Pages

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

.

SELAMAT DATANG

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
( allahyarham KH Rahmat Abdullah )

6 Ogo 2011

Ceramah Umum vs Halaqah

Ceramah umum = ceramah yang tidak tentu waktunya, tiba-tiba dan tidak konsisten


Dilema..halaqah atau ceramah umum?

Halaqah tetap akan berlangsung meskipun zaman khilafah Islamiyyah telah wujud!”
(Mustafa Al-Masyur)

Halaqah atau usrah adalah salah satu sarana yang sangat penting dalam diri seseorang yang ditarbiyah. Tanpa halaqah atau usrah, proses tarbiyah tidak akan berlaku dengan baik kerana tiadanya pemantau atau murobbiyah. Halaqah atau usrah juga wajib dilakukan secara konsisten dan berdisiplin setiap minggu walau apapun keadaan untuk menghasilkan halaqah muntijah (sukses).

Sebab itulah, Imam Syahid Hassan Al-Banna telah memperkenalkan sistem halaqah ini di Mesir sewaktu Islam dalam keadaan terumbang-ambing. Ini kerana dengan halaqah inilah peribadi muslim terbentuk dan semangat jihad para pemuda dapat dikobarkan.

Pertembungan

Pertembungan antara halaqah dan ceramah umum sering berlaku kerana ceramah umum diadakan bila-bila masa dan tidak tentu tarikhnya. Manakala, halaqah memang telah dikhususkan waktunya. Perit juga untuk membuat pilihan sesuatu yang kita rasa kedua-duanya adalah penting. Kita akan berada dalam dilema samada mahu memilih ceramah umum atau halaqah.

Dalam ceramah umum, isu-isu yang diketengahkan amatlah menarik minat sesiapa sahaja yang mendengarnya terutama isu cinta. Penceramah-penceramah yang dijemput pula terdiri daripada orang-orang yang terkenal, golongan cerdik pandai dan lulusan universiti terkemuka. Kehadiran pula sangatlah ramai sehingga memeriahkan lagi suasana dewan yang besar.

Namun, berlainan sekali dengan halaqah. Isu-isu lebih menyentuh tentang perbaikan diri. Penceramah atau murobbiyah bukanlah golongan yang arif dalam agama tapi terdiri daripada mereka yang belajar sains, kejuruteraan atau akauntan. Kehadiran pula tidaklah seramai mana kerana fokus pada orang-orang tertentu.

Jadi, mana satu perlu dipilih? Dalam kes ini, kita perlu mengetahui tentang priority (keutamaan)!

Persamaan

Jika dilihat, terdapat begitu banyak perbezaan diantara kedua-duanya. Namun, persamaannya adalah satu iaitu kita akan memperolehi ilmu. Ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang baru dan jarang kita dapat. Namun, adakah semata-mata ilmu yang kita kehendaki?

Bukan niat untuk menghalang kalian semua daripada ceramah umum. Namun, ayuh kita muhasabah dan fikir-fikirkan. Jika di ceramah umum, sejauh manakah amal kita setelah mendapat tahu tentang apa yang kita perolehi? Sejauh manakah follow up yang akan dilakukan setelah kita hadir ke ceramah itu? Apakah terdapat komunikasi dua hala antara para penceramah dan kita selepas itu? Jika ada, adakah ceramah yang seterusnya kita akan ditanya semula tentang masalah kita? Malah, muka kita pun  perceramah sudah tidak kenal lagi rasanya!

 memilih keutamaan

Sebab itulah, penceramah yang masih tidak punya binaan atau halaqah ke bawah perlu berusaha supaya mempunyai binaan atau halaqah ke bawah supaya dengan cara itu mampu membimbing manusia secara serius dan berkesan. Ini kerana, dakwah fardhiyah adalah sebaik-baik cara dalam menyentuh hati manusia kembali kepada islam. Inilah yang diajarkan oleh Abbas As-Siisiy dalam bukunya Bagaimana Menyentuh Hati.

Perbezaan

Dalam halaqah, waktu yang ditetapkan adalah sama pada setiap minggu. Halaqah sentiasa berlangsung dengan konsisten. Dengan halaqah, kita boleh belajar macam-macam dengan merujuk buku rujukan agama dengan pantauan murobbiyah dan pasti kita akan dapat mengetahui tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi seperti sirah, tafsir al-quran dan hadith yang sebelum ini kita hanya tahu surface sahaja daripada para penceramah yang lain.

Halaqah juga lebih memberi kesedaran untuk kita beramal walaupun ilmu murobbiyah kita tidaklah sehebat mana ilmu seorang penceramah. Murobbiyah akan memantau masalah, pekembangan, perbaikan dan perubahan yang kita lakukan kerana murobbiyah tugasnya adalah sebagai ibu, ustazah, ketua dan kakak. Dengan halaqah, kita juga akan dibimbing untuk menghalaqahkan orang lain juga sepertimana apa yang dilakukan oleh murobbiyah kita. Maka, proses tarbiyah yang berlangsung tidaklah mandul kerana akan ada generasi yang berikutnya untuk terus bergerak menyebarkan dakwah islamiyah. Kesimpulannya, halaqah lebih mengajak kita untuk beramal dan bukan sekadar mendengar dan menambah ilmu.

Selain itu, kelompok yang kecil dalam halaqah membolehkan tarbiyah dapat menyerap masuk dengan mudah kerana lebih fokus dan tidak terlalu ramai.

Maka, sebab itulah dalam persoalan memilih jika bertembung keduanya adalah memilih halaqah.

Penutup: Bagaimana?

Jika kita seorang pencinta ilmu, hadirkanlah diri dalam kedua-dua event ini kerana keduanya adalah taman-taman syurga di dunia dan manfaat yang besar kita akan peroleh daripadanya. Namun, jika berlaku pertembungan antara keduanya, jawapan telah pun ada dalam benak hati kita.

Sentiasalah waspada dengan jadual halaqah dan ceramah umum yang akan diadakan. Jika kita ada masa terluang dan terdapat ceramah umum diadakan, berlumba-lumbalah hadir ke sana untuk mengutip sebanyak mana ilmu dan perkara baru di sana kerana apa yang ada di ceramah umum, tidak semestinya ada di halaqah!

Artikel ini bukan mengajak akhwat begitu anti pada ceramah umum. Namun, sekali lagi yang paling penting adalah priority (keutamaan).

halaqah itu sangat urgent bagi kita!

P/s: Artikel ini khusus buat mereka yang ada halaqah!

7 teguran:

HAMBA yg lemah berkata...

penceramah yang masih tidak punya binaan atau halaqah ke bawah merupakan penceramah yang masih cetek dalam dunia dakwah kerana masih tidak mampu membimbing manusia secara serius dan berkesan walaupun hakikatnya mereka telah berdakwah. Fikir2Kn???????????????????

salam ramadhan

dr. mujahidah berkata...

jzkk atas tegurannya.. tapi saya juga mempunyai rakan yang berpandangan sedemikian.. potensi penceramah untuk mempunyai binaan ke bawah yang lebih banyak amat besar kerana masyarakat amat tsiaqah pada mereka.. sekian

adeq berkata...

salam.
bestnya halaqah.jazakillah atas post ini.
dan ana berpendapat masa yang terluang boleh juga ke ceramah umum.ada perkara yang tiada pada ceramah umum yang ada dalam halaqah dan begitu juga sebaliknya.dalami tsaqafah islami, fiqh, tauhid dsb dan diserap masuk ke dalam halaqah untuk membina binaan yang ilmuan dan harakiah.

tarbiah itu perlukan ilmu dan ruh.dakwah itu perlukan skill dan keberanian.

dr. mujahidah berkata...

ya.. jzkk atas masukannya. cumanya, ana mengharapkan akhwat tahu kan priority..

muslimdaie90 berkata...

salam ukhti,bagaimana menyentuh hati xsilap ana tulisan abbas as-siisiy...

~muslimdaie90~

dr. mujahidah berkata...

ya.. afwan.. ana silap. jzkk atas pembetulannya

adeq berkata...

patriot...eh salah prioritas.hehe, sorey shinjusan.

nak asking gak la kan.apa definisi ceramah umum di sini?
adakah ceramah yang fix, ada pengkhususannya a.k.a kelas.contoh kelas tahsin quran (ceramah ke nhe?). atau kelas-kelas lain.

atau ceramah umum itu bermaksud ceramah umum di masjid yang dilakukan setiap kali solat?a.k.a tazkirah / kuliah.

atau ceramah umum itu bermaksud ceramah-ceramah picisan (ada ke?) yang ...

tp macam yang penulis kata, x kisah la memana pom nak joun talaqqi ke, musabaqah ke, kursus ke, team solawat ke (bila masa beliau kata) asal tahu prioritas.hehe.

gud gud entri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...