lakukannya sebab saya lebih suka tidur lewat stay up dan bangun lambat untuk solat subuh sahaja,

apatah lagi, dhuha tak pernah kenal dalam sepanjang hidup saya,
mathurat dan zikir harian tidak pernah saya amalkannya.

jika saya tak join halaqah,

saya tidak tahu apa erti kawan yang solehah atau siapa itu akhwat,
kawan saya semua tahu cakap pasal lelaki dan cinta sahaja,

tiada yang tegur saya selama saya bersama dengan mereka,
kerana mereka tiada rasa malu, maka saya pun ikut begitu,

mereka tidak pergi ke majlis ilmu, saya juga begitu, mereka hanya tahu buang masa sahaja dan lepak sana sini untuk buang rasa jemu.

jika saya tak join halaqah,


weekend saya  bukan untuk program atau daurah,

saya akan ke pantai, shopping complex dan enjoy bersama kawan-kawan,
untuk release stress dengan benda bukan-bukan,

sebab saya rasa untuk ada life kena buat benda seronok

jika saya tak join halaqah,

saya berada dalam keadaan lagha,
saya tengok movie tak kira masa,
juga baca novel berbuku-buku, 
tidak lupa berhabis duit beli komik kreko, gempak dan starz untuk hiburan semata-mata,
lagu linkin park, simple plan, greenday jadi santapan telinga,


radio pilihan saya bukanlah ikim yang banyak ceramah agama, tapi hitz, mix, era dan hot.fm   yang banyak lagu-lagu cinta manusia,


semua ini tanda supaya saya dikatakan up to date dan sama level dengan rakan sebaya..

jika saya tak join halaqah,

saya tak buat dakwah,
malah saya dakyah perkara munkar,
mengumpat, memburukkan orang dan mulut celupar.


sebab saya tak tahu, dakwah itu perlu dan saya rasa tugas itu hanya untuk ustaz atau ustazah sahaja,
maka saya tinggalkan kerana saya tak cukup ilmu.

jika saya tak join halaqah,

saya tak nasihat family,
saya biarkan mereka dalam kesesatan,
saya biarkan mereka buat kelalaian,

saya tak ajak mereka solat berjemaah,
saya tak kisah hal mereka.
lantaklah mereka hendak jadi apa,
hal masing-masing buat apa nak ambil kira.

jika saya tak join halaqah,

saya bukanlah siapa saya sekarang.
alhamdulillah.


terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan halaqah.

6 teguran:

atiqa berkata...

Salam kak...
Saya ada baca 1st entri kakak psl <a href="http://akhwatmedic.blogspot.com/2011/12/tak-nak-join-halaqah-boleh.html>Tak join halaqah, boleh?<a/>. Alhamdulillah, sbb kenal dgn halaqah, sy kenal Allah. Sy cuba utk dalami ilmu agama, al-Quran dll. (mcm apa yg kakak sbut dl entri 1st tu). Tp, sjak masuk IPT, halaqah sy tnggal..tp sy masih lakukan perkara yg sy buat masa kenal halaqah di matrikulasi dulu..

Bila baca entri kakak yg ke2 ne, sy t'tnya sndiri, bolehkah kalau sy x join halaqah? Bukan sbb bnci atau mls ke halaqah ttpi lbih kpd suasana halaqah d sini yg ckup b'beza dgn suasana di matrikulasi..

Kalau sy msih mnjaga stiap adab tertib, ttp jga m'jaga ibadah wajib dan sunat, adakah ada excuse utk tidak join halaqah?

Mnta maaf kalau ayat sdikit mngelirukan..

musafir kehidupan berkata...

Alhamdulillah...
Tazkirah yang mampu mencetuskan rasa syukur kerana diberi peluang oleh ALLAH dan diberikan-NYA kekuatan untuk tetap istiqamah dalam perubahan...
InsyaAllah..

dr. mujahidah berkata...

salam atiqa. semoga berada dalam kasih dan rahmat Allah..alhmdulillah dan tahniah sebab telah tersentuh dengan halaqah. cuma, sangat rugi jika tidak meneruskannya di IPT. memang kita tetap mengamalkan apa yang kita belajar masa halaqah di matriks, tapi itu tidak mencukupi,. banyak lagi perkara yang kita tak tahu dan amalkan lagi sebenarnya.

jawapan akak daripada persoalan di atas, tak boleh kalau tak join halaqah. kalau rasa halaqah di IPT berlainan, mengapa mesti berhenti dari halaqah. Kita sepatutnya adapt keadaan tu. suarakan ia kepada murobbiyah atau murobbiyah di matrik dlu. bagi tau apa masalah enti sebenarnya.

kita tak kuat ukhti kalau kita sorang..

kembalilah kepada halaqah yang dulu atau carilah halaqah yang sesuai untuk jiwa enti. yang pasti, tetap terus mencari. bukan berhenti. sekian

dr. mujahidah berkata...

musafir kehidupan.. jzkk.. alhamdulillah

sahabatmu berkata...

http://sahabatseperjalanan.blogspot.com/2012/01/kenapa-saya-join-halaqah.html

adeq berkata...

kenapa saya join halaqah??

sebab..sebab (gagap)

dia BESTTTTT ~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...