Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

24 Jan 2012

Mengetahui level objek dakwah

Dimana level objek dakwah anda?

Di dalam Surau Al-Islam,  kelihatan seorang yang bertudung labuh begitu khusyuk menyampaikan tazkirahnya di dalam satu bulatan kecil yang mempunyai kira-kira 10 orang. Itu adalah perjumpaan pertama mereka.

" InsyaAllah ana nak antunna buat mutabaah ini! Qiamullail, solat sunat dhuha, mathurat, istighfar 100 kali dan baca al-quran 1 juz setiap hari. Setiap kali perjumpaan ini sila report pada ana ye. Kira bilangan yang antunna buat.. Rasulullah pun buat begini dulu.. ana juga nak antunna ketuk pintu dan ajak kawan-kawan antunna. "

Terpancar di wajah adik-adik pada masa itu sedikit terkejut. Ada yang mengerut dahi. Padahal mereka baru sahaja menghadirkan diri. Di antara mereka ada yang masih bercouple, tidak memakai tudung, masih memakai baju berlengan pendek, yang lompong solatnya dan macam-macam lagi. Hajatnya datang ke taklim untuk menambah ilmu, tapi mereka rasakan seperti dihukum dan dikongkong dengan berbuat sebegitu.

Inilah dinamakan berdakwah tanpa melihat kefahaman objek dakwah itu sendiri.

Level yang berlainan

Setiap orang mempunyai level kefahaman yang berlainan mengikut background diri masing-masing.

Orang yang tidak bertudung lain kefahamannya dengan orang yang bertudung. Orang yang bersekolah agama lain kefahamannya dengan orang yang bersekolah biasa. Orang yang mempunyai keluarga islamik lain kefahamannya dengan orang yang berkeluarga biasa-biasa.

Jadi, sebagai seorang dai'e kita mestilah sentiasa merancang strategi yang baik dalam menyampaikan kefahaman kepada mereka. Bukan menghentam bahan-bahan tazkirah yang perlu diberi pada masa itu.

Seperti memberi penekanan tentang hal dakwah kepada orang yang tidak bertudung atau masih lagi kucar-kacir isu auratnya, pasti akan memberikan impak negatif kepada orang lain. Malah, mungkin diperlekehkan kerana dikatakan menjaga tepi kain orang tetapi tepi kain sendiri tidak dijaga. Itulah yang kita cuba elakkan.

Baru-baru ini, saya berjumpa dengan seorang adik yang tidak mahu ikut taklim kerana baru pertemuan awal sudah disuruh buat mutabaah. Dia merasa berat dengan task yang diberikan kerana solat lima waktu sahaja dia masih terkapai-kapai. Saya hanya memberikan cadangan supaya mengutarakan musykilah itu kepada murobbinya sahaja.

Lihatlah akibat daripada kita terlalu cepat mahu memetik buat daripada objek dakwah kita dan hasilnya nah, mungkin mereka akan lari dan menganggap apa yang kita sampaikan ini ekstrem.

Begitu juga halnya dalam memberi kefahaman kepada objek dakwah tentang perihal amar-makruf nahi munkar (dakwah) dan jemaah. Tidak perlulah terburu-terburu dalam hal ini. Sebenarnya banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan untuk objek dakwah kita sepertinya masalah aqidah.

Ada juga terdapat mereka yang sentiasa mempersoalkan masalah jemaah, bai'ah dan memilih kepada objek dakwah yang baru sahaja berjinak-jinak di jalan tarbiyah sehingga objek dakwah merasa terbeban dan pening untuk membuat pilihan. Sehingga akhirnya, mereka memilih untuk tidak mengikut apa-apa pun tarbiyah yang ada.

Selain itu, apabila di adakan program atau daurah, objek dakwah dipaksa untuk datang. Jika tidak, objek dakwah diberikan mesej-mesej perli dan mengejek kerana tidak mahu ke program.  Ada juga mereka yang menyuruh objek dakwah hadir ke program yang mempunyai objektif yang sama berkali-kali dan apatah lagi, program itu jauh. Ini pasti akan membebankan objek dakwah dan terus merasa futur dengan arahan yang tidak di rancang dengan baik atau tiba-tiba.

Bertahap dan berstrategi

Rancanglah strategi dengan baik.

Seorang dai'e perlu memahami bahawa ada objek dakwah yang cepat faham dan ada yang lambat. Maka, layanilah mereka sesuai dengan level mereka dan bertahap.

Sedangkan Al-quran juga Allah turunkan dalam keadaan bertahap dan penciptaan alam juga tidak sekaligus, maka, apatah lagi seorang  manusia yang lemah. Pasti memerlukan tahapan-tahapan tertentu untuk berubah dan menerima dakwah yang disampaikan. Jadi, mengapa kita begitu terburu-buru..

Dalam buku yang ditulis Syeikh Mustafa Masyhur, terdapat 7 tahapan dakwah fardhiyah. Dan pertama-tamanya adalah mengikat hati diikuti oleh membangkitkan iman dan membuang karat-karat jahiliyyah. Hidup berjemaah, memilih jemaah dan dakwah adalah peringkat yang kebelakang.

Pada hari ini, 7 tahapan itu seakan menjadi terbalik kerana hidup berjemaah dan memilih jemaah yang sesuai  menjadi tahapan pertama dalam dakwah padahal apa yang kita mahu dalam dakwah adalah memperkenalkan umat pada islam yang benar.

Buat dai'e sekalian, berbincanglah sesama kamu untuk memilih tajuk apakah yang sesuai ketika objek dakwah datang buat pertama kali, kedua kali, ketiga kali dan seterusnya. Jadikan topik aqidah adalah topik terawal yang perlu difahamkan dan ditekankan. Dan seterusnya barulah ceritakan tentang ghazwul fikr, Rasulullah, sirah, pengorbanan dan sebagainya yang dirasakan sesuai.

Hakikatnya, kefahaman objek dakwah meningkat apabila mereka sentiasa hadir ke halaqah dan daurah yang dianjurkan. Jika di dalam kumpulan terdapat beberapa orang yang kefahaman mereka sama, maka sangatlah digalakkan untuk mereka di asingkan dalam satu kumpulan supaya mudah untuk menerangkan sesuatu yang lebih banyak.

Semoga kita sama-sama sentiasa mengatur strategi yang baik demi kebahagian objek dakwah kita.

4 teguran:

terkapai2 berkata...

salamm. sy dah setahun ikut tarbiyah.
sy ad pergi satu dauroh. marathon 5 hari syhadatul haq, ghazwul fikr, recap isk, sy rasa mcm sush nk hadam benda tu semua. terlalu berat utk sy terima. part akhir tu akk2 ckp, jdilah penggerak dan sy rs mkin berat..

hampir lemas berkata...

saya juga ada kenal seorang adik dia bru shj nk mula kenal dgn tarbiyah ni. tbe2 kne suruh buat mutabaah. dia rasa sesak n kadang2 elakkan diri utk bjumpa murabbinya.. dia rasa berat utk berbuat, sdgkan y wajib pn msih lg xberes ~ jgn sgka org y nk brubah tu da ckup ringan utk berbuat baik tnpa kefahaman dan penjelasan ~

dr. mujahidah berkata...

kepada terkapai2 : tahniah kerana anda telah mendapat tarbiyah. dan kena ingat bhawa tarbiyah akhirnya akan merekrut seseorang utk berdakwah..buatlah yang termampu. Kamu adalah umat yang terbaik jika kamu berdakwah..;)

hempir lemas- ya, itulah yang sedang saya tekankan kepada semua pembaca especially ikhwah..

adeq berkata...

berat nanang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...