Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

17 Ogo 2011

Maksiat yang tersembunyi


Sepatunya tiada campuran baik dan jahat dalam satu jiwa

" Eh, farid. Apa kau tengah buat?"
" Emmm.. er.. aku.. aku.. aku.."
" Engkau tengah chatting dengan perempuan? Biar betul. Aku ingat kau tengah khusyuk buat assignment. Kau baru bagi pengisian di taklim semalam pasal ikhtilat dan couple."

KANTOI !

Orang lain tidak pernah tahu betapa besarnya dosa-dosa kita sebenarnya. Allah yang Maha Penyayang telah menutup keaiban ini. Seandainya dosa-dosa ini berbau, nescaya tidak akan ada yang sanggup mendekati kita. Malah, untuk melihat dan memandang juga tidak sanggup.

Kita kononnya dilihat orang yang alim dan bagus sehinggakan kita ini dilabel tidak punya banyak dosa. Kita juga dilihat sebagai orang yang sentiasa mengajak orang lain berbuat kebaikan. Menjadi imam, melakukan qiamullail dan membaca Al-Quran. Namun disebalik itu, hanya Allah jua yang tahu siapa diri kita sebenarnya. Dibalik wajah yang dipercayai ramai, terdapat watak jahat disebalik itu.

Sehingga kini juga, sedikit watak jahat itu tidak mampu dibaca oleh orang lain. Watak itu pandai menyembunyikan diri. Ketika berseorangan, watak itulah yang bermaharaja lela menguasai keadaan. Sekali lagi, tiada siapa yang tahu. Hanya Allah dan empunya diri sahaja yang tahu.

Sisa jahiliyyah dahulu

Watak jahat itulah sisa jahiliyyah kita yang dahulu. Meskipun telah banyak perubahan dan perbaikan yang telah kita lakukan begitu juga banyak ilmu telah kita tahu, namun watak jahat itu seolah-oleh tidak pernah mahu mengalah melepaskan dari genggaman kita.

Semua orang mahu berubah kerana fitrah manusia itu hendakkan kebaikan. Namun, apabila mencapai fasa kesedaran dan tarbiyah, sisa-sia jahiliyyah itu kadang-kadang berjaya dijauhkan dan kadang-kadang menang dalam pertarungan. Sisa-sisa itu seakan-akan mahu diberikan perhatian dan belaian sehinggakan memaksa diri untuk melakukannya walaupun telah tahu bahawa ia adalah sesuatu dosa yang besar.

Menonton video lucah atau beronani.

Lesbian atau gay.

Menghubungi orang yang bukan mahram melalui chatting atau SMS.

Menonton movie dan mendengar lagu lagha.

Menipu dalam mutabaah.

Dan macam-macam lagi dosa.

sisa jahiliyah dulu jika masih dibiarkan, akan terus membunuh diri.


Semuanya tidak diketahui oleh orang lain kerana ia adalah maksiat yang tersembunyi. Watak jahat ini sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuhnya. Ia juga pandai mencari tempat sesuai untuk melakukan perkara-perkara tersebut dan sikapnya pandai berpura-pura. Inilah karakter watak jahat itu.


Namun, jauh di sudut hati orang yang dirasuki fikiran itu menyesal berkali-kali terhadap dosa yang mereka lakukan. Merasa sangat menyesal dengan tindakan yang dilakukan. Namun apakan daya, di dalam pertarungan antara iman dan nafsu, watak jahat kerap kali menang.

Hak dan batil yang bercampur

Artikel ini khusus untuk para pendakwah, guru-guru agama, murobbiyah, ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang dikatakan berilmu dan menyampaikan kebenaran kepada orang sekeliling. Jauhilah daripada dinampak baik pada pandangan orang lain, tapi hakikatnya jelek pada pandangan Allah.

Kita menasihati orang lain macam-macam, namun kita tidak tidak pernah endah terhadap apa yang kita percakapkan. Allahuakbar. Mungkin ramai lagi para dai’e yang masih tidak mengoreksi diri. Ayuhlah sama-sama bermuhasabah dan sentiasa meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.

Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi saw bersbda: Pada saat aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isro’ mi’raj) aku melewati suatu kaum yang bibir-bibir mereka potong dengan gunting dari gunting dari neraka, lalu aku bertanya: Siapakah mreka ini wahai Jibril?. Rasulullah saw bersabda: Mereka adalah para pemidato dari kaummu yang mengatakan sesuatu namun mereka sendiri tidak mengerjakannya” (HR Ahmad)

Bertaubatlah sebenar-benarnya. Janganlah bertaubat sekadar melepaskan batuk di tangga. Sekadar memenuhi syarat sebagai orang yang berdakwah. Lakukanlah dengan menangis dan menyesali taubat yang sentiasa dimungkiri dan dosa yang sentiasa dilakukan berulang-ulang kali tanpa diketahui orang lain.


Setiap kali melakukan maksiat itu, taubatlah jalan penyelesaiannya. Agar nanti, ia tidak menghalang kita untuk melakukan amal kebaikan yang lain dan menjauhkan daripada rasa tidak layak serta futur.

Penutup: Akan terbongkar juga

“ Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.”

Mungkin sekarang, kita merasakan bahawa orang lain tidak tahu apa yang kita lakukan. Tapi tidak mustahil, lambat laun rahsia itu akan terbongkar juga. Kali ini, kita mungkin bernasib baik kerana Allah masih lagi menjaga aib kita. Perlu diingat, rahsia itu akan terbongkar samada hari ini, esok, akan datang atau di akhirat nanti.

Azab Allah sangat berat. Setiap yang kita lakukan di dunia ini akan dipertontonkan di  scrin besar di hadapan berjuta-juta manusia. Betapa tidak dapat dibayangkan perasaan takut, malu teramat sangat dan berbagai-bagai kerana dosa-dosa kita kini telah didedahkan oleh  Allah swt. Alangkah malu besarnya jika kita diseksa di hadapan orang-orang lain yang tidak beriman hanya kerana maksiat tersembunyi ini. 


Tika watak jahat tiba-tiba muncul di hadapan kita seringkali ingat akan kematian dan azab Allah yang menggerunkan ini.

Dari Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda: Seorang lelaki didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti berputar-putarnya  himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para penghuni surga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan kalian dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah kalian kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

lambat laun segalanya akan terbongkar juga

Bertakwalah kepada Allah. Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat.

Jauhilah dan tinggalkanlah segera maksiat itu kerana sesungguhnya maksiat itu hanya akan menggelisahkan hati.


Bermuhajadahlah sekuat mungkin untuk mencapai darjat mukmin yang tinggi di sisi Allah swt.

Jika benar kita mahu meninggalkan maksiat itu, berdoalah kepada Allah agar menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat nanti.

p/s: Berupaya menjadi sempurna walaupun tidak mampu menjadi sesempurna mungkin.

13 teguran:

cintaAllah berkata...

jazakillah ukhti atas ingatan ini...=) slm ramadhan=)

Ezan Izzah Izzy berkata...

=)

Tanpa Nama berkata...

salam,

mohon kebenaran atas nota saudara,cukup menyentuh perasaan saya..

pena khutbah

khaliFah_maahad berkata...

perkongsian yang bermanfaat. terbaek!

حيفا نظيره berkata...

Assalamualaikum ukhti..jazakillah atas perkongsian ini..

betul, tidak dinafikan para dai'e mempunyai watak jahat pada masa silamnya...apa yg melemahkannya apabila watak jahat itu masih mempengaruhi diri kita yg menyampaikan dakwah...dan yg paling membimbangkan apabila kesalahan yg kita lakukan (spt chatting dgn yg bukan muhrim) seolah-olah kelihatan seperti perkara yg biasa...itu kelemahan para dai'e yg sukar untuk dijaga...

betul tu...kita kena bertekad dan berjanji serta berazam untuk BERHENTI...bukan seketika tetapi selama-lamanya...InsyaAllah, kalau kita berjanji kpd diri sendiri mungkin kita akan melanggarinya tetapi janjilah kpd Pencipta kita kerana kita hanya hamba-Nya...Pasti tekad untuk berhenti lebih kuat kerana rasa takut terhadap Pencipta kita.

Wallahu'alam

Nurliyana Adnan berkata...

syukran ukhti.
peringatan yang menarik.^^

dr. mujahidah berkata...

cinta Allah a.k.a ikin: salam ramadhan ukhti

ezan: ;)

tanpa nama: silakan.

khalifah maahad: segalanya dari Allah

ukhti hifa: ya.. jzkk for sharing

ukhti liyana: ilham dari Allah

safirah tajirah berkata...

assalamualaikum

dr. mujahidah berkata...

safirah tajirah.. waalaikumussalam..
sempat jugak bg komen eh dalam kesibukan membuat tempeyek.. hehe

Tanpa Nama berkata...

tp saya x reti nak berubah....saya tak reti istiqamah....

-anne

mencari hidayah berkata...

assalamualaikum ukhti..terima kasih ats peringatan.. terkesan membaca artikel ni..kdg,diri terlupa wlaupn sudah ada kesedaran.. hopefully ana terus membuat perubahan.

Unknown berkata...

betapa.....entry yang menusuk jantung..

NuR FaRaHiM berkata...

saat yg plg ditakuti ialah saat bersendirian, tanpa akhwat, (tiada org tahu apa yg kita buat kecuali Allah) mohon dijauhkan drp maksiat tersembunyi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...